RSS

Refreshment…

08 Nov

 Assalamualaikum wbt

Blog ni kalau ikutkan bukan tahap berhabuk lagi,tapi dah sampai tahap bersawang dan berkulat dah! Minta maaf kerana tidak konsisten.Ada juga rasa sedih bila tengok graf,jumlah yang keluar masuk masih lagi konsisten (tapi mestilah jatuh menjunam kan,=p) tapi tiada entri baru pun. Mesti kecewa kan (macamlah ramai yang buka blog ni).Haha. Aku akui aku memang tak konsisten. Walaupun tak pernah janji nak konsisten,tapi perasaan tak puas hati tetap ada bila tengok blog ni terabai lama tak terjaga. Memang aku tabiklah kepada mereka yang rajin uruskan blog tu! Klik saja mesti entri lain. Ni tak.Ish3….

Tiba-tiba saja malam ni ada mood nak tulis. Entahlah.Rasanya sebab dah lama jadi pembaca blog orang saja. Dah lama tak jadi penulis. Lagipun kalau nak ikutkan memang banyak nak kongsi supaya boleh dimanfaatkan,tapi kekangan masa selalu membataskan penulisan aku (masih nak bagi alasan).Haha.Betul ni.Entri terakhir aku bulan Mac lepas.Aku tak tulis lagi lepas tu sebab aku punya exam berderet sampai akhir semester, lepas tu terus terencat nak tulis.Dermatology–>Surgery–>Obstetric–>Neurology–>Internal Medicine.Sesiapa 4th year group A,B dan C bersiap sedialah ya. Exam dari April sampailah akhir Jun. Brutal! Otak rasa biol.Nasib baiklah aku hidup lagi.Haha (macam serius sangat je =p ).Nantilah aku cerita kisah-kisah exam 4th year dalam entri mendatang.Entri kali ni nak buat refreshment saja cukuplah kan.

Pejam celik saja,sekarang ni rupa-rupanya aku dah berada di tahun lima pengajian perubatan. Rasa tua pula. Perasaan kesenioran itu semakin menebal setelah pelajar-pelajar junior sampai ke Nizhny akhir bulan September lepas. Walaupun sebenarnya excited bila tahu dah nak habis belajar, tapi sebenarnya perasaan risau lebih ketara memandangkan alam pekerjaan sebagai doktor lebih mencabar lagi.

Aku selalu baca blog pasal housemanhip, macam-macam kes. Kena marah tu tak payah sebutlah kan semua pun maklum. Kena marah dengan senior doktor, kena marah dengan jururawat, kena marah dengan pesakit,keluarga pesakit. Kena tengking hari-hari. Kena berlari kesana sini. Diri tak terurus,makan minum dan tidur semua tak terjaga. Lab coat putih jadi kelabu. Paling teruk rasa bersalah lepas pesakit yang bawah jagaan kita mati depan mata.

Bila fikir-fikir balik,mampu tak aku nak jadi doktor ni? Kalau ikutkan, ilmu yang aku ada sekarang ni sangat cetek. Ibaratnya walaupun bolehlah dikatakan hampir 5/6 dah habis belajar,ilmu tu mungkin 1/6.Haha,betul ni.Rasa dah belajar banyak tapi kadang-kadang rasa kosong pula.Blur.

Tapi usaha tetap usaha.Ada lebih kurang setahun setengah untuk pulun sebelum masuk ke alam pekerjaan. Usaha terus usaha. Ingat senang ke nak jadi doktor.Padan muka,gatal sangat nak jadi doktor! Hahahahaha~

 

 
1 Comment

Posted by on November 8, 2009 in Uncategorized

 

One response to “Refreshment…

  1. miss suriyatie

    November 12, 2009 at 7:16 am

    kamil…u can do it dear…=D…kuatkan mental n fizikal…tk lupe juge spiritual…surely u can do it!!..tk sabar nk panggil~~DR kamil….hehe

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: