RSS

Muhasabah…

29 Dec

Hari ini sudah pun 1 Muharam,menandakan bermulanya tahun baru mengikut kalendar hijrah. Empat hari lagi,tiba tahun baru masihi pula. Memang unik dengan kehadiran tahun baru yang hampir serentak kali ini.

Lazimnya,ramai yang memasang azam untuk dilaksanakan pada tahun baru. Pada masa yang sama, masih ada azam-azam yang tidak dapat ditunaikan pada tahun-tahun lepas, dan terus dibawa ke tahun berikutnya.

Secara peribadi,bagi aku,mengapa mesti menunggu tahun baru untuk memasang azam,walhal kita boleh memasang azam itu bila-bila masa? Contohnya,mungkin ada perempuan yang memasang azam untuk tampil langsing pada tahun baru, dan azam itu dapat dilaksanakan dengan berdiet. Ada pula lelaki yang mahukan ketulan six pack di abdomen, yang hanya dapat dicapai dengan pemakanan yang seimbang serta senaman yang konsisten.

Sedangkan perkara-perkara itu boleh terus dilakukan sekarang, bagi aku adalah tidak mustahil untuk berusaha sekarang tanpa perlu menunggu tahun baru. Begitu juga, ada sesetengah daripada kita berfikir untuk terus berjaya pada tahun baru. Oh,tahun ini aku hendak menjadi lebih rajin, aku tidak mahu ponteng kelas, aku tidak mahu banyak tidur dan sebagainya. Mengapa tidak melakukan langkah pertama sekarang juga?

Sebab itulah, perlunya kita untuk muhasabah diri pada setiap hari, kerana dengan muhasabahlah kita mampu untuk memperbaik diri kita dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, kau sedar, kau selalu saja menyakiti hati ibu bapa kau. Kau tahu, kau selalu saja tinggal sembahyang. Kau tahu, kau selalu saja berbohong. Melalui muhasabah diri, setelah mengetahui kesilapan dan kekurangan diri sendiri, kita boleh saja terus berazam untuk menjadi lebih baik. Selepas ini,aku tidak akan menyakiti ibu bapaku lagi, tidak mahu tinggal sembahyang lagi, tidak mahu berbohong lagi. Ya, mulakan langkah itu!  Tidak perlu senarai panjang untuk azam-azam tahun baru, jika kita berpeluang untuk memperbaharui diri kita setiap hari.

Aku fikir, adalah silap untuk membandingkan diri kita secara total dari tahun ke tahun, kerana julat itu adalah sangat besar untuk dinilai. Adakah kau boleh rasa, tahun ini kau lebih baik dari tahun lepas? Tahun ini kau lebih rajin dari tahun lepas? Mungkin kau boleh bandingkan, tetapi adakah  penilaian itu tepat dan memuaskan hati? Tidakkah penilaian diri dari hari ke hari adalah lebih mudah,dan lebih jelas impaknya? =]

Aku berpendapat, azam untuk tahun baru hanyalah perlu untuk perkara yang bersifat tahunan saja. Contohnya,tahun ini aku berazam untuk cukupkan duit untuk kahwin, beli kereta dan sebagainya. Azam-azam seperti ini, atau erti kata lain yang memerlukan jangka masa panjang, tidak boleh terus dilaksanakan tanpa usaha secara kolektif, berbeza dengan contoh-contoh yang aku berikan terdahulu.

Jadi, jika ada yang memberitahu aku azam tahun baru mereka ialah hendak menjadi lebih baik, maka aku boleh bertanya , adakah kau mahu terus menjadi jahat ke akhir tahun? Hehe. Ini sekadar pendapat peribadi aku. Orang lain mungkin mempunyai pendapat yang berbeza.

Apapun,muhasabah dan perbaharuilah diri kita setiap hari. Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009! =]

 
3 Comments

Posted by on December 29, 2008 in Uncategorized

 

3 responses to “Muhasabah…

  1. fad

    December 31, 2008 at 11:13 am

    kamil..hehe
    npe mst bg cnth gurl nk tmpil langsing?..bgla cnth len..hehe
    terasa taw..=p
    papepn, slamat thn baru and salam Maal Hijrh.. =]

     
  2. hairieusoff

    January 1, 2009 at 9:29 am

    hahaha aku nak six pax…tapi hanya tinggal azam aje..hihihi…ye ye aku juga terasa…hihih

     
  3. kamilsifu

    January 1, 2009 at 6:23 pm

    fad: lor, terasa ke?hehe..sori2..xterfikir cth lainla..=p

    hairieusoff: hehe..alamak..ni pn terasa gak..adei~..xpe..boleh je usaha lg..xde date line pn nk wat six pack 2..haha =p

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: