RSS

Kopi dan aku…

21 Jan

133316103_c13f54b1ec1.jpg

Kopi.Nikmat.Nampak pun dah terpikat.Apatah lagi rasanya.Aromanya juga cukup membuatkan seseorang itu cemerkap.

 

Kenapa tiba-tiba entri kali ini pasal kopi pula?Sudah ketandusan ideakah?Kemandulan minda?Tidak!!Aku cuma runsing-menghadapi keracunan oleh kopi!

 

Aku macam tak boleh hidup tanpa kopi.Satu hari,boleh minum sampai 3-4 gelas besar.Kalau musim periksa boleh baham sampai 5-6 gelas besar.Bukan cawan kecil tu!Sedangkan satu hari sepatutnya dibenarkan 2 cawan kecil saja.Itulah yang pernah aku baca dulu.Sekarang mungkin fakta dah lain.Tapi,fakta Sains bukannya boleh berubah macam biskut Chispmore.Sekejap 2 cawan sekejap 4 cawan.Tapi katakan kalau 4 cawan pun,pengambilan harian aku masih berlebihan.Nama pun gelas besar.

 

Apa yang aku risau sangat,badanku dipenuhi toksik!Itu yang aku pasti.Mana tidaknya,kopi mengandungi kafein.Kandungan kafein dalam kopi tu pula boleh menimbulkan banyak kesan sampingan;tekanan darah naik,degupan jantung meningkat,timbulnya kerisauan,keresahan,dan yang paling tak tahan,sudahlah kopi itu sendiri meningkatkan kekerapan kencing,kencing itu pula berbau kopi! Ai,kata tadi aromanya cukup membuatkan seseorang itu cemerkap,tak sama ke?Memang tak sama!!Naik mabuk bau dia.Ish.

Tapi,siapa yang tak minum kopi?Bohong tak pernah!Sekurang-kurangnya pernah juga minum kan,walaupun mungkin tak sebanyak aku.Aku tak tahulah sejak bila aku ketagih sangat dengan kopi ni.

Bangun pagi saja mesti Nescafe 3 dalam 1 sepaket.Tak kiralah pergi ke kelas ataupun cuti.Kalau pergi Mcd di Rusia ni aku bukan minum Coca Cola.Aku lagi suka beli Latte.Tak pun aku pergi beli di McCafe,tak kisahlah harga ratusan ruble pun.Belilah Latte ke,Kapucino ke,tak pun Espresso.Bukannya nak tunjuk kaya,tapi memang ketagih.

 dscn1437.jpgdscn1440.jpg    dscn1433.jpg                                                                                                     stok-stok minuman keluarga kopi..Tongkat Ali tak ketinggalan..dibawa khas dari Malaysia..hehe..tengok,coklat pun nak perasa Kapucino juga..belakang coklat tu gelas besar yang banyak berbakti =]..gambar bawah sekali Parmalat Latte dan Kapucino (Klik untuk imej yang lebih besar dan jelas)                                             

Pergi keluar makan  di mana-mana pun,mesti beli kopi juga.Di Rusia,Kapucino.Di Malaysia,Nescafe tarik gelas besar.Tak pun neslo.Tahun lepas di Perancis pun,sempat lagi lepak di Café menikmati secangkir Kapucino walaupun masa tu dah nak balik Rusia semula.Petang Nescafe 3 dalam 1 lagi segelas besar.Malam nak ulangkaji lagi segelas.Gilalah aku ni.Silap-silap haribulan boleh mati disebabkan kopi.Boleh ke?Jangan fikir bukan-bukanlah.

 Jadi,itu saja nak cerita pasal kopi dan aku.Akhir kalam,minum kopi tu biarlah berpada-pada sikit dan berhati-hati.Bukannya apa,kalau nak minum tu jaga jangan sampai tumpah.Karpet bilik aku ni dah bertompok sana sini dicemari tumpahan kopi.Tarikan graviti punya pasallah ni.Kawan sebilik aku ni pun sabar saja dengan aku.=p.

Aku nak Tanya,ada sesiapa ke yang gian kopi macam aku ni?Ada cara tak nak hilangkan gian ni?Aku ni cerita macam orang gian rokok dan ganja pula,tapi aku serius ni!Takut aku dibuatnya gara-gara kopi ni.Tapi tak mengapa,sekurang-kurangnya aku dah bagi klu kepada kalian, lepas ni kalau ada niat nak belanja aku,jadikan ‘kopi’ sebagai minuman utama ok?Hehe. Terima kasih.Itulah perihal kopi dan aku~~

 
7 Comments

Posted by on January 21, 2008 in Uncategorized

 

7 responses to “Kopi dan aku…

  1. exclassmate

    January 21, 2008 at 11:27 am

    sesungguhnya…sungguh skema skali penggunaan ayat bahasa melayu exclassmate aku ni….xpe2…banggakan cikgu syima…tahniah2….

     
  2. madihah mohamad

    January 24, 2008 at 12:52 am

    hoho..kopi mmg addictive sbb bkn ko sorg je..kwn ak pn..nsb baik ak xmnm..tp bak kate ko mmgla penah mnm cume ak kalo xterpakse mmg xmnm..cnthnye g uma org ke hidang kopi terpaksela mnm..kalo x mmg xmnm..walau bagaimanapun..ak rs kne kurangkan..bknkah Islam mengajr kite tntg konsep kesederhanaan? xgitu kamil???lemak pn kalo kurang cn b harmful..kalo lbh pn xleh..so sederhana..kalo ikut Islam insyaAllah aman n sejahtera kn??? ^_^

     
  3. kamilsifu

    January 24, 2008 at 1:03 am

    exclassmate:hehe..terima kasih..tapi mana ulasan pasal kopinyer? =]

    madihah mohamad:wau..serius aku tak tau ada orang yg xminum kopi kalo xterpaksa!bestnya jd cm2..once dh addicted mcm aku ni mmg sshla..mmg betul..setuju sgt2 pasal konsep kesederhanaan tu..tapi apa cara terbaik nak terapkan konsep ni dalam kes aku?maksudnya,nak minum je kena ingat bahaya penyakit kalau amik secara berlebihan,macam tu ke?atau ada cara lain lg berkesan nak aplikasikan konsep 2?menarik tu..anyway thnx 4 dropping by n leaving ur advice..really appreciate it..i’ll try my best to reduce my caffeine intake..=]

     
  4. madihah mohamad

    January 24, 2008 at 1:18 am

    mnm fruit juice ke??xtaula..cam ak ni suke sgt mnm bnde mns..so ak cm wat rule kt diri sndiri leh amik segelas je choc drink ke pe ke..n everytime rs nk mnm bnde mns ak mnm air msk byk2..las skali xrase nk mnm pn..tp ak kalo study mmg ltk jug air msk kt meja..sbb dehydrated..huhu..so air msk ltk dkt..air mns ltk mmg xde dlm rumah..nk kne g bl..so mmg lame2 dh leh buang habit suke mnm air manis..ni pengalamanla..xtaula kalo kt ko berkesan x..huhu..selamat mencube ^_^

     
  5. iryani

    February 10, 2008 at 3:50 pm

    starbucks..nyum2..tp takmau kawan ko sb pg gloria jeans tak ajak..dhla mkn cheese kek sdp+ice cream=(
    but seriusly ir dh rindu dgn ice blended..huhuhu the last one we drank was the best..caramel ice blended..knpla kat russia tak bukak starbucks??..pelikla org russia ni

    p/s:sebenarnye ari tuh kat airport aku pun nk je bli lagi satu..thn je diri sendri sb duit lira dh hbs..hehe..

     
  6. kamilsifu

    February 15, 2008 at 2:13 pm

    madihah mohamad:serius berguna betul petua tu!aku sekarang ni banyak minum air masak.kuranglah sikit minum2 kopi ni.tapi tiap2 hari kena aku minum juga.sekurang-kurangnya dah boleh kawal.hehe.tapi masa aku pergi Turki hari tu tak boleh tahan nafsu.=p

    iryani:ala,orang pergi borong bag guess,buat apa ajak pergi gloria jeans?=p.tak apalah,nanti balik Malaysia hari2 kita minum caramel ice blended ok?ko belanja aku,set!

     
  7. Abg Ohm

    March 15, 2008 at 3:52 pm

    Sebagai abang aku kenal sangat ko. Kalau dah suka susah nak hindar. Well, abang ko ni pun peminat kopi gak. Kalau pi Mapley ke memane ke, selain teh, kopi ais menjadi pilihan. Tapi… Aku sentiasa mengelak daripada minum Ali Cafe (walaupun office mate suka minum). Sebabnya, kita sedia maklum yang tongkat ali tu pahit. Ali Cafe mengandungi kuantiti gula yang banyak sebab nak ‘hilangkan’ rasa pahit tu. So, jaga2… Kurangkan minum Ali Cafe sebab kandungan gulanya tu… Lagipun, bak kata Fadilah Kamsah, buat ape ber’tongkat’ kalau masih kuat (teguran buat yg minum tongkat ali sebab ianya diklasifikasi sebagai ubat).

    Aku setuju member ko kata minum air masak banyak2 boleh mengurangkan ketagihan. Well, kat opis ni, pagi2 aku mesti pekena milo/nescafe/teh panas pakai creamer (bukan susu pekat) dan gula sebagai minuman pagi. Bila mug beso tu dah abis, aku terus pi minum air RO yang tersedia kat opis ni plak. Minumla dalam segelas dua. So boleh imbang balik gula yang dah diambil. Walaubagaimanapun, kat mapley atau memane, berikut adalah pilihan aku (susun ikut hirarki), kopi ais, teh ais, teh o ais limau, teh tarik, teh kosong suam dan last skali milo ais…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: