RSS

Penghafal terbaik…

17 Jan

Entri kali ini aku nak berkongsi tentang ‘penghafal terbaik’. Penghafal apa?Kamus?Struktur anatomi manusia?Atau penghafal buku teks yang selalu mendapat 100% dalam setiap peperiksaan? Walaupun mungkin ada yang mampu berbuat sedemikian,namun bagi aku kehandalan adik Fatimah Mir Louhi tetap tidak ada tolok bandingnya.

 Siapakah beliau?Sebenarnya,beliau adalah seorang penghafal (hafizah) Al-Quran. Kita seringkali mendengar seseorang yang berjaya menamatkan penghafalan senaskhah Al-Quran, bahkan mungkin hafiz atau hafizah itu terdiri daripada ahli keluarga atau kawan-kawan kita sendiri. Jadi apa yang istimewa sangat dengan adik Fatimah Mir Louhi ini?  

Dalam video yang aku kongsi ini, adik Fatimah telah ditanya oleh penaja Lubnan. Aku tak pasti sama ada adik Fatimah ini mengambil bahagian dalam pertandingan menghafaz Al-Quran. Apa yang pasti, terdapat dua bahagian dalam soalan yang diajukan. 

 Bahagian pertama mengandungi 7 soalan. Juri akan membacakan sepotong ayat Al-Quran,dan adik Fatimah dikehendaki mengulangi ayat tersebut dan menyambungnya sehingga diarah berhenti. Amat menarik sekali,adik Fatimah yang baru berusia 6 tahun ini mampu: 

v     Menamakan Surah ayat itu dengan tepat.

v     Menamakan juz bagi ayat itu.

v     Mengetahui sama ada ayat itu turun di Mekah atau di Madinah.

v     Mengetahui jumlah keseluruhan ayat di dalam surah itu.

v     Mengetahui kedudukan ayat itu di dalam Al-Quran,sama ada di kiri,kanan,atas,tengah atau di bawah halaman Al-Quran.

 Lebih menarik lagi, terdapat dua kali adik Fatimah bertanya kembali kepada juri,dari Surah manakah juri mahukan dia membaca ayat itu,kerana kita sedia maklum bahawa di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang berulang di dalam Surah yang berbeza. Ini dapat dilihat pada sedutan 1.50 dan 3.10. Selain itu,pada soalan ketujuh (terakhir) bahagian pertama ini, adik Fatimah telah menjawab soalan sebelum juri habis membaca ayat. Tidak hairanlah beliau mendapat pujian daripada juri setiap kali habis membaca ayat dan kita boleh mendengar suasana gamat di dalam dewan itu yang datang daripada  para penonton yang kagum dengan adik Fatimah ini. 

Dalam bahagian kedua pula,terdapat 3 soalan yang memerlukan adik Fatimah membacakan ayat-ayat daripada Al-Quran mengenai topik tertentu.Adik Fatimah telah membaca ayat-ayat yang dikehendaki berserta nama Surahnya dengan lancar dan pantas sekali,seolah-olah ejen carian ayat Al-Quran pula. 

Tidakkah anda terkesima? Genius,hebat,mantap,cerdas,bijak,pandai memang sesuai menjadi jolokan adik Fatimah ini.Tetapi ingat,lebih hebat lagi Penciptanya. Maha Suci Allah yang telah menjadikan dengan sebaik-baik kejadian. Semoga Allah memberkati adik Fatimah atas usahanya menghafaz Al-Quran,dan semoga adik Fatimah menjadi contoh teladan kepada kita semua,InsyaAllah. 

Apa pendapat anda,dalam usia yang semakin meningkat dan diharungi dengan pelbagai cabaran,mampukah kita untuk menjadi seperti adik Fatimah ini? (^-^)

 
5 Comments

Posted by on January 17, 2008 in Uncategorized

 

5 responses to “Penghafal terbaik…

  1. efenem

    January 17, 2008 at 4:06 pm

    wow! Kagum giler!
    Average orang arab hafal Quran 12 tahun je… dia ni 6 tahun!
    Aku mase 15 tahun 7 juz, tapi skang ni 0 juz😦
    (bukan riak yer!) tu la akibat amik medic?

     
  2. noname

    January 17, 2008 at 5:42 pm

    mmg bgus….insyaAllah kita semua blh buat yg terbaik… mksudnye mungkin xsehebat adik tu…tp Allah tu maha berkehendak… setiap yg terjadi adalah atas kehendak Allah…hanya Dia yg Maha Mengetahui…wallahu alam

     
  3. kamilsifu

    January 18, 2008 at 11:28 pm

    efenem:hebat boleh hafal 7 juz,rasanya kalau nak hafal tu senang,tapi nak recall tu yang susah..kan?

    noname:betul gak kata cik noname,tapi macam mana kita nak mula ek?ada cadangan tak?maksudnya kan kita sibuk kan,bukan nak salahkan amik medic berat,tapi mmg banyak benda nak kena hafal..so soalan yang lebih baik,macam mana nak bahagikan masa?

     
  4. ariff

    February 10, 2008 at 3:05 pm

    mase aku kecik2..bukan nak riak,1 muqaddam aku hafal..tapi sejak masuk tusyen, nk bace surah2 kat muqaddam pun xingat2..makin lupe ade r..mcm yg efenem ckp..ni sume sbb amik medik..tgk bende2 yg pelik2 kat anatomy..

     
  5. kamilsifu

    February 15, 2008 at 2:18 pm

    ariff:memang susahlah nak jaga hafalan.otak kena bersih,hati kena suci dan ikhlas.btw,apakah benda2 pelik yang dimaksudkan?=]

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: