RSS

Seronok tolong membedah orang…(^-*)

18 Apr

“Who’s the assistant today?” pertanyaan Valeri Veniaminovich Rizhov, seorang surgeon di г.у.в.д (nama hospital) mematikan perbualan rancak kami di dalam kelas General Surgery. Pada masa itu kami sedang leka berborak kosong tatkala menunggu pensyarah General Surgery kami, Sergei Nikolaevich Avdonin yang lebih dikenali sebagai Dr Avdonin dikalangan pelajar.

 

Ada dua perkara yang seronok apabila mendapat Dr Avdonin sebagai pensyarah kami. Pertama jarak г.у.в.д di mana Dr Avdonin bekerja adalah dekat, iaitu memakan masa lebih kurang 20 minit perjalanan dengan bas. Berbanding dengan dua hospital lain untuk General Surgery iaitu Hospital Semashka dan Hospital di Vodnaya yang jauh, kami amat bersyukur dengan keadaan ini. Tidak perlu bangun awal untuk berebut bas ke kelas. Hehe.

 

Kedua apabila mendapat Dr Avdonin, kami diberi peluang untuk membantunya ketika pembedahan dijalankan. Boleh bayangkan, pelajar yang masih mentah seperti kami, tahun ketiga Fakulti Perubatan berdiri bersama-sama pakar bedah terulung untuk membedah pesakit? Ini bukannya hiperbola, malahan itulah hakikatnya.

  

Memandangkan kami yang masih setahun jagung ini diberi peluang sebegitu, masakan kami mahu lepaskan? Tapi berbekalkan ilmu yang masih banyak belum diterokai dan dikuasai, kerja kami hanyalah terhad kepada memegang retractor dan mungkin jika diberi peluang, boleh membuat suture (jahitan).

 

Itulah pengalaman yang amat berharga semalam…

 

Setelah pertanyaan Valeri Veniaminovich Rizhov yang merupakan pengganti Dr Avdonin pada masa tersebut, kami memandang sesama sendiri. Suvin dan Kheng Huat sudah merasai pengalaman berkhidmat di Operation Theatre (O.T), masing-masing pada hari Selasa dan Rabu lepas. Aku mahu cuba, tapi masih menunggu orang lain kalau-kalau mereka juga mahu. Tiba-tiba Arif berkata, “Kau pergilah mil..aku tak makan lagi pagi ni”.

 

Aku faham dengan situasi itu. Kalau perut kosong, janganlah cuba-cuba nak buat atau tengok surgery. Ada antara kawan aku yang pernah pitam. Bukannya takut darah, tapi memandangkan surgery biasanya memakan masa yang lama, badan pun tak dapat tahan berdiri untuk tempoh yang lama kalau kurang gula dalam darah (hypoglycaemia). Jadi aku pun terus setuju dengan Arif memandangkan aku dah bersarapan dan mengikut Dr Rizhov ke tingkat dua di mana terletaknya O.T.

 

Proses pertama, mencuci tangan sehingga bersih.Dr Rizhov menunjukkan cara yang betul untuk membasuh tangan. Yalah, setiap benda ada prosedurnya kan. Bukannya secara semborono saja. Jadi aku ikutlah. Adalah lebih kurang 5-7 minit basuh tangan menggunakan air dan sabun khas diikuti antiseptic dan disinfectant yang diberi. Aku melangkah masuk ke dalam O.T dengan gembiranya.

 

Tiba-tiba, cermin mataku longgar sehingga jatuh ke atas batang hidung. Tindakan refleksku yang pantas membetulkan kedudukan cermin mataku membuatkan aku terpaksa membasuh tangan kembali. Hehe. Memang aku terlupa pada masa itu aku sudah dalam keadaan sterile, yang bermaksud aku tidak boleh menyentuh apa-apa selain alat-alat pembedahan.

 

Dah terbiasa kan, cermin mata jatuh, angkat balik. Jadi terpaksalah basuh tangan untuk kali kedua dan kembali masuk ke O.T. Kalau ingkar, kebarangkalian untuk jangkitan berlaku terhadap pesakit amatlah tinggi, walaupun tangan ini hanya tersentuh cermin mata sahaja.

 

Selepas itu, aku disarungkan surgery suit dan gloves oleh jururawat bertugas. Memang masa tu rasa macam pakar bedah betul dah. Hehe. Setelah anaesthetist memberikan spinal anaesthesia, aku pun memulakan tugas membantu Dr Rizhov untuk pembedahan varicectomy (pembedahan untuk membuang vena) pada kaki pesakit.

 

Seperti yang aku katakan tadi, kerja aku hanyalah terhad kepada memegang retractor yang berfungsi untuk menahan otot-otot dan salur-salur darah daripada menghalang penglihatan surgeon kepada bahagian atau kawasan yang hendak dibedah (susah juga nak terangkan ya). Sekejap-sekajap aku disuruh untuk melepaskan hemostat (gunting khas untuk mengepit salur darah bagi menghentikan pengaliran darah).

 

Sebelum ini pernah ‘bermain’ dengan hemostat tu. Tapi bukanlah dengan vena atau arteri betul. Masa  surgery tu memang berbeza sangat. Aku ingatkan senang nak lepaskan gunting tu. Apabila aku buat dengan tangan kanan ok lagi. Apabila tangan kiri yang buat, tak terdaya. Tangan kiri masih perlu diperkuat untuk menggunakan hemostat itu. Hehe.

 

Lebih kurang dua jam lebih berlalu, proses membuang vena berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang halangan. Hanya jahitan kepada luka pembedahan sahaja yang perlu dilakukan. Tiba-tiba Dr Rizhov bertanya,Вы умеете шить раны?”-Vi umeete shit rani (Awak reti tak jahit luka?)  Aku tidak menjawab. Memang aku pernah belajar ketika semester pertama dulu dengan Zagainova. Tetapi itu hanyalah pada model, bukannya pada orang betul. Tapi aku fikir kalau tak cuba, bila lagi nak dapat peluang. Lambat-lambat aku membalasnya, “Можно попробовать?”-Mozhna paprobavat (boleh cuba?).Конечно”-Kanecna (Sudah tentu), jawabnya ringkas.

 

Maka bermulalah proses menjahit semula luka-luka pembedahan. Luka pertama kujahit dengan tangan terketar-ketar, kerana perasaan takut bercampur dengan kesukaran jarum untuk menembusi lapisan kulit dan lemak pesakit. Fuh, nampak macam senang saja doktor buat. Apabila buat sendiri baru tahu susah ke senang.

 

 

Sudahlah teknik pun tak betul. Aku lebih senang mencabut jarum menggunakan forsep daripada gunting. Memang boleh sebenarnya mencabut jarum menggunakan forsep, tetapi ia menyukarkan kerja jururawat yang perlu meletakkan benang kepada gunting semula kemudiannya. Jadi barulah Dr Rizhov menunjukkan dan menerangkan teknik yang betul kepada aku.

 

Aku gembira dapat belajar sesuatu. Kata orang, belajar daripada kesilapan. Jangan takut buat salah, kalau tak sampai bila-bila tak ke mana-mana. Dengan perasaan gembira, akhirnya aku dapat melakukan 5 jahitan pada luka berbeza (termasuk jahitan pertama yang ‘cacat’) dengan jayanya. Alhamdulillah. Rasa puas tak dapat digambarkan. Walaupun masih tahap ‘cikai’ dan jahitan yang kubuat tidaklah sekualiti mana, tapi sekurang-kurangnya pendedahan dan pengalaman sebegini sejak usia masih muda amatlah bermakna.

 

Jadi kepada sesiapa yang mendapat peluang untuk mencuba sesuatu yang baru, jangan takut-takut. Mana ada orang yang boleh belajar sekali terus pandai. Semua manusia yang berjaya sekarang pun bermula dari bawah. Sebenarnya aku ada cerita pasal seorang jururawat yang entah apa-apa masa pembedahan tu dijalankan. Tapi memandangkan dah panjang aku tulis, aku rasa lepas ni aku akan tulis in detail. Kisah pasal jururawat yang tak reti bahawa ‘kejayaan itu bukannya datang bergolek’. Nanti aku tulis ok. Sekian untuk kali ini….=]

 

 
13 Comments

Posted by on April 18, 2008 in Uncategorized

 

13 responses to “Seronok tolong membedah orang…(^-*)

  1. amycheali85

    April 18, 2008 at 11:52 pm

    wahh bestnye dapat assist!!!hehe..akak tak penah assist lagi sbb kelas kitorg slalo dapat traumatologic surgery time nak assist tue.kalo dh trauma tue,gurls nie cikgu pandang sebelah mate je.so xdela kitorg mengoffer diri sbb dh terang2 cikgu tgk kat budak2 laki.huhuhu..

    tahniah kamil!!! pengalaman yg menarik =)

     
  2. efenem

    April 19, 2008 at 10:28 am

    Uuu… tahniah tahniah

     
  3. leokid

    April 19, 2008 at 10:48 am

    Dr.Rizhov menjadi kegilaan budak2 pompuan group saye. Datang kelas bukan sebab nak belajar, tapi sbb nak tgk Rizhov.
    T_T

    Tapi saya respect ar Dr.Rizhov tu. Macho seyh. And sangat peramah. Patients sumer suke die, staff sume baek dgn dia. Hatta makcik misai penjaga lif pun pernah menggedik dgn dia aritu..hehe.

    Walaupun sedemikian, ekceli harap tak dapat dia untuk subjek2 surgery nanti. Sebab English dia agak limited. Bukan agak, sangat limited. -_-“. takut takdapat belajar apa-apa ngan dia nnt. Huhu.

    Avdonin nampak garang. T_T

     
  4. 'Ain Nasir

    April 19, 2008 at 11:46 am

    hmm…tahniah kepada Kamil. Akak pun tak pernah assist. Tp takde la berasa regret sgt pun, sbb my interest not into surgery. Setakat jahit kat mayat or daging pernah la.
    Dr. Rizhov nyer English mmg agak limited, tp dah ade improvement la. Cikgu yg mengajar FOIS biasenye try utk ckp simple russian & boleh la juge fhm.
    Dr. Avdonin mmg bagus dan mengajar jika tak busy, jike die busy mmg tak bermakna sgt la kelas itu.
    Well, bak kate Dr.Zagainov,”I’ve to choose to be a good teacher or good surgeon. I chose to be good surgeon.” <— alasn sbb takleh nak ngajar byk2.
    Pape pun, kels surgery kt sini mmg tak teratur sgt. Baik bc byk2 kat bilik, if tak fhm ty cikgu.Lbh bermakne kot…

     
  5. 7t

    April 19, 2008 at 10:35 pm

    ooo..best best..dah mule berangan-angan nak jadi surgeon ek..

     
  6. purple

    April 20, 2008 at 12:13 am

    uyo.. bagusnye da dpt jd assistant!! pendedahan awal.. kalo kat ireland ni.. da 3rd year pon takleh pegang patient sesuka ati.. ni kan pulak nak jd assistant for a surgeon.. of course there is a BIG no no! =D

     
  7. Sarah

    April 20, 2008 at 7:29 am

    eeh..kamil dpt Rizhov?? i’m so jealous….last yr kitorang under die jugak..chomel sgt!!!

    oh yeah, congrats on da surgery..!~ best kn dpt stitch? altho i only did it on corpses before..hehe

     
  8. ixora

    April 20, 2008 at 8:56 am

    seronok baca post ni.. tapi taktau nk komen😆

     
  9. kamilsifu

    April 23, 2008 at 3:28 pm

    Amy Che Ali: Terima kasih,rezeki saya dpt tolong hari tu. Tak apalah, ada rezeki nanti dapat jugak kak amy assist =]

    Efenem: Thnx a lot..=]

    Leokid: Yup, same wf girls fr my grp..haha..sumer suka kat Dr Rizhov yg mntap dan berhati mulia itu..kitorang time 2nd year dpt dier gak as our uhod lecturer..btw Dr Avdonin nampak garang, tp sebenarnyer baik sgt2..=]

    Ain Nasir: Memang betul pun.Surgery ni lg bgs bc sdr sbnrnyer,sbb kdg2 kt dlm kls xbyk sgt bljr pun..lg2 subjek ni lebih kpd praktikal..=]

    7t: i know last time u assisted him rite during ur practical?hehe…xdelah berangan..perjalanan masih jauh~

    purple: awat, kat ireland tu double standard ke ape?em..macam kat oz, bak kata doktor2 kat hospital bp final year student pun still xleh pegang patients…cmne nk bljr cm2 ek?xtaulah, tu pun dr2 yg ckp msa praktikal dlu..xpelah,nanti ada masa merasa jugak..=]

    Sarah: nope, i got Avdonin this sem..that day Dr Rizhov just substituted him..hehe..mmg comel n baik ati..lps ni kamil cycle operative surgery..dptlah stitch kat corpses lak..=]

    Ixora: xpelah kak rama2..melawat n bca pun dh ok..hehe..thnx =]

    Leokid: huhu..thnx 4 linking 2 this entry! =]

     
  10. P.Maalini

    April 23, 2008 at 11:02 pm

    cekap kamil! i am so the jealous!!!!!

     
  11. classmate lame ko

    April 26, 2008 at 1:02 am

    gila mencabar benda yg ko buat…kagum siot…

     
  12. Syuhada

    May 1, 2008 at 11:27 pm

    kamil, since ko kelas surgery ngan avdonin, leh x nk pinjam nota kelas ko?? arigato gozaimas

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: