Jalan-jalan Switzerland (^-*)~
Berbeza dengan entri Jalan-jalan Turki tahun lepas,kali ni aku tulis secara ringkas saja percutian ke Switzerland dari 29 Januari hingga 4 Febuari lepas.Boleh buat tafsiran sendiri melalui gambar-gambar yang dipaparkan.(Aku masukkan sedikit saja daripada koleksi yang ada,rasanya cukuplah =] ). Kesibukan cycle Internal Medicine sekarang ini merupakan alasan terbaik yang boleh aku berikan.Haha.=p
Tapi sebelum tu,kenapa Switzerland?Sebenarnya,memang dah lama aku memasang hajat untuk ke sana,memandangkan seringkali diuar-uarkan bahawa Switzerland mempunyai alam semulajadi yang cukup cantik,tahap kebersihannya yang tip top serta rakyatnya yang menepati masa! Tambahan lagi, Switzerland yang terkenal dengan jam sebagai identiti mereka,tambah meyakinkan aku untuk ke sana pada cuti musim sejuk lepas. Jutaan terima kasih kepada saudara Efenem yang banyak memberikan nasihat serta tunjuk ajar kepada kami untuk trip ke Switzerland ini! =]

29 Januari 2009
Aku dan Arif bertolak ke Switzerland dari Nizhny Novgorod dengan Austrian Airline. Malangnya,jadual penerbangan kami ditangguhkan secara tiba-tiba. Kami sangat risau memandangkan kami bukannya menaiki direct flight ke Geneva, sebaliknya kami akan berhenti dahulu di Vienna, Austria. Jadi kami risau jika ketinggalan connecting flight dari Vienna ke Geneva akibat kelewatan pesawat pertama dari Nizhny ini. Alhamdulillah, setelah berhubung dengan kakitangan Austrian Airline, kami akan diberikan hotel ketika transit di Vienna,memandangkan jadual penerbangan dari Vienna ke Geneva hanyalah pada pagi 30 Januari. Tapi tak apa,hotel 5 bintang, makan pun percuma, jadi tak rugi apa-apa pun!
30 Januari 2009
Kami sampai di Geneva dengan selamatnya. Terus kami ke stesyen kereta api untuk membeli Swiss Youth Pass untuk tempoh seminggu berharga 175 Euro. Nampak macam mahal,tapi sangat berbaloi. Dengan adanya Swiss Youth Pass ini, semua pengangkutan awam (bas,kereta api dan feri)di seluruh Switzerland adalah percuma untuk dinaiki dalam tempoh seminggu itu.Malah,sesetengah muzeum juga boleh dikunjungi secara percuma dengan pas itu.
Tidak seperti di Turki di mana penginapan kami semuanya telah ditempah lebih awal,kami di Switzerland hanya berjalan secara kamikaze (main redah) saja. Kalau ada hotel adalah,jika hotel penuh merempatlah kami.Haha.Tetapi aku telah survey senarai asrama yang murah untuk penginapan kami, dan di Geneva, kami menginap di Youth Hostel Geneva,berharga 30 Euro satu malam untuk dorm (satu bilik 6 katil). Mahal,tetapi itulah yang paling murah di Switzerland!
Sebaik check in, kami terus meredah Geneva berpandukan peta yang diberi oleh pihak asrama. Kami amat-amat pelik,Geneva seperti bandar yang mati; kosong,tidak tahu ke mana orang-orangnya pergi,tetapi kenderaan banyak ditinggalkan di tepi jalan. Takkanlah semuanya dalam pejabat? Bolehlah dikatakan kami hanya terserempak dengan beberapa orang pelancong saja ketika di Geneva.

Tasik Geneva..tarikan utama adalah air pancut tu..rasanya tak adalah lawa mana pun,tapi kalau tengok poskad mesti gambar air pancut ni punya! aku pun tak faham..layan~ =p
Petangnya,kami ke Lausanne pula.Tarikan utama di Lausanne adalah Museum Olimpik.Bolehlah kalau nak tengok pelbagai jersi asal yang dipakai oleh para atlet yang bertanding.

Lausanne

Di hadapan Muzeum Olimpik

Obor Olimpik..macam Minina Square pun ada juga..=p
Lebih kurang pukul 8,kami pulang ke Geneva, makan kebab di sana,dan pulang ke asrama untuk tidur.
31 Januari 2009
Kami berangkat terus ke Bern, ibu negara Switzerland. Berbeza dengan Geneva, Bern nampak ‘hidup’ sedikit. Di Bern kami menginap di City Backpacker. Memang menjadi identiti Switzerland,terdapat banyak menara jam yang sangat menarik.

Berhampiran stesyen kereta api Bern =)

Menara jam

Menara jam lagi!

Bern,Switzerland =)
Setelah puas ‘tawaf’ Bern,kami berangkat ke Interlaken.Interlaken memang menarik dengan panorama pergunungan Alpsnya. Malangnya, kami tiba di Interlaken lebih kurang pukul 4 petang.4 petang sudah pun gelap ketika musim sejuk.=(
1 Febuari 2009
Kami meneruskan perjalanan ke Zurich.Zurich merupakan bahagian Switzerland Jerman,dan Bahasa Jerman merupakan bahasa rasminya.Kami check in di City Backpacker, dan bercadang untuk menginap selama 3 malam.Seusai check in,terus kami jelajah Zurich.

Pagi di Zurich

Zurich

Lagi lagi Zurich

Antara 2 menara jam =)
Lebih kurang pukul 1 tengah hari,kami bertolak ke Schaffhausen.Di sini terletaknya air terjun yang sangat cantik,memang berbaloi untuk dikunjung.Tetapi di Schaffhausen, kami terpaksa berjalan sejauh 13km untuk menjumpai Rheinfall (kawasan air terjun) itu,gara-gara Tourist Center yang tutup,menyebabkan kami tidak mempunyai peta.Tapi tak terasa pun penat tu,sebab nature dia memang best!

Subhanallah~

Schaffhausen,Switzerland =)
2 Febuari 2009

Ditemani burung-burung di Luzern =)

Indahnya alam ciptaan Ilahi =)

Luzern

Sungai yang tak tercemar~

Basel

Sebuah gereja
3 Febuari 2009
Kami bertolak ke Locarno,bahagian Switzerland Itali. Perjalanan dengan kereta api memakan masa kira-kira 4 jam.Jauh juga,tapi sepanjang perjalanan ke Locarno kami banyak mengambil video pemandangan yang memang sangat cantik! Maaflah,tidak dapat berkongsi video di sini. =(

Gunung ganang..

Sejuk mata memandang..maksud aku nature tu..=p

Locarno
Setelah puas bergambar,kami ke bandar berhampiran iaitu Lugano.
4 Febuari 2009
Kami kembali ke Geneva setelah 3 hari menetap di Zurich.Kunjungan ke Geneva tidak lengkap tanpa lawatan ke United Nation (UN) dan Muzeum Palang Merah.

Di hadapan Muzeum Palang Merah

Dewan Persidangan UN
Lebih kurang pukul 3 petang,kami kembali ke pusat bandar Geneva untuk membeli jam tangan. Setelah puas ulang alik mengusha dari kedai ke kedai,aku memborong 6 jam tangan kesemuanya (untuk aku dan keluarga).Haha.Sila jangan tanya berapa banyak aku belanjakan untuk 6 jam tangan ini.Tapi kesimpulannya,aku pokai! Huhu.=p
Ringkasnya, Switzerland memang amat menarik untuk dikunjungi! Kepada sesiapa yang berminat untuk ke Switzerland,aku nak bagi beberapa tips yang mungkin berguna.
*Swiss Youth Pass tu memang amat-amat berbaloi.Belilah,walaupun mungkin pada mulanya nampak macam membazir.Semua pengangkutan awam percuma,siapa tak nak kan?
*Harga makanan di Switzerland amat-amat mahal! Kebab saja sudah 15 Swiss Franc (Swiss Franc lebih kurang sama dengan USD).Rata-rata makanan lain memang berpuluh-puluh Swiss Franc.Jadi kalau nak jimat,disyorkan bawa mee segera banyak-banyak.Tak pun,beli saja nasi goreng sayur dari pasar raya di sana.Harganya lebih kurang 5 Swiss Franc.Oh ya,makanan halal agak mudah dicari,terutamanya di Geneva, jadi jangan risau. =]
*Siapa kata Switzerland tak sejuk? Walaupun tak sesejuk Rusia,tapi cukup untuk membuatkan telinga sakit.Kawasan pergunungannya membuatkan Switzerland ni berangin,jadi jangan lupa jaket tebal.Muffler dan snow cap mungkin membantu.Lagi,Switzerland ni asyik mendung masa kami pergi hari tu.Jadi mungkin boleh rujuk ramalan kaji cuaca kalau nak hari yang bermatahari-lawa ambil gambar! (terutamanya kepada jurugambar =] )
*Penginapan di Switzerland memang mahal.Seperti yang aku cakap,paling murah satu bilik adalah lingkungan 30 Euro.Itupun kongsi dengan orang lain.Menariklah juga,sebab boleh berkenalan dengan pelancong-pelancong dari negara lain.Tapi jangan terkejut pula,ada sesetengah asrama bercampur antara lelaki dan perempuan di satu bilik! Persediaan mental dan rohani adalah wajib! =]
*Switzerland merupakan negara yang kecil,jadi tiada masalah untuk melengkapkan lawatan ke sesebuah bandar utama dalam 1-2 jam saja dengan berjalan kaki.Tetapi pada musim sejuk,adalah digalakkan untuk keluar pagi-pagi lagi,memandangkan waktu siang yang pendek mungkin membataskan keseronokan.
*Rata-rata masyarakat Switzerland boleh berbahasa Inggeris.Jadi tiada masalah komunikasi walaupun anda tidak mengetahui bahasa Perancis,Jerman,dan Itali yang digunakan di sana.
*Sesiapa yang hendak membeli jam,jangan terlintas di hati bahawa jam di Switzerland adalah lebih murah.Haha.Itu adalah karut,kerana hakikatnya jam di Switzerland lebih mahal berbanding harga di internet.Tambahan lagi,jika anda mempunyai model yang dihajati,pastikan anda mengetahui bahawa model itu adalah model yang terbaru,kerana di Switzerland jam yang dijual hanyalah model-model yang terbaru .Jika hendak membeli jam model lama,perlu ditempah terlebih dahulu,atau pun hanya pekedai yang mempunyai lebihan stok saja menjual model-model lama.Ini pun pekedai-pekedai di sana yang cakap,kerana mereka perlu mengikuti arus penciptaan model-model jam baru yang begitu pesat setiap 2-3 bulan.
Rasanya ini saja yang dapat dikongsi untuk kali ini,sekian.=]







menarik menarik… nasib baik dpt gune swiss youth pass, dpt jalan2
Basel for me agak biasa tho… Xsempat plak gi Locarno.. Apa yg best kat situ?
nak ikuttttt!!!
efenem: Basel memang takde pape pun…hehe..kat Locarno usha gunung ganang..mmg nature abis! hehe..=p
ir: haha..next yr yok~
Wau..bestnyer..
setiap satu gambo ade free model ekh(1set)..
tapi expression muke same jer..
ko edit gambo n letak kat semua pitcha tue ekh…
kantoi..kantoi
tough nyer jalan masa winter. I’m prefer to stay at home during winter, remain dormant during holiday…;p (sentiasa kagum dengan kawan2 yg boleh berjaulah masa winter).
tumpang lalu….
waa…teringin nya nk g switzerland..(*_*)
waaa…. bestnyerrr
salam, kami nak pi basel bulan 11 ni. dari london..kalau naik train dari basel tu zurich mahal tak? kami dah tak layak nak beli youth pass rasanya. lgpun pi semalam je swiss..hrp boleh advice..thanks!!