RSS

Sejarah 8 Mac…

09 Mar

Semalam, dua peristiwa penting bertindih.Pertama,semalam merupakan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut setiap tahun. Jadi, Selamat Hari Wanita aku ucapkan kepada kawan-kawan perempuanku (walaupun belum layak digelar wanita).Hehe.Maaflah lewat. Kedua, semalam juga berlangsungnya Pilihan Raya Umum kali ke-12 di Malaysia, yang menyaksikan banyak lembaran baru dalam sejarah politik tanah air tercipta. Memang lambat bagi aku untuk mencoretkan mengenai peristiwa penting ini pada hari ini, disebabkan kesihatan aku tidak mengizinkan semalam-aku selsema teruk!


Namun Alhamdulillah, keadaan kesihatan aku yang bertambah baik pada hari ini mengizinkan aku untuk berkongsi sesuatu.
 Pertama mengenai Hari Wanita. Nampaknya sambutan Hari Wanita ini memang sesuatu yang signifikan di Rusia, sehinggakan cuti umum diisytiharkan dan dengan gembiranya kami dapat cuti sehingga hari Isnin ini. Tidak perlu menghadiri kuliah Hygiene hari Sabtu. Tiada juga Patho Anatomy dan Bahasa Rusia Isnin ini. Kuliah Internal Medicine juga batal secara automatiknya. Seronok sungguh! 


Apapun,memang ramai yang meraikan Hari Wanita, termasuklah golongan yang berpasangan turut bergembira bersama-sama, sang lelaki menghadiahi teman wanitanya dengan bunga-bungaan, kek dan sebagainya. Malah ada antara kawan-kawanku yang menolong teman wanita mereka masak  sebagai penghargaan kepada mereka. Aku yang  tidak berpunya dan tambahan lagi sakit pula, terlantar sajalah di atas katil sambil mp4 Samsungku menjadi peneman.Sadis bunyinya. Huhu.
 


Jelasnya, memang penting sangat sambutan ini, dan sepanjang hari aku mendengar ucapan
С праздником 8-ое марта’S Praznikam Vasmoye Marta (Selamat Menyambut 8 Mac,sinonim dengan Selamat Hari Wanita) bertalu-talu di corong radio Hitfm dan Europaplus. Memang ada juga rasa bersalah kerana aku lewat membalas ucapan kawan-kawan perempuanku kepadaku pada Hari Lelaki 23 Febuari lepas, tapi apakan daya, Tuhan lebih mengetahui segalanya. Aku kalau selsema memang separuh mati. Nantilah aku tulis di entri lain tentang itu.
 


Seterusnya mengenai Pilihan Raya Umum di Malaysia. Ikhlasnya, aku bukanlah seseorang yang arif dalam politik ini. Setakat tahu siapa yang bertanding, siapa yang menang, sudah cukup bagi aku. Aku sendiri tidak pro kepada mana-mana pihak. Barisan Nasional, Barisan Alternatif semuanya sama pada pandangan aku. Aku bukannya tak berpendirian, bukan juga seseorang yang tidak patriotik. Aku mempunyai sebab tersendiri berkata begitu.
 


Sebenarnya, aku tidak lihat sesuatu parti politik pun yang sempurna. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.Calon-calon yang bertanding pula, bukannya calang-calang orang. Rata-rata terdiri daripada ahli cerdik pandai yang sudah lama berkhidmat dalam kancah politik negara, atau setidak-tidaknya tamat pengajian universiti waima tidak pernah melibatkan diri dalam politik. Ops, pengecualian untuk beberapa orang calon atas nama persendirian. Pasti kalian lebih tahu gerangan yang aku maksudkan. Itupun bagiku mereka cukup hebat, biarpun ada yang merupakan orang biasa sahaja, sudah tua pula itu, tetapi semangat yang ditunjukkan untuk berjuang dan bertanding memang patut dipuji!
 


Baiklah, berbalik kepada pandangan sama rataku terhadap mana-mana parti politik, biar aku jelaskan satu persatu. Memang bagi aku, mana-mana parti politik sama saja. Mungkin ada lainnya, tetapi aku masih tidak nampak. Kasihankan aku? Aku pun terfikir, bagaimanakah untuk aku mengundi pada masa hadapan. Sudah tentu pada masa itu aku sudah cukup umur dan tanggungjawabku sebagai seorang pemilih perlu ditunaikan. Tetapi, aku masih belum dapat menilai sepenuhnya. Masing-masing ada koyak rabaknya. Tak sempurna. Kalau nak cari yang sempurna, susahlah. Sampai bila-bila tak jumpa. Mana ada insan yang serba sempurna, tunjukkan kalau ada! 
 


Aku dilahirkan di Johor, ya, kubu Barisan Nasional kukuh di sana. Sepanjang aku dibesarkan di sana, Alhamdulillah banyak yang sudah berubah. Pembangunan dan kemajuan semakin rancak. Begitu juga ketika pernah aku menjenguk kembali tempat kelahiranku di Muar, (sekarang aku tinggal di Batu Pahat), aku seakan-akan tidak mengecam tempat itu. Seolah-olah sudah terlalu jauh bezanya. Pada masa yang sama, media massa yang ternyata dipelopori oleh satu pihak saja (kerajaan) terus-terusan menghentam dan mengaibkan pihak lawan. Sana sini serba tak kena. Itu ini tidak diterima. Compang camping jadinya!
 


Jika diterima bulat apa yang dikeluarkan oleh media massa, tanpa sebarang ragu-ragu, tanpa sebarang syak dan waham aku akan memilih Barisan Nasional. Aku tidak buta. Kawasanku di Johor maju. Agamanya pun baik. Siapa tidak kenal Sekolah Agama Johor? Statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan saban tahun pun jelas menunjukkan kadar jenayah semakin berkurang di Johor, Alhamdulillah. Maksudnya, berkesanlah kerajaan negeri kalau begitu? Lebih-lebih lagi aku diracuni media massa yang tidak habis mengaitkan kemunduran dan kemiskinan di Kelantan. Aku tidak tahu sejauh mana kebenarannya, ke Kelantan pun tidak pernah. Hanya sekali sewaktu aku kecil dahulu. Mana ingat! Jadi nak pangkah Pas, jauh sekalilah kalau begitu ya?
 


Tetapi, aku mempunyai ramai kawan dari Kelantan. Sejak di MRSM Serting, di Intec, dan di Rusia ini pun, muka Kelate sokmo! Apa kata mereka? Mundurkah Kelantan sebenarnya? Seikhlas hati, mereka menjawab tiada kemunduran dan kemiskinan yang dimaksudkan berada di Kelantan. Memang ada yang miskin, tetapi tidak teruk seperti yang diuar-uarkan di media massa. Takkanlah kawan-kawanku berbohong. Kalau betul di Kelantan mundur, sudah tentu mereka sudah bersuara, setidak-tidaknya mereka berkata, “Beruntung kau jadi orang Johor. Aku di Kelantan ni mundur. Kerajaan negeri teruk.” Ternyata, ungkapan sebegitu tidak pernah dituturkan sama sekali! Bagus sahaja Kelantan. Krisis pun tidak dengar sangat, kecuali di kaca televisyen dan corong radio yang dikuasai kerajaan. Agamanya juga baik. Memang cocok ‘Serambi Makkah’ menjadi jolokan, Jadi,pangkahlah Pas ya? Barisan Nasional itu, bohong semuanya? Tapi negeriku baik. Kelantan pun tidak kurang hebatnya. Jadi??
 


Nah, manakan tidak aku bingung? Nampaknya sama saja, itu benar ini benar. Itu ada salah, ini pun ada juga salah. Nak berhujah dari segi agama, aku lagi takut. Takut apa, menegakkan yang hak dan membenamkan yang batil? Bukan begitu, masih cetek ilmu aku dalam agama untuk berhujah, aku akui. Setakat berpegang kepada satu ayat Al-Quran dan berhujah itu ini, bukanlah langkah yang bijak. Lebih baik menguasai keseluruhan ilmu agama, barulah boleh berbicara dengan saksama.
 


Aku rasa kalian faham apa yang aku maksudkan. Sebab itu bagi aku, aku tidak kisah siapa yang menang, siapa kalah, yang penting biarlah yang menang itu mampu memberikan sesuatu yang bermakna kepada generasi Malaysia ini. Biarpun begitu, tidak sekali-kali aku bermaksud aku tidak berpendirian. Aku lebih suka bersikap berkecuali, tak suka heboh itu ini, kecoh sana sini. Silap-silap ada yang sakit hati, aku juga yang dosa! Sia-sia saja. Baik kunci mulut, senyap.
 


Jadi semalam, ternyata Barisan Alternatif menang besar dan memperlihatkan kejatuhan Barisan Nasional yang dinafikan majoriti dua pertiga untuk kali pertamanya.Empat negeri pula berjaya ditawan Barisan Alternatif, dan Kelantan kekal di bawah Pas. Maka, aku lebih suka lihat hasilnya untuk tempoh mendatang. Jika Barisan Alternatif ini jauh menjadikan Malaysia lebih baik, aman dan makmur, sudah tentu Barisan Alterntiflah pilihanku. Sebaliknya, jika Malaysia semakin lembab, hura-hara berleluasa, kemerdekaan sejak sekian lama tergadai, perpaduan antara kaum sudah tidak ada di bumi bertuah itu, maka sudah tentu kalian tahu pilihanku. 
 


Ringkasnya, diharapkan tiada yang salah faham tentang apa yang aku sampaikan. Ini hanyalah pandangan peribadiku sebagai seorang yang jahil politik. Aku hanya menginginkan Malaysia yang semakin maju dari segi pembangunan dan agama, perpaduan antara kaum semakin baik, kosong perbalahan dan disegani dunia! Semoga dengan pembentukan kerajaan baru akan dapat membuktikan sesuatu dan yang lebih penting, menjadikan aku orang yang lebih jelas pemikirannya dalam politik ini.Kalian pula, bagaimana ya?.

 
4 Comments

Posted by on March 9, 2008 in Uncategorized

 

4 responses to “Sejarah 8 Mac…

  1. judin

    March 9, 2008 at 6:19 pm

    bagus! artikel yg berjaya menempelak sebilangan orang yg sentiasa menganggap Kelantan sbg sebuah negeri yg mundur.walhal, indah rupa dari khabar. pd aku, keputusan kali ini amat adil, kerana pihak krajaan dan pembangkang sama kuat di parlimen. syabas dan tahniah kepada mereka yg menang.

     
  2. P.Maalini

    March 10, 2008 at 10:19 am

    Hi, Kamil,
    its a very good article. It has always made me wonder was Kelantan really tat poor? But looking from ur article i can say tat u hv made me realise tat its not so. u hv done a great job wif this n many other articles, i hv a good time reading them.
    Good job!

     
  3. efenem

    March 10, 2008 at 10:52 am

    Jangan lupa rakyat yang mengundi pembangkang akan sentiasa memantau pergerakan ahli politik yg diundi… sedikit kesilapan boleh menyebabkan kekecewaan besar.

     
  4. kamilsifu

    March 10, 2008 at 11:12 am

    Judin: Hehe.Inilah yang aku nampak.Hakikat. =]

    P.Maalini: Thanks for dropping by and leaving ur comment. Hehe, i just wrote based on my personal opinion only. Whether it’s wrong or not, let ppl judge it. Btw, thanks again! =]

    Efenem: Yup,kalau pembangkang silap, nahaslah.Tahulah apa jadi PRU akan datang.Kalau pembangkang bagus,baguslah jadinya. Tunggu dan lihat adalah tindakan yang tepat! =]

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: