RSS

Siapakah perempuan bertudung itu?

14 Mar

Entri ringkas sebelum aku tidur sebentar sebagai bekalan tenaga untuk ke kuliah Hygiene sebentar lagi.Sekarang terlalu penat!


Aku baru selesai solat Jumaat di masjid. Alhamdulillah, sempat juga aku solat di masjid walaupun pada mulanya rasa macam tak sempat saja,memandangkan solat bermula pada 12.40-12.50 kebiasaannya, manakala pada waktu itu aku sedang dalam perjalanan ke masjid dari bangunan tempat kami belajar Patho Anatomy.

Di sini,sukar untuk datang awal ke masjid,kerana kelas kami berakhir pada pukul 12 tengah hari. Kadang-kadang jemaah Jumaat di asrama saja. Kadang-kadang tak pergi pun,kerana menghadiri kuliah yang waktunya sama dengan waktu solat.Sukar untuk merealisasikan situasi menang-menang.Jadi,salah satu terpaksa dikorbankan secara bergilir. Astaghfirullah, tetapi aku yakin inilah dugaan dan cabaran hidup di negara orang, dan Allah lebih mengetahui keadaan kami di sini.

Tadi sesuatu yang menarik berlaku.Dalam perjalanan pulang setelah selesai solat,setelah sampai di perhentian bas Medical Street, aku melintas jalan dengan cepat. Aku nak segera sampai ke bilik.Perut sudah lapar.Mata sudah kuyu.Tiba-tiba kawanku,Syahir menyapa dari belakang.


Syahir : Mil,kau kenal tak perempuan pakai tudung kat depan tu?

Aku : Tak nampak mukalah.Junior tahun pertama kot.Kenapa?

Syahir : Tak silap aku, macam Cina.

Aku : Serius?

Syahir : Ya.Kau tengok, tinggi semacam.

Aku : Betul juga. Setahu aku mana ada junior perempuan tahun pertama tinggi macam tu.


Kebetulan Kid, junior tahun kedua jalan di belakang kami. Lantas Syahir bertanya;

Syahir : Kau kenal tak perempuan pakai tudung tu?
Kid : Tak nampak muka. Tak tahulah.

Aku yang memang tak sabar nak tahu, terus meluru ke depan dengan lajunya. Nak pintas perempuan tu,dengan harapan dapat tengok mukanya. Jangan salah faham pula. Aku bukannya apa, nak kejar perempuan tak tentu pasal. Aku cuma rasa teruja nak tahu.Bukan senang nak tengok junior.Asrama lain-lain katakan.Tambahan pula masa tu perasaan nak tahu tinggi sangat. Kalaulah betul junior perempuan tu Cina…
Setelah penat berjalan laju, aku curi-curi pandang ke kiri kanan, pandang sikit-sikit ke belakang, dengan harapan dapat tengok muka perempuan tu. Takkanlah nak pandang direct kan.Apa pula kata dia nanti.Jadi terpaksalah ‘sembunyi-sembunyi’.

Lepas pandang, aku pun terkejut sikit. Serius, betul cakap Syahir. Cina. Bukan Melayu. Wajah perempuan tu nampak tenang saja.Sedikit tersenyum.Tak tahulah dia senyum kepada aku ataupun memang mood dia tengah baik. Aku akhirnya terus menuju ke asramaku, manakala junior itu ke asrama tiga,mungkin ada kelas Bahasa Rusia.Syahir tiba-tiba bertanya;

Syahir : Macam mana?
Aku : Betullah,Cina.Tapi, sejak bila kita ada junior Cina Islam?Baru masuk Islam ke?Tapi budak-budak ni tak kecoh pun.

Syahir : Entahlah. Aku dulu pernah nampak dia. Rasanya masa aku nampak dulu, dia tak pakai tudung.Kalau tak silap akulah.

Aku tersenyum sendiri. Dalam hatiku.Alhamdulillah,kalau dia memeluk Islam. Sama ada baru atau lama, yang penting dia menampakkan ciri-ciri seorang muslimah.Mungkin dia memang dilahirkan sebagai seorang Islam daripada keluarga Cina, cuma baru saja berjinak memakai tudung.Bagus juga.Hidayah Allah boleh datang bila-bila masa saja. Bahkan ada juga dikalangan kawan-kawanku, berubah sedikit demi sedikit.Alhamdulillah, syukur pada Yang Esa.

Mahu saja aku berborak dengan junior itu kalau diberi kesempatan.Aku memang dari dulu lagi, suka nak mendekati orang yang baru memeluk Islam (mualaf) ni.Suka nak dengar cerita-cerita mereka.Kepayahan mereka.Bagaimana mereka tertarik dengan Islam,apakah perasaan mereka kini dan sebagainya. Persoalan-persoalan yang begitu banyak berlegar dalam otakku. Nantilah, kalau diberi kesempatan,mungkin boleh juga berborak sedikit sebanyak dengan dia,InsyaAllah. Semoga Allah terus memberi hidayah kepada kita semua. =]

 
16 Comments

Posted by on March 14, 2008 in Uncategorized

 

16 responses to “Siapakah perempuan bertudung itu?

  1. efenem

    March 14, 2008 at 6:54 pm

    serius ke junior? dia dok hostel mana?

     
  2. kucing

    March 14, 2008 at 10:28 pm

    yup… u’re rite… budak mmg junior 1st year from 5th hostel…
    kalo tak silap die tu christian… ada gak rumours yg kata die memeluk agama islam….

     
  3. Firdaus

    March 14, 2008 at 11:37 pm

    ye ke?? alhamdullilah. hrmmm.. macamne kita bole tak tahu plak. hehe.. kalau da tau, kongsi kat sini ye. =)

     
  4. leokid

    March 14, 2008 at 11:43 pm

    cina pakai tudung nampak pelik.
    islam x pakai tudung camne pulak tu? taknak pi berkenalan ke? hehe.

     
  5. ixora

    March 15, 2008 at 10:30 am

    kenapa entri ni ada font tulisan yg pelbagai ye? hee, just curious.

    erm,susah jugak ya kalau kelas tghari dan hampir sama dgn waktu solat jumaat. tapi tahniah la sbb kamu berjaya laksanakan perintah Allah tu walaupun keadaan agak sukar..

     
  6. 'Ain Nasir

    March 15, 2008 at 1:17 pm

    Serious ke Cina Malaysian? BTW, ms akak singgah masjid pun pernah jumpa Chinese look alike. Dari Mongolia or something.

     
  7. yasmin

    March 15, 2008 at 1:48 pm

    hidayah tu leh Allah bagi kat sape2,ble2 n kat mane2 je.smg kite turut mendapat inayahNya..amin..

     
  8. kamilsifu

    March 15, 2008 at 11:37 pm

    efenem: aah,memang junior 1st year,5th hostel.dah tanya ramai orang.=]

    kucing:thanks for the info.tulah,ada dengar cerita tu.tapi tak taulah rumours tu betul ke tak.=]

    firdaus: baru tau jugak.tapi wallahua’lam tak tau sejauh mana sahihnya,sebab ada yang kata dia ni kristian kuat,so pakai tudung tu macam ala-ala paderi.serius tak taulah betul ke tak.ramai yang bercerita,pelbagailah variasinya.=]

    leokid: hehe.fikir-fikirkan.tajam tu. =]

    ixora: sy pun pelik.xtau kenapa jadi macam tu.sy xubah apa2 pn padahal.isk3.selagi upaya,sy cuba jg agama semaksimum yg blh,insyaAllah.terima kasih.

    Ain Nasir: em,serius kak ain.mula2 tak percaya.tapi lepas tengok,memang betul.Cina Malaysia.nanti kalau2 kak ain pun dapat info apa2,sudi2lah bagitau ya. =]

    yasmin:Betul tu,beruntunglah mereka yang mendapat hidayahNya.InsyaAllah,amin. =]

     
  9. Affuan

    March 16, 2008 at 4:43 am

    ko nak ngurat dier ye? jangan tipu. haha.

     
  10. ixora

    March 16, 2008 at 2:09 pm

    hmm,misteri nusantara ni. hehe.

    satu entri tapi pelbagai font di setiap perenggan. unik. haha

     
  11. filzahnur

    March 16, 2008 at 7:17 pm

    oiittt, die bdk floor fil la, blik sebelah… tp org kate die christian kuat dat’s why pakai TUDUNG! tp, masuk dapur pakai je short pants.. lame da die pakai tudung tue…

     
  12. amycheali85

    March 16, 2008 at 7:17 pm

    hehe..she’s eugeny my neighbour kat sini.quite talkative n baik.kitorg even share washing machine skali..and as long as i know her,die agak kuat kristian la.ahad sure pegi church tak penah miss.tapi die baik ngn budak2 malay 1st year.terikut2 ngn budak2 1st year i guess psl die takde chinese frens…

    i heard a lot of rumors pasal die tapi harap2 rumor in this entry laa yg betol kan =)

     
  13. Sarah

    March 17, 2008 at 8:59 pm

    eugenie mah? betul ckp filzah, die tu boleh jadi preacher for catholic-power, tak pernah miss church..siap gi moscow lagi for catholic conference tahun lepas..

     
  14. kamilsifu

    March 19, 2008 at 7:50 pm

    Affuan: Haha.Takde maknanya.=p

    Ixora:Hehe,kak rama-rama bolehlah tolong upahkan orang design sy punya blog ni.Tak tahulah apa yang kena ubah.Memang macam tu.Tulisan pelbagai jenis,saya tak pernah buat.Pelik bila jadi macam tu.=]

    Filzahnur: Masak kat dapur pakai short pants?Hehe.Aku memang tak kenal junior jauh2 ni.Maaflah.=p

    Amycheali85: Harap-harapnya begitulah.=]

    Sarah:Jadi memang terbuktilah dia ni kuat Kristian ya?Apapun misteri ni masih belum terjawab…

     
  15. dina

    March 20, 2008 at 2:49 pm

    hmmm..menarik… Hidayah milik Allah;)

     
  16. mommyTuah

    April 30, 2008 at 6:01 am

    waa… mcm drama lak… huhuhu

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: