Satay..oh satay…..
Memang terlalu lambat rasanya untuk menceritakan mengenai Spring Carnival yang berlangsung pada Jumaat (2 Mei) lepas. Semuanya gara-gara kekangan masa yang menjadi pengehad. Tapi memandangkan sangat seronok, aku tulis juga sesuatu.
Apa yang menariknya, Spring Carnival yang julung-julung kali diadakan sempena Nizhny Games yang bakal menjelang tak lama lagi mendapat perhatian dan sambutan yang hangat daripada pelajar Malaysia Nizhny Novgorod ini. Antara yang menyahut sahutan untuk membuka gerai, aku!
Entah macam mana, secara tiba-tiba, kami berenam; aku,Arif,Iryani,Hafiz,Wajdi dan Safuraa bersemangat nak jual satay dan ayam percik. Niat kami, ‘just for fun’. Tiada niat untuk mengaut keuntungan yang banyak dan pancing glamour pada hari itu. Sebabnya, rata-rata gerai yang dibuka pada hari itu adalah di bawah sukan tertentu; seperti gerai futsal, ping pong, bola tamper dan sebagainya. Kami berenam pula hanyalah di bawah nama sendirian berhad. =]
Jadi hari Khamis sebelumnya, aku,Arif dan Iryani pergi membeli barang-barang di pasar raya Real; lidi satay, bawang, gula, arang, kacang, dan minyak. Hafiz pula membeli 10 ekor ayam dari PPIM (Persatuan Pelajar Islam Malaysia). Wajdi dan Safuraa pula banyak menyumbang ketika masak.
Pada pukul 9 malam, bermulalah operasi memasak kuah kacang dan kuah ayam percik, memotong ayam, menyediakan nasi impit dan sebagainya. Memang seronok sangat, suasana macam raya pula. Kami diuji seawal pukul 10 malam apabila bekalan elektrik terputus, membuatkan kami bergelap dan hanya ditemani lagu-lagu dari laptopku. Malam itu bekalan elektrik terputus dua kali, tetapi mujur semua kerja dapat diselesaikan juga, lebih kurang pukul 3 pagi.
Seawal pukul 8.30 pagi hari Jumaat, kami bangun untuk mencucuk satay-kerja yang sungguh melecehkan. Siapa sangka, mencucuk ketulan ayam pada lidi sebanyak 150 cucuk oleh 5 orang (seorang hilang ke mana ya?=p) memakan masa hampir 3 jam! Memang penat, tetapi kami sungguh gembira dengan kerjasama yang baik dan suasana meriah ketika mencucuk satay itu.
Seterusnya, proses membuka gerai dan menyalakan api untuk membakar satay dan ayam percik. Hampir pukul 2 petang, usai solat Jumaat, kami membawa barang-barang turun dari bilik ke tapak gerai di hadapan 3rd Hostel. Kami diuji lagi kali ini, apabila meja tempat kami letak satay dan kuah ayam percik jatuh. Akibatnya, 4 cucuk satay direject, dan kuah ayam percik tumpah!
Ketika keadaan gelabah itu juga, Iryani dan aku pergi membuat kuah percik yang baru. Kuah percik ekspres itu dapat disiapkan lebih kurang 20 minit sahaja, mujur bahan-bahan lebih masih ada. Rasa pun maintain, tak lari. Syukur sangat.
Kemuncak acara adalah ketika jualan berlangsung. Pada pukul 3 petang, para pelajar mula memenuhi depan third hostel untuk membeli makanan yang disediakan. Difahamkan 12 gerai dibuka pada masa itu termasuk gerai kami. Ada yang menjual makanan; menyediakan permainan dan tidak ketinggalan gerai untuk mendermakan duit syiling yang tidak digunakan lagi.



Aku dan Iryani menjual satay dan ayam percik, manakala Arif, Hafiz, Wajdi membakar satay dan ayam percik, Safuraa pula menghantar satay dan ayam percik yang siap dibakar kepada aku dan Iryani. Macam-macam perkara berlaku pada proses jualan berlangsung. Kelakar sungguh. Ada yang tanya boleh cuba satay tu ke tak, ada yang terlupa ambil kupon, ada yang rambang mata nak beli bahagian ayam yang mana. Hehe. Paling aku ingat seorang junior tahun pertama ni. “Eh, sataylah. Lama tak makan ni”. Kelakar dan comel. Kesian, baru berpisah dengan keluarga kan, terliur nak makan satay.
Apapun kami puas hati dengan kerancakan proses menjual satay dan menjual ayam percik pada hari itu. Penat, tetapi menyeronokkan. Amat. Tetapi aku sedikit sedih apabila aku tidak berpeluang untuk menjamah sebarang makanan yang dijual oleh gerai lain. Aku tidak membelanjakan sebarang ruble langsung pada hari itu, walhal ada yang membelanjakan lebih kurang 600 Ruble! Siapa ya? =p







Satay u sedap!!! Ayam percik tak sempat nak makan, tak pe la, Raye nanti Kamil masakan utk saye ye! hihi
. Tahniah sebab dapat jual semue dalam mase 20 minit… Sedap mana tak laku kan? :p
Really r?thank u thank u..tp bukan sy sorang tau yg wat..semua ber6 sma2 wat..hehe..(takut kang ade yg xpuas ati..=p)..nwy thnx lakukan satay ari 2! =]
Ngengengenge… (exercising palate). Maka ini dengan rasminya saya menyatakan tidak puas hati dengan satay kamil & co. kerana ade ke jual 110 ruble. Nak jugak lebih 10 ruble. Jual 100 rub sudah aa… murah sket pun lagi sronok!
Ini tak… aku terpaksa habiskan lebih sket dari 1/6 perbelanjaan karnival haritu kat satay ko jer
Tahniah buat Kamil & co. Satay, ok la…Nasi himpit byk sgt la, dari letak bwg byk, lbh baik letak timun even sedikit. Mungkin lebih jimat dan bervariasi rasa. Satay juge cam kurang serai, dan rempah. Tp rs ok la juge..Presentation memuaskan..Overall, ok dan bagus.
Heheheh.Byk ckp. Cam bg comment pertandingan masakan..
oiiii
kamil..ko mkn satay byk ngat patut ar kurang untung..
pnat ako mmanggang jer,…
wei..hehe. lari topic ni..pages yg sblum ni lg lawa hehe
Efenem: haha..10 ruble pun kena kira 2..modalbanyak kuar r..hehe..mahal kan biasanya bermutu…=p
Ain Nasir: Kitorang memang letak byk nasi impit sebab nk habiskan stok..serai mmg terhad so xletak byk..hehe..rempah2 pun ktrg xguna sgt..nsb baik rse ok..ye ke?hehe..yelah kan,1st time buat..neway thnx 4 ur comment..nti blh wat lg..=]
bajaubanjar: ceh,aku jamah satu cucuk satay je ma~..ko makan lg banyak!! masa bakar satay curik2 mkn..hehe =p
paefaezah: yup..setuju!! rseneyr page sebelum ni lg lawa..tp dh rosak..isk3..=(
salam….wei!!!!…sejak biler ade syarikat Kamil & co. ni?..Sape boss ni???Sape manager???ohoooooo……….
sejak biler tukar tajuk plak ni?..bkn CINTA SATAY ker?……
aku n da gang duk bakaq satay hang x kira……..hang dtg amik teruih pi jual……kami la duk mkn asap….
pape pon makaceyh r sudi melemparkn senyuman besimu kpd para pelanggan…muahahaha……
amboih en tazkirah…ni ade satu lagi senyuman besi!heheh.
anyways…sate and ayam percik sgt sgt best!!!
next yr boleh bukak tender lagi okay!
hehe
good job guys!seriouslyyy!!!
p/s:110rb tu sgt murah.next time up to 150!
dgr ckp business woman berjaya ni ye!
oit…ngan rummate pun jual satay mahal ke??? ciput tul kamil…takpe2…aku ttp lakukan gerai ko…walaupun ko tak main kat gerai aku…sob2
yumm….i think ur stall was the best (food wise)!~ thanks for the awesome goodness in the satay & ayam percik…hihi..sorry sbb menyusahkn kamil dengan pesanan sarah & co. yg sgt byk!~
suasana mcm kat malaysia…kewl
erm..rasanye satay tu dpt dinilai dgn kepuasan hati pelangan tul tak..dah tentu kerjasama dari semua mmbuahkan hasil yg lebih dari yg kita mahukan..nikmat msakan kali pertama kdg2 lebih diigati berbanding dgn yg kita selalu makan..SELAMAT BERAMAL..RENUNG2KAN..
salam kamil. 110 rub? utk brape batang? 10 btg? btw, slamat jadi hos utk nizhny games nanti. M1 xde wakil aah. so xdpt pi jalan2 nizhny. mesti ko masuk futsal kan? muehehehe.