RSS

Aku rasa bosanlah dengan makanan halal…!

12 Apr

BUZZ!!

 

Keheningan malam itu secara tiba-tiba digamatkan dengan buzz dari seorang kawanku di Yahoo Messenger (YM). Aku pelik, Mr X (nama samaran), seorang yang jarang chat denganku, bolehlah dikatakan sebagai ahli tidur dalam YM aku. Kami tidaklah begitu rapat, tapi kalau nak layan borak kadang-kadang tu bolehlah. Ah, mungkin kawannya yang buzz aku tadi. Biasalah, kadang-kadang kawan-kawanku juga gatal tangan buzz orang lain melalui YM aku.

 

Tapi secara tiba-tiba, dia menyapa aku.

 

P/S: Perbualan tersebut diubah dari segi ejaan dan bahasa tanpa mengubah isi asal dan struktur ayat untuk memudahkan pemahaman (kadang-kadang singkatan sukar difahami bagi sesetengah orang).

 

 

Mr x: salam,buat apa tu?

Mr x: busy ke?

Mr x: mintak tolong sikit boleh tak?penting ni..

kamilsifu25: salam..takde buat pape pun..

kamilsifu25: relax2 je..

kamilsifu25: kejap ek..

 

Aku menukar status YM dari available kepada invisible. Maklumlah, orang nak minta tolong. Tak nak ada gangguan.

 

kamilsifu25: wes..im still here

kamilsifu25: saja invi..tak nak orang kacau..

kamilsifu25: apa yang penting sangat?manelah tahu aku boleh tolong..

kamilsifu25: =]

Mr x: mil, jangan terkejut pulak aku cakap ni..

Mr x: aku macam rasa bosanlah dengan makanan halal..

Mr x: boleh tak aku try2 makan makanan diorang?

kamilsifu25: Ya Allah, apasal macam tu? wes…jangan main2..apa cerita ni?

 

Masa tu memang aku terkejut sangat. Bayangkan orang yang jarang chat boleh tanya tiba-tiba macam tu. Memang hal penting pula tu. Ke dia ni saja-saja nak ‘test’ aku?

 

Mr x: sebab tu aku tanya kau nih..

Mr x: sebenarnya aku tak faham sangat pasal makanan halal nih..

Mr x: apasal banyak sangat pantang larang hah?

Mr x: tak ke menyusahkan nak kena pilih2 makanan?

Mr x: sini bukan macam kat malaysia..

Mr x: kat malaysia confirm makanan tu senang carik..

Mr x: kat tempat aku ni kena pilih2..

Mr x: aku hang out dengan kawan2 aku non muslim macam susahlah..

Mr x: diorang makan tu makan ni..aku pilih seafood dengan kentang je..

Mr x: terliur tengok diorang makan..

Mr x: kau tak rasa macam tu ke?

 

Lepas panjang lebar Mr x cerita, barulah aku faham apa yang dia nak sampaikan. Aku pun mulalah sesi interview dan terangkan apa yang patut.

 

kamilsifu25 : ok2..faham apa kau tanya..

kamilsifu25:  just one question..kau pernah tak makan makanan haram so far?

Mr x: takde lagi..

kamilsifu25: alhamdulillah baguslah tu..takdelah chronic lagi..hehe =p

kamilsifu25: means sekarang ni kau just tanya, boleh ke tak kau try makan makanan diorang, sebab kau rasa bosan, betul tak apa yang aku faham ni? 

Mr x: yup 

kamilsifu25 : ok, firstly aku nak bagitau yang aku ni bukanlah ustaz yang boleh huraikan panjang lebar dari segi agama..

kamilsifu25: tapi sikit2 setakat bagi nasihat dan pandangan as a friend bolehlah kot..

kamilsifu25: =] 

Mr x: takpe, aku memang nak dengar.. 

 

Lepas dah pasti apa yang kawan aku tu nak dan pastikan yang dia ni tak high expectation, aku pun mulalah terangkan satu persatu…

 

kamilsifu25: ok2..

kamilsifu25: macam ni..dalam Islam,soal makanan memang penting..

kamilsifu25: halal haram tu memang kena jaga sangat2..

kamilsifu25: kat sekolah dulu pun kita belajar bab2 makanan halal haram ni kan..

kamilsifu25: banyak hikmahya seperti yg kita tau..

kamilsifu25: contoh yang paling mudah, kita tak boleh makan khinzir..

kamilsifu25: sebabnya senang je, khinzir tu ada banyak bakteria n cacing berbahaya yang susah nak mati..

kamilsifu25: kalau kita makan jugak,tak taulah berapa banyak penyakit dah timbul..

kamilsifu25: aku yakin kau pun tau benda2 ni..ke kau saja nak test aku ni?

kamilsifu25: hehe…rasa pelik pulak kau tanya benda2 ni tiba2..

kamilsifu25: =p..sori kalau kau betul2 bertanya… 

 

Sekali lagi rasa syak wasangka yang dia hanya nak menguji muncul..

 

Mr x: memang aku tanya betul2 ni..

Mr x: tapi orang2 lain lepak je makan..

Mr x: takde apa2 pun.. 

kamilsifu25: kau yakin ke takde apa2?

kamilsifu25: kau ingat dulu kan ada JE kat negeri sembilan..

kamilsifu25: tu kan puncanya dari khinzir jugak..

kamilsifu25: lagipun kata orang lagi baik mencegah dari mengubat..

kamilsifu25: dan itulah apa yang Islam anjurkan..

kamilsifu25: tak tahulah kalau kau dah tengok kat Ireland ke belum..

kamilsifu25: kat sini masa first year belajar bio ada tengok gross hati khinzir..

kamilsifu25: berlubang2..ngeri betul..sebab ada cacing tinggal kat situ dengan sedapnya..

kamilsifu25: geli aku tengok..

kamilsifu25: tak dapat bayangkan macam mana kalau cacing tu pindah kat manusia..

kamilsifu25: mestilah sama jugak kan logiknya..

Mr x: yup2..pernah dengar..tapi tak pernah tengok lagi..

Mr x: tapi kalau haram setakat makan dahlah kan..kenapa pegang pun tak boleh?

Mr x: aku bukannya apa..xdelah nak biadap..

Mr x: cuma kadang2 terfikir..apa gunanya babi tu kalau dah tak boleh makan tak boleh pegang?

Mr x: anjing pun macam tu jugak..padahal ramai je orang sini bela anjing..kat malaysia pun berlambak..

Mr x: ok je..sama je dengan kucing kan..binatang peliharaan jugak..

Mr x: sekarang ni aku curious..apa gunanya makhluk2 tu kalau tak boleh dimakan tak boleh dipegang..

 

Menarik juga soalan dia ni.Bukannya semua orang tahu hikmah-hikmah kejadian ni.

 

kamilsifu25: ok2..

kamilsifu25: ‘mereka2’ tu pun makhluk Tuhan jugak kan..

kamilsifu25: dari segi agama, semuanya dijadikan Allah untuk beribadat kepadaNya..

kamilsifu25: means diorang bukannya hina pun,malahan dari segi ibadat mungkin lebih baik dari kita ni..

kamilsifu25: diorang pun bertasbih dengan cara diorang yang kita tak tau…

kamilsifu25: dalam hidup ni pulak..

kamilsifu25: walaupun khinzir tu tak boleh dimakan tak boleh dipegang..

kamilsifu25: tapi diorang ni kiranya ‘berkorban’..

kamilsifu25: sebab macam tadi aku bagitau..diorang ni dihuni dengan cacing2 dan bakteria2 berbahaya yang tak boleh mati dengan cara biasa..

kamilsifu25: means dengan adanya mereka, cacing2 dan bakteria2 ni adelah tempat tinggal..

kamilsifu25: kitaran biologi pun stabil dan seimbang..logiknyalah kan..

kamilsifu25: bayangkanlah kalau khinzir2 ni takde, cacing2 dan bakteria2 tu takde tempat tinggal..

kamilsifu25: mungkin diorang tinggal kat haiwan lain pulak, contohnya ayam2,lembu2,kambing2..

kamilsifu25: kesannya, lagi banyaklah penyakit sebab takde ‘rumah asal’ cacing2 bakteria2 ni..

kamilsifu25: so, khinzir2 ni pun diharamkan untuk disentuh atau dimakan…

kamilsifu25: anjing pun samalah..dan sebagai tambahan anjing ni dijadikan binatang buruan,tolong kerja polis dan macam2 lagi..kau pun tau kan..=]

kamilsifu25: tapi macam khinzir tadilah..anjing ni pun berkorban untuk kita..

kamilsifu25: means mereka tak boleh disentuh dan dimakan sebab mengandungi benda alah berbahaya..

kamilsifu25: hehehe..

 

Panjang juga aku explain. Bila baca balik kelakar pun ada.Hehe.

 

Mr x: kiranya diorang ni mulialah sebenarnya kan..

Mr x: macam jadi pak sangguplah ya? 

kamilsifu25: macam tulah lebih kurang..

kamilsifu25: =]

Mr x: tak hinalah macam tu..haha

Mr x: kaulah orang pertama yang ubah persepsi aku kat babi dan anjing tu..

Mr x: memang ada guna rupa2nya.. 

kamilsifu25: yup..mana ada benda dicipta secara sia2..

kamilsifu25: kalau tak Allah tak cipta punya..

kamilsifu25: hehe..mentang2lah khinzir tu gemuk..

kamilsifu25: aku rasa kalau khinzir 2 slim orang pun guna jugak untuk macam2..

kamilsifu25: =] 

Mr x: ok2..sekarang dah banyak tau..em..

Mr x: daging halal haram macam mana pulak?apa bezanya?

Mr x: dahlah susah nak carik yang halal kat sini..

 

Boleh tahan susah soalan ni. Bukannya susah apa. Susah nak explain dan menyampaikan tanpa menyebabkannya sakit hati atau tak faham. Jadi aku terang sajalah apa yang mampu.

 

kamilsifu25: sama jela aku kat sini pun..

kamilsifu25: kat masjid dan market tertentu je boleh dapat yang halal punya..

kamilsifu25: kadang2 ada jugak senior jual..persatuan islam punya..

kamilsifu25: macam nilah, daging diistilahkan halal sebab disembelih dengan cara islam..

kamilsifu25: nampak teknik macam seksa..kalau tengok orang sembelih ayam menggelupur ayam tu..

kamilsifu25: tapi yang bestnya, semua darah kotor keluar daripada ayam tu..

kamilsifu25: means apa yang tinggal daging yang bersih jela..

kamilsifu25: microbs pun kurang..

kamilsifu25: kalau macam daging2 tak sembelih, yang kononnya tak menyeksa binatang or alasan2 lain, darah2 kotor still ada dalam haiwan tu..

kamilsifu25: ni pun berasaskan kajian saintifik..

kamilsifu25: benda yang dah lama disyariatkan..manusia baru je jumpa hikmahnya..

kamilsifu25: =]

kamilsifu25: ok ke jawapan ni?ke ada lagi tak faham?

kamilsifu25: hehe..mana tau ada lagi kau musykil ke ape ke..=] 

 

Saja buka soalan.Alang-alang memang aku tengah free masa tu.

 

Mr x: ok2..em..

Mr x: macam mana nak kawal nafsu ya? 

kamilsifu25: tak faham..

kamilsifu25: nafsu apa? hehe =p 

Mr x: tengok kawan2 aku makan macam2lah..nak jugak tumpang sekaki.. 

kamilsifu25: alahai..kat sini pun macam tu jugak..

kamilsifu25: jangan mudah terpengaruh jela..kawal sikit..

kamilsifu25: kau ingat je, banyak faedahnya Islam larang ni larang tu

kamilsifu25: bukannya main suka2 ada peraturan kan..

kamilsifu25: mungkinlah kadang2 rasa seksa,bosan..boleh makan ikan, telur, kentang je..

kamilsifu25: orang lain boleh makan bigMac..kita fillet o fish je kat McD tu..

kamilsifu25: tapi tak rass bertuah ke sebab kita dilindungi? dan yang penting jangan mengeluh..

kamilsifu25: ni namenya ujian dan cabaran..kalau semuanya boleh dan takde cabaran tak best jugak..

kamilsifu25: hehe =]

kamilsifu25: kita tak nampak benda2 ni sebab so far kita still follow the rules, alhamdulillah and bad effects pun takdelaa..

kamilsifu25: tapi janganlah nak cuba2 pulak..

kamilsifu25: macam aku cakap tadilah, mencegah lebih baik dari mengubat..

kamilsifu25: kita pun tak tau dah berapa ramai orang kena penyakit disebabkan makan benda2 haram..

kamilsifu25: lagipun kalau kau nak tau, ada kawan aku non muslim kat sini kata dia lagi suka makan ayam halal sebab lagi sedap..

kamilsifu25: diorang bolehlah banding..takkanlah kawan aku nak tipu pulak..hehe..

kamilsifu25: takpe2.. nampaknya kau interested..

kamilsifu25: nanti kau buatlah research or tesis pasal perbezaan daging halal dan haram..pastu kau masukkan statistik penyakit..hehe

kamilsifu25: aku support dari belakang..

kamilsifu25: =]

kamilsifu25: ha ni aku ada kartun aku tak ingat dapat dari mana pasal makanan halal haram ni

kamilsifu25: accept tau.. 

Mr x: banyaklah kau punya tesis..

Mr x: haha..

Mr x: dapat dah..

(Klik untuk besarkan kartun)

 

Mr x: baguslah kau ni..

Mr x: malu pulak dengan kau..

Mr x: aku tau benda2 ni macam tu je..takdelah detail macam kau..

Mr x: harap A1 agama tak semestinya A1 amalan..

Mr x: huhu 

kamilsifu25: takdelah..tak teruk pun..

kamilsifu25: kira baguslah kau still concern benda2 macam ni dan tak malu tanya..

kamilsifu25: secara tak langsung kau tanya ni pun, bagi kesedaran kat aku jugak untuk jaga halal haram ni..

kamilsifu25: ada je yang ambik remeh benda2 ni..sadly to say..

kamilsifu25: kalau dah sampai tahap makan minum tak jaga susahlah..

kamilsifu25: lagi2 makanan ni jadi darah daging kan..

kamilsifu25: =]

kamilsifu25: em..kat sana orang2 dia kuat minum tak?

kamilsifu25: kat rusia ni kuat betul..kalau dah mabuk diorang jadi pelik..

kamilsifu25: tiba2 boleh speaking english lah..tiba2 jadi mesralah..

kamilsifu25: haha

kamilsifu25: =p 

Mr x: kuat jugak..

Mr x: ramai je minum..

Mr x: tapi arak aku memang tak dekat pun..

Mr x: bau mulut busuk seyh..

Mr x: lagipun aku taulah banyak buruknya alcohol tu..

Mr x: cuma daging halal haram tu je aku tak nampak sangat..

Mr x: sekarang dah jelas dah..

Mr x: dengan adanya kau..

Mr x: hehe 

kamilsifu25: baguslah tak dekat arak..

kamilsifu25: ceh takdelah..

kamilsifu25: aku jawab apa yang tau je..

kamilsifu25: banyak lagi yang kita tak tau sebenarnya..

kamilsifu25: still orang2 kita kena banyak buat kajian..

kamilsifu25: tapi kan..sori ar kalau aku cakap..

kamilsifu25: mati2 aku ingat kau saja nak test aku mula2 tadi..

kamilsifu25: agak meragukan cara kau approach tu..wakaka..=p

kamilsifu25: lagi2 sebab aku rasa benda2 yang aku terang ni orang tau.. 

Mr x: haha..ye ar..

Mr x: mentang2 aku jahil..

Mr x: =(

kamilsifu25: aku tak kata apa2 pun ma~

kamilsifu25: =] 

Mr x: kau dah boleh kahwinlah mil..

 

(perbualan seterusnya adalah mengarut..=p)

 

Alhamdulillah, malam tu aku gembira sebab berjaya menyedarkan seorang kawan yang memang memerlukan bantuan..semoga kita mendapat manfaatnya =]

 

P/S: Jangan cuba-cuba cari siapakah Mr X itu.Kalau dah tahu pun anggaplah tak tahu ya. Terima kasih kepada Mr X kerana mengizinkan perbualan ini disiarkan.

 

 
13 Comments

Posted by on April 12, 2008 in Uncategorized

 

13 responses to “Aku rasa bosanlah dengan makanan halal…!

  1. judin

    April 12, 2008 at 8:58 am

    waa besnya response ko kamil, cam bg fatwa. haha. bjasa sunggoh cik2 babi ni kpd kita ye. tak penah tpikir plak aku psl jasa2 mereka ni.

     
  2. kamilsifu

    April 12, 2008 at 1:09 pm

    hehe..entahlah..tba2 dpt idea nk explain cm2..mmg kite x sedar cik2 babi 2 sgt2lah berjasa kpd kiter..=]

     
  3. dina

    April 12, 2008 at 3:08 pm

    menarikla, bagus2;)

     
  4. dina

    April 12, 2008 at 3:10 pm

    satu lagi, kartun tu kecik sangatlah kamil. susah sikit nak baca. kalau besar sikit, better kot.

     
  5. purple

    April 12, 2008 at 6:28 pm

    alhamdulillah, great approach! keep it up kamil! hehe.. just nak tambah sket..
    erm.. kamil gune scientific approach to explain about khinzir and daging y tak disembelih.. kalo bleh gune dalil2 nas alQuran yg Allah da kasi kite berabad lamenye as a guideline pon lg bagus..lg firm.. especially bile berhujah dgn org Islam sendri.. sbbnye, mmg dah lame tertulis dah dlm alQuran ttg halal haram ni, research2 scientific tu plak diwujudkan as a bukti yg alQuran tu dtg dr Allah yg maha tahu.. =)

     
  6. kamilsifu

    April 12, 2008 at 10:07 pm

    dina: thanks utk komen yg membina.actually kamil dh try edit utk besarkan kartun tu,tp xtaulah knapa xnk membesar..so as a solution kamil dh tulis 4 those yg nk bca kartun 2 blhla klik utk imej yg lebih besar..=] mekasih ek dina =]

    purple: hehe..thnx 4 ur compliment,tho i x deserve it..actually mmg kamil xsgka mr x tu akan tya mcm 2,n tbhn lg kamil ni xcukup lg pengetahuan utk berhujah menggunakan dalil2 Al-Quran wpun itu yg terbaik..sbb 2 kamil awal2 lg bgtau mr x xyah high expectation sgt kat kamil ni..so kamil explain ape yg termampu je,alhamdulillah berhasil gak..mekasih utk cadangan cik purple..really appreciate it..=]

     
  7. purple

    April 13, 2008 at 2:31 pm

    emm.. saje nak kongsi ayat Allah sket regarding on this case.. =)

    Al-Baqarah: 173

    sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, DAGING BABI, dan (daging) haiwan yang disembelih dgn (menyebut nama) SELAIN NAMA ALLAH. Tetapi barangsiapa terpaksa (memakannya), BUKAN KERANA MENGINGINKANNYA dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

    same2 lah kite fahami ayat tu ye! =)

    takpe kamil, slow2.. mmg kene blaja berhujah gune ayat Allah ni. silap hari bulan bleh terpesongkan orang kan? lg susah.. =)

     
  8. luccadjiwa

    April 14, 2008 at 5:44 am

    salam bro… aku dah add link blog kamu…

     
  9. 'Ain Nasir

    April 15, 2008 at 11:49 pm

    menurut seorg rakan (non Muslim), daging ayam yg halal krg darah.

     
  10. Puan Wan Munirah

    April 17, 2008 at 4:51 am

    aslm kamil, i was shocked to read your entry. kefahaman ISLAM perlu dititikberatkan oleh semua pelajar-pelajar x kira walau di mana jua anda semua berada. ilmu yang ada perlu diamalkan dan ia perlu dipupuk dan disuburkan dgn iman dan taqwa kepada Allah. anyway, it is a good effort🙂 hopefully none of my students are involved in this kind of prob.

     
  11. kamilsifu

    April 17, 2008 at 9:17 pm

    purple: thanks again cik purple..susah2 je..hehe..tp mmg btul 2..nk memberi kefahaman kpd org ln bukannye boleh buat secara drastik kan..kene slow2..=]

    luccadjiwa: thanks a lot..=]

    Ain Nasir: yup..diorang mmg cakap mcm 2..xhairanlah ayam PPIM kdg2 abis sebab diorang yg borong..hehe..xsempat ktrg nk beli =p

    Puan Wan Munirah: if u were shocked, i was shocked also! hehe..firstly bcz of the chatting session..n secondly bcz 1 of MARA officers read my blog…hehe..siapa sangka kan..macam mana puan blh dpt link ke blog ni? ::curious:: hehe..apapun thnx 4 visiting n leaving ur comment..really appreciate it..doakan kejayaan kami di sini..=]

     
  12. leokid

    April 18, 2008 at 7:56 am

    aisey pn.wan munirah pun join baca blog2 orang ke? -_-”

    kena taip cautiously la pasni. hehe. bahaye~

     
  13. Puan Wan Munirah

    April 20, 2008 at 9:21 am

    hmm.. how i got this link? i have no idea but i’m happy to see that some of you are actively involved in writing in your personal blog consistently. ohh.. syamir pun menulis kah? keep it up ok.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: