RSS

Trauma…

14 Apr

Isnin

7/4/2008

1740

 

Seminggu sudah berlalu…

 

Tamat kelas Bahasa Rusia yang membosankan dan memenatkan itu. Penat mental dan fizikal. Penat mental kerana ada ujian hari itu. Penat fizikal kerana lama duduk menunggu cikgu yang kerap keluar kelas, gara-gara sibuk dengan pelbagai urusan penting. Aku dan Iryani berjalan pulang dari 3rd hostel, tempat kami belajar Bahasa Rusia ke asrama kami yang indah permai, 1st hostel.

 

Perjalanan pulang amat menarik. Walaupun jarak perjalanan antara dua asrama ini hanyalah 5 minit, tetapi persekitaran yang hidup sungguh menyeronokkan.

 

Nizhny Games yang bakal menjelma pertengahan Mei nanti menjadikan para atlet akademi kami giat menjalani latihan di depan asrama. Kelihatan para pelajar perempuan bermain futsal di hadapan asrama dengan hilai tawa bersilah ganti dengan sorakan gol. Turut kelihatan beberapa pelajar perempuan bermain bola tampar berhampiran.

 

Para pelajar lelaki usahlah dipersoalkan lagi. Mereka tampak macho menyarung sweater dan boot jenama bermutu mempertahankan maruah untuk sebiji bola. Suasana yang amat segar. Jauh sekali dengan musim sejuk apabila kami terpaksa berjalan pantas untuk pulang ke asrama gara-gara kesejukan tak terhingga.

 

Tiba-tiba, satu kemalangan berlaku. Kulihat seekor kucing seperti dicampak dari tingkat sembilan asramaku ke bawah. Tubuh kecil itu melayang dengan lajunya.

 

Pap!!!!!!

 

Dentuman kuat kedengaran tatkala kucing itu sampai ke permukaan dataran keras. “Gosh!” teriak Iryani yang tergamam.”Hua..kesiannya,” sambungnya lagi sambil memejam mata. Aku yang betul-betul terkejut tak terkata apa. Trauma. Aku belum pernah lihat sebarang kecelakaan berlaku di depan mata. Setakat orang jatuh dah biasa, tapi kemalangan yang dahsyat seperti ini belum pernah disaksikan. Memang tak nak tengok pun!

 

Kucing itu kelihatan menggelupur kesakitan. Sepantas kilat, berbondong-bondong penghuni asrama berbilang bangsa dan agama yang menyaksikan kejadian itu turun dari balkoni asrama untuk melihat keadaan kucing itu. Masing-masing mempunyai perasaan simpati terhadap kucing malang itu.

 

Memang kesian, kucing itu patah dua kakinya. Kufikir sungguh  kuat kucing itu, kerana jika melihat cara kucing itu jatuh, hanya mati yang aku fikirkan. Bayangkan, jatuh dari tingkat sembilan yang kira-kira 20m bagi seekor kucing kecil. Bukannya perkara kecil!

 

Rupa-rupanya kucing itu kepunyaan seorang pelajar Malaysia tahun keempat. Kucing itu  melompat keluar dari tingkap yang terbuka dari bilik itu. Memang cuaca kian panas. Jika tingkap dibiarkan tertutup kepamlah bilik alamatnya. Jadi memang pemilik kucing itu tidak boleh disalahkan seratus peratus. Itulah kata orang, malang tidak berbau.

 
13 Comments

Posted by on April 14, 2008 in Uncategorized

 

13 responses to “Trauma…

  1. filzahnur

    April 14, 2008 at 8:33 pm

    pity d cat!!!😦

     
  2. efenem

    April 14, 2008 at 9:27 pm

    ooo aku tau kucin sape tuh!

     
  3. 'Ain Nasir

    April 15, 2008 at 11:37 pm

    Kucing ade sembilan nyawa. Tinggal 8 dah.

     
  4. 7t

    April 17, 2008 at 7:51 pm

    kucingman!!! seriously lucky giler!!!

     
  5. Syuhada

    April 18, 2008 at 10:24 pm

    Kucing Zaid n Farid tuh!!!

     
  6. ileena

    April 18, 2008 at 10:39 pm

    but the sister to cat is mine!hehe:)

     
  7. kamilsifu

    April 18, 2008 at 10:49 pm

    ramai peminat kucing rupa2nyer…hehe..thnx 4 dropping by n leaving ur comment ya!=]

    filzahnur: memang kesian sangat..

    efenem: yup, tau jugak. =]

    Ain Nasir: em, tak pernah dengar pulak macam tu.Hehe.Lama lagilah boleh idup.=p

    7t:yup..kucingman..salute!!

    Syuhada: aah..time 2 gak Abe turun tgk kucing dier..kesian sungguh..masing2 terharu..=]

    Ileena: hehe..em..peciter kucing 2 skang ek?sihat walafiat dh ke?=]

     
  8. purple

    April 20, 2008 at 12:05 am

    ya Allah.. kucing sape yg bernasib malang sgt tu.. kesian sgt nye.. =((

     
  9. qdetactive

    April 20, 2008 at 11:26 pm

    siannyer…hilang satu nyawa kucing tu. hehehe.

     
  10. Think tank

    April 21, 2008 at 5:40 pm

    kucing mempunyai kelebihan ‘menterbalikkan dirinya’ jika jatuh pada kadar ketinggian…dia boleh posisikan dirinya untuk mengelak dari cedera teruk…tp alhamdulillah dia selamat…memang kalau bab kucing memang sensitif skit! almaklum…pencinta miau…;)

     
  11. !x0r@

    April 24, 2008 at 7:15 pm

    ingatkan ada org campak kucing tadi.. baru nk kutuk.nasib baik baca sampai abes.huhuhu

     
  12. fareenazahari

    April 29, 2008 at 7:46 pm

    kesiannye…pastu kucing tu mcm mane?bleh berjalan dh ke?

     
  13. aiko

    May 5, 2008 at 8:13 pm

    em..kecian die

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: