RSS

Jalan-jalan Jerman, Republik Czech, Hungary dan Austria V-Salzburg

11 Feb

7/7/2010

Perjalanan diteruskan ke Salzburg. Sedar tak sedar, kehangatan melampau musim panas lepas telah berjaya menggelapkan kulit aku. Manakan tidak, dari pagi ke petang berjemur di bawah matahari. Kadang-kadang saja pakai topi. Losyen antiUV pun tak pakai. Ah, macamlah putih sangat! =p

Di Salzburg kami menginap di Yoho International Youth Hostel. Tidak menjadi masalah untuk mencari hostel tu dari stesyen kereta api. Kebetulan ketika itu seorang pelancong dari China turut mencari hostel yang sama, maka kerja menjadi lebih mudah. Sepakat membawa berkat, kata orang.

Di hostel tu boleh beli Salzburg Youth Card. Macam biasa banyak keistimewaan dengan adanya kad tu, terutamanya pengangkutan awam percuma dan diskaun di kebanyakan tempat menarik.

Usai check in kami terus menuju ke Mozart’s Birth House. Sajalah nak tengok kan. Dulu bila di Switzerland terkilan bila rumah Albert Einstein ditutup ketika kami tiba. Sekarang ada peluang tengok rumah Mozart, apa lagi! Hehe. Rumah tu berfungsi sebagai muzeum sekarang, jadi bolehlah nak selidik sejarah hidup Mozart.

Tidak hairanlah Mozart hebat, rupa-rupanya latar belakang keluarganya juga adalah pemuzik. Kehebatan Mozart terserlah sejak kecil sehingga berjaya menggubah lagu seawal usia lima tahun!

 

Mozart's Birth House

Geografi Salzburg yang bergunung ganang serta air sungainya yang hijau mengingatkan kami kepada Switzerland. Tenang, aman, damai! Subhanallah.

 

Salzburg...Subhanallah~

Kami terus ke Hohensalzburg Castle yang terletak di atas bukit,  yang membolehkan kami melihat seluruh kota Salzburg. Dalam perjalanan ke sana, kami berehat sebentar di Giant Chess. Ligat pula otak aku berfikir, walhal orang lain yang main. Haha. Percuma saja nak main, tapi kena tunggu giliran yang malas tu. Jadi penonton pun cukuplah. Tak lama mana kami duduk di situ memandangkan ada seorang pakcik mabuk ‘terlebih mesra’ dengan kami. =(

 

Hohensalzburg Castle dari jauh

Giant Chess

Hohensalzburg Castle

Pemandangan dari Hohensalzburg Castle

 

8/7/2010

Kami bangun awal pagi untuk ke gunung tertinggi di Salzburg, Untersberg. Jaraknya tidaklah begitu jauh dari pusat bandar Salzburg. Naik bas lebih kurang 15 minit saja.

Seperti kebanyakan orang, kami menaiki kereta kabel dari stesyen St. Leonhard sehingga ke puncak Geierick. Sesiapa yang sukakan adventure bolehlah mendaki dari kaki gunung lagi. Tapi aku ni pun pakai seluar jeans, badan pun tak fit mana tak payahlah nak tunjuk agah. Haha.

Bercakap mengenai kereta kabel tu, serius aku gayat. Dalam hati asyik tanya bilalah nak sampai puncak. Lepas tu bergoyang-goyang pula tu, rasa macam tak stabil pun ada. Adrenelin memuncak sama tiba-tiba! Bukan rendah ok, 1000 ++ meter dari paras laut.  Perkh, kalau jatuh……oh, jangan dibayangkan! Doa banyak-banyak ya. Tak pernah pula dengar kemalangan setakat ni. Imaginasi terlebih saja aku ni. =p

 

Diambil dari kereta kabel...dah tinggi ni..apasal tak sampai-sampai lagi?=p

Dari puncak Geierick  tulah pendakian bermula! Hehe. Jauh jugalah nak sampai puncak tertinggi. Tapi penat tak rasa sangat pun bila dah sampai. Excited macam nak terbang pun ada!

 

Posing sikit...penat ni..jauh lagi tu..

Alhamdulillah sampai...penat terus hilang bila tengok lawanya ciptaan Allah ni...=)

Setelah pulang dari mendaki Untersberg, kami ke Hellbrunn Palace.  Sepanjang di Hellbrunn Palace, kami mengikuti tour yang disediakan dan bergerak secara berkumpulan, seramai lebih kurang 30 orang. Sepanjang tour, kami diberi penerangan mengenai istana hinggap Hellbrunn ini.

Lebih menarik lagi, terdapat tricky fountain dan beberapa tempat di dalam Hellbrunn Palace ini yang berjaya membasahkan para pengunjung. Tour guider itu sengaja bercerita panjang lebar mengenai sesuatu tempat, dan secara tiba-tiba air akan terpancut daripada lantai, dinding dan siling setelah dia menekan alat kawalan jauh. Tiada seorang pun yang boleh terlepas dari basah!

Haha, tapi tiada seorang pun yang akan marah kerana ia memang just for fun, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang gemar bermain air. Pendek kata, belajar sejarah Hellbrunn Palace dalam keadaan kabut melarikan diri dari basah. Nasihat aku, jangan pakai baju baru kalau nak pergi sini! =p

 

Tricky fountain...jaga-jaga,air boleh memancut bila-bila masa je~

Seluar dah basah tu...kalau ada yang perasanlah =p

Kawasan Hellbrunn Palace

Setelah puas ‘bermain air’, kami naik cruise pula di sungai Salzach. Memandangkan aku ambil video yang tak dapat diupload di wordpress ini, aku tak ambil gambar dan tidak dapat dikongsi. Tapi memang enjoy habis naik kapal tu. Wajib alami!

Petangnya kami ke Mirabell Palace. Tamannya sangat terurus dan cantik. Well, a picture speaks a thousand words!

Mirabell Palace

Lagi lagi Mirabell Palace

Taman tergentung babylon...macam ni ke?

Malamnya pula secara kebetulan ada orkestra tentera di situ secara langsung. Apa lagi, layan! Oleh kerana di situlah bateri kamera kami habis, maka tiada gambar atau video berjaya dirakam. Memori di hipokampus sajalah yang boleh diharapkan. =p

Pendek kata, Salzburg memang amat, amat, amat mengujakan! Berbeza dengan bandar-bandar sebelumnya yang kebanyakannya memaparkan kegahan seni bina kuno, Salzburg lebih menenangkan dengan alam semula jadinya-sungai, gunung ganang. Damai.

Akhir sekali, Jalan-jalan Jerman, Republik Czech, Hungary dan Austria VI-Munich dan Berlin.

 

 
Leave a comment

Posted by on February 11, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: