RSS

Apa kaitannya dengan penyakit?Tak faham!

07 Apr

Aku baru saja selesai baca topik Gastrointestinal Diseases untuk cycle Patho Physiology. Entah apa Profesor Konstantin Gerasimovich Kozlov nak tanya esok. Tak apa sebenarnya kalau tak dapat jawab, dia boleh tolong. Cuma kena perli sajalah. Hehe.

 

Apapun, tiba-tiba aku tertarik mengenai sesuatu setelah baca berkaitan Crohn Disease-satu penyakit usus yang mengakibatkan pencernaan makanan tidak sempurna (betulkan jika silap atau boleh tambah dengan lebih terperinci kepada sesiapa yang tahu untuk terjemahan kepada Bahasa Melayu ini). Berikut adalah apa yang aku baca:

 

 

Females are affected slightly more often than males. Whites appear to develop the disease two to five times more often than do nonwhites. In the United States,Crohn disease occurs three to five times more often among Jews than among non-Jews.

(boleh rujuk Robbins Basic Pathology edisi kelapan muka surat 612)

 

Aku pelik sangat. Apa kaitan bangsa, jantina dan agama dalam menyebabkan risiko kepada sesuatu penyakit sebenarnya?

 

Kalau diikutkan, dah selalu sangat jurang-jurang sebegini berlaku.Contohnya, sakit jantung lebih mudah menyerang lelaki berbanding perempuan. Chronic Kidney Disease (CKD) lebih berisiko terhadap non-Hispanic blacks berbanding non-Hispanic Whites di Amerika Syarikat. Myocardial Infarction (sejenis penyakit jantung) pula mempunyai risiko yang sama terhadap whites and nonwhites.

 

Tapi dalam kes tertentu, aku boleh faham perbezaan ini. Boleh masuk akal sebabnya. Contohnya Atherosclerosis (pengerasan salur darah kerana endapan lemak) lebih mudah menyerang wanita tamat menopaus berbanding lelaki, kerana faktor hormon estrogen yang semakin berkurang dengan peningkatan usia (estrogen dijadikan sebagai benteng pertahanan wanita). Lagi, Sexually Transmitted Disease (STD) yang kurang dominan mengikut statistik terhadap penganut Islam (yang patuh ajaran) kerana faktor ajaran agama yang menghalang perlakuan seks bebas, homoseksual dan sebagainya. Itu aku boleh terima sebagai logik dan ilmu sains.

 

Tetapi bagaimana dengan Crohn Disease tu? Aku bukan tertarik dengan Crohn Disease ni, tapi aku tertarik kepada faktor epidemiologi yang berlainan. Kenapa mesti  penganut Yahudi lebih mudah diserang penyakit itu? Kenapa Whites lebih mudah kena berbanding nonwhites? Kenapa perempuan lebih mudah kena berbanding lelaki?

 

Ya, kadangkala faktor genetik memainkan peranan penting. Ada sesetengah gen yang hanya didapati pada bangsa tertentu dapat mengawal mereka daripada sesetengah penyakit. Gaya hidup juga berkait rapat. Contohnya, lelaki yang lebih kerap merokok berbanding perempuan membuatkan kaum Adam ini lebih mudah terdedah kepada sakit jantung.

 

Tapi bab agama aku tetap tak faham untuk Crohn Disease tu. Adakah penganut Yahudi memakan makanan tertentu yang menyebabkan mereka lebih mudah diserang penyakit itu? Atau apa?Genetik bangsa dan agama Yahudi? Macam tak logik.

 

Aku tidak berniat untuk bersikap perkauman atau keagamaan dalam entri ini. Hanya sekadar persoalan yang terbuku di hati, kerana sesetengahnya amat jelas untuk difahami, manakala sesetengahnya amat sukar untuk dimengerti. Menarik bukan untuk difikirkan?

 

Kalaulah betul faktor gen tertentu yang hanya boleh didapati untuk bangsa tertentu, adakah betul gen ‘rajin berusaha’, gen ‘suka menipu’, atau gen ‘hasad dengki’ hanya didapati oleh bangsa tertentu sahaja? Tidak mustahil kewujudan gen-gen spesifik untuk sifat-sifat dan sikap-sikap tertentu ini ada, memandangkan risiko terhadap penyakit juga berbeza antara bangsa. Jadinya? Ada sesiapa yang ingin memberi pandangan? Terima kasih.  =]

 

 
5 Comments

Posted by on April 7, 2008 in Uncategorized

 

5 responses to “Apa kaitannya dengan penyakit?Tak faham!

  1. efenem

    April 7, 2008 at 12:44 am

    Huahua… ni yg best nak bagi komen nih🙂

    Firstly, bangsa Yahudi, especially Ashkenazi Jews (kononnya yg melarikan diri drpd Nazi Holocaust sume mende tu) mempunyai population sbnyk 5-6 juta di US, 2-3 juta di Eropah dan 1 juta di Israel. Kebanyakan mereka mempunyai banyak penyakit genetik sprt Tay-Sachs disease, von Gierke’s Disease, Nieman-Pick, Gaucher dll, dan Crohn’s Disease termasuk dlm ini juga.

    Crohn’s Disease ade strong genetic link, mutation on CARD15 gene.
    Persoalan gene “rajin berusaha”, “suka menipu” dll tu mungkin ade dan mungkin x… tp kebanyakan org kate “ADA” sbb diorang bleh nampak stereotaip dlm sesuatu bangsa tu…

    Tp isu ni pun agak kontroversial sbb:
    1. xde complete studies utk perkara ni; jadi kebanyakan org xperlukan genetic studies pun, diorang hanya buat generalization berdasarkan phenotype shj (cth: org melayu malas).
    2. racial profiling, racism and generalization akan lebih berleluasa
    3. ethical, moral and discrimination issues…

    dan lain2 yg mgkn jadi…

     
  2. encik zaim zawawi

    April 7, 2008 at 7:20 pm

    bak kate asyiq ko salah faham a kamil. bkn die maksudkn jew tuh ialah org yg menganut agama yahudi. tp keturunan n bngsa yahudi itu sndri. kire die cm genetic disease a. bkn gaye hidup jew ataupupn agama die yg sebabkn die dpt penyakit tuh. huhu.

     
  3. purple

    April 7, 2008 at 8:41 pm

    sokong efenem 100%.. about sifat2 yg dikaitan dgn certain kaum or bangse, rasenye tu merupakan generalization certain people towards what they see, what they hear and what they read about certain kaum tu.. takde kene mengene dgn genetic. maybe kite terkeliru sbb anak (bdk kecik) suke ikut ape yg org sekeliling die buat.. at this point, mak ayah sgt memainkan peranan utk mempengaruhi anak2.mak ayah rajin, anak pon bleh jd rajin and vice versa. anyway, gud entry cuz give a chance for anak melayu berfikir.. congrats kamil!

     
  4. kamilsifu

    April 7, 2008 at 9:35 pm

    efenem: wah..thnx 4 d info about the diseases…byknyer..huhu..em,rasenyer kalo sesiapa yg amik biotech mesti tau pasal genetic characteristics ni lg byk kan..xtau apsal tiba2 aku suka nk tahu bab2 camni..memerlukan eksperiman dan kajian ilmiah untuk dptkan result..ataupun dh ade info cuma aku yg xtau..hehe..kena byk bca lg aku ni..=]..em..mmg kontroversi sbnrnyer..nk tulis ni pun takut2..silap2 kena gam xpasal2..org nk sabotaj pun ade je merata..tul tak? hehe..=p

    encik zaim zawawi: patutlah tak faham kan..salah faham rupenyer..hehe..em..sebenarnyer aku pun fkr psl bangsa rather than agama..tp aku teringt aku bca somewhere(aku cuba nk ingat source aku bca tu) ckp hubungkait ‘agama yahudi’ dgn penyakit tertentu..tp bila aku crk balik kat tenet byk ckp pasal genetic diseases of jewish ppl..so jd confuse..btw thanx a lot for making it clearer..nti kalo aku jumpe balik mane aku bca pasal penyakit penganut yahudi aku btau k..kirim salam ashiq..hehe =]

    purple: thnx org ireland sudi bc blog yg xseberapa ni n memberikan pandangan..=]..itulah,so far ade 2 pendapat pasal genetik n bangsa ni..tp sepertimana yang dihuraikan oleh efenem di atas, maka tak bolehlah nak kaji sgt psl ni..pengecualian kepada pengaruh terhadap penyakit, genetik mungkin MEMPENGARUHI atau TAK MEMPENGARUHI sikap2 positif atau negatif tertentu..kalo mempengaruhi mungkin satu gen tu dominan terhadap bangsa tertentu atau sebagainya..kalo xmempengaruhi macam cik purple ckp,hanyalah generalization semata2 atas faktor persekitaran..well,anak ibarat kain putih kan..hehe..tp kalo cik purple ade ape2 info pasal kaitan genetik n bangsa ni btau kamil ek..thnx again =]

     
  5. 'Ain Nasir

    April 7, 2008 at 9:40 pm

    nak komen psl kaitan penyakit dan Jews. Klw kite tgk, bangsa Yahudi ni gemar berkahwin sesama mereka. Dan bile kite buke kitab sejarah, pd zaman ethnic cleansing utk bangsa Jews, or ms zaman holacaust, kebanyakan mereka berkahwin sesama sendiri. Sehinggakan ade yg berkahwin sesama adik beradik..Ish,ish,ish. Kemudian, penyakit genetic ni (Alhamdulillah) kebanyakannya recessive. Jadi sbb itulah genetic diseases hi dikalangan diorg.Malahan, dlm culture mereka, mereka digalakkan berkahwin sesama bangsa mereka, demi menjaga jurai keturunan. Maka, dari situlah kite nmpk hikmah Islam tidak menggalakkan perkahwinan dikalangan keluarga (eg, dgn sepupu, dua pupu, kupu-kupu, rame2 etc,….)
    Lg satu, kite kena lihat juge studies yg dijalankan itu. CThnye, org yg menggunakan contraceptive dikatakan high risk utk breast CA, Ovarian CA. Fact ini salah sama sekali. Menurut kajian (dan setelah berbincang dgn cikgu Gynae), penggunaan contraceptive boleh mengurangkan risk utk ovarian CA dan breast CA. Tp data shows that org yg gn contraceptive highly prevalent lak utk CA ni, sbb golongan ni merupakan golongan yg rajin buat check up. So, diorg tw awal, or dpt kesan yg diorg ade penyakit ni (biasanye, mereka dpt kesan pd stage awal) . Klw nak dibandingkan dgn org yg tak gn contraceptive, mereka jrg2 buat check up.
    Lg satu culture pun memainkan peranan gak. CThnye, diverticulitis more frequent among Whites sbb diet diorg. Tak igt makanan pe..nnti g check le.Huhu
    Kdg2 kite leh nampak spectrum of disease dlm sesebuah family, esp utk penyakit psychiatric la kan. Cthnye, klw seorg dlm ahli keluarga tu ade schizophrenia, ahli keluarga yg lain may be ade some related disorder, cam mood disorder (depression etc..), personality disorders (shcizoid, schizotypal etc…).Oleh itu, sile check latar belakang penyakit bakal pasanagn anda.Hihu
    Huhuhu, byk lak membebel.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: