RSS

Monthly Archives: February 2009

Jalan-jalan Switzerland (^-*)~

Berbeza dengan entri Jalan-jalan Turki tahun lepas,kali ni aku tulis secara ringkas saja percutian ke Switzerland dari 29 Januari hingga 4 Febuari lepas.Boleh buat tafsiran sendiri melalui gambar-gambar yang dipaparkan.(Aku masukkan sedikit saja daripada koleksi yang ada,rasanya cukuplah =] ). Kesibukan cycle Internal Medicine sekarang ini merupakan alasan terbaik yang boleh aku berikan.Haha.=p

Tapi sebelum tu,kenapa Switzerland?Sebenarnya,memang dah lama aku memasang hajat untuk ke sana,memandangkan seringkali diuar-uarkan bahawa Switzerland mempunyai alam semulajadi yang cukup cantik,tahap kebersihannya yang tip top serta rakyatnya yang menepati masa! Tambahan lagi, Switzerland yang terkenal dengan jam sebagai identiti mereka,tambah meyakinkan aku untuk ke sana pada cuti musim sejuk lepas. Jutaan terima kasih kepada saudara Efenem yang banyak memberikan nasihat serta tunjuk ajar kepada kami untuk trip ke Switzerland ini! =]

Read the rest of this entry »

 
10 Comments

Posted by on February 28, 2009 in Uncategorized

 

Tag dijawab~ =]

Lama aku berhutang tag ni dengan Leokid.Haha.Hari tu lepas habis exam Hygiene nak buat,tapi bila kabut nak uruskan visa untuk pergi Switzerland (entri pasal Switzerland akan menyusul),terus terbiar tag ni.Tag ni pasal boikot.Jadi rasanya baguslah juga aku buat,memandangkan sekarang pun orang macam dah ‘lupa’ sikit pasal hal-hal Palestin-Israel ni,tambahan lagi di Malaysia sibuk dengan politik Perak tu. Jadi,ini dia tag tu:

 Here’s what we should do. it’s simple: list down 5 of the products from the list that you are boycotting, and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott, and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott, and tag 5 others.

This tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see: if they can boycott one product that you haven’t been boycotting, why can’t you start to boycott the product too?

5 of the products from the list that you are boycotting:-

1)McDonalds– Memandangkan di Rusia ni pun boleh makan fillet o fish saja,jadi tak kisah pun. Tapi tak bermaksud yang aku tak boikot McD Malaysia yang mempunya burger-burger lain yang halal.=]

2)Coca Cola– Memang aku kurang minum air gas ni.Kalau di McD pun (sebelum ni) aku order coffee latte saja.

3)Nescafe– Agak susah nak boikot Nescafe ni,tapi itulah usaha yang aku boleh buat.Macam entri Kopi dan Aku sebelum ni,aku memang hantu kopi.Tapi tak apalah,dah bertukar kepada jenama Jacob pun (jenama di Rusia ni).

4)Starbucks– Ubahlah selera lepas ni.Mungkin Gloria Jeans.Sedap juga.Di Swiss hari tu pun belambak Starbucks, buat-buat tak nampak sajalah.

5)Nokia– Memang tak pernah guna Nokia pun.First handphone Motorola, sekarang guna Samsung. Ini dikira boikot juga ke? Hehe.Yalah,lepas ni kalau aku nak beli yang baru tak naklah beli Nokia.

 

5 of the products that you will try your best to boycott:

1)Nestle – Dari kecil pun kita disuap dengan nestum,minum milo,nescafe,dan sebagainya.Jadi memakan masa juga untuk boikot produk Nestle ni.

2)Maggi– Ni pun dari kecil dah sebati dengan kita. Kalau duduk asrama mesti nak makan maggi punya. Lagi-lagi pula di Rusia mee segeranya tak sedap.Hehe.Tapi boleh saja nak boikot.Maggi,banyak MSG tu! =p

3)Nescafe (bawah Nestle sebenarnya)- Juga merupakan produk yang aku sedang boikot sekarang.Pada masa yang sama,cuba yang terbaik untuk memboikot nescafe ni.Sebab kalau di kafe hospital Rusia ni kebanyakan kopi yang mereka ada ialah nescafe.Huhu.Harap-harap makcik kafe ada stok Golden Eagle ke.Tak adalah aku tersengguk-sengguk dalam kelas.=p

 

5 of the products that you find it hard to boycott:

1)Nescafe– Untuk kali ketiganya,walaupun aku sedang memboikot,cuba yang terbaik untuk memboikot,aku tetap rasakan paling susah nak boikot Nescafe!! Memang susah nak cari penawar untuk gian aku ni.Dah tukar kepada jenama Jacob pun,still rasa nak nescafe gak.Mungkin kurang umph Jacob tu.Tapi tak apa,demi rakyat Palestin juga.

2)Senarai lain bagi aku agak mudah untuk diboikot. =]

 

Jadi sekian untuk tag yang memang pertama kali aku buat ni.Haha.Orang yang aku nak tag:-

Halawatuliman

Judin

Fairuz Mokti

Hairieusoff

Rama-rama

 

Sesiapa lagi yang nak buat,dipersilakan dengan hormatnya.Kalau yang tak ada blog tu,boleh saja nak copy dan paste dalam profile Friendster ke,Facebook ke,atau jawab sebagai survey ke.Hehe.Ok,sekian. =]

 
3 Comments

Posted by on February 8, 2009 in Uncategorized