RSS

ketidakadilan sistem peperiksaan di Rusia..

19 Jan

Awas!Entri kali ini lebih panjang daripada biasa.Serius.Anda memerlukan keazaman yang tinggi bagi meneruskan pembacaan.Sekiranya anda rasa bahawa anda akan tewas di tengah jalan,maka pilihan terbaik anda adalah untuk berhenti sekarang.

Haha.Sengaja aku buat muqadimah macam tu.Bukannya apa.Memang entri kali ni panjang.Hari minggu katakan,taiplah panjang sikit.Aku takut ada yang baca separuh jalan saja.Bukannya tak boleh,Cuma alang-alang baca baik habiskan.Kalau rasa tak larat nak baca baik tak payah baca dari awal kan.Alah,boleh baca separuh-separuh.Apalah kamilsifu ni.Suka hati kamulah!! =p

Jadi entri kali ni aku nak tulis pasal sistem peperiksaan di Rusia ni yang sangat-sangatlah tidak adil.Aku yakin,bukannya dari kacamata pelajar-pelajar yang pernah jadi mangsa kekejaman periksa di Rusia saja,tapi mereka yang terselamat pun mesti fikir benda yang sama.Tak adil,bias,entah apa-apa,macam-macam lagilah.

 exam-11.jpg

Sebelum nak cerita dengan panjang lebar,baik aku mulakan dulu tentang sistem peperiksaan di Rusia ni.

Peperiksaan di Rusia dijalankan pada setiap akhir semester,ataupun setiap akhir kitaran pembelajaran (cycle) bagi sesetengah subjek.Sebelum seseorang pelajar boleh mengambil peperiksaan,pelajar tersebut perlu mendapatkan kebenaran untuk mengambil peperiksaan di Pejabat Dekan disertai dengan tandatangan Dekan.

Tetapi,seseorang pelajar itu hendaklah mendapatkan kredit yang lengkap untuk semua subjek yang dipelajari pada semester itu terlebih dahulu sebelum kebenaran untuk mengambil peperiksaan boleh diambil,walaupun subjek-subjek yang dipelajari bukannya subjek peperiksaan.Jangan pening.Biar aku bagi contoh;semester ni aku belajar 8 subjek;Russian Language,Internal Medicine,Pharmacology,Patho Anatomy,Patho Physiology,General Surgery,Microbiology,Medical Informatic.Semester ni ada satu periksa saja,iaitu untuk subjek Microbiology.Sungguhpun begitu,aku masih perlu mendapatkan kredit untuk subjek-subjek lain,yang membawa maksud aku perlu berjumpa dengan 8 pensyarah yang berbeza bagi mendapatkan tandatangan mereka.

Kredit tu pula,bukannya boleh dapat suka hati.Nak dapatkan kredit,kena lepaskan dulu ujian-ujian kecil.Di Rusia ni tiada sistem pemarkahan dalam peratus mahupun sistem CGPA (pointer).Di Rusia guna sistem ban 1-5.Markah lepas 3. Markah terbaik 5.Jadi katakan kalau nak dapatkan kredit untuk Bahasa Rusia,semua ujian kecil yang ada dalam semester tu kena dapatkan minimum 3,atau istilah yang biasa kami pakai ‘lepas’.Kalau tak lepas kenalah ulang balik buat ujian tu,sampailah lepas.Ibaratnya ujian-ujian kecil ni tiket untuk periksalah.

Lagi,nak dapatkan kredit kehadiran ke kelas mesti penuh.Kadang-kadang ada pensyarah yang baik hati,tak kisah sangat pasal kehadiran ke kelas.Bila habis semester saja mesti boleh dapat kredit jugak.Kadang-kadang ada pensyarah yang tegas sikit.Kalau sekali tak datang pun kena ganti kelas.Malas nak ganti?Suka ponteng?Tak dapat kreditlah jawabnya.Padan muka!Siapa suruh?=p

Rumit kan?Itulah Rusia,makin nak periksa makin nak susahkan pelajar.Di Malaysia dulu tak pernah rasa macam ni.Baik,berbalik kepada tujuan asal,aku nak cerita apa yang tak adilnya sistem peperiksaan di Rusia.Berikut adalah situasi-situasi yang boleh digambarkan.(Jutaan ampun dan maaf sekiranya pembaca pernah terlibat dalam situasi ini.Ini hanyalah hakikat yang berlaku untuk dijadikan contoh semata-mata dan tidak ada niat untuk mengaibkan sesiapa).

Situasi 1:

Pelajar A rajin belajar.Nak periksa mesti pulun habis-habisan punyalah.Pelajar B malas belajar.Ketika periksa,pelajar A dapat soalan yang susah,(sememangnya sesetengah soalan lebih rumit daripada yang lain),pelajar B pula dapat soalan yang senang.Lupa nak cerita,di Rusia ni soalan diberi dalam bentuk tiket yang mempunyai banyak variasi.Ada yang susah,ada yang senang.Masuk-masuk dewan periksa kena cabut tiket soalan.Lepas tu baru jawab.Kalau kena soalan senang untunglah.Kalau kena soalan mengarut tu yang nahas.Bila keluar dewan periksa,pelajar A gagal/3/4,pelajar B dapat 5.Rezeki.Memang pelajar A rajin belajar,tapi bila dah dapat soalan yang susah mulalah gelabah.Silap-silap lupa habis apa yang dah baca.Kesian.

Situasi 2:

Pelajar A rajin belajar.Pelajar B malas belajar.Ketika periksa,pelajar A dapat pensyarah yang tegas,kena hentam bertubi-tubi baru pensyarah puas hati.Pelajar B dapat pensyarah yang murah hati.Senyum-senyum sikit,kenyit mata sikit lepaslah.Pelajar A mungkin gagal/3/4.Pelajar B lepas senang-senang,kebarangkalian dapat 5 pun tinggi.

 

Situasi 3:

Pelajar A rajin belajar,tapi kemahiran berbahasa Inggeris kurang.Pelajar B malas belajar,tapi bahasa Inggerisnya mantap.Di hadapan pensyarah,pelajar B boleh terang macam-macam dengan ayat berbunga walaupun tiada isi.Keluar bilik periksa,dua-dua dapat 5,takpun pelajar B saja dapat 5 sebab pelajar A dianggap kurang isi disebabkan kurangnya kemahiran berbahasa Inggeris.Pelajar A rasa iri hatilah,sebab dia tahu pelajar B bukannya belajar pun.Dapat 5 sebab guna kelebihan berbahasa Inggeris mengaburi mata pensyarah.Pelajar A penat saja belajar.

 

Situasi 4:

Pelajar A dan pelajar B sama-sama rajin.Pelajar A buat periksa dengan pensyarah yang tak ajar dia.Pelajar B buat periksa dengan pensyarah sendiri.Dua-dua dapat soalan sama.Bila keluar dewan periksa,pelajar B saja dapat 5.Pelajar A cakap,banyak isi yang dia jawab masa periksa tak diterima dengan pensyarah yang soal dia masa periksa tu.Maklumlah dapat pensyarah lain.Jadi tak dapatlah 5 yang diidam-idamkan.

 

Situasi 5:

Pelajar A dan pelajar B diajar oleh pensyarah yang sama.Pelajar A rajin belajar,tetapi bab-bab mengampu ni kurang.Pelajar B malas belajar,tapi jenis yang suka mengampu.Masa periksa dua-dua dapat pensyarah yang sama.Pelajar B yang suka mengampu ni senang-senang saja dapat 5 biarpun malas belajar.Pelajar A ni teruk kena masa periksa barulah boleh dapat 5.Takpun jangan mimpilah nak dapat 5.Kipas mengipas punya pasal.

 

Tidak adil bukan?Itulah hakikat peperiksaan di Rusia ni.Kesimpulan yang aku boleh buat,di Rusia ni janganlah nak membanding-bandingkan keputusan peperiksaan.Ada sesetengah tu dah putus asa daripada tahun pertama lagi sebab apa yang diusahakan tak setimpal dengan hasilnya.Sebaliknya,ada sesetengah tu yang masih suka lepak-lepak,boleh main-main sampai hari periksa dengan senang hati disebabkan nasib baik yang selalu menyebelahinya.

Sebab tu aku dah tahu,5 tak bermakna hebat,3 tak bermakna lembab.Aku dah nampak banyak situasi.Dah kenal ramai orang.Dah tahu sistem di sini bagaimana.Kalau ada yang masih suka membanding-bandingkan keputusan,anda silap!Sebab tu lepas periksa di Rusia ni apa saja keputusan yang keluar,terima sajalah.Bersyukur seadanya.Anda sahaja yang tahu usaha anda setakat mana.Kalau usaha anda tak berbaloi dengan keputusan,anda masih mempunyai ilmu itu di dada.Buat apa nak sakit hati tengok orang yang tidak belajar mendapat 5?5 sekadar rekod di dalam buku.Rekod di otak kosong!Jangan mudah mengalah.Tapi kalau dah memang malas belajar dapat 3 nak kecoh seantero dunia,mahu nak kena pelempang!=p

Aku bukannya apa,kesian sangat kadang-kadang tengok ada yang mengadu,cerita masalah dah belajar penat-penat,keputusan tak bagus juga.Aku sebagai kawan boleh bagi nasihat saja supaya tak mengalah,dan menyedari bahawa peperiksaan di Rusia adalah nasib.Ialah,kawan minta tolong,kita cubalah tolong kan.Walaupun mungkin kita bernasib baik pada hari ini,hari esok belum tahu lagi.Di Rusia tak sama dengan di Malaysia.Kalau di Malaysia markah tinggi,insyaAllah itu usaha sendiri (kecualilah meniru).Di Rusia lain.

Nasihat aku,kita ni belajar bukannya kerana markah,tetapi untuk diamalkan.Kalau kita belajar kerana markah,tak kekal lama ilmu tu.Lagipun,tak semestinya markah yang baik menjamin kita untuk menjadi doktor yang baik.Aku ingat kata-kata Valentina Vasilievna Dugina  iaitu pensyarah Pharmacology aku.Seorang bekas pelajarnya kini sudah menjadi pakar bedah yang berjaya,walaupun seringkali gagal dalam Pharmacology dulu.Bukannya nak kata tak payah belajar,aku nak tekankan yang markah tu tak penting!

 success1.jpg

Jadi lepas ni berusahalah selagi mana yang anda mampu,ramai kawan-kawan yang sentiasa menyokong anda.Kalau tertekan masa tengah belajar,ambil telefon bimbit dan  pergilah kacau jiran tetangga.Anda bukannya robot yang boleh menumpukan perhatian 24 jam!=p

Sekiranya terdapat contoh-contoh lain situasi ketidakadilan yang berlaku,bolehlah dikongsi bersama.Tak pun mungkin situasi-situasi ni berlaku bukan di Rusia saja.Jadi bolehlah beri pendapat kalian.Terima kasih kerana sudi membaca hingga ke akhir entri.Anda memang seorang yang hebat!

 
12 Comments

Posted by on January 19, 2008 in Uncategorized

 

12 responses to “ketidakadilan sistem peperiksaan di Rusia..

  1. miszdOd

    January 19, 2008 at 9:40 am

    yOhOhO~betul la pe ko kate kamil.aku ingat kat MMA jek rasa cam ni,rupenya mane2 uni pon sama…kadang2 mmg agak tak puas ati la…tapi pikey2 balek..bile depan patient,takkan ko nak kenyit2 mata gak kan?silap2 mati patient tu nnti…ape yg penting…kite neyh student…belajar selagi termampu…usaha sebaik yg boleh…jgn kire nasib jek…jangan sampai nasib baik kite hari ni jadi penyebab nasib buruk pada patient kite nnti~between…keep on writing kamil~hehe..senang2 aku dtg baca okeyh^.^

     
  2. efenem

    January 19, 2008 at 11:20 am

    Memang sngt x adil… actually tempat lain e.g. M’sia pun sama gak, ade pensyarah yang tegas ade pensyarah yang xtegas sngt, kadang2 project work n mengampu lebih memberi bnyk markah utk semester daripada exams… tp sini lebih bermasalah sebab xde unified exam! Exam kite gune Viva @ PhD nye assessment system. But still not worth it sbb kite bukannya wat research project apa… We’re still in med school where academic projects (theses, research papers, homeworks) are not widely practiced. Plus, even if we do some projects, plagiarism means nothing to them.

    As you said, 3 or 4 or 5 don’t matter. Just pass and it’s fine already.

    p/s: I was about to write something about this topic, but thanks to u, the workload has reduced.

     
  3. gadis_bumi23

    January 19, 2008 at 3:10 pm

    yea..situasi 6..bile deal ngn fav student cikgu..ssh jugak kn??tp xp e la..kita usaha la selagi tdaya..mark tuh xdek ape sngt..at least ilmu y pntg.oNe fren o mine penah berkata “jngn tunjuk kt x tau dpn pt”.bayangkan la kalo dpt even excellent mark pom..tp cm “empty bottle”..xberisi..x gune jugak kan??reSult tuh leTak ke tepi duLuk..y pNtg kite std,blaja,kt tau ape y kita tau..inSyaAllaH janJi Allah tuh paSti..”maN jadda wajada,wa Man zar’a hasoda”.sO fighting!!!

    **kaMil..aKu pOm pEnah jd ManGsa jUgak!!aKu raSe sUme oRang la rAse..papePom akU pUji DR EFES..x bIas!!caya la…**

     
  4. abanglong

    January 19, 2008 at 7:55 pm

    abanglong masa kat u dulu banyak bawak toyol time exam hahahaha

     
  5. CHILL LAA!!

    January 19, 2008 at 8:10 pm

    aku penah komplen mnde ni kat mak aku, die pernah cakap, “itulah style universiti, ko nak ebat, bukan tahap blaja je, tp dengan cara menarik perhatian org gak (e.g:berbaik ngn ckgu)” so ape kate, jadik pelajar C, rajin belaja, jadik fav student utk ckgu, pndai berbahasa, pandai mengayat bunge dan yg paling penting berisik(pengampu yg kosong yg x gne sebannye)

     
  6. kamilsifu

    January 19, 2008 at 9:25 pm

    miszdod:kalau kenyit mata patient sihat takpe jugak ek..hehe..tulah..tak boleh berharap pd nasib je..tak bagus untuk kesihatan..=]

    efenem:betul tu..kalau dah lepas pun cukup bersyukur..kita ni masing2 ada sixth sense ke?hehe..takpe kalau ko nak tulis nanti aku sokong je..=]

    gadis_bumi23:yup2..setuju!!kalau kes fav student ni masuk2 bilik periksa je cikgu dh senyum lebar..budak2 yg bukan fav student ternganga jela ek..=p thnx 4 adding up the situation..

    abanglong:hehe..toyol2 bahaya ni..kalau cikgu kuat agama ‘toyol’ tu tak jadik jugak..haha

    chill laa:mesti semua periksa pun pelajar C ni kebal dengan semua situasi kan..hehe..tapi bukannya semua org boleh buat macam tu..lagi2 bab-bab mengampu tu..sesetengah org je yg memang amat berbakat bab2 mengampu ni..adui~

     
  7. madihah mohamad

    January 20, 2008 at 1:59 am

    haha u r not the only one..ktorg kt ceska republika na univerzite karlove v praze lekarka faculta v hradci kralove ni pn gune sistem yg same..xpe..ak dokan kite same2 jd doc yg berjaya..insyaAllah..semoga kite same2 dpt menyumbang kpd agama, bangsa n negara..wsslam

     
  8. kamilsifu

    January 20, 2008 at 3:50 pm

    madihah mohamad:waa..panjangnya nama fakulti tempat kau belajar tu..hehe..aah..czech kan bekas soviet dulu..so tak hairan sistem kejam ni masih diamalkan di sana..khabarnya di India pun sistem ni diamalkan juga..nampaknya,ramai yang tertindas dengan sistem ni..huhu..takpe,semoga semua boleh menyumbang kepada bangsa,negara dan agama =]

     
  9. 'Ain Nasir

    March 2, 2008 at 4:41 pm

    hmm…Kamil, Kamil, dah besar dah awak ni. Igt lg dulu masa awak mule2 dtg, akak bawa kamu g Mir Pizzi. Heh.Memori lama mngusik jiwa.
    Sepanjang 5thn, akak kat sini, akak akui exam sytle kat sini ade byk kekurangannye. Tp bile dah msk clinical years, akak dapati skill nak jwb exam semuanye bergantung dgn knowledge dan understanding of concept as the whole. Seriously, setiap kali jwb soalan be it kontrol, zachot or exam, akak jwb based on ape yg akak study utk pengetahuan.Prep utk exam tu sekadar utk membantu apa yg tak cukup. Alhamdulillah, setakat ni cikgu blh terima jwpan akak lg. Cuma utk subject2 yang mmg kena hafal cam hygiene, epidemiology, tu akak mmg kena hafal gila2 la.
    Apa-apa pun if Kamil rs tak adil utk pelajar A dpt 5, akak rs tentu ade sesuatu or quality dlm diri pelajar A yg membolehkan dia dpt 5. Allah tu Maha Adil. Yg penting kita tahu siapa diri kita. Ttg lecture yg bias dgn student die during exam, mmg akak akui itu berlaku, tp kita kena igt adab kita dgn guru itu bagaimana. Tak semestinya kita hanya beradab during exam je, masa hari2 biasa pun kena beradab juga. Dh jd Dr nnti lg ssh, nak jaga hubungan dgn Head of Dept, Staff nurse, MO, HO, MA etc..anggap la ini latihan. Hablum minnAllah, Hablum minnan nas.
    So far, apa yg akak boleh kata, org yg dpt 5 tu die deserved dpt 5 even kita rs dia tak layak. Akak tak pernah nampak kwn2 akak kenyit2 mata kat examiner, ampu2 cikgu dan dpt 5, seriously. Tak tw la klw akak yg tak notice. Tp klw tak dpt 5, tu bermakna Allah sayang kat kita, nak kita baiki diri. Tak usah kecewa. Semua exam yg awak ambil or akan ambil, akak dah pernah lalui.At the end of the day, markah sume tak penting yg penting keikhlasan diri utk menuntut ilmu dan guna ilmu utk kebaikan. Peduli apa yg org kata.Dpt 5, tak semestinya bagus, malahan org akan persoal kredibiliti kita lak pastu. Dpt 3/4, tak semestinya kita lemah, jgn underestimate diri sendiri.
    Hiii, pjg lak comment ni. Jgn marah ye, Kamil.

     
  10. SKN 204 HANDAU

    December 31, 2008 at 4:59 pm

    ehhhh,,,cmne ak leh ade kt cini????ak patot ade kt chechnya.untuk mkluman kawan2 xkenal,pelajar A ialah AHmad Kamil Arbain.Pelajar B ialah Bocahmumet yg malas belajar.kesian kamil,,nangis2 cite kat aku.xdapek tolong sbb ak tgh pegang senjata ni

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: