RSS

Jalan-jalan Switzerland (^-*)~

28 Feb

Berbeza dengan entri Jalan-jalan Turki tahun lepas,kali ni aku tulis secara ringkas saja percutian ke Switzerland dari 29 Januari hingga 4 Febuari lepas.Boleh buat tafsiran sendiri melalui gambar-gambar yang dipaparkan.(Aku masukkan sedikit saja daripada koleksi yang ada,rasanya cukuplah =] ). Kesibukan cycle Internal Medicine sekarang ini merupakan alasan terbaik yang boleh aku berikan.Haha.=p

Tapi sebelum tu,kenapa Switzerland?Sebenarnya,memang dah lama aku memasang hajat untuk ke sana,memandangkan seringkali diuar-uarkan bahawa Switzerland mempunyai alam semulajadi yang cukup cantik,tahap kebersihannya yang tip top serta rakyatnya yang menepati masa! Tambahan lagi, Switzerland yang terkenal dengan jam sebagai identiti mereka,tambah meyakinkan aku untuk ke sana pada cuti musim sejuk lepas. Jutaan terima kasih kepada saudara Efenem yang banyak memberikan nasihat serta tunjuk ajar kepada kami untuk trip ke Switzerland ini! =]

29 Januari 2009
Aku dan Arif bertolak ke Switzerland dari Nizhny Novgorod dengan Austrian Airline. Malangnya,jadual penerbangan kami ditangguhkan secara tiba-tiba. Kami sangat risau memandangkan kami bukannya menaiki direct flight ke Geneva, sebaliknya kami akan berhenti dahulu di Vienna, Austria. Jadi kami risau jika ketinggalan connecting flight dari Vienna ke Geneva akibat kelewatan pesawat pertama dari Nizhny ini. Alhamdulillah, setelah berhubung dengan kakitangan Austrian Airline, kami akan diberikan hotel ketika transit di Vienna,memandangkan jadual penerbangan dari Vienna ke Geneva hanyalah pada pagi 30 Januari. Tapi tak apa,hotel 5 bintang, makan pun percuma, jadi tak rugi apa-apa pun!

30 Januari 2009
Kami sampai di Geneva dengan selamatnya. Terus kami ke stesyen kereta api untuk membeli Swiss Youth Pass untuk tempoh seminggu berharga 175 Euro. Nampak macam mahal,tapi sangat berbaloi. Dengan adanya Swiss Youth Pass ini, semua pengangkutan awam (bas,kereta api dan feri)di seluruh Switzerland adalah percuma untuk dinaiki dalam tempoh seminggu itu.Malah,sesetengah muzeum juga boleh dikunjungi secara percuma dengan pas itu.

Tidak seperti di Turki di mana penginapan kami semuanya telah ditempah lebih awal,kami di Switzerland hanya berjalan secara kamikaze (main redah) saja. Kalau ada hotel adalah,jika hotel penuh merempatlah kami.Haha.Tetapi aku telah survey senarai asrama yang murah untuk penginapan kami, dan di Geneva, kami menginap di Youth Hostel Geneva,berharga 30 Euro satu malam untuk dorm (satu bilik 6 katil). Mahal,tetapi itulah yang paling murah di Switzerland!

Sebaik check in, kami terus meredah Geneva berpandukan peta yang diberi oleh pihak asrama. Kami amat-amat pelik,Geneva seperti bandar yang mati; kosong,tidak tahu ke mana orang-orangnya pergi,tetapi kenderaan banyak ditinggalkan di tepi jalan. Takkanlah semuanya dalam pejabat? Bolehlah dikatakan kami hanya terserempak dengan beberapa orang pelancong saja ketika di Geneva.

Tasik Geneva..tarikan utama adalah air pancut tu..rasanya tak adalah lawa mana pun,tapi kalau tengok poskad mesti gambar air pancut ni punya! aku pun tak faham..layan~ =p

Tasik Geneva..tarikan utama adalah air pancut tu..rasanya tak adalah lawa mana pun,tapi kalau tengok poskad mesti gambar air pancut ni punya! aku pun tak faham..layan~ =p

Petangnya,kami ke Lausanne pula.Tarikan utama di Lausanne adalah Museum Olimpik.Bolehlah kalau nak tengok pelbagai jersi asal yang dipakai oleh para atlet yang bertanding.

Lausanne

Lausanne

Di hadapan Muzeum Olimpik

Di hadapan Muzeum Olimpik

Obor Olimpik..macam Minina Square pun ada juga..=p

Obor Olimpik..macam Minina Square pun ada juga..=p

Lebih kurang pukul 8,kami pulang ke Geneva, makan kebab di sana,dan pulang ke asrama untuk tidur.

31 Januari 2009
Kami berangkat terus ke Bern, ibu negara Switzerland. Berbeza dengan Geneva, Bern nampak ‘hidup’ sedikit. Di Bern kami menginap di City Backpacker. Memang menjadi identiti Switzerland,terdapat banyak menara jam yang sangat menarik.

Berhampiran stesyen kereta api Bern =)

Berhampiran stesyen kereta api Bern =)

Menara jam

Menara jam

Menara jam lagi!

Menara jam lagi!

Bern,Switzerland =)

Bern,Switzerland =)

Setelah puas ‘tawaf’ Bern,kami berangkat ke Interlaken.Interlaken memang menarik dengan panorama pergunungan Alpsnya. Malangnya, kami tiba di Interlaken lebih kurang pukul 4 petang.4 petang sudah pun gelap ketika musim sejuk.=(

1 Febuari 2009
Kami meneruskan perjalanan ke Zurich.Zurich merupakan bahagian Switzerland Jerman,dan Bahasa Jerman merupakan bahasa rasminya.Kami check in di City Backpacker, dan bercadang untuk menginap selama 3 malam.Seusai check in,terus kami jelajah Zurich.

Pagi di Zurich

Pagi di Zurich

Zurich

Zurich

Lagi lagi Zurich

Lagi lagi Zurich

Antara 2 menara jam =)

Antara 2 menara jam =)

Lebih kurang pukul 1 tengah hari,kami bertolak ke Schaffhausen.Di sini terletaknya air terjun yang sangat cantik,memang berbaloi untuk dikunjung.Tetapi di Schaffhausen, kami terpaksa berjalan sejauh 13km untuk menjumpai Rheinfall (kawasan air terjun) itu,gara-gara Tourist Center yang tutup,menyebabkan kami tidak mempunyai peta.Tapi tak terasa pun penat tu,sebab nature dia memang best!

Subhanallah~

Subhanallah~

Schaffhausen,Switzerland =)

Schaffhausen,Switzerland =)

2 Febuari 2009

Kami bertolak ke Luzern.Alhamdulillah,buat pertama kalinya matahari muncul di Switzerland,berbeza dengan hari-hari sebelumnya yang mendung.Rasa teruja nak ambil gambar.Hehe.
Ditemani burung-burung di Luzern =)

Ditemani burung-burung di Luzern =)

Indahnya alam ciptaan Ilahi =)

Indahnya alam ciptaan Ilahi =)

Luzern

Luzern

Sungai yang tak tercemar~

Sungai yang tak tercemar~

Petangnya,kami terus ke Basel.Sesiapa yang ingin ke Switzerland,aku syorkan tak perlulah ke Basel ni atas beberapa faktor. Bandar yang mati,tarikan yang hanya terhad kepada gereja-gereja lama,serta kilang-kilang yang membebaskan asap jelas kelihatan.Haha.Tercemar juga Switzerland ni rupa-rupanya.=p Peliknya,di internet Basel amat-amat cantik.Mungkin hanya pada musim panas saja.

Basel

Basel

Sebuah gereja 'antik'..

Sebuah gereja

3 Febuari 2009

Kami bertolak ke Locarno,bahagian Switzerland Itali. Perjalanan dengan kereta api memakan masa kira-kira 4 jam.Jauh juga,tapi sepanjang perjalanan ke Locarno kami banyak mengambil video pemandangan yang memang sangat cantik! Maaflah,tidak dapat berkongsi video di sini. =(

Gunung ganang..

Gunung ganang..

Sejuk mata memandang..maksud aku nature tu..=p

Sejuk mata memandang..maksud aku nature tu..=p

Locarno

Locarno

Setelah puas bergambar,kami ke bandar berhampiran iaitu Lugano.

4 Febuari 2009

Kami kembali ke Geneva setelah 3 hari menetap di Zurich.Kunjungan ke Geneva tidak lengkap tanpa lawatan ke United Nation (UN) dan Muzeum Palang Merah.

Di hadapan Muzeum Palang Merah

Di hadapan Muzeum Palang Merah

Dewan Persidangan UN

Dewan Persidangan UN

Lebih kurang pukul 3 petang,kami kembali ke pusat bandar Geneva untuk membeli jam tangan. Setelah puas ulang alik mengusha dari kedai ke kedai,aku memborong 6 jam tangan kesemuanya (untuk aku dan keluarga).Haha.Sila jangan tanya berapa banyak aku belanjakan untuk 6 jam tangan ini.Tapi kesimpulannya,aku pokai! Huhu.=p

Ringkasnya, Switzerland memang amat menarik untuk dikunjungi! Kepada sesiapa yang berminat untuk ke Switzerland,aku nak bagi beberapa tips yang mungkin berguna.

*Swiss Youth Pass tu memang amat-amat berbaloi.Belilah,walaupun mungkin pada mulanya nampak macam membazir.Semua pengangkutan awam percuma,siapa tak nak kan?

*Harga makanan di Switzerland amat-amat mahal! Kebab saja sudah 15 Swiss Franc (Swiss Franc lebih kurang sama dengan USD).Rata-rata makanan lain memang berpuluh-puluh Swiss Franc.Jadi kalau nak jimat,disyorkan bawa mee segera banyak-banyak.Tak pun,beli saja nasi goreng sayur dari pasar raya di sana.Harganya lebih kurang 5 Swiss Franc.Oh ya,makanan halal agak mudah dicari,terutamanya di Geneva, jadi jangan risau. =]

*Siapa kata Switzerland tak sejuk? Walaupun tak sesejuk Rusia,tapi cukup untuk membuatkan telinga sakit.Kawasan pergunungannya membuatkan Switzerland ni berangin,jadi jangan lupa jaket tebal.Muffler dan snow cap mungkin membantu.Lagi,Switzerland ni asyik mendung masa kami pergi hari tu.Jadi mungkin boleh rujuk ramalan kaji cuaca kalau nak hari yang bermatahari-lawa ambil gambar! (terutamanya kepada jurugambar =] )

*Penginapan di Switzerland memang mahal.Seperti yang aku cakap,paling murah satu bilik adalah lingkungan 30 Euro.Itupun kongsi dengan orang lain.Menariklah juga,sebab boleh berkenalan dengan pelancong-pelancong dari negara lain.Tapi jangan terkejut pula,ada sesetengah asrama bercampur antara lelaki dan perempuan di satu bilik! Persediaan mental dan rohani adalah wajib! =]

*Switzerland merupakan negara yang kecil,jadi tiada masalah untuk melengkapkan lawatan ke sesebuah bandar utama dalam 1-2 jam saja dengan berjalan kaki.Tetapi pada musim sejuk,adalah digalakkan untuk keluar pagi-pagi lagi,memandangkan waktu siang yang pendek mungkin membataskan keseronokan.

*Rata-rata masyarakat Switzerland boleh berbahasa Inggeris.Jadi tiada masalah komunikasi walaupun anda tidak mengetahui bahasa Perancis,Jerman,dan Itali yang digunakan di sana.

*Sesiapa yang hendak membeli jam,jangan terlintas di hati bahawa jam di Switzerland adalah lebih murah.Haha.Itu adalah karut,kerana hakikatnya jam di Switzerland lebih mahal berbanding harga di internet.Tambahan lagi,jika anda mempunyai model yang dihajati,pastikan anda mengetahui bahawa model itu adalah model yang terbaru,kerana di Switzerland jam yang dijual hanyalah model-model yang terbaru .Jika hendak membeli jam model lama,perlu ditempah terlebih dahulu,atau pun hanya pekedai yang mempunyai lebihan stok saja menjual model-model lama.Ini pun pekedai-pekedai di sana yang cakap,kerana mereka perlu mengikuti arus penciptaan model-model jam baru yang begitu pesat setiap 2-3 bulan.

Rasanya ini saja yang dapat dikongsi untuk kali ini,sekian.=]

 

 

 
10 Comments

Posted by on February 28, 2009 in Uncategorized

 

10 responses to “Jalan-jalan Switzerland (^-*)~

  1. efenem

    February 28, 2009 at 2:49 am

    menarik menarik… nasib baik dpt gune swiss youth pass, dpt jalan2🙂

    Basel for me agak biasa tho… Xsempat plak gi Locarno.. Apa yg best kat situ?

     
  2. ir

    March 1, 2009 at 10:42 pm

    nak ikuttttt!!!

     
  3. kamilsifu

    March 1, 2009 at 11:19 pm

    efenem: Basel memang takde pape pun…hehe..kat Locarno usha gunung ganang..mmg nature abis! hehe..=p

    ir: haha..next yr yok~

     
  4. aida_aikobgkomen katkamil

    March 7, 2009 at 9:53 am

    Wau..bestnyer..
    setiap satu gambo ade free model ekh(1set)..
    tapi expression muke same jer..
    ko edit gambo n letak kat semua pitcha tue ekh…
    kantoi..kantoi

     
  5. alia

    March 9, 2009 at 6:18 pm

    tough nyer jalan masa winter. I’m prefer to stay at home during winter, remain dormant during holiday…;p (sentiasa kagum dengan kawan2 yg boleh berjaulah masa winter).

     
  6. ija

    April 1, 2009 at 4:12 pm

    tumpang lalu….
    waa…teringin nya nk g switzerland..(*_*)

     
  7. Psssssssssstt

    June 4, 2009 at 3:59 am

    waaa…. bestnyerrr

     
  8. puzz

    August 17, 2009 at 7:29 am

    salam, kami nak pi basel bulan 11 ni. dari london..kalau naik train dari basel tu zurich mahal tak? kami dah tak layak nak beli youth pass rasanya. lgpun pi semalam je swiss..hrp boleh advice..thanks!!

     
  9. muin

    February 18, 2010 at 8:02 pm

    salam bro,
    Pertama2 nak minta maaf la maen masuk2 je wlupun sah2 saudara mmg tak kenal saya (kan tebal muka aku!). Ni dok usha2 info pasal geneva, so akhirnya ditakdirkan termasuk kat blog saudara ni yg agak informatif (puji ada makna ni).
    So ingat nak minta tolong klu bole bg info sikit pasal ur journey masa kat swiss. Tapi baca ur last para pasal jam tu, trus rasa keciwaaa sbb baru ingat nak borong jam satu bakul balik mlesia. haha.
    Harap dapat bagi emel add or num hp baru snang cita.
    Segala kerjasama didahului dengan jutaan terima kasih (perghhh,,ayat skema budak nak amik exam upsr. haha
    Anyway, tq bro

     
  10. riana syaziera

    October 21, 2010 at 2:46 pm

    hmm.. impressi0! ase cam nak pegi switzerland la.. lagipun tengah buat kajian pasal negara ni.. kalau cukup duit dapat la gi sane,,ek??🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: