Trauma…
Isnin
7/4/2008
1740
Seminggu sudah berlalu…
Tamat kelas Bahasa Rusia yang membosankan dan memenatkan itu. Penat mental dan fizikal. Penat mental kerana ada ujian hari itu. Penat fizikal kerana lama duduk menunggu cikgu yang kerap keluar kelas, gara-gara sibuk dengan pelbagai urusan penting. Aku dan Iryani berjalan pulang dari 3rd hostel, tempat kami belajar Bahasa Rusia ke asrama kami yang indah permai, 1st hostel.
Perjalanan pulang amat menarik. Walaupun jarak perjalanan antara dua asrama ini hanyalah 5 minit, tetapi persekitaran yang hidup sungguh menyeronokkan.
Nizhny Games yang bakal menjelma pertengahan Mei nanti menjadikan para atlet akademi kami giat menjalani latihan di depan asrama. Kelihatan para pelajar perempuan bermain futsal di hadapan asrama dengan hilai tawa bersilah ganti dengan sorakan gol. Turut kelihatan beberapa pelajar perempuan bermain bola tampar berhampiran.
Para pelajar lelaki usahlah dipersoalkan lagi. Mereka tampak macho menyarung sweater dan boot jenama bermutu mempertahankan maruah untuk sebiji bola. Suasana yang amat segar. Jauh sekali dengan musim sejuk apabila kami terpaksa berjalan pantas untuk pulang ke asrama gara-gara kesejukan tak terhingga.
Tiba-tiba, satu kemalangan berlaku. Kulihat seekor kucing seperti dicampak dari tingkat sembilan asramaku ke bawah. Tubuh kecil itu melayang dengan lajunya.
Pap!!!!!!
Dentuman kuat kedengaran tatkala kucing itu sampai ke permukaan dataran keras. “Gosh!” teriak Iryani yang tergamam.”Hua..kesiannya,” sambungnya lagi sambil memejam mata. Aku yang betul-betul terkejut tak terkata apa. Trauma. Aku belum pernah lihat sebarang kecelakaan berlaku di depan mata. Setakat orang jatuh dah biasa, tapi kemalangan yang dahsyat seperti ini belum pernah disaksikan. Memang tak nak tengok pun!
Kucing itu kelihatan menggelupur kesakitan. Sepantas kilat, berbondong-bondong penghuni asrama berbilang bangsa dan agama yang menyaksikan kejadian itu turun dari balkoni asrama untuk melihat keadaan kucing itu. Masing-masing mempunyai perasaan simpati terhadap kucing malang itu.
Memang kesian, kucing itu patah dua kakinya. Kufikir sungguh kuat kucing itu, kerana jika melihat cara kucing itu jatuh, hanya mati yang aku fikirkan. Bayangkan, jatuh dari tingkat sembilan yang kira-kira 20m bagi seekor kucing kecil. Bukannya perkara kecil!
Rupa-rupanya kucing itu kepunyaan seorang pelajar Malaysia tahun keempat. Kucing itu melompat keluar dari tingkap yang terbuka dari bilik itu. Memang cuaca kian panas. Jika tingkap dibiarkan tertutup kepamlah bilik alamatnya. Jadi memang pemilik kucing itu tidak boleh disalahkan seratus peratus. Itulah kata orang, malang tidak berbau.







pity d cat!!!
ooo aku tau kucin sape tuh!
Kucing ade sembilan nyawa. Tinggal 8 dah.
kucingman!!! seriously lucky giler!!!
Kucing Zaid n Farid tuh!!!
but the sister to cat is mine!hehe
ramai peminat kucing rupa2nyer…hehe..thnx 4 dropping by n leaving ur comment ya!=]
filzahnur: memang kesian sangat..
efenem: yup, tau jugak. =]
Ain Nasir: em, tak pernah dengar pulak macam tu.Hehe.Lama lagilah boleh idup.=p
7t:yup..kucingman..salute!!
Syuhada: aah..time 2 gak Abe turun tgk kucing dier..kesian sungguh..masing2 terharu..=]
Ileena: hehe..em..peciter kucing 2 skang ek?sihat walafiat dh ke?=]
ya Allah.. kucing sape yg bernasib malang sgt tu.. kesian sgt nye.. =((
siannyer…hilang satu nyawa kucing tu. hehehe.
kucing mempunyai kelebihan ‘menterbalikkan dirinya’ jika jatuh pada kadar ketinggian…dia boleh posisikan dirinya untuk mengelak dari cedera teruk…tp alhamdulillah dia selamat…memang kalau bab kucing memang sensitif skit! almaklum…pencinta miau…
ingatkan ada org campak kucing tadi.. baru nk kutuk.nasib baik baca sampai abes.huhuhu
kesiannye…pastu kucing tu mcm mane?bleh berjalan dh ke?
em..kecian die