RSS

Musim sejuk, berakhirlah!

01 Mar

1hb Mac-secara rasminya musim bunga muncul kembali di Rusia ini. Melihat bunga-bunga mekar berkembang? Pohon-pohon kembali menghijau? Itulah harapannya.Tapi, salji pula yang turun.

Musim bunga.


Haha. Memang macam tu. Di Rusia ni cuaca memang tak betul. Baru lebih kurang seminggu aku rasa salji mula mencair. Jalan jadi lecak. Kotor. Licin lagi. Pekerja-pekerja khas dikerah menyedok salji-salji terkumpul di atas bumbung-bumbung bangunan. Ingatkan memang musim sejuk betul-betul berakhir. Hari ni, salji turun lagi.


Aku sebenarnya lega apabila musim sejuk berakhir. Kenapa pula? Bukankah dulu beriya-iya nak pergi ke Rusia, gamaknya boleh bermain salji? Sekarang, tak suka pula. Apa kes?


Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, mana nak sama dengan negeri sendiri. Itulah hakikatnya. Memang dulu beriya-iya nak main salji. Suka tengok orang baling-baling snow ball. Buat orang salji. Ukiran ais. Tapi bila dah di sini, aku tak rasa seronok pun. Main dengan salji hanya ketika aku tahun pertama saja. Masa itu aku jakun lagi. Buat orang salji. Baling-baling snow ball dengan kawan-kawan. Pergi meluncur ais. Kini tidak lagi!


Mungkin sebab cuaca di Rusia extreme. Ya,memang betul. Bahkan ketika tahun pertama aku pernah rasa suhu -37. Alhamdulillah masih hidup, tatkala ramai yang menemui ajal lantaran sejuk mencengkam hingga ke tulang. Suhu macam tu benar-benar menyakitkan. Tangan kebas. Jari kaki sakit. Reseptor sakit di telinga pun tak berhenti menghantar impuls bertalu-talu ke otak.


Banyak lagi sebab aku tak suka musim sejuk. Kena bungkus badan tebal-tebal. Sarung baju 3-4 lapis. Snow cap dan gloves wajib dipakai. Ikutkan hati memang malas. Rimas, lemas. Lagi-lagi bila naik bas. Himpit sana sini dalam bungkusan baju tebal, memang sesak nafas.


Lagi, bila musim sejuk datang, badan aku secara automatiknya gatal-gatal. Perlu bergantung kepada krim dan losyen. Di Malaysia tak pernah-pernah sapu losyen, di sini lain pula. Bukan mengada-ada, tapi dah terpaksa, nak buat macam mana?


Masa tahun pertama, aku pernah garu belakang badan aku sampai berdarah, gara-gara tak tahan gatal punya pasal. Aku garu dalam keadaan tak sedar, semasa aku sedang tidur. Apabila aku cari di internet, memang ada masalah untuk orang-orang tertentu yang berkulit sensitif ketika musim sejuk tiba, iaitu winter itch. Patutlah. Antara langkah penyelesaian; sapu losyen sekerap mungkin walaupun amat melecehkan!


Aku memang tak suka bila musim sejuk, jalan jadi licin. Aku fobia sangat jatuh. Sebabnya, ligamen lutut kiri aku pernah putus masa tingkatan lima, setelah jatuh dari bukit tinggi. Haha. Salah aku juga masa tu, pakai sandal tiada bunga. Langgar peraturan sekolah pula. Tak apa, tak nak ingat sekarang. Lelucon bunyinya. Sebab tu kalau berjalan aku memang hati-hati. Meluncur ais pun lama tak pergi. Main ski apatah lagi. Ramai kawan aku cerita mereka main golek-golek dan jatuh-jatuh di bukit ketika main ski. Aku dengar perkataan ‘jatuh’ dan ‘bukit’ pun dah seram, inikan pula nak mencuba.Maaflah. =p


Nak solat di musim sejuk pun, kelam kabut jadinya, disebabkan jarak antara waktu solat yang singkat. Bayangkan, solat Asar pukul 2 petang, solat Maghrib pukul 3 dan solat Isyak 4.30 petang. Kalau pantang lepa, duduk sembang-sembang kosong, mesti terlepas solat. Tak pasal-pasal dosa. Kalau nak pergi keluar berjalan, kena pastikan aku berwudhu’ dan boleh bersembahyang di luar.


Aku tak mengeluh mengatakan sembahyang itu membebankan, padahal, sembahyang itulah yang membentuk peribadi, berdisiplin dengan masa. Setelah masuk waktu, jangan dilengahkan, terus ditunaikan. Bukankah cantik kewajipan solat itu? Ada ulama berpendapat, solat boleh dijamakkan (digabungkan) pada musim sejuk kerana takut terlepas waktu. Syaratnya, tidak menjadikannya sebagai amalan biasa kerana dikhuatiri kita meringan-ringkan amalan solat itu. Kadangkala aku juga berbuat begitu, kerana yakin Islam itu memudahkan. Cuma, aku memang rasa terkejar-kejar sangat. Tak tahulah, aku memang macam tu. Gelabah semacam. =(


Aku suka suhu sejuk, tapi tak melampau. Macam di Perancis tahun lepas, suhu lebih kurang 5-10 darjah saja. Tak pun macam musim bunga dan musim luruh di Rusia.Suhu belasan darjah. Nyaman. Sejuk, tapi tak beku. Matahari muncul, tapi tak panas.


Tapi, Allah menjadikan sesuatu itu ada kebaikannya juga. Masakan sesuatu itu dijadikan dengan sia-sia. Amat melampaui batas jika aku hanya memandang dari sudut negatif sahaja.


Musim sejuk ni pun ada seronoknya. Badan tak berpeluh. Bau busuk pun tiada. Mandi pun tak payah banyak kali. Jimat duit sabun mandi dan deodorant. Haha. Aku?


Lagi, tidur pun nikmat. Nyaman saja dalam bilik. Tak perlu pasang air conditioner pun, suhu dalam bilik sudah cukup sejuk. Waktu solat Subuh pun sampai 8 pagi. Tak perlu risau sangat jika terlewat bangun. Asalkan tak melangkaui waktunya, bolehlah sambung berdengkur.


Nampaknya, tahun depan sajalah aku bertemu dengan musim sejuk lagi. Bagus, satu tempoh yang agak lama untuk aku kembali merasai segala fobia dan ketidaksenangan ketika musim sejuk ini. Apapun, aku masih tunggu bilalah salji benar-benar cair. Harap-haraplah cepat. Hehe. Selamat tinggal musim sejuk, selamat datang musim bunga!

 
4 Comments

Posted by on March 1, 2008 in Uncategorized

 

4 responses to “Musim sejuk, berakhirlah!

  1. delirioustk

    March 3, 2008 at 11:17 pm

    1st march means spring is here but it doesn’t really look like it huh? this time of the year is actually something i dread more than the actual -37 winter….slippery, melting ice means i walk at a maximum speed of 1 step per minute..haha

     
  2. efenem

    March 5, 2008 at 1:24 am

    I have two more winters to go nyeh nyeh nyeh…
    Then my Russian winter ends there, given I pass each year…
    nau’zubillah kene repeat year🙂

     
  3. zac

    March 27, 2008 at 7:46 pm

    kt cni pn same gak,sjak akhir2 nh salji je…dlu ms winter xde plak nk turun,pelik aku…

     
  4. yg meminati

    March 30, 2008 at 4:02 pm

    abg kamil,”lelucon” tu ape? u ni ganazla..maen terjun2 bukit plak..u x penah btau i pon slame kite knl?hhehe.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: