RSS

PPSMI:Perbandingan dengan Rusia…

08 Mar

Sekarang hangat diperkatakan tentang bantahan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)di Malaysia.Terbaru,mereka yang memperjuangkan Bahasa Melayu telah membuat perhimpunan secara besar-besaran bagi membantah PPSMI di Masjid Negara semalam.Perhimpunan secara besar-besaran ini jelas menunjukkan bahawa PPSMI ditentang oleh sebahagian rakyat Malaysia.

Secara peribadi,aku juga tidak bersetuju dengan PPSMI ini.Siapalah aku untuk bersuara lantang,namun aku hanya mampu memberikan pendapat peribadi sebagai seorang pelajar saja.

Isu PPSMI ini bukanlah isu yang boleh dipandang remeh.PPSMI adalah bertujuan untuk memperkasakan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar sejak di bangku sekolah,supaya mereka boleh bersaing di peringkat global apabila berada di menara gading atau berkerja kelak. Namun demikian,usaha untuk memperkasakan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar yang dilihat bertujuan baik itu nampak kabur pada cara untuk mencapai matlamatnya.

Ada yang berpendapat bahawa pelaksanaan PPSMI penting supaya para pelajar lebih mudah menguasai istilah-istilah Sains dan Matematik sejak di sekolah supaya tidak ‘terkejut’ ketika di universiti nanti. Jika begitu,mengapa tidak istilah-istilah itu saja yang diajar secara sampingan berbanding sistem pembelajaran Sains dan Matematik secara keseluruhan dalam Bahasa Inggeris? Tidakkah ini dilihat seperti membunuh Bahasa Melayu itu sendiri,sekaligus menidakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu?

Aku ingin berkongi mengenai uniknya Rusia yang terkenal dengan kemajuan penerokaan angkasa lepas.Tetapi,aku mahu berkongsi mengenai bidang perubatan di Rusia. Umum mengetahui bahawa Rusia merupakan sebuah negara bangsa,yang mana rata-rata rakyatnya hanya berbahasa Rusia dan tidak mengetahui Bahasa Inggeris. Mungkin ada yang tergelak besar apabila mendengar mereka berbahasa Inggeris,kerana cacat bunyinya. Tapi apa yang lebih penting,Bahasa Rusia mereka jelas dapat menyampaikan ilmu secara berkesan.

Contoh yang aku ingin bawa di sini ialah bagaimana pesakit-pesakit di Rusia mampu memberikan istilah-istilah yang tepat untuk simtom-simtom penyakit mereka,tanpa perlu mereka mempelajari bidang perubatan! Semester lepas,ketika mempelajari subjek Paediatric,pensyarah kami yang juga pakar kanak-kanak telah membawa kami berjumpa dengan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang menghidap Pneumonia. Pensyarah kami bertanya kepada kanak-kanak itu, bagaimana doktor mengetahui awak menghidap Pneumonia? Kanak-kanak itu menjawab, Врач высушал хрип в лёгких и снимки (Vrac vislushal hrip v liogkih i snimki)-Doctor heard crepitation during auscultation and X-ray!

Aku tidak mampu untuk menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu. Tetapi untuk pemahaman,budak itu menjawab bahawa doktor telah mendengar sesuatu pada paru-parunya dan keputusan X-ray membawa kepada diagnosis penumonia itu.Bagi aku,memang macho betul budak tu! Kecil lagi sudah tahu ‘crepitation’. Benar,budak itu mungkin tidak mengetahui apakah maksud sebenar ‘crepitation‘ itu,namun demikian,ia telah membantu doktor untuk membuat diagnosis dengan lebih mudah. Perkataan хрип (hrip)-crepitation yang disebut oleh budak itu memang terdapat dalam Bahasa Rusia sebagai bahasa pertuturan,dan tidak perlu menjadi doktor untuk mengetahui perkataan itu. Ini hanyalah satu contoh, dan sebenarnya banyak lagi contoh lain.

Sehingga sekarang,aku masih tidak mengetahui perkataan yang tepat dalam Bahasa Melayu untuk menggambarkan palpitation. Adakah rasa jantung berdegup-degup?Debaran dada? Bahasa Rusia mempunyai perkataannya tersendiri untuk ‘palpitation‘,iaitu сердцебиение (sedsebienie). Heart burn pula apa ya?Rasa panas dada? Mungkin akan disalahanggap oleh pesakit sebagai panas kerana tidur tak berkipas! Panas dan sesak dalam dada? Aku tak pasti pula.

Aku tidak bermaksud langsung untuk merendah-rendahkan Bahasa Melayu. Apa yang aku ingin sampaikan di sini ialah,betapa pentingnya penggunaan bahasa sendiri sebagai medium untuk pengajaran dan pembelajaran,lebih-lebih lagi untuk subjek berat seperti Sains dan Matematik itu. Bukankah bagus jika Bahasa Melayu juga mempunyai istilah-istilahnya tersendiri? Pelaksanaan PPSMI hanya akan melemahkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang sepatutnya.

Ringkasnya,ada jalan yang lebih baik jika hendak memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar.Memetik kata-kata seorang komentar di sebuah blog yang pernah aku baca,peratusan pelajar yang mampu menjawab ‘satu tambah satu’ adalah lebih tinggi berbanding pelajar yang mampu menjawab ‘one plus one’, walaupun jawapannya adalah sama.

Jujurnya,aku lebih suka melihat perkataan Janjang Aritmetik,Lokus Dalam Dua Matra dan Teori Kebarangkalian ditulis dalam buku itu…

 
11 Comments

Posted by on March 8, 2009 in Uncategorized

 

11 responses to “PPSMI:Perbandingan dengan Rusia…

  1. alia

    March 9, 2009 at 1:00 am

    Betul tu, setuju dgn pendapat ni. Kadang2 tak dpt nak bayangkan pun apa maksud perkataan tu sebab xde dalam Bahasa Melayu. Tapi, maybe jugak sebab penterjemahan tak berlaku atau sangatttttttt perlahan kat M’sia. Sebab tu pemimpin terdahulu merasakan kita patut guna English sbg medium pelajaran dan pembelajaran.

    Contohnya, kalau journal. Ada BMJ (British Medical Journal), Indian Medical Journal etc. Even kalau kita guna OVID or Medline pun sume tu guna English. Tapi, kita takde sume tu dalam Bahasa Melayu. Kenapa takde? sebab kita tak menterjemahkan semua sumber2 ilmu tu kepada Bahasa Melayu secara intensif. Pada pdgn saya, pakar2 bahasa n pakar pencinta2 bahasa ni sepatutnya lebih agresif dalam menterjemah n meningkatkan istilah2 dalam BM. Bukannya, bila goverment dah tukar polisi baru nak sibuk bangkang2. dah terhantuk baru nak terngadah. Sepatutnya, kita sume buat peranan kita. Kalau mereka serious buat peranan mereka memperkasa Bahasa Melayu DULU, maybe kita tak payah berdepan dgn krisis ni SEKARANG.

    Sebenarnya, xdelah setuju sgt dgn PPSMI. Pada pendapat saya, peringkat sekolah rendah yang terbaik ialah menggunakan Bahasa Melayu sbb masa ni lah murid2 nak menguasai konsep esp. Sains n Math. Bila secondary school maybe boleh mula guna English dan yg terbaik ialah ada saringan pelajar yg patut belajar guna English atau Melayu. Sort of ada 2 aliran la. Ataupun, just perkenalkan satu lagi subjek sampingan yg mengajar istilah Sains n Math dalam English. Sbg persedian utk belajar di universiti.

    Sememangnya perlaksanaan PPSMI ni sgt tergesa2 dan caranya agak kurang tepat. Nak kata totally tak elok pun tak boleh jugak. Sebab kalau tetiba kena belajar guna English kat uni pun maybe terkejut jugak. Bersaing sesama kita maybe ok lagi. Tapi, kalau kena compete dgn student yg first language is English. Maybe kita akan berharap kita belajar sume benda dlm English dari kecil (luahan perasaan, hehe…).

    Oklah, setakat tu je. Sorry sebab tulis panjang. Tetiba terasa nak komen n teringin nak menulis. By the way, thanx for your thought;)

     
  2. 'Ain Nasir

    March 9, 2009 at 1:41 am

    heartburn = pedih ulu hati

     
  3. hope

    March 9, 2009 at 8:18 am

    yep..aku setuju dgn kau.. pe atia ckp pon btol..

     
  4. fadzila

    March 9, 2009 at 5:42 pm

    salam..
    sy pn setuju ng pndngn kamu n atia..
    kami bkl ckgu kt cni pn xbrape setuju ng PPSMI.bkn nye sbb kami xpndai ckp org putih tp cian kt students yg xphm ape yg kami ajar.sebenarnye students ley score tok exam besar like UPSR, PMR bknnye sbb diorg tol2 phm sgt tp diorg juz hfl je term2 pntg.
    kdg2 ble ckgu da translate dlm BM ape yg die aja td, ade ke ptt students ley tye ckgu “Ckgu, ckgu aja topic bru ke??”…sabar2..
    lgpn cian kt dak2 sek rendah. at least kalo nk sgt maths n science in english statla ble dak2 da sek men ke..xpn kt matrix n STPM.
    lgpn xmustahil gejala ponteng sek ley meningkat coz dak2 da la xphm, bek diorg pontng je skol.
    waa..rsenye bru luahkn separuh je ni..hehe
    tq kamu..concern gk ea dlm hal2 pendidikan..=p

     
  5. alia

    March 9, 2009 at 6:07 pm

    atia? alia

     
  6. fadzila

    March 9, 2009 at 7:01 pm

    sori alia..=]

     
  7. kamilsifu

    March 9, 2009 at 10:59 pm

    Alia: Terima kasih krana mmbca dan terima kasih utk komen tu..hehe..memang xdinafikan,proses penterjemahan buku2 rujukan dari bahasa inggeris ke bahasa melayu amat2lah perlahan..sbb 2 org2 kita pn no choice,knalah jugak beli buku rujukan dlm bahasa inggeris..PPSMI memang kelihatan tergesa2 sekali..dan yang tambah peliknya,mengapa kajian tidak dilakukan secara menyeluruh terlebih dahulu,terutamanya kpd pljr2 luar bdr..mgapa dh buat bru nak kaji..tulah sebab rmai yg marah,sebab seolah2 pelajar2 di bawah PPSMI ni kelihatan seperti bahan radas eksperimen pula..=p thnx neway..nk tulis komen pjg mana pn sy xpernah kisah..kan bgs berkongsi2 info..=]

    ain nasir: terima kasih utk istilah bm tu..hehe..tp kak ain,btul ke ni istilah yg tepat..mksd sy,mcm headache=sakit kepala,chest pain=sakit dada..sbb sy mmg btul2 xtau isitlah yg tul2 tepat..=] terasa pnting pula istilah bm utk history taking kt msia nti kan..hehe..thnx again neway..=]

    hope:terima kasih krna berkunjung..=] lama xdgr citer org volgo..=]

    fadzila: itu dier komen dr seorg bakal pendidik yg dinanti2..hehe..yela,cikgu kan lg arif bab2 cm ni..cm yg sy tulis dlm entri tu,sy tulis ni jz berdsrkn pndangan sy sebagai seorg pelajar saja..=]..em,betul tu cikgu fadzila..ksian kat dak2 yg xphm ckgu ajr kan..n itu mgkin bg cikgu fadzila n ckgu2 lain yg mahir berbahasa inggeris..x kira lg dgn cikgu2 ln yg mgkin bahasa inggerisnya lemah..bayangkan,otak cikgu tu punyelah genius dgn ilmu matematik n sains yg dier ada..tp disebabkn bhsa inggerisnya yg lemah,kesian,xdpt pulak dier nk spaikan ilmu yg dier ada kat pljr2 dier..ponteng 2 pn btul gak..so,mmg PPSMI ni mcm byk keburukan saja dr kebaikan kan..thnx utk komen cikgu..=]

     
  8. fadzila

    March 10, 2009 at 8:09 am

    aah la kmu..ade je ckgu xmahir b’bahasa inggeris.cam kt teaching method chemist bru2 ni, ade akak 2 kne aja and kami2 ni kne la b’lakon jd student.akak 2 baik sgt.tp time die aja, sy tgk die cam ssh je nk sebut perkataan inggeris.cian tgk die.da la lecturer tengah observe die.huu.simpati..ni la nsb ckgu2..hehe =p

     
  9. AN

    March 14, 2009 at 2:26 am

    i never like the idea of math n sci to be taught in BM *again*. i myself wud prefer to learn them in english eventho during our times we used bm as well. i personally find it hard to adapt when i was in 1st year. all the bio, physics, chemistry and add maths terms were in english n really i felt totally dumb at that time for not knowing the english translation.. anyways, go read chedet’s latest entry.. mungkin dpt membuka minda kita bersama. haha!

     
  10. u.s.u

    March 16, 2009 at 4:38 pm

    ermm..salamm..spnjng 5thn rasanye masih singkat akk mgjar byk bnda yang akk dapat bndingkan dgn wujudnye PPsmi ni…sbb kebetulun PPsmi dah sampai fasa keenam pada tahun lpas.so..di sek rendah klu dari awal diajar dlm bhasa iggeris tidak dinafikan segelintir murid mmg lebih advance berbndg guru itu sndiri.PPSMI ni diamat baik jika dicadangkan tapi dlm konsep perlaksanaan guru amat terseksa…hahahaha.melalui pengalaman akkla..sbb peringkat awl adalah ujikaji..org yg melaksanakan ujikaji tidak kurang peningnye kepala…mmg tak dinafikan membudayakan bahasa kita adalah lebih baik..tapi apakan daya..suara kecil dari hati kita yang dianggap kecil ini tiada sape yang akn dengar sbb kita dianggap terlalu kecil.ermm..wlucmne pun..dlm apa2 pindaan yang berlaku pada sistem pendidikan..guru adalah org pertama yg perlu meminda apa yang telah ada pada diri masing2 sbb GURU adalah pelaksana dan mengadaptasikan apa yang telah dan akan terlaksana.oleh itu..peningkatan profesionalisme perguruan perlu diambil kira utk menjana minda murid pada masa kini dan akn dtg..(minat isu ni sbb pengalaman adalah tenaga pengajar yang tiada nilainye)pe2 pun tahniah sbb concern pada apa sedang berlaku…

     
  11. miftah

    June 10, 2009 at 2:51 pm

    hmmm.. PPSMI.. harus ditentang. ini bukan isu picisan. juga bukan isu emosi bahasa dan budaya. ini isu peradaban. ini isu generasi masa hadapan.
    baru2 ini, dalam wawancara dengan seorang prof berkata bhw tidak rugi tahu bahasa inggeris dan krn itu PPSMI harus diteruskan.. ini adalah alasan paling dangkal aku pernah dengar. ANTI PPSMI bukan ANTI BAHASA INGGERIS (baca wawancara Dr Anwar Ridwan). cuma utk mendalami bahasa inggeris bukanlah caranya dengan melaksanakan dasar PPSMI. sebagai kiasan, kita sakit di mulut tetapi mengapa kita berubat di lutut?… fikirkanlah. aku bukan ingin beremosi, tetapi ini soal bahasa dan budaya. soal masa depan anak bangsa. soal generasi akan datang..
    aku cuma kesal – seorang prof yang bertaraf ir,boleh mengeluarkan hujah sebegitu? very unexpected!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: