RSS

Jalan-jalan Jerman,Republik Czech,Hungary dan Austria I-Berlin

01 Feb

Saja nak rakamkan kenangan bercuti di Jerman, Republik Czech, Hungary  dan Austria musim panas lepas dalam blog ni. Patutnya lama dah tulis, tapi biasalah, bertangguh sokmo!

Suka aku nak ingatkan yang aku ni bukannya pakar bab-bab berjalan ni. Aku tulis ni pun niat untuk kongsi saja. Jadi kepada yang baca entri ni, janganlah tanya lebih-lebih macam aku ni duta pelancongan pula. Sebab ada banyak komen yang aku tak approve dalam entri Jalan-Jalan Turki dan Switzerland tu, sebab soalannya yang tak tercapai dek akal nak jawab. Hehe.

Ok, berbeza dengan percutian-percutian sebelum ni pada musim sejuk, ni kali pertamalah aku jejak Eropah pada musim panas. Itu pun sebab musim sejuk tahun lepas aku tak pergi mana-mana. Rasanya tahun ni pun macam tu juga, musim panas nanti InsyaAllah akan ke………….(tak rancang lagi =p).

Route kami macam ni: Berlin-Prague-Budapest-Vienna-Salzburg-Munich-Berlin. Boleh saja nak tiru, tak kisah pun. =]

Kali ni peneman aku sama juga, si Arif tu. Sebab apa?

1.Kami tak pergi mana-mana musim sejuk tahun lepas. Aku buat praktikal emergency dan layan siri Korea Iris masa tu. Haha.

2.Kami dah habis exam dan praktikal on time dengan jayanya,alhamdulillah.

3. Kami tak homesick sangat nak balik Malaysia awal-awal.Ngeh3.

4. Kami sekepala, jenis yang tak banyak bunyi punya.=p

Sama juga masa di Switzerland dulu, kami ni main redah saja. Kiranya tak adalah perancangan rapi nak pergi ke mana, makan di mana, bas mana nak kena naik. Tapi hostel dah tempah awal-awal, kerana menjangkakan ia akan penuh pada musim panas. Bagi aku, main redah ni lagi best sebab tak terlalu terikat dengan plan dan lebih mencabar. Ambil saja peta di pusat pelancongan, cari sendiri tempat-tempat tu! Boleh bakar lemak sikit. Haha.Ada sesetengah orang suka rancang awal-awal, nak pergi sini sana, kena naik bas apa,metro nombor berapa, terpulanglah.

Ok, straight to the point.

28/6/2010

Tiba di Tegel International Airport,Berlin, Jerman dengan Airberlin. Murah, sebab tu guna airline tu.  Kami terus beli Berlin City Tour Card, yang membolehkan pelancong menaiki sebarang jenis pengangkutan awam secara percuma dalam masa 2 hari.  Amat berbaloi sebab tak kan setiap kali nak naik bas atau metro nak kena beli tiket kan?

Selepas itu kami ke stesyen bas bagi membeli tiket bas ekspres untuk perjalanan malamnya ke Prague dan tinggalkan beg kami di situ.  Seusai semuanya,barulah kami ke menuju ke Zoo Station, kerana tempat-tempat yang harus dikunjungi terletak berhampiran stesyen itu.

Kejadian yang memalukan berlaku apabila aku cuba menahan bas ala-ala gaya kat Malaysia tu. Maklumlah orang kampung, jakun sikit. Terus kami ditertawakan oleh mereka yang di dalam bas termasuklah pemandu. Tapi mereka cool saja sebenarnya. Seorang makcik lantas menerangkan bahawa kami perlu berdiri di hadapan tiang kuning, yang merupakan tanda bus stop. Haha. Siapa yang nak pergi Jerman jangan ulang benda ni ok, dan jangan lupa tiang kuning!

Aku teruja dengan sistem hidraulik bas di Jerman, kerana setiap kali sampai di sesebuah perhentian bas, bas akan menjadi berat ke arah kanan secara automatik (Jerman memandu di sebelah kanan) untuk memudahkan penumpang keluar dari bas. Canggih kan? Apa lagi jurutera di Malaysia, inovasi ni kita ciplaklah ke negara kita!

Tempat-tempat yang dikunjungi ialah Bundestag (Parlimen Jerman), Brandenburg Gate yang memisahkan Jerman Barat dan Jerman Timur, Marienkirche & TV Tower sebagai simbol Jerman Baru dan Lama, Berliner Dom, gereja yang mempunyai kubah yang besar, Kaiser Wilhelm Gedächtniskirche iaitu bangunan gereja dengan struktur arkitek yang unik,Memorial to the Murdered Jews of Europe, iaitu binaan batu batan umpama kubu bagi memperingati Holocaust, dan bergambar di hadapan Alte National Galery, muzeum yang menyimpan lukisan-lukisan artis Jerman lama dan Altes Museum yang menyimpan koleksi Mesir dan antik.

 

Brandenburg Gate

Bundestag

Kaiser Wilhelm Gedächtniskirche

Marienkirche

TV Tower

Berliner Dom

Alte National Galery

Altes Museum

 

Memorial to the Murdered Jews of Europe

Rasa rugi sangat sebab tak masuk Bundestag tu, tapi orang memang ramai sangat (sangat!) beratur masa tu. Tak ada rezeki, tapi tak apalah, lain kali mungkin. Muzeum sah-sah aku tak masuk, sebab memang aku tak suka pun tengok barang-barang antik kecuali betul-betul ada nilai sejarah yang tersendiri.

Ok, komen aku pasal Berlin ni, bandarnya kurang teratur nak dibandingkan dengan Paris, Geneva, Istanbul, dan bandar-bandar besar lain yang pernah aku pergi. Jalannya agak simpang siur, dan penggunaan peta di Berlin macam tak membantu sangat. Asyik terpusing-pusing! Itulah, sombong tak nak plan awal-awal lagi! Eh, tapi kat Swiss dulu ok saja. =p

Bukan salah kami yang tak reti baca peta, tapi memang apa yang di peta, tak sama dengan apa yang dilihat. Ramai juga yang komen pasal ni, sebab masa kami tercari-cari tempat pun, ramai mat saleh lain yang sesat sambil mengomel akan peta yang tak boleh diharap. Hehe.

Oh ya, hari pertama saja aku berjaya membeli beg galas Adidas. Tahu kan jenama Adidas berasal dari Jerman? Jadi kononnya dapatlah beg original Adidas dari Jerman. Huh, Made In Vietnam juga! Patutlah tak bagi aku usha sangat. Haha, tapi tak kisah sangat pun, sebab beg galas aku masa tu dah uzur sampai tahap bocor. Beg lama aku tu pun telah selamat disemadikan di Berlin.

Kami sengaja ‘simpan’ Berlin Wall dan Checkpoint Charlie untuk dikunjungi pada hari terakhir, memandangkan kami mengambil tiket pergi balik  (Moscow-Berlin-Moscow). Takut-takut tak ada tempat nak pergi dah masa hari terakhir. Haha. Lagipun Berlin Wall dan Checkpoint Charlie ni agak jauh dari tempat-tempat lain.

Bersambung di Jalan-jalan Jerman,Republik Czech,Hungary dan Austria II-Prague.

 
Leave a comment

Posted by on February 1, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: