RSS

Impian untuk digapai~

19 Sep

Terasa dah berhabuk sangat blog ni. Sampai tahap vakum pun tak lut dah. Hehe. Lama betul tak update.Almaklumlah, masa di Malaysia memang malas nak update-lagi seronok bersama-sama keluarga, lebih seronok menonton televisyen (dengar cerita Sinetron Anakku Bukan Anakku dah nak habis,betul ke ?), dan tambahan lagi di rumah guna dial-up connection saja. Dah balik ke Rusia, bermula dengan cycle Internal Medicine pula. Nak kena fokus. Tak boleh tulis lagi. Tak apalah.

 

Sekarang aku kembali. Ramadhan pun kini berbaki 10 hari saja. Pejam celik, dua pertiga Ramadhan dah berlalu. Bagaimana dengan amalan kita?Adakah statik, lebih baik ataupun lebih buruk? Pada kesempatan ini, ingin aku tulis sesuatu mengenai impian.

 

Setiap manusia, pasti mempunyai impian tersendiri. Contoh mudah, dah besar nanti aku nak jadi kaya. Rumah besar. Kereta besar. Nak bagi duit kepada ibu bapa di kampung beribu-ribu sebulan, dan sebagainya. Pastinya, impian tersebut memerlukan cara tersendiri untuk dicapai. Misalnya kalau nak jadi kaya, seseorang sudah pun mula menabung sejak kecil, mengamalkan tabiat menyimpan, belajar bersungguh-sungguh untuk menjawat profesion tinggi kelak, atau membuka bisnes sambil belajar.

 

Sementara manusia hanya ghairah mengejar impian yang kebanyakannya hanyalah bersifat duniawi, materialistik dan sementara, tidak ramai yang mengimpikan untuk mengejar sesuatu yang lebih bermakna dan abadi. Berapa ramaikah antara kita yang mengimpikan untuk menghuni mahligai indah bertatahkan zamrud,diselaputi emas, serta berlantaikan sungai di syurga kelak? Berapa ramai pula yang mengimpikan untuk bersama-sama bidadari yang sentiasa menggembiran kita di akhirat nanti?

 

Walaupun mungkin kita pernah terdetik untuk impian itu, adakah kita benar-benar berusaha untuk mendapatkannya? Ketahuilah, tiada perbezaan ketara antara semua impian itu. Semuanya dapat dicapai, jika berusaha. Semuanya dapat dicapai, jika tiada yang menghalang. Perbezaan yang ketara hanyalah satu, impian kita di dunia hanyalah sementara, manakala impian untuk kehidupan akan datang adalah kekal untuk selama-lamanya.

 

Jadi, apalah salahnya jika selepas ini, kita impikan untuk membina mahligai besar bersama-sama keluarga kita, memiliki itu dan ini yang pasinya tiada halangan sekiranya kita sudah sampai selamat di syurga. Sebut saja; kereta mewah, makanan yang lazat, bahkan semua yang ada di dunia ada di sana.

 

Jika pernah terlintas di fikiran kita bahawa dunia ini sudah cukup indah kerana kita sudah memiliki itu dan ini, sedarlah akan kesilapan itu kerana kebahagiaan dan kekayaan di dunia ini hanyalah sedikit saja jika hendak dibandingkan dengan nikmat kekayaan di akhirat kelak, malah tidak dapat digambarkan oleh akal sekalipun betapa indahnya dan jauhnya beza kesenangan di syurga dan kesenangan di dunia ini.

 

Maka, tidak salah jika kita lebih bersederhana di dunia ini dan lebih mengutamakan hari muka kerana pilihan kita hanyalah dua; senang atau sengsara selama-lamanya di sana. Justeru, marilah bersama-sama meningkatkan amalan kita, lebih-lebih lagi pada hari-hari terkahir Ramadhan ini. Impian hanya tinggal impian tanpa sebarang usaha~. Fikir-fikirkan. =]

 
2 Comments

Posted by on September 19, 2008 in Uncategorized

 

2 responses to “Impian untuk digapai~

  1. !x0r@

    October 9, 2008 at 10:54 am

    Selamat hari raya ke-9, Kamil🙂

     
  2. Ms Suriyatie Yunho

    October 11, 2008 at 7:39 am

    …sifat manusia mmg mudah lupa…kdg2 klu tk di ingtkn mmg tk prsan yg ada bnda lbh mnrik dr yg brada d dpn mata. Sbb tu kte kna sling mngingatkn. anyway…tk sngaja trmasuk kt page ko ni…nice!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: