RSS

Kebetulan yang membuahkan hasil…

27 Mar

Aku tertarik dengan sejarah penemuan Antibiotic oleh Alexander Fleming semasa aku baca topik Antibiotic untuk kelas Pharmacology kelmarin. Mengikut sejarahnya, Alexander Fleming mendapati bahawa pertumbuhan bakteria dari Genus Staphylococcus di atas piring kultur terbantut setelah bakteria itu dicemari oleh kulat dari spesis Penicillium 

Alexander Flemming yang ternyata berminat, terus mengasingkan kulat itu untuk dibiakkan dan mendapati bahawa kulat Penicillium tersebut menghasilkan sejenis bahan antibakteria, yang diberi nama Penicillin olehnya. Sehingga hari ini, Penicillin merupakan satu antibiotik yang penting untuk merawat pelbagai jenis jangkitan kuman. Ya, semuanya hanya kebetulan semata-mata. Kebetulan yang membuahkan hasil. 

Kelmarin juga, pensyarah Operative Surgery, Sergey Nikolaevich Tsybusov menceritakan ketika kuliah bagaimana seorang pakar bedah menemui satu teknik pembedahan untuk mencantumkan dua saraf (nerves) yang telah terputus secara kebetulan dan bernasib baik. Pada asalnya, seorang pesakit yang dibedah oleh pakar bedah itu mempunyai saraf yang terputus di bahagian leher, yang turut menjejaskan saraf lidahnya sehingga menyebabkannya tidak dapat bercakap.  

Bagi menangani masalah itu, pakar bedah tersebut bertungkus lumus mencari dua hujung saraf yang telah terputus  untuk dicantum semula. Malang baginya, dia hanya menjumpai satu saraf sahaja manakala satu hujung saraf lagi tidak dapat dijumpai. Pasrah dengan situasi itu, pakar bedah tersebut hanya mencantumkan satu hujung saraf itu dengan vena (vein) sebagai jalan penyelesaian, dan menganggap bahawa pesakitnya itu tidak dapat disembuhkan dan kekal bisu.  

Lebih kurang tiga bulan setelah pembedahan dijalankan,pakar bedah itu terserempak dengan pesakit yang dibedahnya pada satu hari. Pesakit tersebut amat berterima kasih kepada pakar bedah itu kerana telah membolehkannya bercakap semula. Ternyata pembedahan yang difikirkannya gagal sebenarnya berjaya. Pakar bedah itu yang ternyata hairan, lantas membuat ujikaji susulan terhadap seekor anjing dengan langkah yang serupa. Terbukti setelah beberapa bulan, anjing yang pada asalnya bisu mampu bersuara setelah sarafnya yang putus disambung kepada vena. Maka terciptalah satu teknik pembedahan yang baru berikutan peristiwa itu. 

Aku juga teringat kisah Isaac Newton yang dipelajari di sekolah menengah dulu. Isaac Newton yang kebetulan duduk di bawah pokok epal, dapat mencipta Hukum Newton setelah melihat buah epal gugur dari pokok tersebut kerana tarikan graviti. 

Begitu juga dengan Archimedes yang berjaya mencipta prinsip keapungan (prinsip Archimedes) secara kebetulan ketika mandi. Sewaktu Archimedes teruja untuk berendam di dalam sebuah kolam, dia mendapati bahawa semakin jauh dia masuk ke dalam kolam, semakin banyak air yang keluar. Hasilnya, dia telah berjaya mencipta sebuah teori yang hebat dan berguna sehingga kini. 

Semuanya secara kebetulan kan?Kebetulan yang membuahkan hasil.Kebetulan yang menempa nama.Tetapi,semua kebetulan yang dikisahkan di atas bukannya kebetulan semata-mata. Kebetulan-kebetulan yang berlaku itu kemudiannya dikaji dengan teliti dan diiringi dengan minat dan usaha gigih secara berterusan. Itulah asas kepada kejayaan-kejayaan mereka. 

Secara tidak sedar, entah berapa banyak kali kita bertemu dengan kebetulan-kebetulan yang mampu membuahkan hasil selama ini dalam kehidupan seharian kita. Tetapi kerana kurangnya minat untuk menyelidik dan berfikir, kebetulan-kebetulan yang dialami hanya menjadi kebetulan semata-mata.Tidak mustahil, kita juga mampu mencipta sesuatu untuk generasi mendatang dengan kebetulan-kebetulan yang dialami. Sebab itulah, teruskan berfikir dan berusaha. InsyaAllah,entah esok lusa, giliran kita pula menempa nama! =]

 
7 Comments

Posted by on March 27, 2008 in Uncategorized

 

7 responses to “Kebetulan yang membuahkan hasil…

  1. ixora

    March 28, 2008 at 6:44 am

    macam ter-inspire lak baca post ni.. erm.. mgkn sy patut utk tidak berputus asa. haha.

     
  2. amani

    March 28, 2008 at 4:42 pm

    hi kamil!! ya.. prof tsubsov penah cerita psl kisah nerve bersambung 2 tahun yg lalu… kagumkan…

     
  3. efenem

    March 28, 2008 at 11:24 pm

    huahua… aku pun dah mula mengagumkan diri…
    ni yang nak mencari kebetulan ni🙂

    BUt anyways, since kite xleh nk mengenali kebetulan sangat, apa yg boleh kite buat ialah fokus pada apa yg ade je la.

     
  4. amycheali85

    March 29, 2008 at 1:29 pm

    yupp betul aman!prof tsubysov penah cite bende yg same 2thn lepas.goshh!!!so gud to have him as our teacher tho..hensem and cool in his old style..esp part die smoking!cool!!!hehehe..sori ter’comment’ prof plak.hehe

     
  5. zuriaf

    March 29, 2008 at 10:08 pm

    heh..tiba² aku rasa macam ade satu bentuk motivasi yang masuk kat dalam diri aku untuk meyiapkan assignment aku lepas baca entri kau ni…hahaha..

     
  6. iman_muslihah

    March 30, 2008 at 4:49 pm

    salam kamil..kebetulan…sebenarnya kan kamil, setiap yg berlaku ada sebabnya. sebenarnya, i read an article by my friend, which is very inspiring about “kebetulan”..read this:

    Kebetulan pula umum menggunakannya apabila menemui situasi atau insiden yang tidak disangka-sangka. Konsepnya kebetulan itu adalah sesuatu yang tanpa dirancang tetapi berlaku. Manusia itu mungkin tidak merancang; bertemu dengan sahabat lama, kereta yang tiba-tiba muncul di persimpangan jalan, bekalan elektrik yang tiba-tiba terputus, hujan yang turun dan banyak lagi insiden yang mendapat pangkat dan gelar kebetulan. Namun, semuanya ada dan tertulis sudah dalam perencanaan Allah. TaqdirNya telah lama siap termaktub, hanya sanya saat dan ketika pelaksanaannya baru kunjung tiba dalam perhitungan manusiawi. Tatkala itu pula manusia mengatakan yang hal itu kebetulan. Kebetulan itu adalah bagi manusia yang tidak menyedari bahawa semuanya adalah perancangan Allah. Bagi yang beriman, segala yang berlaku tidaklah ada yang kebetulan melainkan telah tertulis. Kebetulan itu sebenarnya satu perancangan dan pelaksanaan.

    Perkataan-perkataan itu sebetulnya tidak perlu pun dibuang daripada kamus kerana masih bermanfaat untuk maksud-maksud yang lain. Hanya saya ingin memberikan penekanan yang kita perlu berhati-hati bila menggunakan satu-satu perkataan. Agar kita bercakap dengan iman😀 Bukankah Islam itu sebetulnya diambil secara kulli (keseluruhan) dan tidak hanya secara juz’i (partly). Kita bercakap dengan menggunakan bahasa yang tepat dan baik. Mengiktiraf dan mengingati Allah sebagai al-Khaliq dalam kata-kata. Bukankah nanti kata-kata itu menjadi zikir kita, mengingati kekuasaanNya. Seruan membuangnya daripada kamus itu saya nilai sebagai hiperbola(unsur melampau):p. Aplikasi konsep sastera dalam kehidupan?

    dipetik daripada: http://lensahati.wordpress.com/2008/03/25/betulkan-yang-biasa-biasakan-yang-betul/#more-122

     
  7. Faizal Riduan

    March 3, 2009 at 4:56 pm

    Tuan Kamil,

    Sungguh teruja saya membaca blog tuan. Ini pertama kali saya membaca penulisan pelajar perubatan yang boleh dipuji! Harap tuan kekal dalam bidang penulisan ini ya.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: