RSS

Maulidur Rasul-bukan sekadar sambutan.

19 Mar

Tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 masihi, lahirlah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai nabi terakhir yang diutuskan kepada umat manusia. Alhamdulillah, jika dipanjangkan umur esok kita bertemu lagi dengan hari keputeraan baginda, atau lebih dikenali sebagai Maulidur Rasul.  

Terlupa?Kita lebih ingat 14 Febuari berbanding tarikh ini? Kita lebih ingat kelahiran Hitler pada 20 April berbanding kelahiran baginda yang juga lahir pada tarikh yang sama? Apapun, tidak sepatutnya seorang Islam melupakan tarikh penting 12 Rabiulawal ini. Sudah sampai masanya untuk kita kembali muhasabah  diri,adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah, yang telah lama pergi meninggalkan kita. 

Ya, kehebatan Nabi Muhammad S.A.W tidak ada tolok bandingnya. Walaupun dari segi sejarah, baginda merupakan seorang yang buta huruf dan tambahan lagi menjadi yatim piatu setelah kewafatan ibunda baginda Aminah binti  Wahab sewaktu berusia 6 tahun, namun itulah insan yang berjaya mengeluarkan kepompong manusia dari belenggu jahiliyah. Semuanya adalah disebabkan akhlak Rasulullah yang sudah sedia maklum terpuji, sesuai dengan makna nama baginda Muhammad-terpuji. Lantaran ketinggian akhlak dan pekerti baginda yang mulia, Allah telah mengangkat darjat baginda dengan melantik menjadi Rasul terakhir sebagai pembawa rahmat ke serata alam. 

Tidak hairanlah, nama ‘Muhammad’ menjadi pilihan ramai sebagai mengenang baginda, dan hari ini nama ‘Muhammad’ merupakan antara nama yang paling banyak digunakan di dunia. Boleh baca di sini sebagai rujukan. Nabi Muhammad S.A.W juga merupakan manusia yang paling terkenal kerana dikagumi ramai, baik beragama Islam mahupun bukan kerana kejayaan baginda menyebarkan ajaran Islam melalui dakwah yang berkesan tanpa sebarang unsur paksaan. 

Justeru, bersempena dengan ulang tahun kelahiran baginda ini, marilah bersama-sama kita muhasabah diri, adakah kita benar-benar mencintai baginda?Adakah kita masih mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan seharian?Adakah kita berselawat ke atas baginda setiap hari, atau sekurang-kurangnya adakah kita berselawat tatkala mendengar nama baginda? Apakah pula tindakan kita sebagai seorang Islam tatkala Nabi Muhammad S.A.W dihina apabila karikatur baginda dilukis oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tidak lama dahulu?Bahkan di Wikipedia juga, lukisan-lukisan yang mengilustrasikan wajah baginda masih belum dibuang walhal sudah ada tentangan dilakukan oleh umat Islam,namun, mungkin masih ramai yang mendiamkan diri lantas pihak berwajib tidak mengendahkan sebarang kritikan dan kutukan.Astaghfirullah.

 
Maka, bangunlah umat Islam. Cerminlah kembali diri kita, sejauh mana kita masih mencintai Rasulullah dengan mengambil beliau sebagai contoh dalam kehidupan seharian. Dari sekecil-kecil perbuatan termasuklah makan,minum,tidur dan banyak lagi, semuanya telah diperlihatkan oleh baginda dengan cara yang terbaik. Tahap ibadah baginda sudah semestinya tidak dapat dibandingkan dengan kita, namun setidak-tidaknya dapat menjadi pedoman dan panduan kepada kita untuk terus melakukan kebaikan dan menjauhi larangan Allah. 

Sungguhpun Nabi Muhammad S.A.W sudah pun dijaminkan syurgaNya, namun baginda masih melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh mengharapkan keredhaanNya, sehinggakan pernah satu ketika baginda masih tetap solat walaupun kaki baginda bengkak-bengkak. Amat jauh sekali untuk dibandingkan dengan kita. Sudahlah tidak pasti kedudukan kita di akhirat nanti, ibadah wajib pula sudah banyak cacat celanya. Ibadah sunat tak terkata bagaimana.  

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama terus mengamalkan sunnah baginda dan terus menjalankan perintah Allah dan menjauhi laranganNya sebagai tanda cinta kepada Rasulullah S.A.W, dan marilah kita berselawat sebanyak yang mungkin. Paling penting, berpeganglah teguh kepada dua perkara akhir yang ditinggalkan oleh baginda iaitu Al-Quran dan As-Sunnah supaya kita tidak sesat selamanya.InsyaAllah,semoga rasa cinta kita terhadap Nabi Muhammad S.A.W tidak akan luntur selamanya, dan semoga kita tergolong dalam kelompok yang mendapat syafaat baginda di akhirat kelak, InsyaAllah.    

 
5 Comments

Posted by on March 19, 2008 in Uncategorized

 

5 responses to “Maulidur Rasul-bukan sekadar sambutan.

  1. ixora

    March 19, 2008 at 8:33 pm

    Selamat menyambut maulidur rasul ya =)

    psstt.. akak tak ingat pn besday Hitler tu. seriyes..

     
  2. psiko

    March 19, 2008 at 11:09 pm

    Subhanallah…Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Alhamdulillah…masih ada insan yg sggup mengingatkn saudaranya yg laen..Allahuakbar…sesungguhnya manusia itu mudh lupa dan lalai..Astaghfirullah Al Azim…Ya Allah ampunkn dosaku dan dosa seluruh umat Islam didunia ini xkira yg msih hidup maupn yg tlah mninggal dunia..Selawat dan Salam ke ats Junjungn Besar Nabi Muhammad S.A.W…

     
  3. kamilsifu

    March 20, 2008 at 6:13 pm

    Ixora: Selamat menyambut Maulidur Rasul juga. Hehe.Sy xtaulah cmne leh teringat besday Hitler tu.Ke sy je yg ingat?ish!

    Psiko: Manusia mmg diciptakan utk melengkapi antara satu sama lain. InsyaAllah sama2lah kita menuju ke arah kebaikan.Terima kasih.=]

    Oh ya, untuk makluman umum, entah macam mana,secara kebetulan, entri yang saya tulis ini sama dengan entri iluvislam,tetapi isi di situ lebih bagus dan dimuatkan dengan sirah kisah terdahulu..boleh baca di sini….kalau baca memang macam sama saja..intro,isi yang dibawa..tapi ketahuilah tiada unsur ciplak berlaku..hehe..semuanya sixth sense semata2..anyway selamat membaca..=]

     
  4. leokid

    March 24, 2008 at 9:55 pm

    eheh lepak kat iluvislam gak ke? x perasan pun. =p

    ps: saya rasa ni mesti sebab taip artikel kat ms word dulu baru post kat sini, itu yang font pelbagai jenis ade tu. hehe. ye ke? gunalah windows live writer untuk memudahkan anda mengupdate blog! muahahaha (promote sket).

     
  5. ack6

    April 8, 2008 at 3:06 am

    Ya nabi salamun alaika!…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: