RSS

Jalan-jalan Jerman,Republik Czech,Hungary dan Austria III-Budapest

04 Feb

3/7-4/7/2010

Kami meneruskan perjalanan ke Budapest,Hungary dengan bas pada malam 2 Julai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam, jadi kami sampai awal pagi di Budapest dan terpaksa ‘merempat’ dulu di stesyen bas sebelum boleh check in di City Hostel Pest. T_T

Jika tak ada langsung duit Hungary (Forint), baik withdraw di stesyen bas dulu. Mereka TIDAK menerima USD dan Euro.  Nanti tak pasal-pasal  ada hal kecemasan terpaksa ditunda disebabkan tak ada duit Forint. Ish, macam ada kes pula!=p

Aku syorkan juga supaya beli Budapest Card di stesyen bas tu, sebab banyak potongan harga untuk tempat-tempat menarik dan boleh menaiki pengangkutan awam secara percuma. Kami beli untuk tempoh 48 jam, harganya 6300 Forint (lebih kurang RM100).  Tak adalah mahal kalau nak banding kena bayar penuh untuk masuk setiap tempat kan?

Budapest terdiri daripada dua bandar yang berbeza, Buda dan Pest yang dihubungkan dengan Chain Bridge.  Sama kes macam Lesser Town dan Old Town di Prague.

Chain Bridge

Memandangkan hostel kami terletak di Pest, jadi kami memulakan perjalanan di Pest dulu. First impression aku, Pest sangat kotor! Sampah sarap di kiri kanan jalan. Serius tak tipu. Kurang maintanence barangkali.

Mujur tempat-tempat menarik di Pest seperti Hungarian State Opera House (bolehlah masuk kalau minat nak tengok opera) , Andrassy Avenue yang tergolong dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO dan St. Stephan’s Basilica berjaya menutup kecacatan itu.

Hungarian State Opera House

St. Stephan Basilica

Antara bangunan menarik di Andrassy Avenue

Aku nasihatkan hati-hati di sekitar kawasan St. Stephan’s Basilica, kerana sangat banyak agen pelancongan mempromosikan pakej pelancongan mereka. Kalau nampak pekerja berbaju oren, cepat-cepatlah jauhkan diri ya.

Apa yang tak bestnya, mereka ni macam memaksa dan sungguh persistent sekali. Walaupun dah cakap banyak kali yang kami tak berminat, ada seorang lelaki ni yang sengaja tak faham bahasa terus menjejaki kami dan memancing dengan ayat-ayat bergula. Mujur tak cair. Haha.

Di penghujung Andrassy Avenue, terletaknya lokasi panas Heroes Square, Museum of Fine Arts dan Palace of Art. Ambil gambar puas-puas, dan boleh terus ke City Park yang tidak jauh dari Heroes Square.

Heroes Square

Museum Of Fine Arts

Palace Of Art

Kawasan City Park tu sangat-sangat luas! Tapi sejuk mata memandang, hijau sana sini. Ramai orang baring-baring atas rumput macam berkhelah. Tiba-tiba masa tu teringat Malaysia. Hehe. Dalam City Park tu terletaknya Vajdahunyad Castle dan bangunan-bangunan yang menarik.

 

Pintu masuk Vajdahunyad Castle

Kawasan City Park

Dalam Vajdahunyad Castle.Sehebat-hebat arkitek yang buat ni, hebat lagi Pencipta arkitek tu!=)

Kami lebih banyak berjalan berbanding menaiki bas atau metro. Jangan lupa bekalan air yang cukup ok, lebih-lebih lagi pada musim panas.

Bercakap mengenai metro di Budapest,  aku rasa stesyen metronya sangat klasik dan unik, memang lain daripada stesyen metro di tempat lain yang pernah aku tengok. Suka aku nak ingatkan yang penguatkuasaan di Budapest lebih ketat berbanding di Berlin dan Prague. Maksud aku, kalau di Berlin atau Prague, mungkin terlepas kalau tak ada tiket bas atau metro sebab jarang orang pantau. Tapi tidak di Budapest. Ringkasnya, menipu tu tak baik! Hehe.

Klasik tak stesyen metro ni?

Hari yang sama juga, kami terus ke Buda dengan menaiki bas. Maklumlah musim panas, pukul 7-8 malam pun cerah lagi. Di Buda, ada perkhidmatan kereta kabel untuk naik Buda Hill menuju ke Buda Castle. Malangnya, ia tidak termasuk dalam Budapest Card, jadi kami pun naik tangga saja. Bukit tu pun tak adalah tinggi sangat, jadi jalan kaki saja. Jimat duit wei!

Sesiapa yang dah tengok Siri Korea Iris, pasti cam dengan Buda Castle ni yang menjadi lokasi penggambaran cerita tersebut. Sampai saja kawasan tu, terus aku teringat aksi mendebarkan cerita tu. =p Dalam kawasan Buda Castle tu terletaknya Matthias Church, Hungarian National Gallery dan Fisherman’s Bastion.

Berhampiran Hungarian National Gallery tu ada kedai-kedai yang menjual t-shirt dengan harga yang murah. Boleh minta tawar lagi, kenalah bermulut manis. Hari tu alhamdulillah dapat borong 4 helai t-shirt, memang rezeki betul, mungkin kami sampai masa mereka dah nak tutup kedai.

Matthias Church

Hungarian National Gallery

Deja Vu?Tengok Iris kot...

Fisherman's Bastion

Boleh nampak Parliament Building dari Fisherman's Bastion

Kawasan Buda Castle

Buda Castle Hill

Keesokan harinya, kami mengekhaskan perjalanan kami ke Budapest Statue Park, yang dibina setelah kejatuhan komunis. Terdapat banyak monumen yang memaparkan peninggalan komunis di bumi Budapest. Antara yang paling menarik ialah binaan kasut Stalin (diktator pada zaman Soviet Union, merangkap Jeneral Parti Komunis pertama).

Dikatakan bahawa pada zaman kekuasaan Stalin, sebuah monumen Stalin telah dibina bagi menunjukkan keagungannya, namun kini yang tinggal hanyalah kasutnya saja kerana bahagian lain telah dimusnahkan oleh rakyat tempatan setelah komunis tumbang.

Tinggal kasut Stalin je!

Diktator-diktator komunis yang aku tak cam =p

Budapest Statue Park

Setelah habis pusing Budapest Statue Park, kami pergi ke destinasi terakhir iaitu Parliament Building.

Hungarian Parliament Building

Depan Parliament Building

Bagi aku, Hungary memang unik. Kalau sebelum ni macam kurang tahu mengenai Hungary, jadi bila pergi tu dapatlah ilmu juga. Kalau dengar bahasa Hungary, memang lain sangat, tak ada bunyi Jerman, tak ada bunyi Perancis, bunyi Rusia pun bukan, bunyi Melayu apatah lagi. Komen aku, tak rugi pergi Hungary! =]

Seterusnya, Jalan-jalan Jerman, Republik Czech, Hungary dan Austria IV-Vienna.

 

 
2 Comments

Posted by on February 4, 2011 in Uncategorized

 

2 responses to “Jalan-jalan Jerman,Republik Czech,Hungary dan Austria III-Budapest

  1. pae faezah

    February 12, 2011 at 8:38 pm

    kamil..ni kire siri jelajah yg trahir la yer?…=)..tmpat sume cntik2 la… cam bgunan bersjarah je sume…

     
    • kamilsifu

      February 13, 2011 at 2:56 pm

      terakhir?wallahua’lam…myb tahun ni ade lg kot pergi somewhere…btw mmg attraction kat europe ni bgn bersejarah diorg…tu yg respect tu,diorg boleh preserve berthn2 lmanyer…em,sesetengah negara kat europe ade gak nature yg best2..hehe..

      hopefully bermanfaat,kalo ade msa n duit lebih bolehlah pergi tgk negara org..=]

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: