inikah mentaliti kanak-kanak israel??
Penglihatan dan pendengaran benar-benar memberikan pengaruh yang amat besar terhadap psikologi dan emosi manusia. Sebab itulah, pakar motivasi,kaunselor dan pakar psikologi amat menitikberatkan dua pancaindera ini sebagai langkah dalam merawat seseorang pesakit mental atau apa saja masalah si pengadu.

Contoh yang amat mudah, salah satu rawatan untuk berhenti merokok. Jika setiap hari seorang perokok tegar mengatakan kepada diri sendiri “saya mesti berhenti merokok”, ada kebarangkalian dia akan berhenti merokok juga. Sebabnya, dia mendengar bisikan diri sendiri setiap hari yang mempengaruhi tindakannya secara psikologi. Begitu juga, jika seseorang disajikan dengan rancangan lucah setiap hari,jangan terkejut jika satu hari dia terkenal sebagai seorang perogol bersiri!!
Masih ingat lagu motivasi “Fikirkan Boleh”? Lagu itu memberikan maksud yang mendalam, iaitu jika kita berfikir kita boleh melakukan sesuatu perkara, pasti kita boleh, tetapi jika awal-awal lagi kita sudah mengalah, maka mustahil kita dapat melakukan perkara itu. Ini juga psikologi.
Bagaimana pula dengan lagu kebangsaan ‘negara’ (tidak patut pun digelar negara) Israel ini?
Hebrew
Transliteration
English translation
כֹּל עוֹד בַּלֵּבָב פְּנִימָה
Kol ‘od balleivav penimah
As long as in the heart, within,
נֶפֶשׁ יְהוּדִי הוֹמִיָּה,
Nefesh yehudi homiyah,
A Jewish soul still yearns,
וּלְפַאֲתֵי מִזְרָח, קָדִימָה,
Ul(e)fa’atei mizrach kadimah,
And onward, towards the ends of the east,
עַיִן לְצִיּוֹן צוֹפִיָּה;
‘Ayin letziyon tzofiyah;
An eye still gazes toward Zion;
עוֹד לֹא אָבְדָה תִּקְוָתֵנוּ,
‘Od lo avdah tikvateinu,
Our hope is not yet lost,
הַתִּקְוָה בַּת שְׁנוֹת אַלְפַּיִם,
Hatikvah bat shnot alpayim,
The hope of two thousand years,
לִהְיוֹת עַם חָפְשִׁי בְּאַרְצֵנוּ,
Lihyot ‘am chofshi be’artzeinu,
To be a free people in our land,
אֶרֶץ צִיּוֹן וִירוּשָׁלַיִם.
Eretz-tziyon vy(e)rushalayim.
The land of Zion and Jerusalem.
Kesan psikologinya amat-amat kuat,hebat serta mampu menghancurkan dunia! Percayakah?
Ini lagu kebangsaan, lagu yang hari-hari dinyanyikan oleh rakyat Israel. Mereka bangga dan bersemangat menyanyikan lagu itu. Jika lihat di Youtube, boleh lihat bagaimana mereka menyanyikan lagu Hatikvah ini dengan bersemangat sekali dalam sebuah perlawanan bola sepak Israel-England. Semua orang pun bersemangat jika menyanyikan lagu kebangsaan,tetapi, semangat pada lagu ini lain.
Di Malaysia,murid-murid di sekolah akan menyanyikan lagu Negaraku setiap kali perhimpunan. Di televisyen dan radio pula,lagu Negaraku berkumandang setiap pagi dan malam sebelum tamat operasi.
Jika situasi-situasi ini dianggap sama di Israel, bolehkah kita fikirkan kesan psikologi dan semangat apakah yang telah ditanamkan dalam setiap kotak fikiran rakyat Israel?
Tidak lain tidak bukan, mereka mahukan tanah Palestin tidak kira dengan apa cara sekalipun,hatta melibatkan pertumpahan darah. Ini bertepatan dengan “Law of Attraction”, yang mengatakan bahawa manusia akan cuba mencari jalan kepada apa yang dihajatkan. Dalam konteks ini,mereka hanya fikir untuk mendiami tanah itu sahaja, dan keganasan adalah halal di mata mereka.
Kanak-kanak yang menyanyikan lagu itu tidak terkecuali,bahkan, kanak-kanaklah yang lebih mudah dipegaruhi.Tahukah kamu iklan-iklan di televisyen serata dunia pernah menimbulkan isu hangat dahulu gara-gara mempengaruhi kanak-kanak untuk membeli produk mereka? Tidak, itu bukan salah iklan, bukan juga salah kanak-kanak itu. Memang sudah fungsinya, iklan dihasilkan untuk melariskan jualan, dan kanak-kanak pula memang mudah dipengaruhi.
Analogi ini sama saja,iaitu, kanak-kanak amat mudah dipengaruhi. Bezanya,iklan itu tidak salah, tetapi lagu itu salah secara maksudnya. Lagu itu terkandung ideologi Zionis!
Kanak-kanak yang menyanyikan lagu Hatikvah ini setiap hari akan berfikir untuk meneruskan impian nenek moyang mereka.Mereka sudah disuap dengan ideologi Zionis itu sejak kecil lagi.Tanggungjawab untuk ‘meluaskan’ tanah mereka sudahpun terpikul di bahu mereka.
Jadi,mengapa tidak kita menggunakan kesan psikologi yang sama untuk melawan balik mereka? Sejak kecil lagi, semuanya perlu disetkan dalam minda.
Sematkan dalam fikiran kita, negara kita perlu dilindungi daripada sebarang bentuk pencerobohan, zahir dan batin.
Sematkan dalam fikiran kita, keganasan itu tidak dapat dimaafkan.
Sematkan dalam fikiran kita, umat-umat di Palestin perlu ditolong.
Sematkan dalam fikiran kita, kita perlu menguasai semua ilmu supaya tidak ditindas.

Jika mereka boleh menyanyi setiap hari dengan bersemangat sekali untuk menghancurkan Palestin sehingga memberikan mereka impak yang cukup hebat secara psikologi, mengapa tidak kita? Cuma sekarang yang perlu kita fikirkan ialah, bagaimanakah kesan psikologi yang mendalam secara efektif dapat dibentuk dalam diri kita yang memusuhi Israel dan sekutunya itu?







sy setuju
yep2 cm bagus. bleh diserapkan di msia.
Saya memamng setuju. Anak-anak kita perlu disematkan rasa cintakan Agama dan negara. Usah biarkan mereka terus di hantui dengan budaya-budaya yang tidak elok dan ganas…