RSS

Seks dengan robot.Kemaruk sangatkah manusia?

17 Feb

Kelak tidak perlu pergi jauh untuk melempiaskan nafsu.’Buat’ dengan robot,sudah jadi. Pasti ada yang sudah membaca berita ini.Jika belum,klik di sini.  

Apa sajalah yang tak boleh dibuat sekarang ni.Seks pun boleh dengan robot.Di mana letaknya moral manusia kini? 

Lepas baca berita ni,terfikir pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku.Kalau betul robot sebegini berjaya dihasilkan kelak,maka apalah gunanya perempuan diciptakan lagi bagi melengkapi hidup lelaki?Lanjutan daripada ini,maka ramailah yang tak laku,ramailah jadi andartu.  

Lebih memburukkan keadaan,isteri yang gagal memuaskan suaminya akan diceraikan.Suami yang tidak bertanggungjawab tidak perlu risau untuk mencari sang pengganti.Robot kan ada,senang saja! 

Perkara yang sama akan terjadi kepada lelaki jika robot pun berjantina!Membujang sampai ke tua.Lelaki beristeri pula runsing dengan isteri yang galak meminta cerai.  

Mungkin kewujudan robot ini ada positifnya.

Lepas ni tiada lagi pelacur liar di lorong-lorong sepi.Tiada lagi slogan memerangi kebejatan sosial seantero dunia.Tiada lagi kes-kes rogol di dada akhbar.Tiada lagi kes bayi dibuang.Tiada lagi penularan STD(sexually transmitted disease).  

Kerja doktor jadi senang.Kerajaan pun tak pening kepala.Tak payah lagi nak buat kempen macam-macam banteras masalah sosial.Kos pun jimat!  

Tapi itu hanyalah kepada yang tidak berfikir.Kepada yang masih waras,sudah tentu perkara ini tidak dapat diterima akal sama sekali.Masakan robot ciptaan manusia mampu menandingi perempuan dan lelaki ciptaan Tuhan? 

Niat tidak menghalalkan cara.Biarpun mungkin wujudnya kesan positif  hasil penciptaan robot ini,tidak sewenang-wenangnya manusia buta menerima begitu saja.  

Hatta kreatif sekalipun,ciptalah sesuatu yang lebih signifikan untuk umat sejagat. Contohnya,robot yang mampu membawa suara keamanan.Tak pun,robot yang mampu mengawal kemalangan jalan raya.Bukankah lebih elok? 

Doraemon yang  membuat kerja rumah Nobita juga nampak lebih bermakna dan menggembirakan,walaupun fantasi semata-mata.Tetapi,seks dengan robot? 

Inilah bahana terlalu maju.Budaya dan etika yang disanjung tidak lagi membawa erti.Ringkasnya,moral kian bobrok.

Aduhai,apalah yang akan jadi jika Honeydolls itu membiak??   

 
2 Comments

Posted by on February 17, 2008 in Uncategorized

 

2 responses to “Seks dengan robot.Kemaruk sangatkah manusia?

  1. efenem

    February 18, 2008 at 4:57 pm

    wahahaha seriously ade that ONE PERSON in Nizhniy yg kate kalo boleh buat seks ngan robot, dia sanggup, wlpn robot tu berharga sejuta, drpd buat seks ngan manusia. Seriously…

     
  2. junkgoat

    February 21, 2008 at 6:05 am

    ya..memang bertepatan tajuk yg anda bincangkan hari ini karena manusia mutakhir ini semakin kononnya semakin cuba menandingi ciptaan tuhan. sedar ataupun tidak akal yang mereka sedang gunakan untuk melawan qada’ dan qadar Allah itu sendiri adalah ciptaanNya. Saya bawakan satu analogi mudah; seorang anak melawan cakap ibunya yang telah melahirkannya dan membesarkannya selama ini. Lantas apa perasaan ibu tersebut? Ingatlah kemurkaan Allah.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: