RSS

~Senyum seindah suria~

30 Mar

Hari ni aku rugi sejam masa tidur, kerana daylight saving time, menandakan musim panas semakin hampir. Begitu juga dengan negara-negara di Eropah dan beberapa bahagian utara lain. Pada masa yang sama, negara-negara di bahagian selatan seperti di Australia dan New Zealand yang kian menghampiri musim sejuk mendapat satu jam ekstra. Percaturan Ilahi yang amat menarik bukan? 

Matahari muncul lagi..

Jadi kali ni aku nak cakap mengenai cuaca dan psikologi. Sudah 3-4 hari matahari muncul kembali di sini setelah lama bersembunyi. Salji sudah hampir tiada, Cuma tinggal sedikit saja lagi yang masih degil di tepi jalan. Walau bagaimanapun,aku sangat gembira dan bersyukur. Sekarang tak perlu berbungkus-bungkus lagi. Paling penting, mood aku pun baik.

Orang Rusia pun begitu juga. Serius, lama aku tak lihat mereka mengukir senyuman. Faham-fahamlah. Bangsa Rusia ni dikenali umum sebagai bangsa yang susah nak senyum. Muka masam mencuka saja. Ini buktinya. Lagi, boleh baca di sini mengenai Rusia yang disenaraikan antara negara yang paling kurang gembira di dunia. Itulah hakikatnya. Aku rasa, ada kaitannya dengan cuaca.

Rusia merupakan sebuah negara bercuaca ekstrim dengan musim sejuknya yang lama, menjangkau 4 hingga 5 bulan. Secara rasminya, musim sejuk di Rusia bermula pada 1 Disember dan berakhir pada 28/29 Febuari, iaitu selama 3 bulan. Tetapi, salji sudah pun meliputi bumi Rusia seawal bulan November dan berakhir pada akhir bulan Mac.Ini bermakna,selama itu jugalah kami di sini merasakan kesejukan yang amat menyakitkan, mendukacitakan, dan sebagainya. Suhu bukan setakat 0. Malah mencecah -20 lebih. 

Saat itulah baru terasa bersyukur dilahirkan di Malaysia yang mendapat pancaran matahari secara maksimum. Patutlah orang di negara panas lebih gembira.Mengikut artikel ini begitulah. Tidak apa berkulit gelap, yang penting ceria!  

Apabila cuaca sejuk, maka timbullah pelbagai perasaan negatif; rasa malas untuk bekerja, asyik rasa mengantuk, emosi terganggu, cepat marah dan sebagainya. Secara klinikal, ini dinamakan sebagai Seasonal Affective Disorder (SAD). Senior aku pun ada tulis SAD ni. Tak hairanlah orang-orang Rusia ni kuat melenting. Silap sikit kena marah. Benda remeh pun jadi besar.  

Aku percaya sesiapa yang belajar di Rusia ni semua pernah dimarahi. Tak pun kena juga tempiasnya. Aku dah rasa lali pun. Bak kata orang, alah bisa tegal biasa. Mula-mula datang sini rasa down juga. Bukan salah kita pun nak bertegang urat. Tapi dah tiga tahun di sini, keballah juga, walaupun kadang-kadang sendiri pun rasa panas kena marah tak tentu pasal. Sabar dan pendam sajalah. Mungkin faktor cuaca memainkan peranan, jadi logik jugalah mereka begitu. Tak apalah. 

Apapun, aku bersyukur sang mentari terik kembali. Jadi untuk tempoh 3 bulan sebelum pulang ke Malaysia, bolehlah aku menikmati cuaca nyaman (tidak panas tidak sejuk) sepuas-puasnya dengan kehadiran matahari sebagai peneman. Bolehlah tengok muka-muka tersenyum daripada orang Rusia tanpa sebarang kerutan di dahi menahan cuaca sejuk. Kuranglah sikit SAD untuk tempoh 8 bulan dari sekarang.  

Senyum seindah suria, yang membawa cahaya….

 
11 Comments

Posted by on March 30, 2008 in Uncategorized

 

11 responses to “~Senyum seindah suria~

  1. efenem

    March 30, 2008 at 3:58 pm

    Maka marilah kite menyenyumkan diri… jgn senyum sorang2 seronok sinri sudah (aku slalu camtu sbb tgk terfikir kartun Family Guy yg lucu)

     
  2. ixora

    March 30, 2008 at 7:35 pm

    uiks,dah tiga tahun rupanya blaja kt rusia..
    err,lagi brp tahun kt sana?😕

     
  3. ixora

    March 30, 2008 at 7:37 pm

    opss.. salah emoticon! hehe
    sorry!😆

     
  4. Nuruldina Alia

    March 30, 2008 at 9:43 pm

    Sampai macam tu skali ye org kat sana. Maybe cuace yg extremely sejuk kat Rusia tu jadi one of the factors but culture pun main peranan kot sebab kalau kat uk ni pun sejuk jugak (for sure tak sesejuk Rusia paling2 pun under -10 la, rasanya, hehe) tapi org kat sini peramah je dan concern. So, maybe faktor cuaca tu mempengaruhi tapi ada faktor lain lagi yg lebih strong kot. This is my opinion;)

     
  5. kamilsifu

    March 31, 2008 at 10:55 am

    efenem: hehe..kadang2 kalo senyum sorang2 xpe…tp jgn amalkan selalu sudah..hehe..aku lak kalo tersenyum sorang teringat shin chan..=p

    ixora: aah kak rama2..dh 3 thn bljr cni..ade baki 3 thn lg..huhu..bape kali tumbuh janggut dh..insyaAllah grad 2011, doakan ya =]

    Nuruldina Alia: yup..myb weather is just 1 of the factors..ade kwn yg pergi uk cuti winter hari 2..diorg cerita org2 uk friendly sgt2 n bermoral tinggi..muka ganas mcm nak gaduh pun tp still can say ‘sorry’..bgskan macam 2..respect2..=]

     
  6. ixora

    April 2, 2008 at 4:30 pm

    2011? oh,dah tak lama tu.. err,ada janggut ke? takpe.. kalau tumbuh, kamu potong la.:mrgreen:

    semoga berjaya menjadi seorang doktor~!🙂

     
  7. 'Ain Nasir

    April 5, 2008 at 7:03 pm

    Ade link abt my post…Well, dulu klw kena marah diam je, skrg klw kena marah, klw agak2 reti lawan balik, lawan je. Heh.. Pape pun, bersabar tu adelah lbh baik

     
  8. zakryee

    April 7, 2008 at 12:42 pm

    aiii..new comer tumpang lalu….anyway…bestnye tuka2 iklim neh..huhuh

     
  9. asyiq raffali

    April 11, 2008 at 10:56 pm

    Smart2 isi2 ko. Aku dh link blog ko kat blog aku, link aku gk yer, hehe…

     
  10. P.Maalini

    April 23, 2008 at 11:15 pm

    u realise another thing wen they talk they sound like they r fighting wif each other!! menjerit sana, bertengking sini… well now i am like so use to it!!! tak layan pun! just hope another 3 years doesnt intoxicate us wif this no smiling thingy la!

     
  11. hope

    April 24, 2008 at 1:52 am

    hmm..aku rase org russia nie memang bangsa yg xreti senyum kot.. aku tgok semua season sama je.. siap balas lagi ‘i don’t understand your smiling, why are u smiling at me’..pehh.. lantak la..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: