Graf periksa yang naik turun…
Keputusan peperiksaan SPM 2008 sudah pun diumumkan pada 12 Mac lepas. Tahniah kepada adik Nik Nur Madihah yang berjaya mendapat 20A,sekaligus dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.Aku memang tabik dengan adik Nik Nur Madihah ni,kerana keputusan yang cemerlang itu dicapai dalam keadaan kehidupannya yang miskin;ayahnya seorang nelayan manakala ibunya seorang tukang sapu saja.
Jelas bahawa kemiskinan bukanlah penghalang kepada kejayaan. Sesiapa pun mampu memiliki kejayaan sekiranya berusaha dengan gigih. Seharusnya kejayaan adik Nik Nur Madihah ini menjadi perangsang kepada kita semua untuk berjaya dalam pelbagai bidang,lebih-lebih lagi jika kita hidup dalam kesenangan.
Berbalik kepada tajuk, setiap tahun,keputusan peperiksaan yang diumumkan di Malaysia disertai dengan analisis terperinci mengikut setiap subjek.Analisis ini adalah penting untuk mengetahui bagaimanakah pencapaian para pelajar yang menduduki peperiksaan pada tahun tersebut, serta perbandingan antara tahun boleh dibuat melalui analisis itu.
Namun demikian, sehingga kini, tidak pernah pun pihak kementerian pendidikan menunjukkan aras lulus dan gred untuk sesuatu subjek itu. Misalnya, 80%-A1,40%-lulus dan sebagainya.Apa yang kita tahu hanyalah naik turunnya bilangan calon yang cemerlang,lulus atau gagal. Contohnya tahun ini untuk subjek “X” peningkatan sebanyak 3.1% telah berlaku,berbanding dengan tahun lepas. Masyarakat yang ingin tahu lebih lanjut, boleh mempersoalkan ketulusan pemarkahan dan peratusan yang telah dibuat.

Selalu kita dengar bahawa graf setiap tahun boleh naik turun berdasarkan lulus gagal kelompok pelajar itu. Aku bagi contoh mudah saja. Markah lulus untuk subjek “X” tidak ditetapkan. Pada tahun 2007,peratusan pelajar yang mendapat bawah 40% untuk subjek X adalah 30%. Tetapi pada 2008, peratusan pelajar yang mendapat bawah 40% untuk subjek X adalah 50%. Jadi, graf akan diturunkan pada tahun 2008, mungkin markah lulus pada tahun itu menjadi 30%, supaya peratusan bilangan yang lulus akan bertambah.Adakah benar perkara sebegini berlaku?
Keraguan terhadap perkara ini adalah berdasarkan beberapa faktor yang boleh difikirkan. Pertama,kerajaan tidak pernah menunjukkan markah lulus atau markah bagi gred tertentu untuk sesuatu subjek. Contohnya,jika soalan pada tahun itu terlalu susah,mungkin markah 60% pun sudah dapat A1. Kedua,peratusan antara tahun ke tahun lebih kurang sama saja,maksud aku kalau kita tengok analisis peperiksaan yang dikeluarkan, naik turun itu kurang dari 5%.Kita boleh bertanya,adakah kerajaan sudah target awal-awal lagi pencapaian untuk sesuatu subjek itu? Maksud aku,tahun 2008 kenaikan 2% untuk subjek Y mesti dicapai. Jadi,graf mesti dinaik turun sejajar dengan target 2% itu.
Kita mungkin pernah dengar bahawa analisis seperti itu dikeluarkan untuk menunjukkan kualiti pendidikan negara yang semakin meningkat. Bagi aku,tak guna nak menunjuk-nunjuk jika kualiti sebenar para pelajar adalah sebaliknya.Ternyata, ketiadaan aras ukur yang tepat telah menjadikan buah mulut yang tidak enak didengar terhadap kualiti pendidikan negara.
Aku harap,kerajaan bolehlah menunjukkan kepada umum peratusan sebenar pemarkahan untuk sesuatu subjek,supaya semua pihak berpuas hati dan prestasi sebenar para pelajar di Malaysia dapat diketahui dengan tepat. Takkanlah markah itu dirahsiakan untuk kepentingan tertentu? Orang boleh terus bertanya dan bertanya…







btol2..sokong2
salam..erk…kamil mana lak ni?huhu…
Banyaknye idea pkck kamil ni nk mnulis kt blog. Semlm (18 March 09) adik Madihah dtg Bank Negara. Tapi tk trserempk dia pun, mybe coz dia dibawa jmpa governor. Bukan calang org yg boleh jumpa tu. Harap2 dia tk culture shock nnti, tk penah g shopping cmplex n yet trus dtg KL. Bhsa klntn pun pekat smpai gov tpksa ckp BM slow2. Anyway congrate wat dia…
memang otak genius tol si kamil nie.. mcm2 topic dia bley tulis..
Hmmm… selalu jugak tertanya2 benda yg sama setiap kali result SPM dan PMR keluar. Btw, in this case we have a same thought. But, the differences between us is… I don’t have any blog, hehe… (Blog uni je ada)