Kisah jururawat terlampau….
Apakah tindakan terbaik apabila kita diperlekehkan?
(A) Membisu sahaja kerana kita tahu kita tidaklah sehina mana.
(B) Membalas kembali orang yang memperlekehkan kita dengan perasaan marah.
(C) Membuktikan bahawa apa yang diperlekehkan itu tidak benar.
Bagi aku, semua tindakan adalah wajar, mengikut situasi tertentu. Mengikut pengalamanku bersama-sama seorang ‘jururawat terlampau’ di Hospital г.у.в.д , semua tindakan pernahku buat.
Aku masih ingat kali pertama kami diperlekehkan ketika kelas уход за больными-uhod za balnimi (nursing care for patients) ketika aku tahun kedua. Kata-kata merendahkan semangat terpacul daripada mulut jururawat itu:
“Budak-budak ni bukannya tahu apa-apa pun pasal surgery ni. Entah-entah kalau doktor tanya nama penyakit pun mereka tak boleh jawab,” ejeknya.
Menyirap darah kami apabila mendengar hinaan sedemikian rupa ketika kami sedang melihat surgery dalam operation theatre (O.T) pada tahun lepas. Kami tak tahu apa salah kami, sehingga direndah-rendahkan sebegitu sekali. Jadi pada masa itu, tindakan kami hanyalah membisu kerana kami tahu kami bukannya seperti yang diperlekehkan. Memang kami masih belum banyak menguasai ilmu, namun begitu, tidaklah seteruk ‘nama penyakit’ pun tak tahu.
Pernah sekali kami diherdik oleh jururawat yang sama ketika melihat surgery, juga pada tahun lepas. Sememangnya, perasaan teruja pasti ada apabila melihat surgery di depan mata, bukannya melalui skrin atau pun tingkap dari bilik sebelah. Jadi dengan kaki terjingkit-jingkit untuk meninjau apakah yang sedang dilakukan oleh surgeon disertai dengan ungkapan-ungkapan seperti “Wah, besarnya tumor tu!” “Banyaknya darah keluar” dan sebagainya atau dengan perkataan lain ‘jakun’, adalah normal untuk pelajar yang baru diberi pendedahan. Malangnya, jururawat itu kurang ‘common sense’ sehingga memarahi kami.
“Bisingnya! Tahu tak ni O.T. Dahlah asyik masuk keluar. Mengacau orang betul!
Perkh, memang cari gaduh dia ni. Cakap baik-baik tak boleh ke. Memang masa tu tindakan kami adalah tindakan (B), iaitu marah, tetapi marah yang dipendam di dalam hati memandangkan rasa hormat kepadanya masih ada walaupun kami diperlakukan seperti sampah. Menariknya, surgeon bertugas turut memarahi jururawat terlampau itu.
“Ala, budak-budak tu kecil lagi. Biasalah. Jangan marah-marah. Saya sedang fokus ni.Awak pun fokus pada kerja awak ! ”
Yes! Kena balik jururawat tu. Memang kami bersorak gembira dalam hati. Lepas habis surgery memang kami tak habis-habis bercerita pasal jururawat itu yang kami kira ‘dendam sudah terbalas’.Hehe.
Sekarang aku sudah tahun ketiga. Layanan yang sama oleh jururawat itu kami hadapi juga….
Rentetan daripada entri sebelum ni, jururawat terlampau itu juga yang menolong pembedahan varicectomy itu. Aku yang diberikan peluang untuk menjahit luka pada kali pertamanya cuba sedaya upaya dengan tangan terketar-ketar. Jururawat itu lantas bertanya kepada Dr Rizhov dengan nada menyakitkan hati, “Macam mana mereka ni belajar? Macam tak lepas saja buat jahitan tu”.
Dr Rizhov membalas, “Biasalah, saja saya bagi peluang. Memang tak belajar lagi pun. Saja bagi pendedahan. Nanti pandailah mereka.” Jururawat tu macam tak puas hati dengan jawapan doktor berkata lagi,”Dulu masa mula-mula saya jadi jururawat pun semua saya dah reti buat.” Mana ada orang terus pandai? tanya Dr Rizhov lagi. “Memang terus pandai”,jelas jururawat tu lagi. Dr Rizhov terus memerhatikan aku membuat jahitan.
Ah, aku tak peduli apa dia nak kata. Nawaitu aku nak belajar. Aku tak nak gara-gara kata-kata macam tu saja dah buatkan aku down. Alhamdulillah, dengan tindakan (C), setelah sabar memekakkan telinga, selesai juga aku membuat jahitan. Aku dah buktikan kepada jururawat tu aku dah berjaya masa tu. Best betul bila tengok dia terdiam apabila aku selesai buat 5 jahitan. Kalau aku ikut angin geram masa tu, memang aku tak dapat apa-apalah jawabnya. Memang dia tak faham, kejayaan itu bukannya datang bergolek. Sedangkan nak membaca pun bermula dengan ABC, nak berjalan pun bermula dengan bertatih. Inikan pula proses pembelajaran secara berperingkat.
Insiden terbaru adalah semalam, apabila kami tengok laparoscopic cholecystectomy (pembedahan membuang pundi hempedu). Kami yang sudah tahu peraturan, berdiri jauh daripada kawasan sterile. Tiba-tiba sahaja jururawat terlampau itu berkata “Hari ni mereka tahu ini adalah kawasan sterile” . Huh, tajam sungguh. Macamlah sebelum ni kami tak pernah tahu. Sabar sajalah.
Tetapi aku sedar, masih ramai manusia seperti ini yang suka memperlekehkan orang tak kira masa wujud di dunia ini. Selagi mana mereka wujud, selagi itulah 3 tindakan yang aku senaraikan di atas itu berfungsi untuk mengawal keadaan. Aku juga sedar, bahawa ketika housemanship nanti keadaan yang lebih teruk boleh terjadi. Jadi, persiapan fizikal dan mental adalah penting untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Mungkinkah jururawat terlampau itu ‘diutuskan’ untuk memberi latihan kepada layanan ‘sampah’ yang mungkin dihadapi kelak?







hahahahha… gile melampau weyh….
tp xpe, same je ngan nurse kat vodnaya…
free2 je kene marah, br masuk x cakap pape dah terjerit2 marah kitorg “nk cakap, pegi koridor!!!”
gile ke ape pompuan nie???
kamil…..i think we were “stung” by the same nurse lah!~ :p last year my groupmates pun slalu kene marah for no good reason dgn scrub nurse kat situ. tapi kalau Rizhov (^_^) ade kat dlm bilik tu, he will definitely marah balik nurse too. once he even call the scrub nurse a “hooliganka” which made us laugh then the nurse senyap terus the whole op..hehe…chomel kn cikgu tu..
i think i know which nurse you’re referring to. blondie tu kan? haha
adeh. konfem sama nurse. heheh. group kami kene sound gak aritu sbb berdiri dekat ngan sterile set. T_T
Kebanyakn nurse kat sini memang camtu. Even mase int med kat Hosp 13 pun, banyak kali kami kene halau dan maki dengan nurse. Dokter ok je, sume baik je, xhalau atau maki pun.
Gaa… dah mmng adat camtu kat sini rasenye… nk wat camne, xkn nak hentam dia balik? Nurses run the hospital, u know. Asalkan kite tau one day kite boleh surpass dia, watpe nak kisah apa yg nurse tu ckp.
Mmng kalo nk jadi surgeon – everyone will be brought down to one’s very knees – nak uji ketahanan dan kesanggupan seseorang yg nk jadi surgeon. Sometimes senior surgeons ok je, nurse jela yg cari pasal. Kat KL pun camtu gak
The nurses here r like ARRRRGH!!! BENCI…but wat to do? dah kite ni student, terpaksala diam…Yg paling geramnyer bile nurse yg paling banyak cakap yg marah kite!! i will be like, die pun manusie aku pun manusie, die bole cakap cerite jaket murah apasal aku tak boleh cakap pasal tumor yg dikeluarkan tu besar mane! at the end of the day, kite ni yg diperli n dimaki yang kene sabar! unfair but the fact!
huhu..relax2..sabo je la.. ape yg kau alami pon kitaorg alami gak kat sini..dr 1st year lagi.. sabar je la.. ade hari tu sekali mase tgok operation, nurse ckp ‘menyampahla tgok budak2 nie’.. then surgeon (cg kitaorg) blas balik ‘ sy pon nampah tgok awak’.. hahaha.. yess..yes..
bkn stakat kat russia.mesia pon sm.ni ha..bdk2 nursing kat cni blagak gile.saket btol ati.klu nk ikutkan dorg tu thp pe je.sng je nk jd nurse.rsult x yah power2 tp blagak.
klu kat spital mmg xyah ckp la blagaknye cmne.tp we all diamkan diri je then mngata sesama sndiri.bkn stakat tu je.bdk2 nursing ni kat hostel pn nk blagak.eiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!gram btol!!!klu la bley di listkan,mmg xcukup page kamil nih.
dah2.cukup.nk kuar.
Meh la join Leoxa
(ok,komen yg tak berkaitan ngn entri.haha)
muahahha..
kamilll. apekah y ko mrepekkan nih…
mill..wat la entri pasal bahase bajau..huhu…
eh.. bajau ke banjar huh?? lupe la suku kaum ko…
hihihi..
ako nk blajar bahse ko nih.A
lelucun ar tajuk entri ko nih..
firsty time woo ako bace blog ko..
kikikihh..
challoo~ mere betti…
cho cho cho cho…..
hahaha!
nurse mmg mcmtu kot kamil.
dekat msia pun mcm tu jugak esp those in the gov sector.
tunjuk hebat la sbb kita student mane tau ape2 sgt kan.diorang pandai sebab hari2 pun buat kerja sama.kalau tak hebat jugak, taktau la.haha!
hehehe,,,
chill lah kamil.jgn duk layan nurse2 berlagak nak mati tue!!!wut bodoh je..
btw,tak seme nurse camtue.ade je yg baik =)
takpe…biasla tu…but jgn lupa bertanya bila tak tahu…engineer pun mcm tu jugak..but experience yg akan membezakan
erk.. susah gak nak jadi doktor ni ek..
kat mana2 pun ada yang terlampau….pernah jumpa org tetiba menjerit kat tepi jalan…rupanya gile..hahaha
Nurse kat kat situ mmg terlampau.
Akak siap tukar baju lain lg (additional long sleeves shirt yg dibawa dari rmh) semata-mata bagi memastikan hygienic requirement tercapai (kuikuikui).
Tp pastu nurse tu g tarik2 lengan baju, and she said’” gi tukar or buka baju ni, ni bukan cotton”
I was like marah2 dlm hati and buat muka. I told Afdonin yg ni mmg bj cotton (Afdonin ade di tempat kejadian). Afdonin ok je..
Pe kes nurse tuh? Baju cotton pun takleh beza, dah la siap pegang baju tuh. Org baju baju bersih, ok..
Kesimpulannye, takyah layan nurse terlampau tersebut. Buat sakit hati je. Kepada students lain, make sure kite ikut peraturan OT, OT mmg tmpt yg sgt serious.
* bawa baju bersih
salam kamil..ee geram sunggoh dgr crita tu. rasa cam nak bagi pnampar je kat nurse tu. hospital tempat general surgery aku pun ada sorg nurse camtu gak. kami panggil dia nurse racist. dia slalu buat2 muka kalo kami ckp bisik2. biasala jakun.hoho. then, kalo tlepas masuk skeeettt je kawasan sterile, dia tolak kami cam FRU tolak prusuh2..ee rasa nak hadiahkan sbijik tamparan je kat pipi dia tu. cikgu kami tak kisah pun kalo kami tmasuk sket kawasan sterile utk dptkan view operation yg lagi best. nurse tu je yg lebih2. ada hati nak defy kuasa cekgu kami..huh!
herm..sbr jelah..
Allah sentiasa bersama org yang sbr…
orng2 mcm tue tak perlu diendahkan..
hee nwei tanx for ur wish..
Tu namanye nurse gile kuasa, kuikuikui. Tapi so far kat sini agak jarang ade nurse camtu, dorg ok je ade yg baik2 gak. tapi biasalah once or twice ade lah black sheep dlm a flock of white ones
. Kalau terjumpa org camtu usually kitorg utilize skill buat bodo je, as if langsung tak paham ape yg dia ckp…as if dia langsung tak wujud, ckp dgn dinding lagi best dari ckp ngan kitorng.
)
saye nurse…~peace~ erm..mmg ada nurse yang garang2 nie.sbb pompuan nie penuh ngan emosi.ramai student medic yang mengadu kene hentam…but, apa leh buat.saye pun junior nurse.maybe dorang jadi nurse bukan sbb dorang love this job.tapi sbb terpaksa.so, for all those yang kene marah.saye nak mohon maaf dari pihak jururawat.as long as u all punye telinga tak tertanggal mase kene marah tue, kira okie la tue..
ok..peace~ cari la saye kat hukm ;p
salam..
huhu..sabar je lah..kita tunjukkan akhlak yang terbaik sbg org islam. hari ni hari dia..esok2 hari kita..siapa tahu,,.dia tetiba perlukan bantuan kita..baru dia tahu tinggi rendah langit tu..huhu
slm..sy pun jnr degr nurse..xsume nurse cm 2..so jgn la ambk ati sgt..keje diorg deal dgn patient dgn dr lg..ha..bnyk 2…bkn sng keje 2…dn kdg2 ptt gk diorg beremosi..relks r..yg agk saiko 2 xyhla lyn..wt2 dono dh le…ape kes lyn org cm 2 kn..ape2 pun xbaik merndhkn sesama insan ..sume mnusia kn dcipta sme je..rezeki je brbeza..so xyhla nk kech2 psl nurse trlmpau..ayt 2 agk saiko utk kitorg..ye a kn..ape pndgn msyrkt ble bce blog ni kn..ha..kn dh trcemr nme nurse..ape yg burk 2 la yg nmpk smpai ble2…huhuhu..yg baik berjuta pun org xkn ingt…ha..ape2 pun sentiasa think positive k….:p
bese la tu… they all keje siang mlm so pnt sket gakny. that’s why emosionl. we all degre nurse will gve the best servce for u all k. i juz want to ask for apologze for what happen. anywhere i hope u all will get along with ur great life & not alwyz underestmte us. it’s not easy to go this level. so many obstacles that we hve to go through. at the end i juz wanna to say gud luk for u all.
STANDARD LAH TU KENA MARAH..NAMA LAGI STUDENT..BILA DAH JADI STAFFNURSE NANTI CAMTU JUGAK YANG KAU ORANG BUAT KAT JUNIOR NANTI..TAPI DLM SITUASI BEGINI..BELAJARLAH DARI PENGALAMAN..KALAU ORANG BUAT KAT KITA ..TAK SEMESTINYA KITA BOLEH BUAT KAT ORANG LAIN…INGAT TU PENGALAMAN AKAN MENDEWASAKAN KAMU DALAM MENGHARUNGI DUNIA KEJURURAWATAN..JGN LIHAT YANG LEPAS..LIHAT KEDEPAN..MASA MU CERAH DISANA..INGAT UBAT ITU PAHIT RASANYA..TAPI LIHATLAH PULAK KEPADA KEBAIKANNYA..INSYAALAH DIK..ITULAH PENAWARNYA…
Baru aku sedar yg aku xpernah reply org punye komen utk entri ni..myb disebabkan aku duk senyap je,so tba2 adalah pulak salah fhm yg timbul..so ni aku jelaskan…
entri ni ditulis khas utk merujuk kpd seorang nurse (ulang:seorang nurse) yg mmg terlampau di GUVD,sebuah hospital di Rusia (ulang:di Rusia), yg suka memperkecilkan pelajar, marah tanpa sebab dan suka buat muka,padahal pada masa yg sama surgeon yg bertugas tidak berkata apa2 pun (cool saja).
aku xpernah libatkan semua nurse,bermaksud aku tak pernah labelkan semua nurse macam tu (tiada generalization berlaku).aku juga tak pernah tulis langsung aku rendah2kan atau underestimate sesiapa.
ada nurse yg baca blog ni dan bg komen,sampai wakilkan diri utk mtk maap bg pihak nurse.ini tidak perlu,sebab mcm aku kata td,entri ni hanya merujuk kpd seorang nurse di hspital tpt kami bljr ni.kalau kejadian itu berlaku di malaysia,itu lain pula ceritanya kerana seolah2 aku sudah mencalarkan imej jururawat di malaysia.
lagi satu aku nak tekankan,aku tulis entri ni sebab aku rsa dia amat ‘menarik’,sebab dia tu jenis marah tak bertempat.kalau nak kira marah biasa,tak payah cakaplah.semua orang pernah kena marah. kalau marah bertempat,orang yg kena marah tu confirm boleh terima kan,sebab ada buat salah.
lagi,nurse ni suka memperkecilkan pelajar sesuka hati.yang peliknya,surgeon yg sepatutnya layak utk bersuara pd masa tu xde pula buat macam tu.
akhir kata, silalah faham situasi yg berlaku.jangan terlalu excited dan beremosi semasa menulis komen. lain pula cerita yg jadi.kepada sesiapa yg membaca entri ni,walaupun siapa kita ini,harap2 dijadikan iktibar supaya tak jd sperti seorg nurse terlampau itu.sekian.=]
life’s begin..
ADIK NI TERLAMPAU EMOSIONAL..KENAPA TAK AMBIL JADIKAN TELADAN BENDE NI..AT LEAST..UNTUK MASA DEPAN KITA..MEMANG KAT SANA..DIA ORANG ADA CLASS..PROFESION MEREKA DIIKTIRAF..KAT MALAYSIA JE DAK LAGI…ANYWAY..PADAN-PADANLAH KUTUK ORANG TU..NAK CARI PAHALA..BERDOSA PULAK…SELAGI KITA NI STATUS STUDENT..MEMANGLAH GITU..KEPADA YANG DOK HINA NURSES TU CUKUPLAH..KALAU X DE MEREKA..SAPA NAK JAGA HANG PA SEMUA BILA SAKIT DAN MASUK SPITAL..MAK BAPAK PUN BLUM TAHU…KEPADA YANG NULIS DAN NGAKU MEREKA TU NURSE…INILAH DIA ORANG TAK AKAN MENGANGKAT TARAF PROFESIONAL KEJURURAWATAN..JANGAN NGAKU SETAKAAT DEGREE NURSE..KALAU SETAKAT TEORI JE..SEPATUTUNYA KAMU JELASKAN KEPADA ADIK NI…ADA PENGAJARANNYA..NAK TANYA SEKALI LAGI..AWAT ADIK NI SAKIT HATI SANGAT KAT NURSE TU…TAK BAIK HANG KUTUK GITU LALU…HANG KENA TAHU..KALAU MASA STUDENT HANG DAH CAKAP CAMTU..SURE BILA HANG DAH JADI DOKTOR BETUL NANTI HANGLAH YANG PALING SOMBONG ..KALAU KAT MALAYSIA CAMNI..TERUK HANG DIKERJA KAT SURGEON..UNTUK PENGETAHUAN ADIK..KALAU AWAK BALIK KERJAA KAT MALAYSIA SEKALIPUN BELUM TENTU HANG BAIK SANGAT..HANG NAK TAHU..KALAU HANG NAK CONDUCT ORANG BERANAK KAT OVERSEA HANG KENA AMBIK CONSENT..KAT MALAYSIA TAAAK YAH TU SEMUA..DAN NURSE TU LAGI TERRO DARI DOKTOR YANG INCHARGE..DAN BILA HANG BALIK KERJA KAT MALAYSIAA..HANG KENA BUAT TU SEMULA..UDAH-UDAHLAH NGUTUK ORANG..AWAT..HANG RASA ORANG YANG BACA NI..SUKA SANGAT KE BILA HANG ASYIK KUTUK KERJAYA ORANG….BAWAK BERTENANGLAH YE…INGAT TU BILA HANG BUAT CAMNI..SATU HARI NANTI ORANG BUAT PULAK KAT HANG..ITULAH HUKUM KARMA….WASSALLAMM….
salam kpd cik/puan lielyroslaini…
sy dh tak boleh ckp ape lg dh…secara ringkas,ape yg blh sy ckp,awk dh slh fhm ape yg sy tulis dlm entri ni..sy tak pernah kutuk kerjaya jururawat langsung (ulang:TAK PERNAH)..ape yg sy tulis hanya merujuk kpd seorang nurse tu saja..dan kalau nak bukti,bukan sy sorang saja yg x puas ati..ramai lg kwn2 sy yg bljr di sini memberikan pandangan yg sama kpd nurse yg sama..bacalah komen dari awal ya..di sini tak timbul langsung isu merendah2kan kerjaya jururawat secara keseluruhan..
secara jujurnya,sy amat2 sedih apabila ada org luar yg membaca entri ni salah faham,malah menghentam sy pula..sy nasihatkan cik/puan lielyroslaini membca entri ini dr awal sampai akhir,berserta dgn komen2 dari kwn2 sy di sini..
apapun,maaf jika kamu terasa hati sehingga memberikan komen penuh emosi..(walaupun sy tahu sy tak buat salah)..pd sy kamulah yg terlebih emosi,bukannya sy..
sekian,wassalam =]
saba je la.. last2 name staf2 hospital gak yang buruk..
bleh tahan gak kta2 stff ‘nrse’ tu ek..
agaknya die tengah PMS kot.. haha!!
sy pn studnt..studnt nrse..bgi sy tak smua cam tu..
mmang rasa panas je hati bila g praktikal msti kne maki, kne sindir.. kta datang ke tmpat die untk bljar tp lain yang kita dapat..
walaupun sy bukan stdy di ngara orang, di ngara sndiri pn ada jgak orang macam tu..
apa yang kita boleh buat hanya bersabar.. betul tak??
tapi…diorang memang tak patutlah kan..macam tak pernah jadi studnt..huh!!
bila dah tamat belajar nnti,kta dgan dia dah setaraf..atau mgkin akal kita akan jadi lebih daripada dia..hopefuly..
so..doa2 lah in future sy tak jadi stff nrse macam tu..huhu..