RSS

RM6,000 sebulan!

07 Mar

Tiba-tiba aku rasa excited hari ni. Pertama sebab esok aku cuti. Sebabnya,Anna Aleksevna Artifeksovna, pensyarah Patho Anatomy aku kata nak memberi laluan kepada persiapan sambutan Hari Wanita Sabtu ni. Dijangkakan hari esok keadaan lalu lintas akan sesak, jadi dia fikir kami akan lambat ke kelas yang jarak perjalanannya kira-kira 40 minit dari asrama kami.Maka dengan murah hatinya, kami diberi cuti percuma. Sayang kamu! =p 

Kedua, aku bertambah girang selepas membaca berita ini. Ya, gaji sebagai seorang doktor dinaikkan kepada lebih kurang RM6000 sebulan setelah tamat tempoh dua tahun housemanship!  Banyak tak banyak, memang aku fikir wajar sangatlah kenaikan ini dibuat. Tak kisahlah kenaikan itu dibuat disebabkan nak pancing undi ke (memandangkan keputusan untuk kenaikan gaji tu betul-betul dibuat beberapa hari menjelang pilihanraya), yang penting para doktor juga yang dapat manfaatnya.Hehe. 

Aku bukannya materialistik. Nak jadi doktor sebab nak duit banyak. Silap besar tu. Lari niat nak tolong orang. Kalau nak duit banyak, baik jadi usahawan. Lagi banyak lubang kerja boleh dibolosi.Tak payah belajar susah-susah, berkerja keras memerah otak, menghafal itu dan ini di dalam buku, berjaga malam untuk membuat nota dan sebagainya.Tapi, aku terfikir memang berbaloi bayaran yang banyak untuk seorang doktor. 

Sebab apa?

Nak jadi doktor bukannya senang. Doktor ibarat mekanik atau jurutera manusia. Sementara mekanik atau jurutera memotong,menyambung dan membetulkan wayar-wayar berselirat dalam satu mesin yang rosak, ketatkan skru-skru yang dah longgar dan sebagainya, begitu jugalah doktor yang memotong,menyambung dan membetulkan salur-salur darah yang bercabang dalam badan manusia,serta membetulkan organ-organ dalaman yang sudah rosak.

Bezanya, mesin tak bernyawa manakala manusia bernyawa, yang jelas menunjukkan bahaya tugas doktor itu sendiri. Silap sedikit, nyawa boleh melayang. Doktor kena saman. Naik turun mahkamah mungkin. Jadi pada hemat aku, amat wajarlah seorang doktor diberi ganjaran yang lumayan untuk tugas berisiko sebegitu. 

Selain itu, sebelum menjadi doktor kena pulun dulu. Belajar bukannya sekejap. 5-6 tahun baru boleh pegang ijazah. Itu kalau lepas. Ada yang kurang bernasib baik, kena ulang tahun.Itu belum lagi nak buat pengkhususan (specialization). Lagi, sebelum jadi doktor kena dera dulu dalam tempoh housemanship. Sekarang dah jadi 2 tahun.Tahu kan?Ada juga dalam berita hari ini. 

Dengar cerita masa housemanship itulah ramai yang tak tahan. Kejap-kejap dikerah ke sana. Kejap-kejap diarah ke mari. Dengan diri sendiri yang tak terurus, on call tak kira masa,tidur malam tak tentu lagi, dimarahi doktor-doktor senior dan sebagainya, cukup menguji kesabaran dan ketabahan sehinggakan ada yang berhenti di separuh jalan. 


Sebab tu, memang patut sekali gaji tu bertambah. Kiranya, usaha sebelum berjaya jadi doktor tu terbayarlah juga kan. Sekali lagi, ini bukan soal materialistik yang aku nak tekankan. Ianya lebih berupa penghargaan kepada mereka yang menghargai manusia itu sendiri-doktor.
 

Tapi,persoalan lain pula timbul. Adakah ganjaran yang lumayan sebegitu mampu menaikkan semangat para doktor untuk terus berbakti kepada masyarakat, memberikan perkhidmatan kelas pertama sekaligus meletakkan bidang perubatan Malaysia bertaraf dunia,ataupun gaji lumayan sedemikian semakin menenggelamkan moral mereka kepada kealpaan untuk memberikan yang terbaik? Tambahan lagi, adakah ganjaran sebanyak itu mampu menarik minat para doktor untuk terus berkhidmat dengan kerajaan? 

Menurut laporan berita, kenaikan gaji itu dibuat untuk menarik minat para doktor untuk terus berkhidmat dengan kerajaan. Tapi, adakah cukup dengan ganjaran semata-mata? Sebenarnya, masih banyak perlu diperbaiki.Contohnya, kerajaan perlulah menambahbaikkan kualiti kesihatan rakyat secara amnya.Mesin-mesin pengimejan yang penting untuk diagnosis seperti MRI dan CT scan perlu diperbanyak dan diperluaskan sehingga setiap hospital wajib memilikinya. Ia,perbelanjaan berjuta ringgit perlu ditanggung kerajaan untuk menampung kos-kos tersebut. Tapi demi rakyat, adakah itu satu beban?


Aku masih ingat ketika aku menjalani praktikal di Hospital Batu Pahat pada tahun lepas. Ramai pesakit perlu dirujuk ke Hospital di Johor Bahru,kerana kelengkapan yang tidak mencukupi untuk membuat diagnosis mereka. Amat daif dan kasihan untuk difikirkan. Pernah sekali ketika aku menyertai doktor-doktor round ward pun, ada seorang pesakit perlu dihantar ke hospital swasta berdekatan dalam masa segera kerana perlu dianalisis dengan peralatan yang tidak terdapat di situ. 
 

Dalam perjalanan ke hospital swasta tu,macam-macam boleh terjadi pada fikiran aku. Kemalangan jalan raya,kesesakan lalu lintas dan sebagainya (macam cerita Team Medical Dragon 2), boleh memberi risiko kepada pesakit, yang sebenarnya boleh diselamatkan dengan segera jika alat yang dimaksudkan boleh digapai.Jadinya, bolehkah minat untuk terus berkhidmat di hospital sebegini disemai tatkala kedaifan sebegini masih belum dapat diatasi? 


Apa pun,masih banyak perkara perlu difikirkan bersama. Memandangkan usul kenaikan gaji telah pun diputuskan, maka adalah menjadi tanggungjawab aku untuk belajar bersungguh-sungguh menjadi seorang doktor yang berjaya,InsyaAllah. Marilah doakan kejayaan bersama demi bangsa, negara dan agama yang maju dan disegani. Sama-samalah kita menggembleng tenaga mengumpul usaha menaikkan taraf kesihatan Malaysia ke peringkat yang optimum. Tapi sematkan dalam hati, ikhlaskan jiwa, nyawa pesakit yang pertama, gaji kedua!
  

 
7 Comments

Posted by on March 7, 2008 in Uncategorized

 

7 responses to “RM6,000 sebulan!

  1. efenem

    March 7, 2008 at 6:19 am

    nyeh nyeh… sebenarnye RM 6000 tu xdele banyak sngt pun, masih x berbaloi dengan gaji doktor2 kat negara maju, tapi at least itu gaji yg agak tinggi daripada profesion lain untuk seorang yg berada di tahun-3 selepas graduasi. Sekurang-kurangnya kurang lagi beban dokter….

    Boleh x nak undi BN skang?😛

     
  2. hairieusoff

    March 7, 2008 at 2:48 pm

    kayonye…sebulan 6000… aku juga dpt sikit je…apa pun aku bersyukur…

     
  3. dzd_dydy

    March 7, 2008 at 3:47 pm

    congrats 4 to all the doc even i am not a doc…

     
  4. ixora

    March 13, 2008 at 8:02 pm

    RM6000?? wow!

    apa-apa pn, semoga kamu berjaya menjadi seorang doktor yg baik suatu hari nnt =)

     
  5. kamilsifu

    March 13, 2008 at 9:14 pm

    efenem: tak apalah,kira banyaklah tu..hehe..=]

    hairieusoff: yup,bersyukur dengan apa yang kita ada..=]

    dzd_dydy: i should thank you, though im not yet a doctor..=]

    ixora: terima kasih byk2 ya..isnyaAllah,semoga hajat tercapai..=]

     
  6. zuriaf

    March 14, 2008 at 5:50 am

    wow…6K…manyak tuh…

     
  7. Someone

    August 7, 2011 at 11:34 am

    AWESOME……………………….
    but saya bukannya nak jadi doktor utuk gaji yang banyak……..
    tapi its worth it………………….hehe…………😀

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: