RSS

Jalan-jalan Jerman, Republik Czech,Hungary dan Austria II-Prague

03 Feb

29/6/2010-2/7/2010

Kami ke Prague, ibu negara Republik Czech dari Berlin dengan menaiki bas pada malam 28 Jun. Sengaja ambil bas malam supaya boleh terus tidur, jimat duit untuk hotel.

Sampai saja pagi 29 Jun,terus check in di Hostel Palmovka. Aku memang syorkan hostel ni, sebab amat selesa dan murah. Harganya aku tak ingat, tapi seingat aku memang murah. Jangan segan silu untuk google bagi mendapatkan kepastian. =]

Antara tarikan utama di Prague ialah Charles Bridge, jambatan terkenal  yang menghubungkan Lesser Town dan Old Town. Memang meriah habis atas jambatan tu, penuh dengan pelukis potret, pemuzik, dan penjual cenderamata. Kalau berminat, duduklah depan mana-mana pelukis, terus tangan diorang laju je! Oh, tidak dilupakan pengemis jalanan yang turut serta!

Semasa kami ke sana, ada pameran berhampiran Charles Bridge mengenai sejarah penciptaannya, sehinggalah kepada proses pembaikan semula jambatan itu. Nampak saja utuh, tapi siapa sangka sebenarnya ia sudah beberapa kali musnah dan dibaiki semula disebabkan banjir. Em,Hitler pun pernah menyeberangi jambatan itu bersama-sama tenteranya masa zaman nazi dulu.

 

Charles Bridge dari jauh...

Charles Bridge yang meriah...

 

Di Lesser Town, tersergam Prague Castle. Memandangkan istana tu terletak di atas bukit, pastikan cukup fit untuk sampai ke atas. Katakan ada yang berhajat untuk ke Prague bersama-sama keluarga, pastikan kanak-kanak dan orang tua diberitahu terlebih dahulu. Semput wei nak sampai atas tu! Haha.

Kawasan istana tu amat-amat besar, yang menempatkan  St. Vitus Cathedral, Royal Garden, Loreta, dan bangunan lain yang cantik belaka. Paling best boleh tengok upacara pertukaran pengawal istana setiap sejam. Pengawal istana kan keras memanjang, orang ambil gambar pun tak reti nak senyum.Haha. Bila nampak proses pertukaran tu barulah mereka bergerak, maknanya selama sejamlah mereka membatu!

 

Pertukaran pengawal istana

St. Vitus Cathedral

Loreta

Salah satu bangunan unik dalam kawasan istana

Burung-burung yang 'diikat' di Royal Garden.Kesian!

Kalau nak tengok panorama Prague, boleh pergi ke Petrin Hill dan naik Petrin Observation Tower di Lesser Town. Aku agak gayat naik menara tu, sebab tangganya agak jarang-jarang dan penghadang sisinya rendah. So watch your step, people!

Petrin Tower

Panorama Prague dari Petrin Tower

Di Old Town pula, bolehlah melihat Astronomical Clock dan Tyn Church, kedua-duanya terletak di Old Town Square. Masa kami pergi hari tu tengah World Cup, jadi ada skrin besar diletakkan di Old Town Square tu. Sekali pandang Astronomical Clock tu, mesti teringat Swiss punya! Menarik lagi, ada patung-patung animasi yang mendetikkan jam tu setiap sejam. Tak hairanlah kalau 10 minit sebelum jam tepat, mesti orang ramai penuh nak tengok patung-patung bergerak tu.

 

Astronomical Clock

Tyn Church

Old Town Square

Entri lepas kan ada aku kata aku tak suka masuk muzeum kan, tapi pengecualian untuk Museum of Medieval Torture Instruments. Gerun, tapi menarik! Barulah aku tahu bentuk seksaan dan hukuman kepada penjenayah zaman kuno dulu. Sula, pancung kepala, penghinaan dikhalayak ramai, semua boleh tengok sendiri!

Berani tak nak duduk dan 'disepitkan' atas kerusi ni? =p

Berhampiran dengan Old Town pula terletaknya Josefov, iaitu kawasan orang-orang Yahudi. Kami pergi ke Old Jewish Cemetery dan beberapa buah synagogue, iaitu rumah ibadat orang-orang Yahudi yang dibuka sebagai pameran. Kami memang teruja  pergi ke sana, dengan niat untuk mengetahui sejarah orang Yahudi dari kacamata mereka. Nak harapkan pergi Israel baru nak tahu sejarah mereka, ibarat menunggu kucing bertanduklah.

 

Synagogue....Perasan tak bintang bucu enam tu?

Old Jewish Cemetery...macam cerita zaman purba dulu kan?=p

Masuk synagogue tu, semua unsur Yahudi dapat dilihat-Star of David (bintang bucu enam), tulisan Hebrew, kippa (kopiah Yahudi) dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki Yahudi bersunat juga seperti ajaran Islam. Tapi baru aku tahu mereka ada mandi jenazah juga.

Tatacara perkahwinan, jenis pakaian dan rumah mereka pun ada, yang kebanyakannya mempunyai asimilasi Islam. Tak hairan sebenarnya, memandangkan mereka ‘menuruti’ ajaran Taurat. Cuma bila dipesongkan, terjadilah perbezaan.

Apa yang menyedihkan kami ialah sejarah yang diputarbelitkan. Mereka tanpa segan silu mengakui Israel adalah negara mereka, dan mereka perlu bermati-matian untuk mempertahankan ‘tanah tumpah darah’ mereka. Bila pergi situ rasa macam orang Palestin pula yang rampas tanah mereka. Kejam sungguh apabila fakta sejarah sengaja dipesongkan.  Dasar Yahudi kan!

Aku syorkan pergi ke situ, baru kita boleh rasa empati terhadap rakyat Palestin. Sekurang-kurangnya tahulah juga Yahudi ni siapa dan bagaimana. Jangan risau, ini tempat pelancongan dan tidak berbahaya. Tiada pistol, tiada bom. Tiada sekatan seperti di Baitul Maqdis pun.

Berdekatan dengan Old Town adalah New Town, syurga membeli belah ala-ala Ulitsa Pakrovskaya di Nizhny ni. Dari sekecil-kecil kedai cenderamata hinggalah sebesar-besar kedai berjenama,semuanya ada di New Town. Pandai-pandailah tawar menawar ya!

 

Prague National Museum,New Town

New Town

4 hari bagi kami amat lama untuk dihabiskan di Prague. Sebenarnya, boleh ambil masa sehari di Lesser Town, sehari di Old Town, dan sehari lagi untuk membeli cenderamata. Kami duk ulang-alik Lesser Town dan Old Town 1 dan 2 Julai tu. Siap dah boleh hafal tempat tanpa peta! Haha. Serius, 3 hari dah cukup untuk cover Prague.

Memandangkan bahasa Czech lebih kurang saja dengan bahasa Rusia, tidak terdapat sebarang masalah komunikasi bagi kami. Kalau Inggeris mereka tak faham, kami hentam saja bahasa Rusia. Hehe. Stesyen metro di Czech pun sebiji macam di Moscow.

Alang-alang dah sampai di Republik Czech, bolehlah beli kristal Bohemia yang sememangnya terkenal di sana. Boleh jadi hiasan di rumah. Tapi beli barang-barang kaca ni kena hati-hati sikitlah. Mudah pecah, beg pun berat!

Nasihat aku, kena rajin usha kedai untuk bandingkan harga, sebab antara sebelah kedai pun boleh jauh beza harga dia. Mereka guna Koruna sebagai matawang, tapi USD dan Euro boleh digunakan.

Ok, bersambung di Jalan-jalan Jerman, Republik Czech, Hungary dan Austria III-Budapest.

 

 
1 Comment

Posted by on February 3, 2011 in Uncategorized

 

One response to “Jalan-jalan Jerman, Republik Czech,Hungary dan Austria II-Prague

  1. Niezam

    October 18, 2012 at 10:01 am

    Wow… menarik… i akan ke Prague pada hujung Nov 2012. Musim sejuk la pulak… adoiii…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: