Tag dijawab~ =]

•February 8, 2009 • 3 Comments

Lama aku berhutang tag ni dengan Leokid.Haha.Hari tu lepas habis exam Hygiene nak buat,tapi bila kabut nak uruskan visa untuk pergi Switzerland (entri pasal Switzerland akan menyusul),terus terbiar tag ni.Tag ni pasal boikot.Jadi rasanya baguslah juga aku buat,memandangkan sekarang pun orang macam dah ‘lupa’ sikit pasal hal-hal Palestin-Israel ni,tambahan lagi di Malaysia sibuk dengan politik Perak tu. Jadi,ini dia tag tu:

 Here’s what we should do. it’s simple: list down 5 of the products from the list that you are boycotting, and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott, and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott, and tag 5 others.

This tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see: if they can boycott one product that you haven’t been boycotting, why can’t you start to boycott the product too?

5 of the products from the list that you are boycotting:-

1)McDonalds- Memandangkan di Rusia ni pun boleh makan fillet o fish saja,jadi tak kisah pun. Tapi tak bermaksud yang aku tak boikot McD Malaysia yang mempunya burger-burger lain yang halal.=]

2)Coca Cola- Memang aku kurang minum air gas ni.Kalau di McD pun (sebelum ni) aku order coffee latte saja.

3)Nescafe- Agak susah nak boikot Nescafe ni,tapi itulah usaha yang aku boleh buat.Macam entri Kopi dan Aku sebelum ni,aku memang hantu kopi.Tapi tak apalah,dah bertukar kepada jenama Jacob pun (jenama di Rusia ni).

4)Starbucks- Ubahlah selera lepas ni.Mungkin Gloria Jeans.Sedap juga.Di Swiss hari tu pun belambak Starbucks, buat-buat tak nampak sajalah.

5)Nokia- Memang tak pernah guna Nokia pun.First handphone Motorola, sekarang guna Samsung. Ini dikira boikot juga ke? Hehe.Yalah,lepas ni kalau aku nak beli yang baru tak naklah beli Nokia.

 

5 of the products that you will try your best to boycott:

1)Nestle – Dari kecil pun kita disuap dengan nestum,minum milo,nescafe,dan sebagainya.Jadi memakan masa juga untuk boikot produk Nestle ni.

2)Maggi- Ni pun dari kecil dah sebati dengan kita. Kalau duduk asrama mesti nak makan maggi punya. Lagi-lagi pula di Rusia mee segeranya tak sedap.Hehe.Tapi boleh saja nak boikot.Maggi,banyak MSG tu! =p

3)Nescafe (bawah Nestle sebenarnya)- Juga merupakan produk yang aku sedang boikot sekarang.Pada masa yang sama,cuba yang terbaik untuk memboikot nescafe ni.Sebab kalau di kafe hospital Rusia ni kebanyakan kopi yang mereka ada ialah nescafe.Huhu.Harap-harap makcik kafe ada stok Golden Eagle ke.Tak adalah aku tersengguk-sengguk dalam kelas.=p

 

5 of the products that you find it hard to boycott:

1)Nescafe- Untuk kali ketiganya,walaupun aku sedang memboikot,cuba yang terbaik untuk memboikot,aku tetap rasakan paling susah nak boikot Nescafe!! Memang susah nak cari penawar untuk gian aku ni.Dah tukar kepada jenama Jacob pun,still rasa nak nescafe gak.Mungkin kurang umph Jacob tu.Tapi tak apa,demi rakyat Palestin juga.

2)Senarai lain bagi aku agak mudah untuk diboikot. =]

 

Jadi sekian untuk tag yang memang pertama kali aku buat ni.Haha.Orang yang aku nak tag:-

-Halawatuliman

-Judin

-Fairuz Mokti

-Hairieusoff

-Rama-rama

 

Sesiapa lagi yang nak buat,dipersilakan dengan hormatnya.Kalau yang tak ada blog tu,boleh saja nak copy dan paste dalam profile Friendster ke,Facebook ke,atau jawab sebagai survey ke.Hehe.Ok,sekian. =]

Hygiene..Gambatte!

•January 10, 2009 • 7 Comments

“Masa saya mula-mula jadi HO (Houseman Officer) dulu, saya kena pergi ke hospital di Sabah. Bila sampai di sana,saya terkejut sebab bangunan pun tak siap lagi. Baru tanam tiang saja. Saya pun telefon bos saya,tanya dia betul ke saya kena posting di hospital tu. Bos saya jawab, pergi tengok orang buat hospital. Itulah tugas pertama saya sebagai HO. Jadi saya tengoklah buruh buat hospital. Ukur wad. Berapa banyak kerusi meja kena letak dalam satu bilik. Berapa panjang paip air. Semuanya saya belajar masa tu. Sekecil-kecil benda pun saya tahu. Saya bangga sebab macam jadi bos pula masa tu. Lagipun tak semua orang tahu benda-benda macam tu. Yalah, mana ada pelajar perubatan yang belajar benda-benda tu,” cerita Doktor Khairi panjang lebar.

Aku nak saja cakap,”Doktor, saya belajar benda-benda ni di Rusia!” Tapi entah kenapa, tak tercakap pula masa tu. Mungkin sebab aku tahu aku tak hargai sangat subjek Hygiene tu.=p

Itulah antara perbualan aku dan Doktor Khairi, semasa menerima rawatan di kliniknya pada cuti musim panas tahun lepas. Dia tahu aku seorang pelajar perubatan. Sebab tu dia suka menceritakan banyak pengalamannya di Ireland dulu. Masa konsultasi aku saja adalah sengah jam, walaupun hanya untuk selsema biasa. Aku memang kagum dan tabik dengan dia,kerana pengalaman-pengalamannya banyak yang kukira menarik, seperti bagaimana dia berkahwin semasa masih sedang belajar, percutiannya di seluruh Eropah dan bagaimana dia menghabiskan cuti musim panasnya dengan belajar Bahasa Arab di Jordan.

Siapa kata tiada orang yang hargai Hygiene?

Hygiene is science of health being clean and keeping healthy condition of environment.

Apa bendalah hygiene ni. Dulu mati-mati aku ingat hygiene ni belajar prosedur basuh tangan betul-betul, kena mandi minimum dua kali sehari dengan sabun dan lain-lain mengenai pengurusan diri. Yalah, nama pun hygiene. Serius itu yang aku fikir.

Tapi bila belajar, hygiene bukannya setakat pengurusan diri, tapi lebih kepada alam sekitar dengan skop yang lebih luas. Ibaratnya macam belajar pasal alam sekitar jugalah. Dah dua semester belajar hygiene ni, dan tibalah masanya untuk exam 27 Januari ini.

Masalahnya sekarang, aku masih tak baca apa-apa lagi. Sebabnya,malas nak fikir atau kaji benda yang tak sepatutnya dikaji. Tak sepatutnya aku duduk dengan tekun menghafal benda-benda yang aku rasa tidak dapat dipraktikkan dalam kehidupan sebagai doktor kelak.

Bayangkan benda-benda yang mungkin anda fikir remeh seperti ini, tetapi harus diingat dalam kepala sebagai persediaan untuk exam nanti:
- Satu kawasan minimum untuk seorang pelajar di dalam kelas ialah 2.5 meter persegi.
- Tingkap untuk bilih bedah haruslah menghadap ke utara,barat laut,timur laut.
- Kawasan hijau di hospital mestilah tidak kurang 60% daripada seluruh kawasan hospital.
- Kandungan Sulfat (bahan kimia) di dalam air minuman mestilah tidak melebihi 500mg/l.

Siapa rasanya yang sanggup nak hafal benda-benda ni? Aku rasa kalau aku hafal, mungkin untuk ingatan jangka masa pendek saja. Aku sekarang ni cuba juga untuk fikir positif supaya bersemangat sikit. Continue reading ‘Hygiene..Gambatte!’

Boikot Israel:Sejauh mana kita boleh pergi?

•January 8, 2009 • 14 Comments

Sekarang ini hangat diperkatakan tentang peranan kita dalam membantu rakyat Palestin. Salah satu daripadanya ialah memboikot produk-produk Israel atau yang menyumbang kepada ekonomi Israel. Tetapi,cuba fikirkan kemungkinan situasi-situasi seperti ini:

Situasi 1

*Teruk betul isu Palestin-Israel sekarang ni.Apa yang kita boleh buat ya?
-Memang Israel tu angkuh.Kita boleh derma dan doa sajalah untuk rakyat Palestin dari jauh ni.Boikot sekali,biar padan muka diorang! Biar diorang rasakan.
*Boikot?Em,nak boikot apa?Kau tahu produk-produk yang sokong Israel?
-Erk…ha…em..aku pun tak pastilah…
*%&*^&^

Situasi 2

*Nak masak sup sayur ke ? Jangan guna perencah Maggi tu tau.Sekarang dah tersebar,kita kena boikot produk-produk yang sokong Israel.
-Em,yakin ke Maggi tu sokong Israel? Kau dengar dari mana?
*Orang cakap-cakap. Tak tahulah betul ke tak.
-Itulah. Kau ni main dengar saja.Buktinya mana?
*Em….

Situasi 3

*Jom Starbucks..
-Eh,sokong Israel tu.Tak naklah aku.
*Kau ni,dengar sangat cakap orang.Dulu kata Starbucks tu ada letak lemak babi.Sekarang sokong Israel pula.Tak rasa ke orang saja nak jatuhkan Starbucks? Dengkilah tu.
-Logik juga kau cakap tu.Mmmm….ok,jom Starbucks!

Sebelum mengulas lebih panjang, eloklah jika laman web ini dirujuk untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap.Di situ boleh baca bagaimana berjayanya boikot selama ini dalam menghancurkan ekonomi Israel, dan bukti sumbangan produk-produk itu kepada ekonomi Israel jika ada yang ragu-ragu. Sekali lagi, dipersilakan untuk merujuk laman web ini. Boleh tambah sebagai laman web favorite.

boikot Israel! 
Sebenarnya,aku hanya ingin mengulas apa yang penting mengenai boikot ini. Berdasarkan situasi-situasi di atas, jelas menunjukkan usaha boikot kita mungkin hanya setakat di bibir saja,jika tiada pemahaman dan kesungguhan untuk melaksanakannya. Tak guna cakap berapi hendak memboikot itu ini,tapi tak tahu apa boikot tu,apa yang perlu diboikot.Betul tak?

Mungkin masih ada yang ragu-ragu akan keberkesanan boikot ini.Ada yang menganggap susah nak hidup jika kita memboikot.Rasa sayang untuk berkorban sedikit masih menebal lagi. Maklumlah, hampir semua barang yang kita gunakan sekarang menyumbang kepada Israel.

Mana boleh hidup sehari tanpa secawan Nescafe?
Budak-budak asrama mana boleh tak makan Maggi?
Seminggu sekali naklah juga menjamah Big Tasty di McD.
Setahun sekali kalau ada duit lebih naklah tukar telefon Nokia yang terbaru.
Penatlah study.Berehat sebentar dengan Kitkat!

 …dan senarai ini berterusan…

Tetapi,jika kita menganggap nyawa rakyat Palestin itu adalah lebih berharga, sudah pasti kita mampu lakukannya. Bak kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.

Apalah sangat setin CocaCola yang dikorbankan,jika dibandingkan dengan selaut darah rakyat Palestin.
Apalah sangat kecanggihan telefon
Nokia keluaran terbaru diketepikan, jika dibandingkan dengan canggihnya peluru-peluru Israel yang menusuk setiap nyawa rakyat Palestin.
Apalah sangat kesedapan Big Tasty McD dilupakan, jika dibandingkan dengan rakyat Palestin yang mati kebuluran akibat sekatan Israel.

Ya, memang benar. Boikot sudah tentu sukar jika tiada alternatif. Kawan aku ada tulis contoh-contoh produk alternatif bagi menggantikan produk-produk yang diboikot. Sebagai tambahan kepada contoh-contoh alternatif itu, kita mampu meningkatkan ekonomi negara pada masa yang sama.

Misalnya, jika kempunan nak makan biskut Jacob, boleh saja makan biskut Munchy’s, Hup Seng dan Hwa Tai. Jika selama ini kita masak menggunakan perencah Maggi, boleh saja tukar kepada perencah Adabi dan Mak Siti.Sedap juga. Kalau selama ini membeli belah di Carrefour,lupakan saja, kedai runcit di seberang parit mungkin lebih bermakna! Continue reading ‘Boikot Israel:Sejauh mana kita boleh pergi?’

inikah mentaliti kanak-kanak israel??

•January 4, 2009 • 3 Comments

Penglihatan dan pendengaran benar-benar memberikan pengaruh yang amat besar terhadap psikologi dan emosi manusia. Sebab itulah, pakar motivasi,kaunselor dan pakar psikologi amat menitikberatkan dua pancaindera ini sebagai langkah dalam merawat seseorang pesakit mental atau apa saja masalah si pengadu.

psikologi

Contoh yang amat mudah, salah satu rawatan untuk berhenti merokok. Jika setiap hari seorang perokok tegar mengatakan kepada diri sendiri “saya mesti berhenti merokok”, ada kebarangkalian dia akan berhenti merokok juga. Sebabnya, dia mendengar bisikan diri sendiri setiap hari yang mempengaruhi tindakannya secara psikologi. Begitu juga, jika seseorang disajikan dengan rancangan lucah setiap hari,jangan terkejut jika satu hari dia terkenal sebagai seorang perogol bersiri!!

Masih ingat lagu motivasi “Fikirkan Boleh”? Lagu itu memberikan maksud yang mendalam, iaitu jika kita berfikir kita boleh melakukan sesuatu perkara, pasti kita boleh, tetapi jika awal-awal lagi kita sudah mengalah, maka mustahil kita dapat melakukan perkara itu. Ini juga psikologi.

Bagaimana pula dengan lagu kebangsaan ‘negara’ (tidak patut pun digelar negara) Israel ini?

Hebrew

Transliteration

English translation

כֹּל עוֹד בַּלֵּבָב פְּנִימָה

Kol ‘od balleivav penimah

As long as in the heart, within,

נֶפֶשׁ יְהוּדִי הוֹמִיָּה,

Nefesh yehudi homiyah,

A Jewish soul still yearns,

וּלְפַאֲתֵי מִזְרָח, קָדִימָה,

Ul(e)fa’atei mizrach kadimah,

And onward, towards the ends of the east,

עַיִן לְצִיּוֹן צוֹפִיָּה;

‘Ayin letziyon tzofiyah;

An eye still gazes toward Zion;

 

 

 

עוֹד לֹא אָבְדָה תִּקְוָתֵנוּ,

‘Od lo avdah tikvateinu,

Our hope is not yet lost,

הַתִּקְוָה בַּת שְׁנוֹת אַלְפַּיִם,

Hatikvah bat shnot alpayim,

The hope of two thousand years,

לִהְיוֹת עַם חָפְשִׁי בְּאַרְצֵנוּ,

Lihyot ‘am chofshi be’artzeinu,

To be a free people in our land,

אֶרֶץ צִיּוֹן וִירוּשָׁלַיִם.

Eretz-tziyon vy(e)rushalayim.

The land of Zion and Jerusalem.

Kesan psikologinya amat-amat kuat,hebat serta mampu menghancurkan dunia! Percayakah? Continue reading ‘inikah mentaliti kanak-kanak israel??’

biadapnya yahudi itu….

•January 1, 2009 • 3 Comments

Maaf untuk tajuk yang tidak enak didengar,tapi itu pun masih tidak dapat menggambarkan kezaliman mereka…

Amat malang sekali bagi penduduk Palestin yang terpaksa menghadapi semua keperitan hidup selama ini, lebih-lebih lagi pada tahun baru ini..lebih memeritkan, serangan terbaru yang sudah masuk hari keenam di Gaza itu bermula ketika umat Islam menghampiri 1 Muharram, iaitu pada 27 Disember lepas…benar-benar satu penghinaan kepada mereka dan seluruh umat Islam di serata dunia!

Bolehkah kita bayangkan, tahun baru disambut dengan peluru berpandu?                                                                                                             Bolehkah kita bayangkan, tahun baru disambut dengan kematian keluarga tercinta, yang dibunuh si Yahudi laknat?
Bolehkah kita bayangkan, tahun baru disambut dengan rumah yang runtuh menyembah bumi?
Bolehkah kita bayangkan, tahun baru disambut dengan ketakutan yang tidak tahu bila kesudahannya? Continue reading ‘biadapnya yahudi itu….’