RSS

‘B’ berbisa…boleh biarkan saja?

01 Mar

Bebal babi bodoh bangang bahlul bengap bongok bengong bangsat bohsia bohjan bedebah burit baka bagero bitch


Itulah sebahagian carutan yang saban hari kita dengar. Malang sekali, banyak betul bermula dengan ‘b’. Salah ke huruf b tu? Tak payah jawab, semua tahu jawapannya.  Tiada kaitan dengan huruf b walaupun memang secara kebetulan banyak makian terhasil daripada huruf b. Semestinya,mulut punya angkara.

 

Mouth power

Silap juga, mengapa salahkan mulut? Patutnya,salahkan telinga yang mendengar. Tak juga,telinga bukan macam mata. Kalau mata, tak nak tengok kita boleh pejam. Kalau telinga, tak nak dengar boleh ke tutup? Jadi, salah siapa sebenarnya? 

Lebih tepat, salahkan tuan punya badan. Salahkan orang yang tidak berfikir panjang melepaskan carutan dan makian. Ingat, mulut itu nikmat. Silap guna, akan terjerat.

 
Aku pun tak faham kenapa mudah sesetengah orang melepaskan kata-kata nista ni. Aku tahu, kalau nafsu amarah dah membuak-buak, syaitan pula galak menguji iman melepaskan bisikan, otak pasti tak mampu berfikir panjang! Itulah punca terlepasnya b berbisa tu. Walaupun sebenarnya kemarahan tu boleh dikawal, tapi aku boleh terima lagi kalau disemburi makian oleh seseorang yang sedang marah. Kadang-kadang, aku pun terbabas.Nama pun insan pelupa, manusia hina.
 

Tapi apa yang aku tak boleh terima, kalau perkataan-perkataan tu dijadikan amalan harian sebagai kebiasaan, sehinggakan si penyebut tak berasa bersalah dengan ungkapan yang dilepaskan. Cakap sikit, terlepas satu b. Sembang-sembang lagi, terlepas b yang lain. Cuba ubah sikit. Banyak lagi b lain yang boleh disebut; baik, bistari, bijak, bakti, bertuah.Bukankah kata-kata itu satu doa? Kalau sebut yang baik,insyaAllah dapat yang baik. Kalimah ‘bismillah’ pun, huruf b juga. Kan lebih bagus. Pahala pun dapat. 


Ini belum masuk bab-bab perkataan yang bermula dengan ‘b’ yang asalnya tidak membawa maksud carutan, tetapi apabila dilafazkan dengan intonasi menyakitkan hati, boleh mengundang kemarahan orang lain. Contohnya,

becoklah!

busy body!

bau badan bacin bak belacan, berak lagilah busuk!

boleh blah! 

Banyak lagi kalau nak dibincangkan sebenarnya. Pasal bohong,mengumpat,memfitnah. Tapi biarlah sekarang aku tekankan pasal caci maki saja. Ringkasnya, mulut memang bahaya. Siapa lagi yang boleh kawal kalau bukan diri sendiri? 


Tak hairanlah dalam Islam banyak sekali ditekankan pasal bahaya lidah ni. Antara ayat Al-Quran dan hadis yang boleh dirujuk;
 

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain, sebab mungkin sekali mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina. Dan jangan pula kaum perempuan menghina perempuan yang lain, barangkali mereka yang dihina itu lebih baik dari mereka yang menghina.”             (al-Hujurat: 11)

   
Nabi Muhammad S.A.W juga bersabda,
 

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun berdiam saja”  
“Jagalah lidahmu kecuali bila berkata yang baik. Dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan syaitan.”

(P/S; Aku tak bermaksud untuk meletakkan ayat-ayat suci Al-Quran, hadis dan kata-kata hina di tempat yang sama, sudah tentu jauh martabatnya. Aku hanya membuat perbandingan dan memberi sedikit rujukan sebagai pengajaran bersama.Harap tiada salah faham berlaku =] )  


Pepatah Melayu pun ada menyebut,
 

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.

Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

  
Jadi, jelaslah menunjukkan betapa bahayanya lidah kita ini. Kita masih mampu mengubahnya. Bila buka bibir, bacalah bismillah.Bicaralah yang benar, buang yang bohong. Berfikirlah sebelum bebaskan bebelan berbisa. Jangan sampai jadi bisu ,baru berfikir bahananya!
      

 
4 Comments

Posted by on March 1, 2008 in Uncategorized

 

4 responses to “‘B’ berbisa…boleh biarkan saja?

  1. 7t

    March 1, 2008 at 9:51 pm

    b for best!!!

     
  2. mokmyster

    March 2, 2008 at 9:53 am

    b for beautiful hehehehehehehehe
    azam tahun baruku ialah x mau sebut b berbisa hhohohohoh
    tq bro
    blog yg baguz

     
  3. hairieusoff

    March 3, 2008 at 6:08 pm

    aku nak sebut…
    B for..

    bijak..bagus..baik..

    tapi setakat ni belum terlawan bilangan yang tersenarai di atas…

     
  4. kamilsifu

    March 7, 2008 at 12:24 am

    7t: B for best, better!

    Mokmyster : Terima kasih. Baguslah ada azam macam tu. Sama-samalah kita jaga mulut dan akhlak. =]

    Hairieusoff: Entah macam mana terfikir bilangan yang atas tu pun aku tak tahu. Mungkin selalu sangat dengar walaupun aku tak amalkan.Hehe. =p

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: