RSS

Kita ni…..malas sangat ke???

24 Jan

Kalo mereka manggil kata ‘indon’..dlm hati kita terusin ajah ‘esia’ kan jd indonesia..maklum..org2 malaysia kan pemalas..jd ngomong kata juga setengah2 

Begitulah antara maklum balas seorang rakyat Indonesia yang ternyata berang dengan panggilan ‘indon’ yang digunakan oleh rakyat Malaysia yang aku ambil daripada sebuah laman sesawang yang tidak perlu diketahui namanya. Lebih banyak mengundang sakit hati daripada mendatangkan faedah. Tetapi pada entri terakhir sebelum pemergianku ke Turki ini aku tidak mahu berbicara tentang krisis Malaysia-Indonesia yang tidak diketahui bilakah noktahnya. Masing-masing mahu menegakkan benang yang basah. Malaysia dengan ketidakpuasan hati terhadap lambakan pendatang asing dari Indonesia, manakala Indonesia pula tidak berpuas hati terhadap Malaysia yang dikatakan mengambil dan mencuri khazanah Indonesia seperti lagu Rasa Sayange, batik Jawa dan rendang Padang,malah mengakui sebagai hak milik bersama. 

Aku tak nak cakap pasal tu.Apa yang aku tertarik pada kalimat penutur di atas ialah ‘orang Malaysia yang dikatakan pemalas’, atas dasar pemendekan kata yang acap kali digunakan dalam pertuturan seharian. Memang benar, dari sudut pandangannya, ternyata dia panas berhujah disebabkan perkataan ‘Indonesia’ yang sesuka hati dipendekkan kepada ‘Indon’. Dalam skop yang lebih luas lagi, ada juga kebenaran kata-katanya. Cuba kita renung sejenak, benarkah masyarakat Malaysia baik Melayu,Cina dan India ini terlalu malas untuk menggunakan bahasa kita sepenuhnya? 

Aku tiba-tiba terfikir hal ini ketika aku sedang asyik membaca komen daripada si polan tersebut.Pada masa itu,aku juga membalas sms seorang rakanku.Ternyata secara tiba-tiba aku memperakui kebenaran kata-.katanya kerana melihatkan berapa malasnya aku untuk membalas sms kawanku itu secara panjang menggunakan bahasa Melayu standard, sehinggakan muncullah kependekan-kependekan baru yang harus diterjemahkan secara kreatif oleh penerima mesej.

 Mengapa kita sangat malas menggunakan bahasa secara penuh?Fikirkan contoh ini; Di sebalik menggunakan ayat “Kau nak makan apa malam ni?” yang bagi aku sudah cukup sempurna dari segi tatabahasanya, kita lebih suka menggunakan ayat “Ko nak mkn pe mlm ni?” yang ternyata cacat baik dari segi ejaan,tatabahasa,malah bunyinya juga jauh menyimpang untuk menggambarkan indahnya bahasa kita. Tetapi pilihan ayat kedua menjadi pilihan ramai, baik dalam penulisan mahupun pertuturan,termasuk aku sendiri. Mengapa begitu? 

Ada yang berpendapat lebih ringkas dan cepat menggunakan bahasa sedemikian,dengan alasan kita tidak akan menulis atau menuturkan ayat sedemikian untuk perkara-perkara rasmi. Tepat! Inilah jawapan yang akan aku berikan juga sebagai pengundi pilihan kedua. Tetapi aku terfikir, mengapa bahasa lain tidak ‘cacat’ seperti ini? Bahasa lain nak juga cepat,pantas,dan ringkas! Siapa nak buat kerja lambat-lambat? 

Aku memang buntu dan tak dapat memikirkan sebarang jawapan. Baiklah,untuk dijadikan perbandingan secara adil,kita ambil bahasa yang setara,bahasa Indonesia. Aku pasti ramai yang pernah tengok cerita Indonesia seperti Ada apa dengan cinta, Mutiara hati, Bawang putih bawang merah, dan macam-macam lagi. Adakah pernah kita mendengar bahasa-bahasa mereka dipendekkan? Mungkin kita tidak boleh menjawab secara tepat kerana tidak begitu memahami bahasa mereka. Tetapi aku rasa, jikalau ada kependekan sekalipun, kependekan itu dibenarkan seperti nggakàga, sudahàudah/dah, dan beginiàgini. Tengok pula laman-laman sesawang bahasa Indonesia.Tidak ada kependekan yang digunakan secara berleluasa. Hatta dalam laman-laman sesawang mereka yang dipenuhi kata-kata nista sekalipun,tetap dieja secara penuh. 

Nak kata perkataan dalam bahasa Melayu panjang,tak juga. Sebabnya, orang-orang kita masih mahu juga meringkaskan perkataan sependek yang mungkin. Kalau boleh biarlah tulis satu dua huruf saja.Cukup.Ini contohnya:- 

  • Tidak àtakàx
  • Mahuàmauàmo
  • Tidak mahuàtak mauàxmo
  • Sahajaàsajaàje 

Dalam contoh-contoh ni, kependekan yang dibenarkan hanyalah ‘tak’ dan ‘saja’ yang sudah cukup pendek kalau difikirkan. Samalah juga seperti perkataan ‘nak’, ’dah’, ’ni’, ’tu’,dan sebagainya yang dibenarkan. Dari segi penulisan juga,terdapat beberapa kependekan yang dibenarkan seperti ‘yg’ bagi perkataan yang,’drpd’ bagi perkataan daripada dan sebagainya. Jadi, dari mana wujudnya kependekan yang saban hari digunakan? Ya memang, terbukti itu adalah ciptaan kita sendiri. Sendirian berhad.  

Tambah membingungkan, kenapa pemendekan kata ini terjadi juga dalam bahasa Inggeris? Contohnya, kita lebih senang menulis “I dono y, I think u shud noe better” daripada “I don’t know why, I think you should know better”. Kita cenderung menggunakan “I luv u so much” daripada “I love you so much”. Aku memang rasa pelik sangat, sebab orang-orang Inggeris sendiri tak guna bahasa macam tu. Kalau tak percaya, cubalah cari dalam internet blog-blog yang tertulis kependekan kata seperti yang aku bagi tadi. Kalau ada,mesti tak lain tak bukan tulisan orang Malaysia,bukan orang Amerika! (maaf,cuma untuk difikirkan bersama,aku tak berniat nak kaitkan sesiapa,sebab aku pun macam tu juga =p)

 Pernah satu ketika di dalam bas, aku tengok seorang gadis Rusia hantar sms. (jangan amalkan perbuatan ini! =p). Kepada mereka yang mempelajari bahasa Rusia sudah amat maklum sekali betapa panjangnya perkataan-perkataan mereka. Akan tetapi, gadis itu begitu gigih menekan satu persatu kekunci telefon bimbitnya untuk menulis sms tersebut dengan bahasa yang sempurna. Bahasa Rusia juga mempunyai kependekan kata tersendiri, seperti perkataan ‘пожалуйста’ (pazhalusta-silakan) kepada пта, ‘больница’ (balnisa-hospital) kepada  бца dan perkataan ‘улица’ (ulisa-jalan) kepada ул. Selain  pemendekan kata yang dibenarkan ini, tidak ada perkataan lain yang disingkatkan secara hentam keromo sahaja. Mereka boleh menulis panjang,mengapa tidak kita? 

Bandingkan dengan situasi di Malaysia. Kalau tulisan panjang-panjang macam tu,mesti orang tu skema sangat, tak pun mesti orang-orang lama. Orang-orang sekarang mana ada tulis macam tu lagi. Jadi soalnya, bagaimanakah bahasa ‘orang-orang sekarang’ tu boleh terbentuk? Sudahlah orang-orang zaman dahulu berbahasa dengan puisi-puisinya sebagai penghibur,pantun-pantunnya sebagai teladan,dan peribahasa-peribahasanya sebagai pengajaran. Kita sekarang ini,masakan nak menjual beli pantun, nak tulis satu perkataan lengkap pun malas. Kalau laksamana Hang Tuah dengar perbualan anak muda sekarang mesti tak percaya,bahasa Melayu mengalami evolusi sebegitu sekali! Tempias globalisasi barangkali.Orang-orang Inggeris yang baca blog bahasa Inggeris rakyat Malaysia pula, mesti geram tengok bahasa mereka tidak digunakan secara betul. 

Maka benarlah kata-kata orang Indonesia tersebut bahawa orang-orang Malaysia ni malas sehingga mahu memendekkan setiap perkataan? Nampaknya seakan-akan benar saja.Apa kata anda?

 
12 Comments

Posted by on January 24, 2008 in Uncategorized

 

12 responses to “Kita ni…..malas sangat ke???

  1. mokmyster

    January 24, 2008 at 5:29 am

    indon pon byk shortform gak sifu oi…
    contoh: susilo bambang dipanggil sby(esbiye in pronounciation)
    taman mini indonesia dipanggil tamini
    diorg dua perkataan dipendekkan jadik satu
    byk lagik…tp x leh pikir rrr buntu..baru bgn tdooo
    pemendekan ayat oleh rakyat malaysia bertujuan untuk menjimat kredit telefon…itulah tips yang disarankan di x fresh fm
    tapi..aku tidak menidakkan kebenaran yg terbentang di depan mata..nyata..masalah yg diperihalkan adalah lambang kemalasan sejagat rakyat negara berdaulat ini..sekian wassalam

     
  2. nisahaz

    January 24, 2008 at 5:36 am

    Assalamualaikum…

    perkara ini terjadi mungkin disebabkan kesuntukan masa..
    selalunya yang guna bahasa pendek2 ni, pelajar la..
    saya rasa sebab tu la kot…

    btw, mengenai “perang” malaysia dan indon…ops silap.. indonesia..

    saya ada seorang jiran indonesia..
    jiran saya ni seorang pensyarah di USM dlm bidang kejuruteraan..
    saya ada berbual dengannya mengenai “perang” ni…
    jiran sy ni kata lagu rasa sayange tu memang patut dicuri oleh orang Malaysia sebab orang2 indon ni tak pandai nak menghargai apa yang mereka ada.. bila lagu ni dinyanyikan oleh orang Malaysia baru mereka nak panik…

    selain tu, ada satu perkara yg mengejutkan sy…
    kalau ditanya pada jiran sy “apa tempat2 menarik yang ada di Malaysia…” jawabnya “banyak, langkawi, KLCC, cameron highlands…bla..bla..”

    tapi kalau ditanya “apakah tempat2 menarik yang ada di Bandung (jiran sy berasal dr bandung)..”hmmm… tak tau la..pasar bandung kot..”

    mengapa semua ni terjadi? ya! jwpnnya kerana m’kat indonesia yg tidak menghargai apa yang mereka ada… tiada promosi..tiada ikhtiar utk mempertahankan warisan mereka…itulah hakikatnya.. tapi apabila warisan mereka dicuri oleh orang malaysia.. mereka panik!!!!

    panjang juga komen saya ni…minta maaf ye..hehe..
    selamat jalan2 ke Turki…bessnya..

     
  3. Think tank

    January 24, 2008 at 11:56 am

    mmm..ternyata orang Malaysia berfikiran kreatif…boleh mencipta kependekan ayat dan mudah memahaminya pula! ;)salam perkenalan…

     
  4. MaryJane

    January 24, 2008 at 4:08 pm

    dah menunjukkan org melayu itu malas…
    aku tak tengok dr segi short form je…
    keseluruhan…
    kadang2 kita org melayu yg pijak org bukan melayu…
    dkat msia, berapa kali masalah perkauman timbul…
    org bkn melayu tak dapat apa yg kita dpt walhal usaha mereka lebih daripada kita…
    melayu kena lebih rajin kalau tak nak kene pandang rendah…
    setengah drpd org melayu sangat la perkauman…
    kdg2 kita tak sedar, kerajinan org bukan melayu yang menyenangkan kita…
    melayu kena belajar dari org lain juga…tak boleh ego…
    betul tak kamil!!aku rasa kau mesti setuju punya…

    p/s – not bad bahse mlayu aku…huahua

     
  5. mokmyster

    January 24, 2008 at 6:47 pm

    rrrr add arr blog aku kt list blogroll ko..aku nih baru blaja tulis blog ehehhehhehe tq http://mok-silversurfer.blogspot.com/

     
  6. mr tom n jerry

    January 24, 2008 at 7:08 pm

    kamil col

     
  7. leokid

    January 28, 2008 at 11:06 pm

    rasenye x salah gune short-form, or even broken language.😀

    well, saya lihat bahasa sebagai satu method menyampaikan makna dalam bentuk verbal dengan optimum, iaitu meminimumkan keperluannya (masa, struktur ayat) dan memaksimumkan makna yang terkandung di dalamnya.

    kita ambil contoh satu ayat dalam bahasa Russia:

    “Она убегала в больницу.”

    Secara alihbahasanya, ayat tersebut diterjemah: Dia beredar ke hospital. Tetapi kita boleh dapat banyak maksud dari struktur ayat bahasa Russia ini:
    – Dia adalah seorang perempuan.
    – Perbuatan itu telah berlaku (past tense).
    – Penggunaan kombinasi prefiks “у” dan kata kerja “бегать” menunjukkan dia beredar dalam keadaan berlari.

    Tapi kalau penggunaan dalam bahasa melayu pula, akan jadi

    “Dia beredar ke hospital”
    – Dia itu lelaki atau perempuan?
    – Dia beredar bila? Sekarang? Semalam?
    – Dia beredar dengan apakah? Kereta?

    Justeru, kalau nak equal n even dari segi maksud yang dibawa between bahasa melayu dan russia, maka ayat tersebut dalam bahasa melayu sepatutnya menjadi:

    “Dia (Perempuan) itu telah beredar (secara berlari) ke hospital”

    Tengok, ianya sudah tidak optimum lagi. Sebab masa yang digunakan untuk menyebut keseluruhan ayat itu adalah panjang berbanding ayat yang sama maksudnya dalam bahasa russia. So bahasa melayu dah ada disadvantage dalam hal ni. Banyak masa terpaksa digunakan untuk menyampaikan maksud yang sama. Banyak ink perlu digunakan. Banyak huruf perlu ditaip. Bahasa Melayu sudah tidak setanding produktivitinya dengan bahasa Russia!

    Begitu juga dengan bahasa Inggeris. Technically, mengikut produktiviti bahasa, kita boleh katakan:

    Bahasa Melayu < Bahasa Inggeris < Bahasa Russia.

    So, as a personal opinion, adalah normal la kalau kita skrg ni berusaha nak memendekkan segala macam perkataan yang ada. Sebab secara tidak sedar (unconsciously), kita cuba mengekalkan produktiviti bahasa kita agar setanding dengan bahasa2 barat lain yang complex, terutamanya bahasa dari rumpun latin.

    Well, ini dari observation n sekadar hipotesis saya saje. Hehe. Saya bukanla pakar bahasa nak kaji bende2 alah ni. In fact, saya sepatutnya sedang mengkaji buku anatomy skrg ni sebab exam esok! waaaa! smpat lagi aku mengomen panjang kat sini. ok, njoyla kat turki tu. nak pi sambung study. bye~~

     
  8. zuriaf

    February 4, 2008 at 8:21 am

    wah, aku jeles dengan orang yang ade kemahiran berbahasa asing nih…

     
  9. iryani

    February 10, 2008 at 3:46 pm

    ir tak setuju..ape salahnye kalu nk tulis short form???..bukannye kite tak tau mksd yg sebenr cume nk kurgkan jumlah perkataan for ex bile nk tulis sms..kalu nk tulis smua nnt jd mcm karangan bahasa melayula plak..btul tak?
    pastu lagi satu ske2 je kate melayu pemalas..ko tuh org ape???..mmgla sesetgh melayu pemalas tp ade gak bangsa lain yg malas gak..its something we call individuality..takde kne mengena dgn bangsa..ok??
    n pasal perang2 ni takmau komen la..tak reti sb tak pnh bother pun..so tak mau ckp byk..

    p/s:cpt siapkan blog abt turkey..nk komen gak since i was there 2=p

     
  10. kamilsifu

    February 10, 2008 at 4:42 pm

    Terima kasih kepada mereka yang berkunjung dan meninggalkan komen di entri ini.Nampaknya ada sesetengah yang mengerti apa yang aku maksudkan,manakala sesetengah lagi nampaknya samar-samar apa yang aku cuba sampaikan.

    Jelasnya,aku tak pernah menghina bangsa Melayu.Sejak bila aku melabel orang Melayu malas?Aku tak tulis pun berkaitan kemalasan orang Melayu.Ingin aku tegaskan,aku tulis berkaitan bangsa Malaysia baik Melayu,Cina mahupun India,kerana kependekan perkataan yang sering digunakan dalam penulisan,baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris.Entri ini lebih kepada jawapan kepada persoalan,dan pendapat anda amat dialu-alukan.

    Jadi baca dan fikir betul-betul sebelum bertindak.Tajuk entri ini sudah pun jelas menunjukkan satu soalan,iaitu,benarkah kita ini pemalas?’Kita’ yang saya rujuk adalah bangsa Malaysia.Saya harap semua jelas dan tidak ada salah faham yang timbul.=]

    Mokmyster:Terima kasih.

    Nisahaz:Keluar tajuk ni. =p.Apapun terima kasih.=]

    Think tank:Salam perkenalan juga.

    Maryjane:Kenapa tiba-tiba keluar orang Melayu malas pula ni?Hehe.

    Mr Tom N Jerry:Tak faham.

    Leokid:Pendapat yang bagus.Terima kasih.Tapi bagaimana pula dengan bahasa Inggeris yang dijadikan short form oleh masyarakat Malaysia?Rasanya tiada kaitan dengan produktiviti bahasa.

    Zuriaf:Rezeki di Rusia,jadi ‘terpaksalah’ belajar bahasa Rusia.=)

    Iryani:Terima kasih.Tapi soalannya,kenapa bahasa lain boleh pula tulis karangan?Lagi,bila masa aku cakap Melayu pemalas?Hehe.Kes angau ni.=p.Blog Turki panjanglah.Penat dah taip.Tak tau bila boleh siap.

     
  11. dina

    March 20, 2008 at 2:58 pm

    Ada satu soalan. Kalau Kamil hantar mesej mmg guna ayat penuh ke? hehe…saje je curious nak tau.

     
  12. kamilsifu

    March 20, 2008 at 5:58 pm

    Dina: Hehe.X pernah langsung!Sebab 2 sy pun curious..dikira mls ke mcm 2?=p

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: