RSS

Monthly Archives: January 2008

Kita ni…..malas sangat ke???

Kalo mereka manggil kata ‘indon’..dlm hati kita terusin ajah ‘esia’ kan jd indonesia..maklum..org2 malaysia kan pemalas..jd ngomong kata juga setengah2 

Begitulah antara maklum balas seorang rakyat Indonesia yang ternyata berang dengan panggilan ‘indon’ yang digunakan oleh rakyat Malaysia yang aku ambil daripada sebuah laman sesawang yang tidak perlu diketahui namanya. Lebih banyak mengundang sakit hati daripada mendatangkan faedah. Tetapi pada entri terakhir sebelum pemergianku ke Turki ini aku tidak mahu berbicara tentang krisis Malaysia-Indonesia yang tidak diketahui bilakah noktahnya. Masing-masing mahu menegakkan benang yang basah. Malaysia dengan ketidakpuasan hati terhadap lambakan pendatang asing dari Indonesia, manakala Indonesia pula tidak berpuas hati terhadap Malaysia yang dikatakan mengambil dan mencuri khazanah Indonesia seperti lagu Rasa Sayange, batik Jawa dan rendang Padang,malah mengakui sebagai hak milik bersama. 

Aku tak nak cakap pasal tu.Apa yang aku tertarik pada kalimat penutur di atas ialah ‘orang Malaysia yang dikatakan pemalas’, atas dasar pemendekan kata yang acap kali digunakan dalam pertuturan seharian. Memang benar, dari sudut pandangannya, ternyata dia panas berhujah disebabkan perkataan ‘Indonesia’ yang sesuka hati dipendekkan kepada ‘Indon’. Dalam skop yang lebih luas lagi, ada juga kebenaran kata-katanya. Cuba kita renung sejenak, benarkah masyarakat Malaysia baik Melayu,Cina dan India ini terlalu malas untuk menggunakan bahasa kita sepenuhnya? Read the rest of this entry »

 
12 Comments

Posted by on January 24, 2008 in Uncategorized

 

Kopi dan aku…

133316103_c13f54b1ec1.jpg

Kopi.Nikmat.Nampak pun dah terpikat.Apatah lagi rasanya.Aromanya juga cukup membuatkan seseorang itu cemerkap.

 

Kenapa tiba-tiba entri kali ini pasal kopi pula?Sudah ketandusan ideakah?Kemandulan minda?Tidak!!Aku cuma runsing-menghadapi keracunan oleh kopi!

 

Aku macam tak boleh hidup tanpa kopi.Satu hari,boleh minum sampai 3-4 gelas besar.Kalau musim periksa boleh baham sampai 5-6 gelas besar.Bukan cawan kecil tu!Sedangkan satu hari sepatutnya dibenarkan 2 cawan kecil saja.Itulah yang pernah aku baca dulu.Sekarang mungkin fakta dah lain.Tapi,fakta Sains bukannya boleh berubah macam biskut Chispmore.Sekejap 2 cawan sekejap 4 cawan.Tapi katakan kalau 4 cawan pun,pengambilan harian aku masih berlebihan.Nama pun gelas besar. Read the rest of this entry »

 
7 Comments

Posted by on January 21, 2008 in Uncategorized

 

ketidakadilan sistem peperiksaan di Rusia..

Awas!Entri kali ini lebih panjang daripada biasa.Serius.Anda memerlukan keazaman yang tinggi bagi meneruskan pembacaan.Sekiranya anda rasa bahawa anda akan tewas di tengah jalan,maka pilihan terbaik anda adalah untuk berhenti sekarang.

Haha.Sengaja aku buat muqadimah macam tu.Bukannya apa.Memang entri kali ni panjang.Hari minggu katakan,taiplah panjang sikit.Aku takut ada yang baca separuh jalan saja.Bukannya tak boleh,Cuma alang-alang baca baik habiskan.Kalau rasa tak larat nak baca baik tak payah baca dari awal kan.Alah,boleh baca separuh-separuh.Apalah kamilsifu ni.Suka hati kamulah!! =p

Jadi entri kali ni aku nak tulis pasal sistem peperiksaan di Rusia ni yang sangat-sangatlah tidak adil.Aku yakin,bukannya dari kacamata pelajar-pelajar yang pernah jadi mangsa kekejaman periksa di Rusia saja,tapi mereka yang terselamat pun mesti fikir benda yang sama.Tak adil,bias,entah apa-apa,macam-macam lagilah.

 exam-11.jpg

Sebelum nak cerita dengan panjang lebar,baik aku mulakan dulu tentang sistem peperiksaan di Rusia ni. Read the rest of this entry »

 
12 Comments

Posted by on January 19, 2008 in Uncategorized

 

Penghafal terbaik…

Entri kali ini aku nak berkongsi tentang ‘penghafal terbaik’. Penghafal apa?Kamus?Struktur anatomi manusia?Atau penghafal buku teks yang selalu mendapat 100% dalam setiap peperiksaan? Walaupun mungkin ada yang mampu berbuat sedemikian,namun bagi aku kehandalan adik Fatimah Mir Louhi tetap tidak ada tolok bandingnya.

 Siapakah beliau?Sebenarnya,beliau adalah seorang penghafal (hafizah) Al-Quran. Kita seringkali mendengar seseorang yang berjaya menamatkan penghafalan senaskhah Al-Quran, bahkan mungkin hafiz atau hafizah itu terdiri daripada ahli keluarga atau kawan-kawan kita sendiri. Jadi apa yang istimewa sangat dengan adik Fatimah Mir Louhi ini?  Read the rest of this entry »

 
5 Comments

Posted by on January 17, 2008 in Uncategorized

 

cabaran praktikal hari pertama?sabar2…

kali ini aku nak cerita pasal praktikal aku yang baru bermula hari ini…sangat-sangatlah mencabar..serius tak tipu..memang menguji kesabaran dan ketabahan hati betul..fuh..

bermula dari tahun kedua,para pelajar dikehendaki membuat praktikal selama sebulan sebagai syarat pengajian..memandangkan aku tak nak susahkan diri buat praktikal sebulan di Malaysia macam tahun lepas(sebab aku nak luangkan masa dengan keluarga di Malaysia nanti),aku memutuskan untuk membuat praktikal 2 minggu di Rusia,dan baki 2 minggu lagi di Malaysia bulan Julai nanti InsyaAllah..

 Aku dan beberapa orang kawanku (Arif dan Hafiz) ditempatkan di Hospital N5 yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang 30-40 minit dengan bas.Kami bertolak pada pukul 8.30pagi dan sampai pukul 9 lebih.Pada masa itu,kami pun tunggulah kalau-kalau ada jururawat atau doktor bertugas yang menunggu dan membawa kami ke tempat yang sepatutnya..tunggu punya tunggu..tiada seorang pun yang muncul..

jadi kami terus pergi ke tingkat dua sebab ada beberapa orang kawanku yang lain(kiran,jonas dan emmy)sedang membuat kerja di situ..mereka memberitahu bahawa kami perlu berjumpa dengan ketua jururawat di tingkat dua itu yang akan membawa kami pergi berjumpa doktor..kami pergilah ketuk bilik ketua jururawat tu,tapi dia buat endah tak endah je..lepas tu dia kata mungkin kami telah memasuki bilik yang salah..kami dah pening dah ni..jadi kami pun terpusing-pusing dan naik turun tanpa haluan sampailah pukul 9.40 pagi..

 masa tu kami nekad turun ke tingkat satu,sebab kalau ikutkan tugas yang telah diberi,kami  memang pun diarah untuk berkerja di tingkat satu..kami tunjukkan jururawat nama doktor yang sepatutnya mengawal kami,dan dia memberitahu doktor itu akan sampai dalam masa sejam..jadi kami pun tunggu  sampai pukul 10.40 pagi,namun kelibatnya tiada juga..ini menimbulkan kemarahan!! sebenarnya ada ramai doktor yang dah sampai,tapi tiada seorang pun yang memanggil atau menyapa kami..logiknya,doktor yang bertugas mengawal kami sepatutnya akan memanggil apabila terlihat kami..jadi kami pun tidak membuat sebarang kerja sampailah pukul 11.oo pagi..

kami rasa macam nak balik dah..penat dah tunggu ni..mana tahan!tapi tiba-tiba seorang jururawat bertugas cakap,”mana boleh nak balik suka hati..kata nak buat praktikal ” kami pun fikirlah…siapa yang tak nak balik kalau dah doktor tak datang-datang..jadi kami pun duduklah lagi menunggu dan terus menunggu..geram sangat-sangat rasa..

jam dah pukul 11.30 pagi,jadi aku pun ingat nak balik terus memandangkan aku ada temujanji dengan doktor gigi..huhu..aku dah kabut dah masa tu..takut-takut lambat temujanji,jadi aku pun jumpa jururawat tu dan cakap yang aku kena pergi (bukan alasan,padahal memang ada niat nak lepaskan diri)..jururawat tu tunjuklah doktor yang bertugas sebenarnya dah ada di situ..kami tersentak..macam terkena kejutan elektrik pula..rupa-rupanya doktor berambut putih itu..waaaaa..bukannya nak panggil orang..sedih betul..apalah nasib hari pertama ni..huhu..

harap-harap esok tak jadi lagi macam ni..penat tunggu orang,bukannya penat buat kerja..kalau ada belajar benda baru bagus jugak..ini??takpe..mungkin ada hikmah disebaliknya..semoga hari esok lebih baik daripada hari ini..insyaAllah..=]

 
Leave a comment

Posted by on January 15, 2008 in Uncategorized

 

kucing kelabu itu…

Kehadiran kucing kelabu berbulu lebat itu benar-benar merunsingkan hati.Sungguh.Ini bukan pertama kali aku melihat kelibatnya di aras tiga asrama Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod ini.Jika aku tidak salah,sudah kali ketiga aku melihatnya berkeliaran dengan wajahnya yang sayu seperti meminta dibelai.Aku turut simpati dengan nasib kucing kelabu itu.Ke sana ke mari membawa diri,tiada haluan tetap. Tidak bertuankah kucing itu?Alangkah kejamnya pemilik kucing itu yang sanggup membiarkannya sedemikian rupa. Paras kucing itu yang kufikir secara logiknya comel semasa mula-mula dibeli,kini bertukar comot dengan bulunya sedikit kotor tidak terurus. Jijik! Perkataan itulah yang kufikirkan akan terkeluar dari mereka yang membenci teman manusia itu.

Aku bukanlah pembenci kucing.Tidak pernah sesekali kumerasakan kehadiran kucing sebagai ‘penyibuk’,apatah lagi sebagai ‘sampah’ seperti yang diertikan sesetengah orang.Mana tidaknya,aku dibesarkan bersama-sama kucing sebagai temanku. Ibuku seorang penggemar kucing.Amat.Tidak hairanlah di rumahku saja bilangan kucing pernah mencapai belasan ekor pada satu masa. Tambahan lagi, kurasakan kehadiran mereka banyak memahatkan kenangan manis sewaktu aku kecil dahulu. Masakan aku boleh menjadi seorang yang takutkan kucing atau pembenci kucing dengan sejarahku sedemikian rupa!

Namun untuk kali pertamanya aku berasa ‘kacau’ apabila melihat kucing kelabu itu. Aku bukannya berubah menjadi seorang yang antikan kucing. Jauh sekali mendera binatang kesayangan nabi itu.Musykil dan pelik.Itulah perkatan-perkataan yang lebih tepat menggantikan perkataan ‘kacau’ yang kutulis tadi.Musykil dan pelik,kucing kelabu itu seolah-olah mencari aku.Segala pergerakannya seolah-olah telah diprogramkan ke arahku.Itulah yang dikatakan kawan-kawanku.Dalam diam,aku mengakui jua sedikit sebanyak kebenaran kata-kata mereka.Hujahnya,kucing itu tetap juga berada di aras tiga ini menanti diluar pintu bilikku.

Aku masih ingat bagaimana tidurku terganggu gara-gara kawan-kawanku yang bising mencari seekor kucing kelabu Khamis lepas.

“Tu..dia masuk bawah katil Kamil,”ujar X.

“Dah masuk bawah katil susahlah..dahlah aku tengah masak ni,”jawab Y pula.

Tetapi pada masa itu,aku tetap meneruskan tidurku walhal kenikmatan tidur itu sendiri sudah cukup terjejas. Sudah tentu aku yang perlu mengeluarkan kucing itu daripada katilku jika aku bangun. Kaku mematikan diri adalah tindakan yang tepat pada masa itu.Aku bukannya malas,jauh sekali mementingkan diri sendiri.Tetapi entah mengapa,aku benar-benar penat dan tidak mahu melayan sebarang unsur luaran yang mengganggu nyenyak tidurku.Setelah X berjaya mengeluarkan kucing itu dari katilku,aku kembali menyambung mimpiku yang sudah tidak bertajuk.

Petang Jumaat merupakan giliran aku masak.Setelah selesai menghiris bawang,bahan-bahan untuk dimasak kubawa ke dapur.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat seekor kucing kelabu di hadapan pintu bilikku.Senyap.Tidak berbunyi.Aku fikir,inilah kucing kelabu yang kawan-kawanku maksudkan.Sepantas kilat,kucing itu masuk ke dalam bilikku,dan lebih memburukkan keadaan,katilku dijadikan pusat persembunyiannya.Aduh,ini dikira parah! Takkanlah aku hendak menghalau kucing itu keluar,sedangkan aku sedang sibuk memasak.Tambahan lagi kucing itu yang dilihat tidak begitu bersih,sudah tentu akan mencemarkan makanan yang akan kumasak nanti.Tidak terbayang berapa banyakkah bakteria dan virus yang menghuni kucing dalam keadaan sebegitu.Bukan menghina,tetapi itulah fikiran negatifku ketika itu yang membawa kepada perkara positif,iaitu masakanku tidak akan dicemari oleh bakteria dan virus durjana itu!

Mahu tidak mahu,kubasuh tanganku dan mengeluarkan kucing itu dari katilku.Ku letakkan kucing itu jauh dari bilikku.Maaf,ketika itu tiada makanan untuk diberi.Ketahuilah bahawa aku bukannya kedekut wahai si kucing kelabu.

Kucing kelabu itu muncul lagi petang Sabtu.Masih sama,cuba menyelinap masuk ke bilikku dan bertapa di bawah katilku.Tatkala itu,geramku sudah sampai kemuncaknya.Tanpa berfikir panjang,aku mengangkat kucing itu jauh ke tingkat sembilan,iaitu tingkat teratas asramaku ini dengan harapan kucing itu tidak datang kembali bersembunyi di bawah katilku. Geramku itulah yang menjadi kekuatan untuk mengangkat kucing kelabu yang berat itu.Aku mengetahui bahawa deria kucing bukanlah seperti manusia.Mereka dikurniakan Allah deria yang tajam,khusus untuk melindungi mereka daripada sebarang ancaman.Walaupun menyedari hakikat ini,aku masih berikhtiar setidak-tidaknya.Bukankah begitu?

Ya,deria kucing amatlah kuat.Tiada sebarang penafian dapat dibuat.Tidak hairanlah,kucing yang kutinggalkan jauh di tingkat sembilan datang kembali ke bilikku,seolah-olah aku adalah tuannya. Kau lagi?? Tidak! Aku tidak akan membiarkannya berlaku.Diri sendiri tidak terurus,apatah lagi hendak menguruskan kucing yang masih tidak diketahui siapakah tuannya.Rupa-rupanya bukan aku dan kawan sebilikku sahaja yang menyedarinya.Bahkan,kawanku dari bilik hujung juga mengatakan kucing itu sengaja mencariku.Tambah menggamatkan suasana,ada yang berpendapat bahawa di bawah katilku terdapat najisnya yang menjadi ‘kompas’ bagi kucing kelabu itu. Aku tahu itu tidak benar,kerana sudah pun kumeneliti segenap ruang bilikku kalau-kalau benar terdapat najis kucing itu.Deria bauku juga tidaklah begitu teruk sehingga tidak dapat mengesan bau najis. Persoalannya kini,mengapakah kucing kelabu itu masih menjejaki bilikku ini?

 

 Kumasih mencari dan berfikir,bagaimanakah keadaanya selepas ini.Adakah kucing kelabu itu masih berkeliaran di aras tiga ini?Aku tidak mampu untuk menjaganya,dan tidak mahu dituduh tidak bertanggungjawab sekiranya sebarang kecuaian berlaku sekiranya kucing itu tinggal bersama-samaku.Sedang aku masih menaip kisah ini,kucing kelabu itu masih enak tidur di depan bilik kawanku,menunggu saat kealpaanku untuk mencuri masuk ke sini mungkin….

 
1 Comment

Posted by on January 14, 2008 in Uncategorized

 

pendahuluan daripada tuan empunya diri..=]

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Maka setelah beberapa ketika,setelah tergendala dengan pelbagai perkara,terciptalah blog kamilsifu ini setelah mendapat inspirasi daripada blog kawan-kawan yang lain.

Kamilsifu??Apakah itu?Sekadar pengenalan,perkataan ‘kamilsifu‘ terhasil daripada nama si penulis,’kamil‘ dan ‘sifu‘,iaitu cikgu atau tuan apabila diterjemahkan dari bahasa cina.Poyo!! Sanggup menggelarkan diri sendiri sebagai cikgu.Apakah rasionalnya dengan gelaran sedemikian rupa?Layakkah untuk seseorang yang serba daif dalam ilmu pengetahuannya menggelarkan diri sendiri sebagai cikgu?Bukankah cita-citaku adalah untuk menjadi seorang doktor?Jadi mengapa tidak menamakan blog ini ‘kamildoktor’ sahaja?Persoalan yang banyak untuk jawapan yang ringkas;aku amat kagum dengan sifu yang dapat terbang ke sana sini dalam cerita-cerita kungfu,walaupun menyedari diriku tidak akan dapat terbang sebegitu.Sekarang sudah jelas bukan?=]

Blog ini memaparkan kisah kehidupanku,seorang insan biasa yang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.Segala apa yang tertulis di dalam blog ini hanyalah sekadar pengalaman,pandangan dan perkongsian dengan pembaca semata-mata,yang mungkin akan mengundang kontroversi,memberi informasi atau sekadar bahan bacaan bagi sesetengah pihak.

Oleh yang demikian,sebarang komen adalah sangat dialu-alukan dan dihargai baik positif mahupun negatif.Lontarkan,jangan dipendam!Jika ada soalan untuk dikemukakan,kalian dipersilakan dan InsyaAllah akan dijawab.

Akhir kata,semoga kalian mendapat manfaat dengan kewujudan blog ini =]

 
4 Comments

Posted by on January 14, 2008 in Uncategorized