RSS

Monthly Archives: December 2008

Muhasabah…

Hari ini sudah pun 1 Muharam,menandakan bermulanya tahun baru mengikut kalendar hijrah. Empat hari lagi,tiba tahun baru masihi pula. Memang unik dengan kehadiran tahun baru yang hampir serentak kali ini.

Lazimnya,ramai yang memasang azam untuk dilaksanakan pada tahun baru. Pada masa yang sama, masih ada azam-azam yang tidak dapat ditunaikan pada tahun-tahun lepas, dan terus dibawa ke tahun berikutnya.

Secara peribadi,bagi aku,mengapa mesti menunggu tahun baru untuk memasang azam,walhal kita boleh memasang azam itu bila-bila masa? Contohnya,mungkin ada perempuan yang memasang azam untuk tampil langsing pada tahun baru, dan azam itu dapat dilaksanakan dengan berdiet. Ada pula lelaki yang mahukan ketulan six pack di abdomen, yang hanya dapat dicapai dengan pemakanan yang seimbang serta senaman yang konsisten.

Sedangkan perkara-perkara itu boleh terus dilakukan sekarang, bagi aku adalah tidak mustahil untuk berusaha sekarang tanpa perlu menunggu tahun baru. Begitu juga, ada sesetengah daripada kita berfikir untuk terus berjaya pada tahun baru. Oh,tahun ini aku hendak menjadi lebih rajin, aku tidak mahu ponteng kelas, aku tidak mahu banyak tidur dan sebagainya. Mengapa tidak melakukan langkah pertama sekarang juga? Read the rest of this entry »

 
3 Comments

Posted by on December 29, 2008 in Uncategorized

 

~Selamat Hari Lahir,aku! ~

25hb Disember-aku sangat gembira,kerana hari ini merupakan hari lahir aku! Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk terus hidup di bumiNya..Sepertimana penganut Kristian yang meraikan Hari Krismas,aku pula meraikan hari ‘tua’ ini dengan gembiranya..

Terima kasih kepada kawan-kawan yang menyampaikan ucapan selamat hari lahir kepada aku, baik melalui kiriman sms,ym,mesej dan testi di friendster atau ucapan terus kepadaku daripada kawan-kawan di sini..seperti tahun-tahun lepas,ucapan yang aku terima sangatlah banyak..aku tidak bermaksud untuk menunjukkan diri ini masyhur atau apa,sebaliknya,aku hanya berfikir,tarikh lahirku bertindan dengan Hari Krismas,sebab itulah lebih mudah diingati dan lekat di hati mereka..siapalah aku untuk terlalu diingati..=p

Tidak dapat dinafikan,ada antara mereka yang benar-benar mengingati tarikh lahir aku..

Sebenarnya,jauh di dalam hati,aku berasa sedikit tidak selesa dengan situasi ini..jangan salah faham,aku bukan tidak menghargai,malah aku amat berterima kasih untuk ucapan-ucapan tersebut..namun demikian,aku berasa kecewa dengan diri sendiri yang tidak reti untuk membalas..

Read the rest of this entry »

 
5 Comments

Posted by on December 25, 2008 in Uncategorized