RSS

~Selamat Hari Lahir,aku! ~

25 Dec

25hb Disember-aku sangat gembira,kerana hari ini merupakan hari lahir aku! Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk terus hidup di bumiNya..Sepertimana penganut Kristian yang meraikan Hari Krismas,aku pula meraikan hari ‘tua’ ini dengan gembiranya..

Terima kasih kepada kawan-kawan yang menyampaikan ucapan selamat hari lahir kepada aku, baik melalui kiriman sms,ym,mesej dan testi di friendster atau ucapan terus kepadaku daripada kawan-kawan di sini..seperti tahun-tahun lepas,ucapan yang aku terima sangatlah banyak..aku tidak bermaksud untuk menunjukkan diri ini masyhur atau apa,sebaliknya,aku hanya berfikir,tarikh lahirku bertindan dengan Hari Krismas,sebab itulah lebih mudah diingati dan lekat di hati mereka..siapalah aku untuk terlalu diingati..=p

Tidak dapat dinafikan,ada antara mereka yang benar-benar mengingati tarikh lahir aku..

Sebenarnya,jauh di dalam hati,aku berasa sedikit tidak selesa dengan situasi ini..jangan salah faham,aku bukan tidak menghargai,malah aku amat berterima kasih untuk ucapan-ucapan tersebut..namun demikian,aku berasa kecewa dengan diri sendiri yang tidak reti untuk membalas..

Maksud aku,aku tidak berupaya untuk mengingati setiap tarikh lahir kawan-kawanku…malah,ada antara mereka yang setiap tahun meghantarkan ucapan selamat hari lahir,tetapi aku tidak pernah mengetahui tarikh lahir mereka..kesudahannya,tiada ucapan balas pada hari lahir mereka! ya,aku akui aku memang sangat teruk dalam hal ini..

Sebab itu aku sebenarnya tidak berkecil hati jika kawan-kawanku terlupa (melupakan?) hari lahir aku..aku memang berbeza dengan sesetengah orang yang cukup sensitif,amat mengharapkan hari lahir mereka diingati..sebab seperti yang aku katakan tadi,aku tidak berupaya untuk mengingati setiap hari lahir mereka yang memberi ucapan tersebut..apa yang terdaya,hanyalah terima kasih sebagai ucapan balas..

Aku tahu,sesetengah daripada mereka yang memberikan ucapan itu memang ikhlas,dan tidak mengharapkan ucapan balas pada hari lahir mereka (betulkah?)..tetapi,orang berbudi kita berbahasa..bagi aku sangatlah molek dan manis jika orang mengingati kita,kita mengingati mereka..malang sungguh aku tidak begitu..=(

Apapun,terima kasih sekali lagi kepada mereka yang mengingati dan mendoakan kejayaan dan kesejahteraan aku..pada masa yang sama juga,aku ingin meminta maaf kerana mungkin tiada ucapan balas daripada aku untuk hari lahir kalian..

Oh ya,mungkin selepas ini aku harus mewajibkan mereka yang menghantar ucapan untuk menyertakan sekali tarikh lahir mereka supaya aku tidak  rasa bersalah..hehe..logikkah peraturan sebegitu? =p

 
5 Comments

Posted by on December 25, 2008 in Uncategorized

 

5 responses to “~Selamat Hari Lahir,aku! ~

  1. hacker

    December 25, 2008 at 6:32 pm

    kamil…
    xyah la rasa bersalah…
    aku rasa orang2 ni pun kalo bukan sebab birthday reminder kat friendster…diorg pun x igt…
    muahahaha…

     
  2. judin

    December 25, 2008 at 7:31 pm

    selamat hari lahir kamil. akhirnya ko dah masuk usia 21 dah. baru 21?? hehe. 2 bulan lagi aku masuk 22.hehehe.

     
  3. kamilsifu

    December 27, 2008 at 4:59 pm

    hacker: hehe..kalau memang wishes tu solely dr fs xpe tau..rasenyer kurangla rsa berslh sbb mmg ade reminder (kpd yg tgk reminder 2)..tp mostly yg wish ni tpt2 kul 12 anta sms,spai pnuh inbox..then kat ym lg..tiap2 thn pn jd cm2..i mean,biasela org anta msg wish birthday kan..tp kalo dh terlalu ramai,seriously ramai,akan spai 1 thp rse berslh 2 pn tba2 jd ada..huhu..

    judin:mekasih byk2 judin..hehe..2 bln lg aku kna igt! =]

     
  4. halawatuliman

    December 28, 2008 at 9:19 pm

    salam

    eid milad. semoga kekal atas nikmat iman dan islam.

    -iman muslihah-

     
  5. shahrulnizam

    December 31, 2008 at 4:56 pm

    slmt hr lahir..herm.. lahir hjg thn ek..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: