RSS

Jalan-jalan Jerman, Republik Czech, Hungary dan Austria IV-Vienna

06 Feb

5/7/2010

Malam 4 Julai, kami berlepas ke Vienna, Austria dari Budapest yang mengambil masa selama 3 jam. Kami tiba di Viena lebih kurang 11 malam 4 Julai tu. Kalau ikut perancangan awal, nak merempat di stesyen bas saja.

Akan tetapi, keadaan tidak mengizinkan kami untuk tidur di situ memandangkan stesyen basnya sedang dinaiktaraf T_T  Kami cuba pergi ke Do Step Inn, hostel yang kami tempah di internet untuk 5 dan 6 Julai. Malangnya bilik penuh pula. Maka terpaksalah kami mencari hotel murah lain untuk tidur pada malam itu.

Cari punya cari, hotel mahal juga yang available, yang menawarkan  50 Euro untuk satu malam. Disebabkan terdesak, kami pun pasrah sajalah. (Ini rahsia, sila jangan beritahu famili aku.Haha =p).

Rasa rugi ke? Tak pun, sebab perancangan Allah juga yang terbaik. Siapa tahu kalau boleh tidur di stesyen bas tu barang-barang kami dicuri. Sia-sia saja beli kristal dan t-shirt di Prague dan Budapest kalau macam tu. Allah lebih mengetahui kan. Dia saja suruh kami tidur di tempat yang lebih selesa. =)

Esok paginya barulah check out dari hotel mewah tu, dan kembali ke Do Step Inn. Settle semua, barulah senang hati nak berjalan. Berbekalkan peta dari Do Step Inn, kami terus ke Austrian Parliament dan Rathauz dengan menaiki subway. Bila fikir-fikir balik, baru aku sedar yang aku tak pernah pergi pun Parlimen Malaysia, dan aku tak pasti adakah ia dibuka untuk tujuan pelancongan.=p

 

Austrian Parliament

Austrian Parliament dari tepi

Rathauz

Rathauz

Bertentangan dengan Rathauz terletaknya Volksgarten, taman yang besar gila. Kalau geram tanam bunga ros di Malaysia asyik mati, bolehlah tengok puas-puas bunga ros di Volksgarten ni, beraneka warna!

 

Volksgarten

Ros pelbagai warna

Grillparzer Monument..Siapa dia pun aku tak tahu daa =p

Dari Volksgarten, kami tembus ke Hofburg Palace yang merupakan identiti kebangsaan Austria. Di hadapan Hofburg Palace ni, terdapat patung kuda yang ditunggang oleh Putera  Eugene bagi melambangkan kejayaan mereka menentang tentera Napolean. Patriotik sungguh ya tak?=)

 

Hofburg Palace dengan Putera Eugene yang menunggang kuda

Tidak jauh dari Hofburg Palace, terletaknya Museum Of Natural History Of Vienna. Muzeum tu dibina secara simetri, baik dari segi bangunannya, patung-patung di depannya, hatta landskap pun nak kembar! Mesti orang yang bina muzeum ni dulu ada Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Haha,suka-suka je aku ni. Alamak, tak tau OCD tu apa? Google lah ya.Tapi kamera kecik kami tak membolehkan kesimetrian itu dirakam. Kena datang sendirilah nak tengok!

 

Museum of Natural History Of Vienna

Landskap muzeum yang simetri

Kemudian kami ke dataran Stephansplatz. Landmark di Stephansplatz ialah St. Stephen ‘s Cathedral. Aku suka sangat tengok bumbungnya, sebiji macam tikar mengkuang!

 

St. Stephen's Cathedral

Di Stephansplatz ni banyak kedai berjenama. Aku tak pasti murah ke tak sebab aku bukan kaki shopping. Haha. Tapi kalau nak cari cenderamata bolehlah cari di sini, berlambak! Di Austria yang terkenal dengan kristal Swarovskinya, bolehlah didapati dengan mudah di sini.

Jangan terkejut kalau nampak ramai orang arab di Stephansplatz ni. Biasalah kalau nampak pak arab bawa ‘bini-bini’ dan anak-anak mereka singgah di situ, diorang kan kaya, masuk keluar kedai berbeg-beg aku tengok. Memang ramai, berbondong-bondong!

Lupa pula sebut yang Austria ni merupakan negara muzik. Mesti pernah dengar nama-nama pemuzik terkenal seperti Mozart dan Beethoven kan? Mereka lahir di Austrialah. Maka, tak hairanlah kalau sepanjang Stephansplatz ni ramai artis-artis jalanan, yang aku akui memang ada umph!

Kalau sesiapa pernah tengok siri Jepun Nodame Cantabile, mesti familiar dengan bait-bait lagu Beethoven dan Mozart ni, dan lagu-lagu itulah yang menyerikan bandar Vienna ni. Aku sangat suka walaupun aku tak berbakat. =p

Kami boleh lepak berjam-jam di Stephansplatz kerana variasi persembahan di situ.  Kami asyik dengan orang main biola, orang jadi patung yang akan bergerak setelah diberikan duit, pertunjukan silap mata (memang mata aku jadi silap betullah!), dan yang paling kami  kagum ialah melukis menggunakan spray.

Mula-mula tak boleh teka apa yang dia cuba lukis. Bila dah siap, wow! Minah Korea yang tengok pun asyik “uwaaaaa” tak henti-henti. Hehe. Ramai yang nak beli lukisan dia on the spot. Boleh tengok kehebatan dia melukis di sini. Mesti kagum!

 

Aku tak pasti apa benda tu. Tapi berjaya mencuri tumpuan aku di Stephansplatz.

Malam 5 Julai tu, kami ke Rathauz sekali lagi kerana terdapat festival filem di sana, yang menyiarkan persembahan orkestra dan opera secara percuma. Kami duduk sejak 7 petang, walaupun ia bermula pada 9 malam. Nak dapat tempat punya pasal. Percuma, siapa tak nak kan? Kami difahamkan festival filem ni berlangsung setiap tahun pada bulan Julai dan Ogos. Tempahlah tiket masa bulan-bulan tu kalau berminat.

 

Festival Film. Orkestra ok,jangan ingat cerita Ngangkung pula!=p

6/7/2010

Kami pergi ke Schonbrunn Palace seperti yang dicadangkan pekerja Do Step Inn. Dia kata kena ambil masa sehari di situ, kerana amat-amat menarik. Kami ikut sajalah.

Memang betul katanya, Schonbrunn Palace tidak menghampakan. Kawasannya yang amat luas menempatkan beberapa tempat menarik seperti Privy Garden , Gloriette, The Star Pool, Roman Ruin, Obelisk Fountain dan yang paling aku tak boleh lupa ialah bermain Maze.

 

Schonbrunn Palace

Privy Garden

Roman Ruin

Star Pool

Gloriette

Amazing maze!

Susah juga main maze bila terpusing-pusing cari jalan keluar, tapi jadi meriah bila ramai kanak-kanak berlumba siapa yang jumpa jalan keluar dulu. Ada yang mengelat tanya kami, “Ausgang?”. Kami tahu ausgang itu ‘keluar’ sebab banyak tanda ausgang di subway. Kami tunjuk sajalah. Hehe, riang ria kanak-kanak ribena! Oh, lupa pula beritahu yang rakyat Austria menggunakan bahasa Jerman.

Aku boleh simpulkan yang Vienna memberikan memori tersendiri. Memang patut datang lebih-lebih lagi sesiapa yang berminat dengan muzik. Makanan halal pun senang cari. Banyak kebab dijual di tepi jalan oleh orang-orang Turki. Kalau rasa ragu-ragu akan status halalnya, jangan malu bertanya ok. Austria menggunakan Euro sebagai matawang, jadi, kalau dah ada lebihan Euro, tak payah withdraw pun tak apa. =)

Ok, bersambung di Jalan-jalan Jerman, Republik Czech, Hungary dan Austria V-Salzburg.

 

 

 

 
3 Comments

Posted by on February 6, 2011 in Uncategorized

 

3 responses to “Jalan-jalan Jerman, Republik Czech, Hungary dan Austria IV-Vienna

  1. cik suriyatie

    February 7, 2011 at 8:16 am

    dh lama tk dgr cter…cantiknye tmpt…=)

     
    • kamilsifu

      February 7, 2011 at 9:09 pm

      lama x dgr citer?macam biasa je,still d same..hehe =]
      tpt2 2 mmg lawa..sygnyer xboleh nk share sumer…=p

       
  2. mus

    September 23, 2012 at 4:23 pm

    salam doc memang best la eurotrip nie kalau saya berminat bole bagi info x t kasih

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: