RSS

Monthly Archives: April 2008

Kisah jururawat terlampau….

Apakah tindakan terbaik apabila kita diperlekehkan?

(A) Membisu sahaja kerana kita tahu kita tidaklah sehina mana.

(B) Membalas kembali orang yang memperlekehkan kita dengan perasaan marah.        

(C) Membuktikan bahawa apa yang diperlekehkan itu tidak benar.


Bagi aku, semua tindakan adalah wajar, mengikut situasi tertentu. Mengikut pengalamanku bersama-sama seorang ‘jururawat terlampau’ di Hospital
г.у.в.д , semua tindakan pernahku buat.


Aku masih ingat kali pertama kami diperlekehkan ketika kelas
уход за больнымиuhod za balnimi (nursing care for patients) ketika aku tahun kedua. Kata-kata merendahkan semangat terpacul daripada mulut jururawat itu:

“Budak-budak ni bukannya tahu apa-apa pun pasal surgery ni. Entah-entah kalau doktor tanya nama penyakit pun mereka tak boleh jawab,” ejeknya.

 


Menyirap darah kami apabila mendengar hinaan sedemikian rupa ketika kami sedang melihat surgery dalam operation theatre (O.T) pada tahun lepas. Kami tak tahu apa salah kami, sehingga direndah-rendahkan sebegitu sekali. Jadi pada masa itu, tindakan kami hanyalah membisu kerana kami tahu kami bukannya seperti yang diperlekehkan. Memang kami masih belum banyak menguasai ilmu, namun begitu, tidaklah seteruk ‘nama penyakit’ pun tak tahu.


Pernah sekali kami diherdik oleh jururawat yang sama ketika melihat surgery, juga pada tahun lepas. Sememangnya, perasaan teruja pasti ada apabila melihat surgery di depan mata, bukannya melalui skrin atau pun tingkap dari bilik sebelah. Jadi dengan kaki terjingkit-jingkit untuk meninjau apakah yang sedang dilakukan oleh surgeon disertai dengan ungkapan-ungkapan seperti “Wah, besarnya tumor tu!” “Banyaknya darah keluar” dan sebagainya atau dengan perkataan lain ‘jakun’, adalah normal untuk pelajar yang baru diberi pendedahan. Malangnya, jururawat itu kurang ‘common sense’ sehingga memarahi kami.


“Bisingnya! Tahu tak ni O.T. Dahlah asyik masuk keluar. Mengacau orang betul!


Perkh, memang cari gaduh dia ni.
Cakap baik-baik tak boleh ke. Memang masa tu tindakan kami adalah tindakan (B), iaitu marah, tetapi marah yang dipendam di dalam hati memandangkan rasa hormat kepadanya masih ada walaupun kami diperlakukan seperti sampah. Menariknya, surgeon bertugas turut memarahi jururawat terlampau itu.


“Ala, budak-budak tu kecil lagi. Biasalah. Jangan marah-marah. Saya sedang fokus ni.Awak pun fokus pada kerja awak ! ”


Yes! Kena balik jururawat tu. Memang kami bersorak gembira dalam hati. Lepas habis surgery memang kami tak habis-habis bercerita pasal jururawat itu yang kami kira ‘dendam sudah terbalas’.Hehe.


Sekarang aku sudah tahun ketiga. Layanan yang sama oleh jururawat itu kami hadapi juga….
Read the rest of this entry »

 
37 Comments

Posted by on April 23, 2008 in Uncategorized

 

Seronok tolong membedah orang…(^-*)

“Who’s the assistant today?” pertanyaan Valeri Veniaminovich Rizhov, seorang surgeon di г.у.в.д (nama hospital) mematikan perbualan rancak kami di dalam kelas General Surgery. Pada masa itu kami sedang leka berborak kosong tatkala menunggu pensyarah General Surgery kami, Sergei Nikolaevich Avdonin yang lebih dikenali sebagai Dr Avdonin dikalangan pelajar.

 

Ada dua perkara yang seronok apabila mendapat Dr Avdonin sebagai pensyarah kami. Pertama jarak г.у.в.д di mana Dr Avdonin bekerja adalah dekat, iaitu memakan masa lebih kurang 20 minit perjalanan dengan bas. Berbanding dengan dua hospital lain untuk General Surgery iaitu Hospital Semashka dan Hospital di Vodnaya yang jauh, kami amat bersyukur dengan keadaan ini. Tidak perlu bangun awal untuk berebut bas ke kelas. Hehe.

 

Kedua apabila mendapat Dr Avdonin, kami diberi peluang untuk membantunya ketika pembedahan dijalankan. Boleh bayangkan, pelajar yang masih mentah seperti kami, tahun ketiga Fakulti Perubatan berdiri bersama-sama pakar bedah terulung untuk membedah pesakit? Ini bukannya hiperbola, malahan itulah hakikatnya.

  

Memandangkan kami yang masih setahun jagung ini diberi peluang sebegitu, masakan kami mahu lepaskan? Tapi berbekalkan ilmu yang masih banyak belum diterokai dan dikuasai, kerja kami hanyalah terhad kepada memegang retractor dan mungkin jika diberi peluang, boleh membuat suture (jahitan).

 

Itulah pengalaman yang amat berharga semalam…

 

Setelah pertanyaan Valeri Veniaminovich Rizhov yang merupakan pengganti Dr Avdonin pada masa tersebut, kami memandang sesama sendiri. Suvin dan Kheng Huat sudah merasai pengalaman berkhidmat di Operation Theatre (O.T), masing-masing pada hari Selasa dan Rabu lepas. Aku mahu cuba, tapi masih menunggu orang lain kalau-kalau mereka juga mahu. Tiba-tiba Arif berkata, “Kau pergilah mil..aku tak makan lagi pagi ni”.

 

Aku faham dengan situasi itu. Kalau perut kosong, janganlah cuba-cuba nak buat atau tengok surgery. Ada antara kawan aku yang pernah pitam. Bukannya takut darah, tapi memandangkan surgery biasanya memakan masa yang lama, badan pun tak dapat tahan berdiri untuk tempoh yang lama kalau kurang gula dalam darah (hypoglycaemia). Jadi aku pun terus setuju dengan Arif memandangkan aku dah bersarapan dan mengikut Dr Rizhov ke tingkat dua di mana terletaknya O.T.

 

Proses pertama, mencuci tangan sehingga bersih.Dr Rizhov menunjukkan cara yang betul untuk membasuh tangan. Yalah, setiap benda ada prosedurnya kan. Bukannya secara semborono saja. Jadi aku ikutlah. Adalah lebih kurang 5-7 minit basuh tangan menggunakan air dan sabun khas diikuti antiseptic dan disinfectant yang diberi. Aku melangkah masuk ke dalam O.T dengan gembiranya.

 

Tiba-tiba, cermin mataku longgar sehingga jatuh ke atas batang hidung. Tindakan refleksku yang pantas membetulkan kedudukan cermin mataku membuatkan aku terpaksa membasuh tangan kembali. Hehe. Memang aku terlupa pada masa itu aku sudah dalam keadaan sterile, yang bermaksud aku tidak boleh menyentuh apa-apa selain alat-alat pembedahan.

 

Dah terbiasa kan, cermin mata jatuh, angkat balik. Jadi terpaksalah basuh tangan untuk kali kedua dan kembali masuk ke O.T. Kalau ingkar, kebarangkalian untuk jangkitan berlaku terhadap pesakit amatlah tinggi, walaupun tangan ini hanya tersentuh cermin mata sahaja. Read the rest of this entry »

 
13 Comments

Posted by on April 18, 2008 in Uncategorized

 

Trauma…

Isnin

7/4/2008

1740

 

Seminggu sudah berlalu…

 

Tamat kelas Bahasa Rusia yang membosankan dan memenatkan itu. Penat mental dan fizikal. Penat mental kerana ada ujian hari itu. Penat fizikal kerana lama duduk menunggu cikgu yang kerap keluar kelas, gara-gara sibuk dengan pelbagai urusan penting. Aku dan Iryani berjalan pulang dari 3rd hostel, tempat kami belajar Bahasa Rusia ke asrama kami yang indah permai, 1st hostel.

 

Perjalanan pulang amat menarik. Walaupun jarak perjalanan antara dua asrama ini hanyalah 5 minit, tetapi persekitaran yang hidup sungguh menyeronokkan.

 

Nizhny Games yang bakal menjelma pertengahan Mei nanti menjadikan para atlet akademi kami giat menjalani latihan di depan asrama. Kelihatan para pelajar perempuan bermain futsal di hadapan asrama dengan hilai tawa bersilah ganti dengan sorakan gol. Turut kelihatan beberapa pelajar perempuan bermain bola tampar berhampiran.

 

Para pelajar lelaki usahlah dipersoalkan lagi. Mereka tampak macho menyarung sweater dan boot jenama bermutu mempertahankan maruah untuk sebiji bola. Suasana yang amat segar. Jauh sekali dengan musim sejuk apabila kami terpaksa berjalan pantas untuk pulang ke asrama gara-gara kesejukan tak terhingga.

 

Tiba-tiba, satu kemalangan berlaku. Kulihat seekor kucing seperti dicampak dari tingkat sembilan asramaku ke bawah. Tubuh kecil itu melayang dengan lajunya.

 

Pap!!!!!!

 

Dentuman kuat kedengaran tatkala kucing itu sampai ke permukaan dataran keras. “Gosh!” teriak Iryani yang tergamam.”Hua..kesiannya,” sambungnya lagi sambil memejam mata. Aku yang betul-betul terkejut tak terkata apa. Trauma. Aku belum pernah lihat sebarang kecelakaan berlaku di depan mata. Setakat orang jatuh dah biasa, tapi kemalangan yang dahsyat seperti ini belum pernah disaksikan. Memang tak nak tengok pun!

 

Kucing itu kelihatan menggelupur kesakitan. Sepantas kilat, berbondong-bondong penghuni asrama berbilang bangsa dan agama yang menyaksikan kejadian itu turun dari balkoni asrama untuk melihat keadaan kucing itu. Masing-masing mempunyai perasaan simpati terhadap kucing malang itu. Read the rest of this entry »

 
13 Comments

Posted by on April 14, 2008 in Uncategorized

 

Aku rasa bosanlah dengan makanan halal…!

BUZZ!!

 

Keheningan malam itu secara tiba-tiba digamatkan dengan buzz dari seorang kawanku di Yahoo Messenger (YM). Aku pelik, Mr X (nama samaran), seorang yang jarang chat denganku, bolehlah dikatakan sebagai ahli tidur dalam YM aku. Kami tidaklah begitu rapat, tapi kalau nak layan borak kadang-kadang tu bolehlah. Ah, mungkin kawannya yang buzz aku tadi. Biasalah, kadang-kadang kawan-kawanku juga gatal tangan buzz orang lain melalui YM aku.

 

Tapi secara tiba-tiba, dia menyapa aku.

 

P/S: Perbualan tersebut diubah dari segi ejaan dan bahasa tanpa mengubah isi asal dan struktur ayat untuk memudahkan pemahaman (kadang-kadang singkatan sukar difahami bagi sesetengah orang).

 

 

Mr x: salam,buat apa tu?

Mr x: busy ke?

Mr x: mintak tolong sikit boleh tak?penting ni..

kamilsifu25: salam..takde buat pape pun..

kamilsifu25: relax2 je..

kamilsifu25: kejap ek..

 

Aku menukar status YM dari available kepada invisible. Maklumlah, orang nak minta tolong. Tak nak ada gangguan.

 

kamilsifu25: wes..im still here

kamilsifu25: saja invi..tak nak orang kacau..

kamilsifu25: apa yang penting sangat?manelah tahu aku boleh tolong..

kamilsifu25: =]

Mr x: mil, jangan terkejut pulak aku cakap ni..

Mr x: aku macam rasa bosanlah dengan makanan halal..

Mr x: boleh tak aku try2 makan makanan diorang?

kamilsifu25: Ya Allah, apasal macam tu? wes…jangan main2..apa cerita ni?

 

Masa tu memang aku terkejut sangat. Bayangkan orang yang jarang chat boleh tanya tiba-tiba macam tu. Memang hal penting pula tu. Ke dia ni saja-saja nak ‘test’ aku?

 

Mr x: sebab tu aku tanya kau nih..

Mr x: sebenarnya aku tak faham sangat pasal makanan halal nih..

Mr x: apasal banyak sangat pantang larang hah?

Mr x: tak ke menyusahkan nak kena pilih2 makanan?

Mr x: sini bukan macam kat malaysia..

Mr x: kat malaysia confirm makanan tu senang carik..

Mr x: kat tempat aku ni kena pilih2..

Mr x: aku hang out dengan kawan2 aku non muslim macam susahlah..

Mr x: diorang makan tu makan ni..aku pilih seafood dengan kentang je..

Mr x: terliur tengok diorang makan..

Mr x: kau tak rasa macam tu ke?

 

Lepas panjang lebar Mr x cerita, barulah aku faham apa yang dia nak sampaikan. Aku pun mulalah sesi interview dan terangkan apa yang patut. Read the rest of this entry »

 
13 Comments

Posted by on April 12, 2008 in Uncategorized

 

Apa kaitannya dengan penyakit?Tak faham!

Aku baru saja selesai baca topik Gastrointestinal Diseases untuk cycle Patho Physiology. Entah apa Profesor Konstantin Gerasimovich Kozlov nak tanya esok. Tak apa sebenarnya kalau tak dapat jawab, dia boleh tolong. Cuma kena perli sajalah. Hehe.

 

Apapun, tiba-tiba aku tertarik mengenai sesuatu setelah baca berkaitan Crohn Disease-satu penyakit usus yang mengakibatkan pencernaan makanan tidak sempurna (betulkan jika silap atau boleh tambah dengan lebih terperinci kepada sesiapa yang tahu untuk terjemahan kepada Bahasa Melayu ini). Berikut adalah apa yang aku baca:

 

 

Females are affected slightly more often than males. Whites appear to develop the disease two to five times more often than do nonwhites. In the United States,Crohn disease occurs three to five times more often among Jews than among non-Jews.

(boleh rujuk Robbins Basic Pathology edisi kelapan muka surat 612)

 

Aku pelik sangat. Apa kaitan bangsa, jantina dan agama dalam menyebabkan risiko kepada sesuatu penyakit sebenarnya?

 

Kalau diikutkan, dah selalu sangat jurang-jurang sebegini berlaku.Contohnya, sakit jantung lebih mudah menyerang lelaki berbanding perempuan. Chronic Kidney Disease (CKD) lebih berisiko terhadap non-Hispanic blacks berbanding non-Hispanic Whites di Amerika Syarikat. Myocardial Infarction (sejenis penyakit jantung) pula mempunyai risiko yang sama terhadap whites and nonwhites.

 

Tapi dalam kes tertentu, aku boleh faham perbezaan ini. Boleh masuk akal sebabnya. Contohnya Atherosclerosis (pengerasan salur darah kerana endapan lemak) lebih mudah menyerang wanita tamat menopaus berbanding lelaki, kerana faktor hormon estrogen yang semakin berkurang dengan peningkatan usia (estrogen dijadikan sebagai benteng pertahanan wanita). Lagi, Sexually Transmitted Disease (STD) yang kurang dominan mengikut statistik terhadap penganut Islam (yang patuh ajaran) kerana faktor ajaran agama yang menghalang perlakuan seks bebas, homoseksual dan sebagainya. Itu aku boleh terima sebagai logik dan ilmu sains.

 

Tetapi bagaimana dengan Crohn Disease tu? Aku bukan tertarik dengan Crohn Disease ni, tapi aku tertarik kepada faktor epidemiologi yang berlainan. Kenapa mesti  penganut Yahudi lebih mudah diserang penyakit itu? Kenapa Whites lebih mudah kena berbanding nonwhites? Kenapa perempuan lebih mudah kena berbanding lelaki? Read the rest of this entry »

 
5 Comments

Posted by on April 7, 2008 in Uncategorized