RSS

pendahuluan daripada tuan empunya diri..=]

14 Jan

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Maka setelah beberapa ketika,setelah tergendala dengan pelbagai perkara,terciptalah blog kamilsifu ini setelah mendapat inspirasi daripada blog kawan-kawan yang lain.

Kamilsifu??Apakah itu?Sekadar pengenalan,perkataan ‘kamilsifu‘ terhasil daripada nama si penulis,’kamil‘ dan ‘sifu‘,iaitu cikgu atau tuan apabila diterjemahkan dari bahasa cina.Poyo!! Sanggup menggelarkan diri sendiri sebagai cikgu.Apakah rasionalnya dengan gelaran sedemikian rupa?Layakkah untuk seseorang yang serba daif dalam ilmu pengetahuannya menggelarkan diri sendiri sebagai cikgu?Bukankah cita-citaku adalah untuk menjadi seorang doktor?Jadi mengapa tidak menamakan blog ini ‘kamildoktor’ sahaja?Persoalan yang banyak untuk jawapan yang ringkas;aku amat kagum dengan sifu yang dapat terbang ke sana sini dalam cerita-cerita kungfu,walaupun menyedari diriku tidak akan dapat terbang sebegitu.Sekarang sudah jelas bukan?=]

Blog ini memaparkan kisah kehidupanku,seorang insan biasa yang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.Segala apa yang tertulis di dalam blog ini hanyalah sekadar pengalaman,pandangan dan perkongsian dengan pembaca semata-mata,yang mungkin akan mengundang kontroversi,memberi informasi atau sekadar bahan bacaan bagi sesetengah pihak.

Oleh yang demikian,sebarang komen adalah sangat dialu-alukan dan dihargai baik positif mahupun negatif.Lontarkan,jangan dipendam!Jika ada soalan untuk dikemukakan,kalian dipersilakan dan InsyaAllah akan dijawab.

Akhir kata,semoga kalian mendapat manfaat dengan kewujudan blog ini =]

 
4 Comments

Posted by on January 14, 2008 in Uncategorized

 

4 responses to “pendahuluan daripada tuan empunya diri..=]

  1. efenem

    January 14, 2008 at 4:17 pm

    tahniah atas penciptaan blog ini…
    happy blogging

     
  2. tazkirah

    January 15, 2008 at 8:57 pm

    amboiihhhh………kecing kelabu la kunun……..kucing tu bomoh cina hantar ek???

     
  3. kamilsifu

    January 16, 2008 at 2:28 pm

    terima kasih untuk komen yang diberi..bomoh cina apa pulaknya?takde maknanya..haha..=p

     
  4. leokid

    January 18, 2008 at 4:06 pm

    ingt kamil mana la yg link ke leokid’s life. kamil ni rupenye..heheh. slamat dtg ke dunia blogging!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: