RSS

Boikot Israel:Sejauh mana kita boleh pergi?

08 Jan

Sekarang ini hangat diperkatakan tentang peranan kita dalam membantu rakyat Palestin. Salah satu daripadanya ialah memboikot produk-produk Israel atau yang menyumbang kepada ekonomi Israel. Tetapi,cuba fikirkan kemungkinan situasi-situasi seperti ini:

Situasi 1

*Teruk betul isu Palestin-Israel sekarang ni.Apa yang kita boleh buat ya?
-Memang Israel tu angkuh.Kita boleh derma dan doa sajalah untuk rakyat Palestin dari jauh ni.Boikot sekali,biar padan muka diorang! Biar diorang rasakan.
*Boikot?Em,nak boikot apa?Kau tahu produk-produk yang sokong Israel?
-Erk…ha…em..aku pun tak pastilah…
*%&*^&^

Situasi 2

*Nak masak sup sayur ke ? Jangan guna perencah Maggi tu tau.Sekarang dah tersebar,kita kena boikot produk-produk yang sokong Israel.
-Em,yakin ke Maggi tu sokong Israel? Kau dengar dari mana?
*Orang cakap-cakap. Tak tahulah betul ke tak.
-Itulah. Kau ni main dengar saja.Buktinya mana?
*Em….

Situasi 3

*Jom Starbucks..
-Eh,sokong Israel tu.Tak naklah aku.
*Kau ni,dengar sangat cakap orang.Dulu kata Starbucks tu ada letak lemak babi.Sekarang sokong Israel pula.Tak rasa ke orang saja nak jatuhkan Starbucks? Dengkilah tu.
-Logik juga kau cakap tu.Mmmm….ok,jom Starbucks!

Sebelum mengulas lebih panjang, eloklah jika laman web ini dirujuk untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap.Di situ boleh baca bagaimana berjayanya boikot selama ini dalam menghancurkan ekonomi Israel, dan bukti sumbangan produk-produk itu kepada ekonomi Israel jika ada yang ragu-ragu. Sekali lagi, dipersilakan untuk merujuk laman web ini. Boleh tambah sebagai laman web favorite.

boikot Israel!
Sebenarnya,aku hanya ingin mengulas apa yang penting mengenai boikot ini. Berdasarkan situasi-situasi di atas, jelas menunjukkan usaha boikot kita mungkin hanya setakat di bibir saja,jika tiada pemahaman dan kesungguhan untuk melaksanakannya. Tak guna cakap berapi hendak memboikot itu ini,tapi tak tahu apa boikot tu,apa yang perlu diboikot.Betul tak?

Mungkin masih ada yang ragu-ragu akan keberkesanan boikot ini.Ada yang menganggap susah nak hidup jika kita memboikot.Rasa sayang untuk berkorban sedikit masih menebal lagi. Maklumlah, hampir semua barang yang kita gunakan sekarang menyumbang kepada Israel.

Mana boleh hidup sehari tanpa secawan Nescafe?
Budak-budak asrama mana boleh tak makan Maggi?
Seminggu sekali naklah juga menjamah Big Tasty di McD.
Setahun sekali kalau ada duit lebih naklah tukar telefon Nokia yang terbaru.
Penatlah study.Berehat sebentar dengan Kitkat!

 …dan senarai ini berterusan…

Tetapi,jika kita menganggap nyawa rakyat Palestin itu adalah lebih berharga, sudah pasti kita mampu lakukannya. Bak kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.

Apalah sangat setin CocaCola yang dikorbankan,jika dibandingkan dengan selaut darah rakyat Palestin.
Apalah sangat kecanggihan telefon
Nokia keluaran terbaru diketepikan, jika dibandingkan dengan canggihnya peluru-peluru Israel yang menusuk setiap nyawa rakyat Palestin.
Apalah sangat kesedapan Big Tasty McD dilupakan, jika dibandingkan dengan rakyat Palestin yang mati kebuluran akibat sekatan Israel.

Ya, memang benar. Boikot sudah tentu sukar jika tiada alternatif. Kawan aku ada tulis contoh-contoh produk alternatif bagi menggantikan produk-produk yang diboikot. Sebagai tambahan kepada contoh-contoh alternatif itu, kita mampu meningkatkan ekonomi negara pada masa yang sama.

Misalnya, jika kempunan nak makan biskut Jacob, boleh saja makan biskut Munchy’s, Hup Seng dan Hwa Tai. Jika selama ini kita masak menggunakan perencah Maggi, boleh saja tukar kepada perencah Adabi dan Mak Siti.Sedap juga rasanya!

Taklah susah pun nak hidup.Soalnya sekarang, hendak atau tidak saja. Usaha yang kecil, jika dilakukan bersama-sama secara kolektif, pasti akan membuahkan hasil!

Sifirnya bolehlah dianggap begini:

1 lemah lawan 1 kuat—>kalah
10 lemah lawan 1 kuat—>kalah tipis
1000 lemah lawan 1 kuat—>menang
100000000 lemah lawan 1 kuat—>menang yang lebih mudah

‘Lemah’ yang aku maksudkan ialah usaha kita yang kecil,iaitu boikot. Jika boikot itu giat dijalankan,InsyaAllah mata Israel dan Amerika akan terbuka luas.Biar mereka tahu kita bukan kerdil. Biar mereka tahu kita sehati.Biar mereka tahu kita juga bermaruah!

“Boikot? Macam pernah dengar perkataan ini.Tapi di mana ya?”

Sebenarnya, boikot Israel telah lama dilaksanakan.Namun demikian,disebabkan kurangnya kesedaran pentingnya boikot, serta sikap kita yang hanya memboikot mengikut masa, boikot hanyalah tinggal nama saja.Bohong jika kita tak pernah tahu boikot Israel sebelum ini. Satu soalan cepumas, mengapa kita tidak memboikot setelah pertama kali kita mendengar mengenainya dahulu?

Soalan cepumas lain pula. Adakah kita memboikot hanya apabila Palestin hebat diserang? Jika esok tentera Israel berundur dari Gaza, adakah lusa kita berhenti memboikot?

Soalan-soalan itu,hanya diri sendiri yang mampu jawab.Jika hendak berjaya memberikan impak yang besar kepada Zionis itu, kita hendaklah memboikot secara berterusan, dan bukannya mengikut situasi semasa saja.

Johnson&Johnson,selamat tinggal!

Jawapan kepada soalan cepumas pertama, mungkin berkait rapat dengan kurangnya kesedaran kita pada masa itu. Jadi kali ini,jom kita hebohkan pasal boikot ni. Mungkin ramai lagi yang tak tahu di luar sana. Beritahu mak ayah kita.Saudara mara kita.Roommate kita.Kawan-kawan kita.Sesiapa yang berkuasa,edarkanlah risalah mengenai produk-produk ini.Jangan nanti orang tanya nak boikot apa,apa sumbangan kita untuk Palestin,kita ternganga saja. Malu,dan sadis lagi!

Sudahlah kita tidak mampu untuk berperang sama di Palestin itu,hendak memboikot produk-produk itu pun,masih teragak-agak.Malunya diri ini jika sekecil-kecil usaha ini pun tidak dapat kita laksanakan. Bersama-sama usaha yang lain, kita sebenarnya boleh pergi jauh dengan boikot. Sekarang, masih adakah alasan untuk kita berikan, setelah melihat kekejaman demi kekejaman berlaku?

 
15 Comments

Posted by on January 8, 2009 in Uncategorized

 

15 responses to “Boikot Israel:Sejauh mana kita boleh pergi?

  1. abrar

    January 8, 2009 at 6:23 pm

    mohon di copy dan disebarkan..

     
  2. kamilsifu

    January 8, 2009 at 11:01 pm

    silakan..semoga bermanfaat utk kita semua..=]

     
  3. zulhusni07

    January 9, 2009 at 1:29 am

    salam kamil,
    Satu artikel yg bagus & amat setuju dgn boikot. Moga usaha kita dirahmati Allah s.w.t

    Cuba ada beberapa kenyataan di atas yg mungkin boleh diolah semula, yg pasal sifir tuh diatas – boleh rujuk Al Baqarah ayat249. & artikel Ust Hasrizal pasal Ilusi vs Realiti.

     
  4. kamilsifu

    January 9, 2009 at 2:52 am

    salam..
    terima kasih byk2 husni..=]
    sifir di ats tu just nk tunjukkan perbandingan mudah bahawa jika lg ramai org yg boikot,lg baik dan efektif kesannya..=]

    di sini ada sedikit tambahan dan olahan..kalau kita rujuk surah Al Baqarah ayat 249,Allah berfirman bahawa bilangan yang sedikit pun,namun berkualiti masih dpt melawan bilangan yg besar dgn izinNya..=]

    sifir tu sebenarnya aku tulis secara umum mengenai boikot,supaya kita semua (tak kira agama-islam dan bukan islam) boleh sama2 boikot israel ats dasar kemanusiaan =] ini bermaksud jika yg memboikot semakin ramai tanpa mengira bts agama,kesan terhdp ekonomi israel itu lebih hebat lg.

    tetapi,jika nak kaitkan ayat Al-Quran itu dengan sifir di ats, kita bolehlah berfikir bahawa jika semakin ramai muslim yg berkualiti (sama2 berusaha ke arah yg sama melalui pemantapan iman,perpaduan,doa,dan boikot),semakin hebat kesannya (kemenangan) kerana ayat Al-Quran itu jelas menunjukkan bahawa bilangan yg kecil tetapi berkualiti pun boleh menang,inikan pula bilangan besar yg berkualiti =]

    sekarang ni kita tengok umat Islam ramai tetapi msh tidak dpt menandingi Zionis dan Amerika,hanya seperti buih di lautan yang tiada ertinya..jadi,marilah kita dgn jmlah yg ramai ini sama2 menjadi muslim dan mukmin yg berkualiti utk melepaskan Palestin itu bersama2..=]

    jika ada yg slh harap diperbetulkan..terima kasih skali lg..=]

     
  5. SHIMI

    January 9, 2009 at 5:07 pm

    Setekah kita berjaya memboikot, apakah nasib saudara-saudara kita yang bekerja di company bertopengkan israel tuh

     
  6. kamilsifu

    January 9, 2009 at 5:41 pm

    Ya,sememangnya jika boikot ini dilakukan,pd msa yg sama saudara2 kita yg bekerja utk syrkt2 itu turut menerima kesannya. Mereka mungkin hilang pekerjaan dan sebagainya.

    Tetapi,inilah yg dikatakan sebagai pengorbanan yg sedikit utk manfaat yg lebih besar. Aku copy paste dari laman web ini: http://www.inminds.co.uk/boycott-faq.html (boleh rujuk utk info lebih lanjut =] )

    6. These companies operate in Muslim countries providing Muslims with Jobs – isn’t boycotting them going to harm ourselves?

    It is true that most of the companies on the list have operations in Muslim countries and employ Muslims who would loose their jobs if the companies collapsed or pulled out. But we have to look at this as a opportunity, not a loss.

    Take the example of Coca-Cola in the middle east, the boycott has hit them so hard that their sales are down 60%. This has created an opportunity for a Muslim alternative, ZamZam Cola of Iran, which is owned by the religious charity the Foundation of the Dispossessed, to take Coca-Colas share of the market. Zam Zam Cola is struggling to keep up with demand – it exceeded all expectations by selling four million cans in its first week. It is now planning to expand by build factories in the gulf states, helping provide local employment. And for the first time even European countries like Denmark, are importing ZamZam Cola.

    Similar success stories can be told of Sainsburys closer in Egypt in April 2001, which resulted in a blossoming of local stores which would not have otherwise survived in an unfair market monopolised by a foreign giant.

    Also lets not forget that the reason why the multinationals have set up in Muslim countries is not out of benevolence for us, but rather exploitation. Take the example of Delta Galil – the Israeli textile giant whos cloths are sold under the labels GAP, Banana Republic, Calvin Klein, BOSS, M&S and DKNY among others. The Israeli company has factories in Jordan and Egypt in addition to Palestine. Their treatment of workers is such that Sweatshop Watch has denounced Delta-Galils exploitation of Arab labour, calling it a “Sweatshop Czar”. Is it really a loss to us to see such companies go?

    hrp2 soalan saudara itu telah terjawab,btw thanks for asking =]

     
  7. antifitnah

    January 9, 2009 at 7:32 pm

    Blog spt saudara merupakan sebahagian kecil dr selonggok blog seupamanya yg menglistkan produk2 Israel utk diboikot…maaf sy pinta di sini..sy x berniat utk mengcondemn blog saudara ini,ttp izinkan sy berikan sedikit cadangan di sini..bg sy secara logiknya, negara haram Israel ini tidak akan langsung mempedulikan kutukan dan kejian dunia terhadapnya..bg sy,demonstrasi2 jalanan mmg tidak akan berkesan..percayalah!!sudah berapa demonstrasi yg dilakukan sehingga kini..tp lihat??apa kesannya??bg sy,langkah yg paling besar boleh dilakukan oleh kita ialah mengeji dan mengcondemn negara2 arab lain spt mesir..setakat ini,amat sedikit blog yg boleh dijumpai mengutuk tindakan negara2 arab yg hanya berdiam diri dan x salah kita cuba mencungkil sisi2 gelap pemimpin2 dunia arab spt hosni mubarak utk pengetahuan ramai…ustaz mazlee malik ada mengatakan yg hosni mubarak itu merupakan seorg penjenayah perang yg x diketahui…bg sy,kejian terhadap dunia arab yg menguasai komoditi minyak adalah lebih berkesan dan efektif bebrbanding mengeji israel yg sememangnya tdk akan berganjak…

     
  8. halawatuliman

    January 10, 2009 at 1:14 am

    artikel yang sungguh thoughtful, indeeed.

    a very brief comment about boycott:

    ” alaa, tak mati pun kalau tak beli barang diorg, kan?”

    -iman muslihah =) –

     
  9. tintawaja

    January 10, 2009 at 3:46 am

    satu dari berbilion…

    saya hanya seorang umat islam yang tak mampu menyumbangkan berjuta-juta ringgit untuk membantu…

    tapi…

    kita terdiri diantara berbilion umat islam.. sekali kita sepakat untuk tidak membeli barangan israel / amerika yang bernilai rm1, akan mengurangkan berbilion dana israel / amerika..

    jadi..

    boikotlah… walaupun x secara keseluruhan… ia akan memberi kesan juga…

    insyaallah…

     
  10. kamilsifu

    January 10, 2009 at 11:17 pm

    Antifitnah: terima kasih kerana berkunjung dan memberikan cadangan itu. betul tu,kita boleh juga condemn negara2 arab yg mungkin menjadi duri dalam daging itu,tapi masalahnya,saya tidak mempunyai pengetahuan yg cukup mengenainya berbanding isu boikot ini.memerlukan kajian dan pembacaan yg byk utk tulis mengenai kutukan kpd ngara2 arab tu.=]

    Halawatuliman: betul tu.

    Tintawaja: Yup,sementara kita masih sedar dan ingat, lakukanlah secara berterusan. =]

     
  11. Suziey

    January 19, 2009 at 5:16 am

    Salam..

    Saya tak rasa bila boikot ni dilakukan it does affect those yang keje kat kompeni tue… sbb diaorang guna huge profit yang they gain to fund the war. Once dah tak ada profit they will stop the funding and also US dah tak ada resources. Bila fund dah tak ada US jahanam tak akan serang lagi sbb tak ada duit nak beli WEAPON. This boycott will slash their HUGE PROFIT…

    Dulu pepagi mesti minus NESCAFE- skang dah tukar Indocafe (murah sikit)

    Minum MILO pepetang – tukar OVALTINE (sedap gak lebihh coklat dia)

    Tak ada wit maka MEGI (hmmm tukar ngan Mamee; lagi murah)

    Dah tak minum COKE.. sbb gula banyak sangat..

    Perencah macam tuan rumah cakap pakai Adabi, Mak siti, Know pon ok.

    So sebenarnya boikot nie antara nak dgn tak nak je.. Produk2 US ni 10 higher than yang lain so disamping memboikot kita berjimat jugak..

    MCdee pon tak pergi last skali time sehari selepas Prosperity bege kuar.

    KFC lagi tak pegi..

     
  12. Hazana

    January 24, 2009 at 3:11 pm

    Salam,
    Boikot kita lihat sebagai satu isu yang atau langkah yang drastik. Demotrasi pula kita lihat bagai satu penyatuan yang sahih. Sedangkan pendefinisian tantang siapa itu palestin itu salah? Kenapa kita melabelkan negara palestin itu sebagai negara Islam yang perlu di bantu tapi tidak banyak melabelkan negara palestin itu sebagai satu negara bangsa yang perlu di bantu. Kenapa kita anjurkan demotrasi yang kita tahu hanya sebagai satu bahan hiburan amerika seolah kita merayu di beri ehsan pada Palestin.
    Boikot? berjaya kah jika umat islam sendiri gigit jari dan menanggur di rumah? Rata-rata senarai syarikat itu syarikat besar. Nyata-nyata mempunyai cawangan si seluruh antero dunia. Beribu umat islam berkerja dengan mereka… mungkin juga berjuta. Hasil boikot kita itu kita tutup periuk nasi mereka apabila cawangan-cawangan syarikat besar ini terpaksa di tutup hasil tekanan dari kita sendiri. Tetap umat islam menderita. Pernah kah kita fikir kan?
    Bukan ingin menentang boikot atau mempelekehkan apa cara pun cuma yang saya ingin membawa anda berfikir cara yang lebih agresif dan jauh lebih jelas efisen. Demotrasi melibat berjuta-juta umat dunia di adakan. Mengapa tidak Seluruh yang berkumpul di situ pergi berperang ke Palestin? Membantu Palestin?
    Negara-negara Islam mempunyai OIC? Kenapa tidak setiap negara itu menghantar tenteranya membantu? jangan di harap PBB atau kuasa Veto. Mereka hanya semut jika kita bersatu. Jangan gunakan cara pengecut yag akhirnya kita sendiri menderita tapi Gunakan kekuatan kita bersama.

     
  13. kamilsifu

    January 24, 2009 at 11:35 pm

    suziey: ya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan..=]

    hazana: terima kasih untuk pendapat yg diberikan.tapi,sy kurang setuju dengan ayat terakhir iaitu ‘Jangan gunakan cara pengecut yag akhirnya kita sendiri menderita tapi Gunakan kekuatan kita bersama’ Pernah tak dengar, Allah tak tengok apa hasil pekerjaan yg kita buat, tetapi Allah tengok apa usaha yang kita dah buat?

    Sy,sepertimana ramai lg yg dh ckp dan tulis,termsuklah golongan ustaz dan ulama’ besar, amat menyokong idea memboikot ini, kerana usaha ini amatlah mudah untuk dilakukan secara bersama. Ya benar, pd msa yg sma saudara2 kita yg bekerja dgn syrkt2 terbabit turut menerima kesannya. Oleh yg demikian, adlh wajar utk para muslimin menguatkan sektor ekonomi pd msa yg sma,supaya saudara2 kita yg terjejas boleh digaji dan tidak akan kehilangan sumber pendapatan akibat pemboikotan ini.

    Cadangan supaya semua yg berkumpul di demonstrasi utk pergi berperang adalah amat sukar dilakukan,atas beberapa faktor.Antaranya,lebih banyak pertumpahan darah yg berlaku dan kos yg tinggi diperlukan untuk bekalan senjata,ubat-ubatan dan sebagainya.Tambahan lagi,adakah anda mahu perang dunia ketiga tercetus semula? Memikirkan lebih banyak kebarangkalian dan akibat buruk yg mungkin terjadi dengan cara yg saudari katakan itu,maka adalah wajar pemboikotan,iaitu usaha yang mudah (secara perbandingan) untuk dilakukan bersama-sama. Lagipun,tidak semua Muslim perlu untuk ke medan perang. Boleh baca tulisan Ustaz Hasrizal mengenai ini di sini: http://saifulislam.com/?p=4517

    Apapun, janganlah menganggap boikot itu merupakan cara pengecut. Peperangan terbaru di Gaza yg tercetus telah mengorbankan lebih kurang 1300 rakyat Palestin. Pernah tak terfikir, JIKA usaha-usaha pemboikotan TIDAK PERNAH dilakukan sejak dulu,tentera zionis mungkin telah berjaya membunuh 3000,5000 atau lebih lagi rakyat Palestin. Mengapa tidak? Jika usaha boikot tidak pernah dilakukan sejak dulu, maka ekonomi Israel tidak pernah terjejas, maka bekalan ketenteraan mereka sentiasa cukup utk membunuh rakyat Palestin pada bila-bila masa. Nampak tak, kita sebenarnya telah berjaya juga melalui boikot ini!

    Jadi,jangan pernah menganggap bahawa boikot adalah satu cara pengecut. Sekali lagi,ingatlah, Allah tidak memandang hasil, tetapi Allah memandang usaha yg kita buat. Wallahu’alam. Sekian. =]

     
  14. chibi

    November 15, 2010 at 6:21 am

    btl..boikot segale buatean israel yg ade di malaysia ny..
    insyaallah..selagi ade kemahuan..di situ ade jalan..cube pelan2..lame2 dah jadi kebiasaan utk tinggalkan semua tu..
    tp selain boikot barangan mereka..ape lg yg kita..hamba Allah yang lemah ini boleh buat?

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: