RSS

Jalan-jalan Jerman,Republik Czech,Hungary dan Austria VI-Munich dan Berlin

12 Mar

9/7/2010

Kami bertolak ke Munich dengan menaiki kereta api pada pagi 9 Julai. Tiba sekitar jam 10 pagi di Munich, dan terus cari Easy Palace City Hostel untuk check in.

Memandangkan tidak banyak masa diperuntukkan di Munich, kami hanya pergi ke tempat-tempat yang berhampiran saja. Antaranya ialah Old and New Town Hall di Marientplatz, gereja Frauenkirche, Residenz, yang merupakan bangunan kerajaan dan Maximilianeum, bangunan parlimen negeri .

 

Marienplatz

Di Marienplatz...jangan fokus kepada 'minah' itu ya! =p

'Patung' yang bergerak jika dihulurkan wang.Hehe.

Seniman jalanan~

Residenz

Frauenkirche

Maximilianeum

Setelah puas melihat bangunan-bangunan menarik di Munich, kami pergi menyejukkan mata di Englischer Garten dan Hofgarten. Kawasan Englischer Garten sangat luas sehinggakan lenguh kaki kami berjalan. Tapi oklah, sebab redup saja tempatnya. Sangat ramai mat saleh ‘berlenggeng’ di Englischer Garten tu. Ada yang main frisbee, surfing pun ada.

 

Hofgarten

Hofgarten

Englischer Garten

Englischer Garten...boleh nampak orang surfing kat belakang tu...

Tokong Cina di Englischer Garten

Seperti yang aku cakap tadi, kami tidak mempunyai banyak masa di Munich dan agak terkejar-kejar. Kalau ikut niat asal nak ke Neuschwanstein, istana yang macam fantasi dalam cerita kartun tu. Tapi disebabkan kedudukannya yang agak jauh dan memakan masa kira-kira 2 jam dari Munich, kami batalkan saja niat tu. Kami juga tidak berpeluang untuk ke BMW Headquarters yang agak jauh dari pusat bandar. Tak apalah, lain kali saja. (Masih adakah lain kali itu?=p)

10/7/2010

Kami bertolak ke Berlin dengan menaiki bas pada jam 10 pagi.  Perjalanan dalam bas itu, masyaAllah, amat menenangkan. Kalau di Malaysia kita lihat kelapa sawit atau kebun getah di kiri dan kanan jalan, di Jerman pula mereka menanam bunga matahari. Tambahan lagi, terdapat kincir angin yang berfungsi sebagai sumber elektrik di Jerman di beberapa tempat sepanjang lebuh raya.

Bercerita mengenai perkhidmatan bas pula, aku boleh membuat sedikit perbandingan dengan bas ekspres di Malaysia:

1-      Bas di Jerman amat menepati masa. Tepat jam 10 pagi, kami terus berlepas, tanpa terlewat satu minit pun! Terimbas pula ketika di Malaysia masa hendak  balik ke Batu Pahat dari Seremban. Kalau ikutkan jadual, 11.30 pagi bas seharusnya berlepas. Pemandu bas dah hidupkan enjin seawal 11.25 pagi, ingatkan bolehlah berlepas 11.30 pagi. Entah kenapa, pukul 11.45 juga baru nak berlepas. Aku orang Malaysia, kira bolehlah nak tolak ansur dengan lewat 15 minit macam tu. Tapi kalau pelancong datang, macam mana nak jawab agaknya?

2-      Bas di Jerman, seperti di Turki, mempunyai ‘pramugari’ yang berkhidmat untuk mengagihkan makanan dan minuman, membantu para penumpang serta memberitahu sekiranya bas akan berhenti rehat dan sebagainya. Tambahan lagi, ‘pramugari’ itu amat peramah. Pendek cerita, bas ekspres mereka ada kelas tersendiri. Aku ada dengar cerita bas-bas di Malaysia nak buat sistem yang sama.Tak pasti betul ke tak.

3-      Pemandu bas amat berhemat dan cermat ketika di jalan raya. Aku tak pernah perasan sepanjang perjalanan pemandu bas itu memandu laju (kalau di Malaysia nak duduk pun tak senang asyik ke kiri ke kanan), dan aku tak pernah perasan bas itu dipandu di lorong kiri (laluan laju di Jerman-kalau di Malaysia laluan kananlah). Maksudnya bas tu tetap stay di lorong kenderaan berat. Pepatah Melayu ada sebut, biar lambat asalkan selamat. Tapi pepatah tu tak dipraktikkan di Malaysia, walhal menjadi amalan di Jerman.

Aku bukanlah suka nak kutuk-kutuk negara sendiri, tapi itulah hakikat yang berlaku. Benda ni boleh diubah, jadi apa salahnya dengan kutukan-kutukan aku yang membina ni, ada juga pihak yang kebetulan terbaca blog ni ambil tindakan dan langkah inisiatif sikit kan. Ada juga manfaatnya. Hehe.

Setelah tiba di Berlin kira-kira 6 petang, kami mencari hostel murah untuk menginap satu malam. Kalau perasan, 10 haribulan ni memang kami tak ke mana-mana memandangkan kami tiba di Berlin agak lewat. Tapi kami tak kisah, kerana memang tidak banyak tempat yang tinggal di Berlin untuk kami lawati. Anggap saja 10 haribulan tu hari berehat di dalam bas dengan melihat panorama indah dari dalam bas. Lagipun memang penat ‘tawaf’ Munich sebelum tu.

11/7/2011

Tibalah hari terakhir kami di Berlin. Kami terus menuju ke Berlin Wall dan Check Point Charlie. Memandangkan tempat tersebut terletak berjauhan dari pusat bandar, kami agak lama mengamati peta untuk mengetahui cara terpantas untuk ke sana. Mujurlah rakyat Jerman amat prihatin dan sedia membantu.

Mungkin disebabkan ada yang perasan akan kerutan di dahi kami untuk mencari laluan metro dan bas, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an menyapa kami dan menunjukkan cara terbaik untuk ke sana, tanpa perlu kami bertanya! Siap bagi sejarah ringkas pasal Berlin Wall lagi. Tabik springlah!

Setelah tiba di Berlin Wall dan Check Point Charlie dengan menaiki metro, thanks to the abovementioned guy,  kami terus pergi ke pameran berhadapan dengan Berlin Wall tu. Aku sarankan pergilah ke pameran tu. Sangat banyak sejarah mengenai Holocaust, pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi di Eropah diterangkan.

 

Berlin Wall

Check Point Charlie

Secara ringkasnya, Adolf Hitler yang mengepalai kumpulan nazi mengarahkan tenteranya untuk menghapuskan bangsa Yahudi ni secara berperingkat. Apa yang aku dapat daripada pameran tu, Adolf Hitler awal-awal lagi dah mengesan sesuatu yang tak kena dengan bangsa Yahudi ni dan wajar dibunuh.

Malangnya tidak ada diterangkan mengapa Adolf Hitler berfikir sedemikian. Pada hemat aku, mesti Adolf Hitler ni dah tahu yang bangsa Yahudi ni jenis yang suka buat hal dan boleh menjadi ancaman. Masakan suka hati nak bunuh orang tanpa sebab kan? Tapi ni Cuma telahan aku saja.Wallahua’lam.

Tapi yang peliknya, tidak ada satu pun info mengenai Adolf Hitler di pameran tu. Tak tahu mengapa. Musykilnya, biodata ketua-ketua nazi lain ada pula diceritakan secara terperinci. Tak rasa hairan ke? Mungkin ada sesuatu yang dirahsiakan? Em…

Di Pameran tu bolehlah tengok bagaimana perisitwa holocaust tu berlaku. Semua orang Yahudi yang mereka jumpa akan ditangkap, dikumpulkan dan dibunuh. Bentuk-bentuk pembunuhan pun ada ditunjukkan,termasuklah dikurung beramai-ramai dalam van atau bilik yang mengandungi gas beracun, ditembak dan sebagainya.

Sebagai penutup setelah 6 entri untuk Jalan-jalan Jerman, Republik Czech, Hungary dan Austria ni, kesimpulan yang boleh aku buat ialah:

1.Amat senorok berjalan pada musim panas. Boleh berjalan-jalan lebih lama nak dibandingkan dengan musim sejuk. Nak solat pun mudah (walaupun telah dimudahkan lagi dengan jamak dan qasar) kerana jarak antara waktu solat yang panjang. Tak perlu berbungkus tebal dengan baju sejuk, boleh pergi ke mana-mana dengan t-shirt saja. Selesa. Walaupun panas, tapi tak perlulah sampai tak berbaju. Aurat tetap wajib dijaga. =)

2. Makanan yang halal pun alhamdulillah mudah dicari,terutamanya kebab. Lagipun kami sudah membawa banyak bekalan mi segera dari Rusia.

3. Aku menjadi gelap (macamlah putih sangat..haha).Balik Malaysia saja semua pun cakap benda yang sama. Haha.

4. Aku habiskan kira-kira RM4,000 untuk jalan-jalan kali ini. Kira average lah tu. Tak jimat sangat, boros sangat pun tak.

5. Masyarakat Eropah amat sopan santun dan mudah membantu. Orang Malaysia pun sopan santun juga, cuma perlu lebih mesra dan lebih banyak senyum. Jangan jadi macam orang Rusia sudahlah, mencuka memanjang, mengamuk 24 jam dan macam-macam yang tak elok untuk dicontohi. Tapi tak semua macam tu. Ada saja yang baik, cuma jumlah mereka amat sedikit. Hehe.

Pendek kata, banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat sepanjang percutian kali ini.  Kepada yang membaca, semoga entri jalan-jalan ini dapat dimanfaatkan,insyaAllah. =)

 

 

 
4 Comments

Posted by on March 12, 2011 in Uncategorized

 

4 responses to “Jalan-jalan Jerman,Republik Czech,Hungary dan Austria VI-Munich dan Berlin

  1. shahrulnizam

    January 5, 2012 at 2:45 am

    Masha Allah cantiknya tempat-tempat tuh, teringin nak p. wee

     
  2. mardihah

    April 18, 2012 at 8:09 am

    Salam, mudah-mudahan dilimpahi rahmat. Bagaimana boleh saya berurusan dengan tuan untuk saya mendapatkan ‘kredit’ tulisan ini kedalam e-novel saya, Yang Terindah. Mohon penjelasan dan sudi membenarkan saya mengambil bahan mengenai kembara ke Switzerland ini untuk saya. InsyaAllah saya akan kreditkan kepada tuan. Mohon reply ke emel saya segera.

     
  3. ayu fitrah

    June 23, 2012 at 10:34 pm

    best nye :),,allah

     
  4. Maisarah

    August 8, 2012 at 6:27 pm

    kamil, lamanye x update… 🙂

     

Leave a comment