RSS

Hygiene..Gambatte!

10 Jan

“Masa saya mula-mula jadi HO (Houseman Officer) dulu, saya kena pergi ke hospital di Sabah. Bila sampai di sana,saya terkejut sebab bangunan pun tak siap lagi. Baru tanam tiang saja. Saya pun telefon bos saya,tanya dia betul ke saya kena posting di hospital tu. Bos saya jawab, pergi tengok orang buat hospital. Itulah tugas pertama saya sebagai HO. Jadi saya tengoklah buruh buat hospital. Ukur wad. Berapa banyak kerusi meja kena letak dalam satu bilik. Berapa panjang paip air. Semuanya saya belajar masa tu. Sekecil-kecil benda pun saya tahu. Saya bangga sebab macam jadi bos pula masa tu. Lagipun tak semua orang tahu benda-benda macam tu. Yalah, mana ada pelajar perubatan yang belajar benda-benda tu,” cerita Doktor Khairi panjang lebar.

Aku nak saja cakap,”Doktor, saya belajar benda-benda ni di Rusia!” Tapi entah kenapa, tak tercakap pula masa tu. Mungkin sebab aku tahu aku tak hargai sangat subjek Hygiene tu.=p

Itulah antara perbualan aku dan Doktor Khairi, semasa menerima rawatan di kliniknya pada cuti musim panas tahun lepas. Dia tahu aku seorang pelajar perubatan. Sebab tu dia suka menceritakan banyak pengalamannya di Ireland dulu. Masa konsultasi aku saja adalah sengah jam, walaupun hanya untuk selsema biasa. Aku memang kagum dan tabik dengan dia,kerana pengalaman-pengalamannya banyak yang kukira menarik, seperti bagaimana dia berkahwin semasa masih sedang belajar, percutiannya di seluruh Eropah dan bagaimana dia menghabiskan cuti musim panasnya dengan belajar Bahasa Arab di Jordan.

Siapa kata tiada orang yang hargai Hygiene?

Hygiene is science of health being clean and keeping healthy condition of environment.

Apa bendalah hygiene ni. Dulu mati-mati aku ingat hygiene ni belajar prosedur basuh tangan betul-betul, kena mandi minimum dua kali sehari dengan sabun dan lain-lain mengenai pengurusan diri. Yalah, nama pun hygiene. Serius itu yang aku fikir.

Tapi bila belajar, hygiene bukannya setakat pengurusan diri, tapi lebih kepada alam sekitar dengan skop yang lebih luas. Ibaratnya macam belajar pasal alam sekitar jugalah. Dah dua semester belajar hygiene ni, dan tibalah masanya untuk exam 27 Januari ini.

Masalahnya sekarang, aku masih tak baca apa-apa lagi. Sebabnya,malas nak fikir atau kaji benda yang tak sepatutnya dikaji. Tak sepatutnya aku duduk dengan tekun menghafal benda-benda yang aku rasa tidak dapat dipraktikkan dalam kehidupan sebagai doktor kelak.

Bayangkan benda-benda yang mungkin anda fikir remeh seperti ini, tetapi harus diingat dalam kepala sebagai persediaan untuk exam nanti:
– Satu kawasan minimum untuk seorang pelajar di dalam kelas ialah 2.5 meter persegi.
– Tingkap untuk bilih bedah haruslah menghadap ke utara,barat laut,timur laut.
– Kawasan hijau di hospital mestilah tidak kurang 60% daripada seluruh kawasan hospital.
– Kandungan Sulfat (bahan kimia) di dalam air minuman mestilah tidak melebihi 500mg/l.

Siapa rasanya yang sanggup nak hafal benda-benda ni? Aku rasa kalau aku hafal, mungkin untuk ingatan jangka masa pendek saja. Aku sekarang ni cuba juga untuk fikir positif supaya bersemangat sikit.

Kalau tiada subjek Hygiene ni dan orang main hentam keromo saja untuk buat itu ini, parahlah jawabnya. Jadi,aku cuba untuk fikir positif.Kalau tak tahu hygiene,
– Pesakit mental akan mati sebab terjun bangunan jika wadnya diletakkan lebih tinggi dari tingkat 2.
– Jangkitan kuman akan mudah terjadi jika bilangan pesakit lebih dari 4 orang dalam sebuah wad (standard di Rusia).
– Letihlah budak-budak sekolah kena panjat tangga kalau sekolah dibina lebih dari 3 tingkat.

Tapi mesti ada juga benda negatif dalam otak ni. Kenapa kena tahu benda-benda ni? Cukuplah arkitek yang tahu. Cukuplah perancang bandar yang tahu. Cukuplah pakar nutrisi yang tahu.

Apapun, ini juga ilmu kan. Tak rugi pun belajar. Walaupun mungkin remeh,tapi nanti boleh tahu banyak benda. Tak perlu jadi arkitek pun boleh tahu bagaimana sekolah dan hospital yang ideal . Tak perlu jadi perancang bandar pun boleh tahu bagaimanakah tahap pencemaran itu diukur. Tak perlu jadi pakar nutrisi pun boleh tahu macam-macam mengenai pemakanan;tentang piramid makanan,keracunan makanan dan sebagainya. Tak perlu bekerja di SIRIM pun boleh tahu bagaimana standard pelabelan makanan!

Wah, seronoknya belajar Hygiene!! (Cuba untuk merangsang diri sendiri =p).Akhir kata selamat belajar dan berjaya untuk semua pelajar tahun keempat yang akan mengambil exam Hygiene. Doakan aku juga ya. Ikhlas-ikhlaskanlah diri, rajin-rajinkanlah diri dan ceria-ceriakanlah diri dengan Hygiene. Nak atau tak, dalam masa terdekat ni aku perlu juga berdating dengan Hygiene. Hygiene, sayang kamu! =p

 

 
7 Comments

Posted by on January 10, 2009 in Uncategorized

 

7 responses to “Hygiene..Gambatte!

  1. madihahmohamad

    January 10, 2009 at 10:44 pm

    oh kamil..nike yg kamil tye..madihah pn xsure..nnt tye senior..tp yg madihah kate td basis of patient care tu len la..similar tp xdela smpi kne tau wad org sakit mental xleh lebih dr tingkat 2.pape pn, ganbate ne ^_^
    moga Allah mudahkan~~

     
  2. Sarah

    January 12, 2009 at 8:59 pm

    wow..i’m impressed, kamil!~ u managed to find the “light” in hygiene!!~~ =p gambatte!!

     
  3. ndas

    January 12, 2009 at 10:23 pm

    Menariknye subjek tu!tak sure pulak kitorang ada tak belajar benda2 camtu. yela, baru 2nd year. btw, all d best 4 your up coming exam. Moga dipermudahkan dan mendapat ketenangan insyaALLAH;)

     
  4. Shaffik

    January 13, 2009 at 8:58 am

    Ooo macam tu…semua benda diambil kira ya..Betul jugak apa yang ko cakp tu..aku tertarik dengan statement” Pesakit mental akan mati sebab terjun bangunan jika wadnya diletakkan lebih tinggi dari tingkat 2.” memang ada kebenaranya..

     
  5. wacky7t

    January 15, 2009 at 11:30 pm

    haha..hebatlah..can see hygiene in a new light..seriously, lebih ramai yang suka curse subjek ni daripada betul-betul cuba memahami logic and the truth di sebalik hygiene..so, congrats 2 u cos u managed to find the positivity in hygiene..though terpaksa admit la jugak, kekadang ade jugak bende2 yang memang terlampau bodoh sehingga menguji kesabaran dan ketekunan aku membaca hygiene – haha..neways, happy studying and happy ‘examing’..i kamikaze esok, muahaha..

     
  6. leokid

    January 18, 2009 at 4:07 am

    you’ve been tagged. dun worry, buat la bila2 free lepas exam nnt. =)

    http://leokid.wordpress.com/2009/01/18/whats-your-move/

     
  7. kamilsifu

    January 18, 2009 at 7:50 pm

    madihahmohamad: hehe..saja tanya..kot2 kat czech tu pun ada gak belajar hygiene ni..nwy thnx a lot =]

    sarah: not that i managed to find the light,indeed im trying to find it! hehe..

    ndas: terima kasih..=]

    Shaffik: semua pun ada kebenarannya..cuma malas sangat nak selidik n kaji..haha..=p

    wacky7t: haha..cuba fikir positif je..kalo x kompem study xgerak2 ni..memang agk tension kalo ade bnda yg terlalu detail pn nk kna hafal..haish..mana aci dh abis xm..haha..=p

    leokid: wargh..tag?? hehe..akan dibuat nti..tgulah lps xm..xpun masa dh semput stdy hygiene ke..ngeh3..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: