RSS

Epidemiologi:Ada apa dengan H1N1?

13 Nov

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah,hari ni habis cycle epidemiologi;cycle yang mudah tapi sengaja dibuat-buat susah.Siap ada exam lagi akhir semester nanti.Cycle yang sepatutnya tak stress tapi jadi stress.Hari-hari kelas dari 8.30 pagi sampai 2.00 petang,walaupun rasanya boleh saja habis dalam 2 jam! Belajar tak adalah banyak sangat pun,tapi cikgu sengaja lengahkan masa sampai pukul 2.00 juga.

Ada orang kata subjek ni subjek remeh.Buat sesak otak saja belajar.Siap kena hafal definisi-definisi yang entah apa-apa.Kena tahu kaedah nak kawal tikus.Macam mana nak elakkan keracunan makanan.Tapi di bawah Profesor Olga Vasilievna Kovalishena yang mantap, epidemiologi berjaya menjadi subjek yang begitu menarik sekali untuk dipelajari.Terima kasih cikgu!

H1N1

Antara yang menarik perhatian aku ialah komen profesor ni sebagai pakar epidemiologi berhubung H1N1. Secara ringkasnya,dia kata H1N1 ni kecoh lebih saja. Gimik semata-mata. Pandangan dia memang berasas.

Dalam epidemiologi ni,kami belajar  macam mana sesuatu penyakit berjangkit tu tersebar dari sesuatu sumber(source of infection) dan tersebar kepada individu lain (susceptible host) dalam keadaan maksimum yang membolehkan jangkitan tu berlaku.Contohnya dalam kes selsema(influenza), jangkitan akan berlaku kalau seseorang menyedut titisan udara yang mengandungi virus yang disebarkan oleh seseorang pesakit dalam keadaan yang optimum,contohnya persekitaran yang sesak, musim sejuk atau pun sistem imunisasi yang lemah dalam individu yang tersedut virus tu. Alamak, boleh faham kan?

Dalam kes selsema babi/swine flu/H1N1 ni, mekanisme yang sama berlaku. Jadi, mengapa H1N1 ini perlu disensasikan sangat?Kes-kes baru dan kes-kes kematian dilaporkan dari hari ke hari sehingga menimbulkan panik kepada orang awam. Tiba-tiba kena buat isolasi yang boleh dikira ‘over‘ dan ‘strict’. Masa buat praktikal di Hospital Batu Pahat Julai lepas, siap satu wad dikhaskan untuk isolasi pesakit-pesakit H1N1 ni,sampaikan pesakit-pesakit lain yang bebas H1N1 yang sepatutnya duduk di wad tu terpaksa bersesak-sesak di wad lain pula.

Lepas tu masalah lain pula timbul,apabila topeng muka mula menjadi bahan jualan cekik darah oleh pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan menjual topeng muka tersebut berkali-kali ganda daripada harga asal. Ilmu yang aku baru dapat dari cycle epidemiologi ni, topeng muka tu menjadi tak berkesan selepas 2 jam dipakai, sebab kuman daripada topeng muka tersebut akan masuk ke badan kita dan tersebar ke persekitaran pada masa yang sama.

Orang awam yang dah takut mulalah nak habiskan ubat antivirus di farmasi. Ada yang makan ubat tu awal-awal lagi walaupun tiada simptom, konon-kononnya untuk mencegah (prophylaxis) penyakit tanpa menyedari bahawa virus akan menjadi tidak sensitif atau tiada respons (resistant) terhadap ubat antivirus itu sekiranya penyakit benar-benar berlaku kepada individu tersebut.

Satu hakikat yang perlu diketahui ialah, kadar kematian yang dicatatkan oleh H1N1 (case fatality rate) adalah lebih rendah berbanding kadar kematian yang dicatatkan oleh selsema biasa yang berlaku pada musim-musim dominan tertentu (seasonal influenza). Walaupun beribu-ribu kes dicatatkan, peratus kematian adalah kecil. Tambahan lagi, terdapat penyakit-penyakit berjangkit lain yang jauh lebih menakutkan dan membahayakan berbanding H1N1 seperti tuberculosis.

Jadi profesor aku persoalkan, kenapa WHO  nak takut-takutkan orang ramai dengan ‘ancaman’ macam ni? Dia siap cakap WHO patut bertanggungjawab atas fobia yang berlaku sekarang. Kenapa WHO tak lebih proaktif berkempen untuk penyakit-penyakit lain yang mencatatkan peratusan kematian yang jauh lebih tinggi berbanding H1N1 ni?

Aku memang kagum dengan pendapat profesor ni. Siap boleh persoalkan tindakan WHO lagi. Apa yang aku tabik,pendapat dia tu bukannya secara membuta tuli,tapi berasas. Terbuka jugalah mata aku yang mengantuk dalam kelas epidemiologi lepas dia seronok bercerita pasal H1N1 ni. Jadi dia beritahu, sepatutnya sekarang ni WHO kena tarik perhatian orang ramai kepada penyakit lain yang jauh lebih penting. Media massa pun tak payahlah sibuk sangat buat liputan meluas, kerana sememangnya H1N1 ni terlebih disensasikan. Lagipun, sebenarnya tak perlulah isolasi yang begitu ketat untuk H1N1 ni. Cukuplah sekadar pengurusan diri yang baik, InsyaAllah tiada apa-apa. Maksudnya rawatan dan pencegahan untuk H1N1 ni tak adalah kompleks sangat.

Kesimpulannya,banyak jugalah ilmu aku dapat daripada cycle ni.Aku tolaklah pendapat sesiapa yang kata epidemiologi ni subjek remeh. Apapun,semua ilmu tu milik Allah kan, jadi mesti ada manfaat juga yang perlu dikorek, digali dan diamalkan. Ikhlaskan hati belajar epidemiologi!(peringatan khas untuk diri sendiri dan kepada sesiapa yang belajar epidemiologi lepas ni =] )

Nota 1: Maaf kalau ada yang membaca entri ni dikalangan pesakit atau keluarga pesakit H1N1.Aku hanya menerangkan semua ini dari sudut epidemiologi tanpa berniat memandang remeh wabak baru ni. Cuma seperti yang telah dikatakan, wabak ni terlalu disensasikan.

Nota 2:Esok semua pelajar lelaki akan dapat suntikan vaksin Rubella dan cikgu aku bagi cuti. Yeay! Amat seronok bercuti sampai Ahad ni. Tapi jangan tanya kenapa lelaki di sini kena suntik Rubella pula. Tak larat nak jawab. Ringkasnya, ada kes-kes terpencil Rubella berlaku dikalangan pelajar-pelajar lelaki di sini jadi kami terpaksa disuntik.=(

Nota 3:Susah juga nak terangkan dalam Bahasa Melayu ya.Harap-harap tak adalah yang pening kepala baca entri ni ok.=p

 

 

 
Leave a comment

Posted by on November 13, 2009 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: