RSS

Monthly Archives: November 2008

ringkas…

HABIS CYCLE NEUROLOGY

Alhamdulillah,semalam tamatlah cycle neurology yang sangat memenatkan,mendebarkan serta merungsingkan,walaupun hakikatnya amat menyeronokkan..bagi aku,neuro memang amat2 memerlukan pemahaman serta penghafalan yang mantap..paling seronok bila faham kenapa bahagian ni lumpuh,kenapa bahagian badan tu tak lumpuh selepas kecederaan di otak pada bahagian tertentu,dan sebagainya..tambah-tambah lagi di bawah jagaan Profesor Vera Grigoryevna, menjadikan neuro satu subjek yang sangat hectic..kalau nak buat neurological examination pada pesakit,buatlah betul-betul..kalau tak,”im not happy with your practical skills” lah jawabnya..=p tapi ilmu yang dicurahkan amat-amat berharga, dan Profesor Vera Grigoryevna mempunyai sebab tersendiri untuk menjadi ‘kejam’ terhadap pelajar…nanti aku tulis pasal tu..=]

Berakhirnya cycle neuro,bermakna aku tinggal cycle2 ringan saja lepas ni; Surgery,Radiology,Hygiene dan Stomatology…bermakna juga bahawa exam Hygiene bulan Januari nanti semakin hampir..bila nak mula belajar? huhu (*-~)

HAJI

Alhamdulillah,semalam juga merupakan keberangkatan ayah,emak,along dan kakak iparku ke tanah suci Makkah..semoga kalian selamat di sana dan selamat menjalani ibadah haji,serta pulang ke tanah air dengan selamat 7 Januari nanti..InsyaAllah kalian mendapat haji yang mabrur..=]

MUSIM SEJUK

Kembali lagi..dan tahun ni rasanya salji lewat turun berbanding tahun-tahun lepas,,timbunan salji sudah pun tebal di luar sana,dan panorama putih inilah yang akan dilihat setiap hari sehingga April nanti (lama betul..huhu)..bila dah musim sejuk,maka bermulalah kembali era ‘berjalan perlahan-lahan (takut jatuh),membungkus badan tebal-tebal,tidur lama dan jarang mandi’..ngeh3 =p oh lupa pulak,kulit pun jadi gatal bila dah winter ni..grgrgrgrg..

WINTER TRIP

Tahun ni bercadang nak ke German dan Swiss,InsyaAllah..sekarang masih lagi dalam proses survey tempat untuk dilawati,asrama dan kenderaan di sana..bajet?memandangkan tahun ni aku ke europe dan melawati 2 negara,mungkin dalam RM4k-RM6k..itupun bergantung juga macam mana aku berbelanja nanti..mungkin aku boleh minta abang2 dan kakakku jadi penaja utama..kata nak suruh belikan jam Swiss..duit kena masuk dululah..hehe..=p sesiapa yang nak bagi nasihat untuk trip ke German dan Swiss ni,dialu-alukan..=]

rasanya itu saja untuk update ringkas kali ni..sekian,wassalam..=]

 
4 Comments

Posted by on November 29, 2008 in Uncategorized

 

hooligans yang (*&^$&**

entri ni ditulis dgn penuh emosi..jadi maaf,utk pertama kalinya tatabahasa, ejaan dan bahasa rojak diabaikan… 

semalam merupakan hari yang malang buat aku,arif,ir,samirta n dinesha..aku dan arif dikejar oleh sekumpulan gangster/samseng/hooligans yang sengaja carik pasal..semuanya bermula lepas habis lecture internal med..time tu kitorang naik 2nd trip bus utk balik ke hostel..kiranya budak2 lain yg pg lecture semuanya dah balik lg awal drpd ktrg…

so bila sampai je kat bus stop medical street,kitorang pun turun dari bas…memang just nice, traffic light mase tu merah..bile kereta sumer stop,aku n arif terusla lintas jalan dengan lajunyer…ir,samirta n dinesha jalan kat blkg ktrg..then tak jauh lepas kitorang lintas jalan (to nihznian: xjauh drpd tempat lelaki jual cd tu)..tiba2 sum1 tutup mulut n hidung aku guna kain/gloves/muffler (aku xtau gune ape exactly),..senang citer mcm dlm tv perompak try nak pengsangkan sum1..time tu aku igt dak2 ni nak gurau2 dgn aku..tp bila fikir balik xlogik pulak..time tu dh pukul 5 ptg,dh gelap dh (winter time)..so aku pk mmg xlogik dak2 ni nak main gurau2,lagi2 pulak penat balik lecture..then tiba2 hooligan tu tarik aku ke blkg spai aku jatuh..bila dh spai tahap mcm tu..refleks aku mmg cepat sgt,alhamdulillah..aku xtoleh belakang lgsung n terus lari ke depan..aku tau time tu mmg hooligans yg jatuhkan aku sbb at the same time aku dgr diorg mencarut2 in russian..

so aku lari ke arah tangga dekat dgn kedai kosmetika tu..then aku lari ke tepi dekat dgn jalan..bak kata ir n samirta yg tgk,diorg kata aku lari pusing2 kwsn tu..(seriously aku xtau exactly mcm mana aku lari,sbb time tu panik sgt n dlm kepala jz nk slmtkan diri)..masa aku lari2 aku mmg selawat byk2..tu je aku mmpu buat slain lari selaju yg boleh…hooligans tu kejar n try tumbuk n tendang aku,luckily without success sbb aku mmg lari mcm org giler gk..alhamdulillah tak lama lepas aku lari, diorg xkejar aku lg..n tba2 diorg lari ke arah BFK…aku mmg penat sgt..n dlm keadaan tercungap2..aku tiba2 tersedar beg aku takde dgn aku..ntah mana tercampak time aku lari..aku risau sbb dlm beg tu ada passport..tp luckily dinesha ambik beg aku yg dicampak oleh hooligan tu..n time 2 aku sedar-arep xde!! Read the rest of this entry »

 
14 Comments

Posted by on November 14, 2008 in Uncategorized

 

exam cycle…

kali ni nak tulis pasal exam cycle..almaklumlah baru lepas satu exam cycle..lega pula rasa..hehe..=]

exam cycle-macam mana nak terangkan ya? ringkasnya,cycle yang terdapat exam di akhirnya…boleh faham ke? ok2,aku terangkan dari awal…untuk pengetahuan umum, sistem pembelajaran di sini adalah berasaskan sistem ‘cycle‘, yang membawa maksud untuk tempoh tertentu, hanya satu subjek saja dipelajari..sebagai contoh, dari 1/9-15/9, cycle Paediatrics..maknanya belajar pasal bayi dan kanak-kanak saja…dari 16/9-30/9, cycle Internal Medicine,barulah belajar pasal sakit-sakit dalaman,dan sebagainya…

exam cycle pula,maksudnya apabila habis saja cycle tu, exam akan menanti! contohnya semester pertama 4th year ni,  subjek Operative Surgery dan ENT (ear,nose and throat)…bagi aku,exam cycle ni memanglah pedih dan sakit..kenapa?

pertamanya, hari-hari memang kena pulun betul-betul…ibaratnya tiap-tiap hari pergi kelas dan habis kelas,kenalah hafal semua info..sebab memang tak cukup masa kalau nak harapkan saat-saat terakhir baru nak masukkan semua dalam otak! serius tak sempat..kalau cycle biasa,memanglah kena study juga, tapi tak perlu pulun sangat..tambah perit lagi, kalau exam cycle tu belajar untuk 2 semester,contohnya operative surgery..ini bermakna sebelum cycle tu mula untuk semester baru, info yang dah dipelajari sewaktu semester sebelumnya mesti dah ada dalam otak..kalau tak, sakit jugalah nak ulang balik yang lepas-lepas dan belajar benda baru pada masa yang sama..bukan tak boleh..cuma kena kerja overtime sikit…=]

lagi, masa exam cycle ni memang kena korbankan masa sikit;masa untuk tengok movie, masa untuk chat,berblog,baca blog,meluangkan masa dengan orang yang tersayang dan sebagainya…struggle punya pasal! bukan tak boleh langsung,tapi seolah-olah exam cycle ni macam ‘menyekat kebebasan’ sikit..

alhamdulillah, exam cycle yang pertama untuk aku, iaitu operative surgery telah pun berakhir sabtu lepas..dan sekarang, ENT pula..tapi memandangkan ENT tidaklah seberat operative surgery (mengikut kata-kata mereka yang dah lepas), bolehlah nak goyang kaki sekejap..tapi study still study…=]

pendek kata, exam cycle memang memenatkan!! huhu..nasihat aku untuk diri aku dan sesiapa yang tak lepas lagi, belajarlah dari awal lagi…bersusah-susah dulu,bersenang-senang kemudian..kalau tak, tidur 4-5 jam sajalah tiap-tiap hari menjelang exam macam aku hari tu..hehe..=p  ok,selamat berjuang untuk semua…=]

 

 

 
Leave a comment

Posted by on November 5, 2008 in Uncategorized