RSS

Jalan-jalan Turki

14 Feb

Alhamdulillah,setelah sekian lama blog ni tak terurus,kini tibalah masa untuk aku membelainya kembali.Lama tak bertuan blog ni.Hampir 2 minggu aku ke Turki.Lepas balik ke Rusia,aku nak cepat-cepat kemas kini blog ni.Tapi apakan daya,internet pula bermasalah.Bila internet dah boleh guna, kredit pula habis.Tambahan pula,sekarang ni sem baru dah bermula.Aku pula memulakan cabaran sem baru dengan cycle subjek berat,Internal Medicine.Lagilah tak sempat nak uruskan blog ni.Tapi aku curi-curi masa,sempat jugalah nak tulis entri ni. 

Jadi kali ni aku nak kongsi pasal percutian aku ke Turki selama 11 hari 10 malam,dari 25 Januari hingga 4 Febuari lepas.Memandangkan entri kali ini lebih memaparkan perkongsian pengalaman secara peribadi berbanding pendapat mahupun perbincangan,ianya kelihatan sedikit suram dan mungkin hanya difahami secara jelas oleh mereka yang terlibat sahaja.Namun,aku cuba juga untuk memberi input sedikit sebanyak,kalau-kalau ada yang tertarik untuk melawat Turki nanti.Kali ni aku tulis panjang sangat.Geram jari jemari aku lama tak tekan keyboard.Lagipun saja tulis sebagai kenangan.Hehe.Terpulang untuk baca atau tidak.Nak tengok gambar saja pun boleh.Percuma pastinya. =] 

Kami bertujuh;dari kiri Norleen,Kesh,aku,Iryani,Arif,Zakiah dan Faiq.

 

Aku ke Turki dengan 6 orang lagi kawan-kawanku,Faiq yang merupakan kawan sebilik,Arif dan Iryani kawan sekelas,serta Zakiah,Kesh dan Norleen kawan sebatch.Kami bertujuh memutuskan untuk ke Turki setelah lama berbincang.Asalnya niat di hati nak ke Mesir,tapi setelah mendapati tambang ke sana lebih mahal,iaitu 9,000 ruble (lebih kurang RM 1200),kami nekad untuk ke Turki yang tambangnya 7,790 ruble (lebih kurang RM1000).Beza RM200 pun mampu mengubah pendirian aku.Banyak tu RM200.Boleh beli macam-macam.Tapi orang kata kos hidup di Mesir rendah dan barang-barang murah.Barang-barang di Turki yang merupakan negara Eropah pastinya mahal.Tapi entah mengapa,Turki tetap pilihan di hati. 

Aku tak bercadang nak tulis dalam bentuk diari.Hari ni apa aku buat,apa aku nampak,apa aku rasa,sebab aku fikir panjang entri ni kalau tulis macam tu.Jadi aku hanya berkongsi pahit manis serta apa yang kelakar sepanjang perjalanan kami saja.Itupun dah cukup panjang.Hehe.Jadi berikut adalah apa yang terjadi.Aku tulis secara umum berdasarkan masa,dan seterusnya aku tulis kisah-kisah suka,duka dan kelakar sepanjang perjalanan.Selamat membaca!  

24 Januari 2008

2000-Ke Moscow dari Nizhny 

Yang best:

1.Kami bertujuh pergi ke Moscow dengan menaiki van yang ditempah oleh Kesh.Bagus betul pakcik van tu,menepati masa.Tepat pukul lapan malam dah ada van dekat depan asrama.Orang Rusia ni kalau bab-bab duit cepat saja buat kerja.Tambang pergi ni 930 Ruble seorang (lebih kurang RM120).Bolehlah dikatakan mahal untuk perjalanan 6-8 jam,tapi bagus juga sebab van ni terus pergi ke Lapangan Terbang Sheremetyevo.Mula-mula ingat nak naik kereta api ke Moscow,tapi selepas mengambil kira kesukaran untuk ke Lapangan Terbang Sheremetyevo dari stesyen kereta api Moscow,kami putuskan untuk naik van saja.Tambahan lagi tidak perlu untuk kami membawa,memikul dan mengheret beg-beg kami ke sana ke mari ketika di Moscow nanti.Terus tiba di airport,kan senang =] 

Yang tak best:

1.Tak dapat nak ceritakan betapa sejuknya dalam van tu.Kenapalah pakcik van tu tutup heater.Kan ke sekarang ni musim sejuk.Mahu mati kesejukan.Haha.Tidaklah seteruk itu,tetapi suhu sejuk dalam van tu cukup untuk membuatkan kami terjaga beberapa kali.Aku sendiri pun balut kaki dengan muffler.Serius aku tak tahan masa tu.Difahamkan suhu ketika itu -17,tak tahulah suhu dalam van tu berapa.Pakcik tu selamba saja cakap,kalau nak panas duduklah depan sikit.Kami yang duduk di belakang ni malaslah nak gerak ke depan.Norleen yang tak tahan meluru ke depan dengan harapan dapat panaskan badan.Tengok-tengok,hampas! Panas sekejap saja,lepas tu membeku balik.Mujurlah dapat bertahan sampai ke Moscow.Pakcik..pakcik… 

2.Apa bentuk hiasan entah gantung dalam van tu.Macam tanglung.Bila van gerak,’tanglung’ tu pun gerak ke sana sini,memang membuatkan kami pening.Dalam hati nak saja aku cabut ‘tanglung-tanglung’ tu.Huhu.Dahlah van tu macam kuda,bukannya jalan yang teruk,tapi memang sah van tu yang kejap-kejap gedegang,kejap-kejap gedegung.Huh,lagilah tak boleh tidur! Cabaran..cabaran…

Yang kelakar:

Kesian Kesh jadi teman borak pakcik tu.Kejap-kejap cerita pasal doktor.Lepas tu cerita pasal Malaysia.Lepas tu pasal vodka pula.Haha.Macam-macam.Bagus betul Kesh tu,setia nak layan borak dengan pakcik tu.Kalau aku yang duduk depan sebelah pakcik tu,mesti dengan pakcik-pakcik sekali tangkap lentok.Borak entah ke mana,van entah ke mana.Hehe.Cayalah Kesh! 

25 Januari 2008

0315-Tiba di Lapangan Terbang Sheremetyevo 2,Moscow

1045-Berlepas ke Turki

1245-Tiba di Lapangan Terbang Ataturk,Istanbul,ke Paris Hotel,jalan-jalan sekitar Istanbul

2100-Bermalam di Paris Hotel 

Yang best:

1.Excited betul bila nampak dari tingkap kapal terbang bangunan-bangunan bertingkat-tingkat,lawa sangat.Lapangan Terbang Ataturk ni pula dekat dengan laut,lagilah sedap mata memandang.Selesai imigresen yang sangatlah cepat di Turki ni,kami terus mengambil bagasi dan tukar duit ke matawang Lira Turki.Aku tukar 80USD,dapatlah 90 Lira.Ialah,dah sampai di Turki,bukannya guna pun USD.Lagipun USD makin rendah,jadi aku pun tukarlah sikit simpanan USD pemberian abang dan kakak aku ke Lira.Lepas ni memang kalau sesiapa nak bagi duit,aku nak minta Euro saja.Tak nak dah USD.Hehe. 

Yang tak best:

1.Imigresen Rusia memang entah apa-apa.Tersekat lama juga di bahagian kontrol.Bukannya masalah muka tak sama dengan paspot,tapi ada masalah lain yang kami sendiri tak tahu.Pegawai ni hubungi pegawai ni,lepas tu pegawai yang ni pula hubungi orang atasan lagi.Macam kami ni penjenayah saja.Yang peliknya,5 orang saja yang macam tu.Iryani dan Zakiah selamat.Rupa-rupanya,ada lagi pelajar Malaysia yang tersekat seperti kami.Mereka belajar di Moscow.Apalah nasib,nak keluar dari negara ni pun nak kena tahan lagi.Nampak sangat sistem komunis yang halang kebebasan rakyat dulu masih diamalkan.Huhu,sabar sabar. 

2.Kami terpaksa tambah bajet kerana menggunakan tour.Kalau ikut rancangan asal,kami akan tidur di hotel 5 malam,dan tidur dalam bas 5 malam.Nak kurangkan belanja,sebab tu kurangkan tidur di hotel.Tetapi,ejen pelancong yang kami lawati mengubah rancangan asal kami yang menyebabkan kami terpaksa bermalam di hotel selama 7 malam,dan  3 malam tidur dalam bas,kerana faktor ketiadaan bas dan jarak perjalanan yang singkat dan tidak sesuai untuk tidur dalam bas bagi tempat-tempat tertentu.Jadi,terpaksalah keluar duit lagi.Tak apalah,bila fikir-fikir balik,tak adalah lari sangat bajet.Lagipun harga yang dikenakan berpatutan untuk seorang pelajar. 

3.Ingatkan hari pertama ni bolehlah jalan-jalan ambil gambar di Istanbul.Tapi disebabkan perbincangan dengan ejen pelancong dari petang membawa sampai ke malam,hasrat untuk jalan-jalan hari pertama dibatalkan.Nasib baik kami akan pulang semula ke Istanbul.Bolehlah qada jalan-jalan dan ambil gambar.Hehe. 

Yang kelakar:

1.Tak lama kami tiba di Lapangan Terbang Ataturk,kedengaran berkumandang di airport “MISS NOLIN NOLIN…MISS NOLIN NOLIN”.Haha.Kami gelak tak henti-henti.Nama asal Norleen Nordin,tapi bila dah gema dalam tu terus dengar macam ‘MISS NOLIN NOLIN’.Walaupun nama tu dah tak betul dari segi sebutan,(almaklumlah,Turki punya slanga),Norleen tetap kembang hidung.Hehe.Tak apalah, bagi dia popular sehari.Sebenarnya nama Norleen dipanggil sebab orang yang bertanggungjawab membawa kami ke hotel yang bakal kami hinap dah tunggu kami.Kami pun cepat-cepat gerak cari orang tu.Bila dah jumpa,kami pun dibawa ke Paris Hotel. 

2.Makan malam pertama kami agak mewah.Aku makan pizza hotdog dengan minum teh epal Turki.Fuh,memang sedap.Lagi-lagi di Turki ni makanannya halal,apa lagi,makanlah sepuas-puasnya.Yang kelakarnya,roti di Turki ni besar-besar belaka.Banyak pula tu pekedai beri.Kami yang pantang diberi,terus menjamah roti itu,dan bakinya dimuatkan di dalam tupperware yang dibawa Norleen.Cekap betul Norleen.Dah fikirkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.Baguslah,tak membazir.Penuh beg Norleen masukkan roti-roti tu.Ada beberapa orang pelayan tertawa melihat kami.Mungkin mereka fikir selera kami tinggi.Sekejap hidang,terus habis.Hidang lagi,habis lagi.Hebat orang Malaysia ni makan kan.Hehe.Tak hairanlah malam tu macam kami yang conquer restoran tu.Kejap-kejap gelak.Makcik pakcik dari Perancis sebelah meja pun tumpang gelak sama.Tukang buat pizza pun tumpang sekaki ambil gambar dengan kami.Seronok betul pizza laku agaknya.Hehe. 

 

Makan malam pertama di restoran.Buat kecoh tak habis.Tukang buat pizza pun nak ambil gambar juga.Hehe.
Roti besar yang kami makan sebagai santapan tambahan.

 

26 Januari 2008

0900-Ke Busra,jalan-jalan sekitar Bursa

2000-Ke Selcuk,tidur dalam bas 

Yang best:

1.Kami naik bas ‘Kamilkoc’ ke Bursa.Hehe.Kali ni aku pula popular.Banggalah juga pergi Turki jumpa nama sendiri.Syarikat bas kelas pertama pula tu.Hehe. 

Tersenyum bangga tepi bas ‘Kamilkoc’ =)

 

2.Rasanya berbaloi sangat dapat naik bas Kamilkoc ni.Memang 5 bintanglah.Kami kagum betul,boleh dikatakan hampir semua bas di Turki seperti ni.Apa yang istimewanya?Bayangkan naik kapal terbang,ada pelayan,makan minum disediakan,tv pun ada.Macam tulah bas di Turki.Bezanya,ini bas dan pelayannya lelaki saja.Tak lama lepas masuk bas,pelayan tu bagi kek,tanya nak teh ke kopi.Mestilah aku ambil kopi.Hehe.Kami pun senang dengan perjalanan bas tu.Tak laju tak lambat.Malaysia boleh belajar dari Turki ni.Baru seronok balik kampong naik bas,ya tak?=]

3.Kami dapat naik kapal dalam perjalanan ke Bursa,disebabkan Bursa dan Istanbul dipisahkan oleh laut.Memang seronok sangat.Cuma masa tu angin kuat.Boleh tahan sejuk juga. 

Aku,Iryani dan Arif atas kapal dalam perjalanan ke Bursa.

 

4.Kami dapat borong tudung sutera di Bursa dengan harga yang murah.Lawa pula tu.Bolehlah nak bagi mak dengan kakak balik Malaysia nanti.Untung pakcik yang jual tepi masjid tu.Dia tahu kami pelajar,bagi murah-murah.Peramah lagi. 

Aku di Bursa.

 

Yang tak best:

1.Kami menghadapi masalah apabila ke Selcuk,kerana kami tidak mempunyai tiket walaupun ejen pelancong kami telah pun menempahnya.Sepatutnya,kami dibekalkan dengan tiket bas sejak dari Istanbul lagi,tetapi tidak.Terpaksalah kami panjat pejabat jumpa bos syarikat bas Kamilkoc,beritahu yang kami dah tempah tiket bas.Bos tu pula hanya tulis di atas sehelai kertas putih nombor tempat duduk yang dikosongkan untuk kami,dan kami dikehendaki menunjukkan kertas putih itu apabila menaiki bas nanti.Kami jadi kelam kabut jugalah,naik bas bertiketkan kertas putih pemberian bos syarikat bas tu.Macam percaya tak percaya saja.Nak ke pemandu bas nanti percaya?Alhamdulillah,mujur tiada masalah timbul.Itupun dengan pertolongan orang yang duduk sebelah aku dalam bas tu,Mustafa.Kebetulan dia boleh berbahasa Inggeris,jadi dia tolong menerangkan masalah kami kepada pemandu bas. 

Yang kelakar:

1.Dalam perjalanan ke Bursa atas kapal,ada seorang makcik ni hisap rokok.Apa yang kelakar sangat?Ialah,tak kisah rasanya kalau nak rokok,tapi masalahnya makcik ni bertudung!Lepak saja makcik ni keluarkan rokok dari poket.Lepas tu keluarkan lighter pula hidupkan rokok dia.Ekpresi muka makcik ni pula kelakar.Macam layan sangat-sangat hisap rokok tu.Aku dan Arif memang tak boleh jadi hipokrit tahan gelak,terlepas juga masa tu.Belum pernah tengok situasi macam tu,mana tak gelak.Nasib baik makcik tu jauh dari kami. Kalau tak mesti rakaman video yang Arif ambil jelas.Hehe.  

2.Mustafa yang selamatkan perjalanan kami ke Selcuk tu,seorang yang kacak.Kelakar pula dia duduk sebelah aku.Kempunanlah budak-budak ni yang suka nak ‘beramah mesra’ dengan Mustafa ni.Aku tak boleh lupa,masa tiba-tiba dia tanya umur aku.Aku jawablah 20.Dia cakaplah umur dia sama,dan dia cakap hari tu hari jadi dia.Aku pun ucaplah selamat hari jadi.Aku beritahu Norleen dan Iryani.Mustafa ni malu-malu,budak-budak ni pun malu-malu.Kelakar betul. 

3.Kami buat kecoh dalam bas nak rasa lain-lain makanan.Kau ambil kek ni,aku ambil kek tu.Boleh pula ambil sendiri dari troli pelayan bas tu.Masa tu pelayan bas pergi mana entah,tapi troli makanan ditinggalkan di sebelah kami.Aku tiba-tiba rasa malu sebab aku duduk sebelah Mustafa.Takut juga dia fikir orang Malaysia ni macam pantang jumpa makanan saja.Tapi dia senyum saja.Orang Malaysia ni,selera makan memang bagus.Mungkin orang-orang Turki dalam bas tu fikir macam tu.Lepas tu yang aku tak tahan,orang-orang Turki yang duduk di belakang kami pilih makanan mereka sendiri dari troli pelayan bas.Berjangkit pula sindrom pilih makanan sendiri ni.Hehe.Kami tak menghasut!=p 

27 Januari 2008

0330-Tiba di Selcuk,ke Nur Pension

0800-Jalan-jalan di Ephesus

2300-Tidur 

Yang best:

1.Sarapan di Nur Pension sedap.Ada roti yang lembut dan jem,telur rebus,timun,tomato,dan sigaburet (kuih seperti popia).Kena sarapan,tenaga nak jalan jauh nanti.

2.Cuaca cerah sangat.Best jalan-jalan dengan suasana macam ni.Angin pun kata orang sepoi-sepoi bahasa. 

3.Binaan kota Ephesus memang mengagumkan. Tiang-tiang Roman tersusun indah,siap ada binaan macam Colleseum di Rom lagi.Walaupun cuma runtuhan batu-batu saja,tapi memang puas hati sebab boleh tengok dengan mata sendiri kemajuan umat-umat terdahulu.Macam manalah bandar Ephesus masa zaman tu agaknya.

 

Tak jauh dari Nur Pension.Belakang tu bukan pokok kelapa sawit!=p

 

Dalam perjalanan ke kota Ephesus.
Kami =]
Binaan perpustakaan Ephesus.
Ephesus.
Pandangan dari atas Stadium.

 

 

Yang tak best:

1.Air di hotel sejuk sangat.Malang betul,aku orang yang terakhir mandi.Bermakna akulah orang yang terakhir bangun tidur dalam bilik tu.Hehe.Rupa-rupanya air panas di hotel tu terhad.Siapa yang mandi awal,dapatlah rasa air panas.Aku juga kesejukan sorang-sorang.Faiq dan Ariflah ni habiskan air panas.Huhu. 

2.Ada pakcik van ni paksa kami naik van dia.Harga 10 Lira,(lebih kurang RM28) untuk perjalanan yang dekat,rasa-rasanya 10 minit berjalan kaki.Alah,dari jalan masuk kota ke pintu masuk utama saja.Kami ni pelajar,kena caj macam tu,siapa nak?Nama pun travel,tak apalah berjalan sikit.Lepas tu pakcik tu tarik muka pula.Mana boleh macam tu kan? 

3.Kami ditipu!Sebelum kami pergi tengok bandar lama Ephesus,kami pergilah beli belah kejap.Kami beli banyak teh epal.Pakcik tu memang bermulut manis,kata kami ni pembuka rezeki dia dan membawa tuah untuk perniagaan dia.Siap bagi kami teh lebih lagi.Baik betul.Rupa-rupanya,bila kami tengok harga sebenar di pasar raya,harganya jauh lebih murah.Huh,baik apa macam tu!Tak hairanlah siap bagi lebih.Konon saja lebih,padahal memang kami dah bayar banyak.Sepatutnya kami boleh dapat teh lagi untuk harga yang kami bayar,tapi,tak apalah,siapa tahu kami akan membeli di situ.Kalau kami ke pasar raya dulu,mesti tak beli punya teh tu.Ada hikmah disebaliknya,tak apalah. 

4.Kami cepat penat gara-gara beg yang dah penuh dengan barang yang dibeli.Silap kami juga.Sepatutnya kami pergi ke bandar Ephesus dulu.Ni bila dah barang banyak,malas nak gerak.Nasib baik habis juga jalan.Tapi memang tengok batu sajalah.Sini batu,sana batu.Cantik. 

Yang kelakar:

1.Kami tidur kesejukan.Aku,Faiq dan Arif berkongsi satu bilik.Bila dah sampai Nur Pension pukul 3.30 pagi,kami sampai bilik terus tidur.Kami set pemanas kepada 32 darjah.Terus tutup mata.Peliknya,sejuk juga.Tidur dengan selimut tebal pun terasa lagi.Bila bangun tidur,suhu jatuh jadi 9 darjah.Bila diteliti,terdapat gambar salji pada remote control.Patutlah set suhu 32 darjah masih sejuk.Cis! 

2.Macam biasalah,roti-roti yang tidak habis dimakan masa sarapan pagi dikumpulkan dan disimpan dalam beg.Bila lapar-lapar masa jalan boleh makan roti.Kali ni lagi best,jem-jem pun kami seludup dalam beg.Bukannya curi,memang kami dah bayar.Cuma gaya seludup roti dan jem dalam beg tu memang nampak sangat macam nak curi.Hehe. 

3.Ni pakcik lain pula yang pasrah dengan kami.Aku tak ingat berapa Lira dia mula-mula tawarkan dari Ephesus ke Nur Pension.Kami tawar menawar,sampailah dapat seorang kena bayar 1 Lira saja.Masa tu dah petang.Rasanya tiada siapa yang nak naik van dia,jadi harga dah rendah pun dia bawa juga kami,walaupun agak keberatan.Hehe.Memang jauh kami berjalan.Kalau nak balik berjalan macam dah susah,maklumlah beg dah berat.Nasib baik juga dapat van yang boleh ditawar.Hehe.Terima kasih ya,pakcik! 

4.Malam tu kami lebih berhati-hati.Aku,Faiq dan Arif setkan suhu 32 darjah,dan pasti yang gambar di remote control tu gambar matahari,bukannya salji!Hehe.

28 Januari 2008

0700-Jalan-jalan di Pamucak dan Kusadasi

1700-Ke Pamukalle

2030-Tiba di Pamukalle,bermalam di Traverten Otel 

Yang best:

1.Tak rugi pergi Kusadasi.Lawa betul biru pantainya.Walaupun angin kuat dan agak sejuk,keindahan panorama sekeliling memberikan kami semangat untuk menikmati hari kami. 

 

Kusadasi.

 

Angin kuat.Tengok rambut dan muffler pun dah tahu.

 

 

2.Kami makan ayam golek di tepi pantai.Harga 5 Lira (lebih kurang RM13).Aku kongsi dengan Arif.Puas hati betul,harga murah,makan pun kenyang. 

3.Pukul 5 petang,bas yang membawa kami ke Pamukalle menjemput kami di hotel.Perkh,tak pernah-pernah ada bas ekspres nak jemput aku dari rumah di Malaysia.Di Turki merasa pula.Hehe.Ini semua gara-gara kelewatan kami mendapatkan bas.Sebenarnya bas bertolak pukul 4 petang,tapi kami dimaklumkan sebelumnya yang bas pukul 5.Jadi,bukan salah kami. 

4.Hotel Traverten tu 3 bintang,tapi macam 5 bintang.Ada kolam renang,bilik pun mewah,tandas siap ada pengering rambut lagi. 

Yang tak best:

1.Cuaca mendung.Mula-mula masa di hotel ada pakcik beritahu hari tu mungkin hujan rintik-rintik.Tengok-tengok rintik hujan jadi lebat.Pakcik tu mengesyorkan kami pergi ke Pamucak,boleh mandi manda di pantai.Arif dan Faiq yang teruja untuk mandi laut dah siapkan pakaian untuk mandi laut lagi.Malangnya hujan yang lebat membatalkan hasrat kami untuk bergembira di pantai.Lagipun sekarang ni musim sejuk,mana ada orang mandi manda di pantai. 

2.Kami didatangi…lalat.Eh,silap.Anjing.Kami diekori anjing-anjing di Pamucak.Adui,sudahlah hujan turun,anjing-anjing yang sebesar serigala tambah mencacatkan rancangan kami.Mujur Kesh selamatkan kami daripada anjing-anjing tu.Bukan takut kena gigit,tapi nak samak tu yang leceh. 

3.Kena marah dengan pakcik Nur Pension,sebab bas dah tunggu kami lama.Macam aku tulis tadi,ni semua salah faham.Nasib baik dapat bas walaupun kena marah.Huhu. 

4.Tadi aku puji,ni nak kutuk pula Hotel Traverten tu.Aku dan Arif kena cas 1 Lira untuk air panas yang kami minta,sedangkan Zakiah,Iryani dan Norleen dapat 4 gelas air panas tanpa sebarang bayaran.Cis!Tidak apa,rezeki mereka.Ini semua gara-gara pelayan bar yang ambilkan air panas untuk kami.Mereka dapat air panas daripada penjaga kaunter.Patutlah. 

Yang kelakar:

1.Kami kejutkan pakcik Nur Pension tu siapkan sarapan kami.Haha.Hebat betul,tetamu kejutkan tuan rumah suruh siapkan sarapan.Bukan kurang ajar,tapi memang kami dah bayar.Jadi betullah tindakan kami tu.Terima kasih pakcik untuk sarapan yang enak walaupun sedikit lewat.Hehe. 

2.Kucing-kucing menyerbu Zakiah dan Arif,yang merupakan pembawa ayam-ayam golek kami.Sepanjang perjalanan di Kusadasi berdekatan dengan sebuah Istana (tak tahu namanya),kucing-kucing mendekati dan mengekori kami mengharapkan simpati.Daripada lebih kurang berbelas yang mengekori kami,adalah seekor ni yang terus setia mengekori kami,sehingga akhirnya dia kepenatan dan berhenti.Bukannya apa kucing,kami ni jalan jauh.Makanan pun sikit.Huhu.

Kucing-kucing yang mengikut kami.Itu belum lagi yang tak terambil gambar.Muka Zakiah bersabar dengan kucing-kucing tu..

 

3.Dalam kelam kabut nak kejar bas yang hampir terlepas,Faiq selamatkan Zakiah yang terkunci di dalam tandas di tingkat atas Nur Pension.Masa kami balik dari Kusadasi,Zakiah pergi ke tandas manakala yang lain-lain sibuk bertekak dengan pakcik Nur Pension tu pasal salah faham waktu bas sepatutnya bertolak.Entah macam mana,Faiq ni macam ada sixth sense pula.Kebetulan sebenarnya,Faiq pun nak pergi tandas.Setelah mendengar jeritan meminta tolong,Faiq menendang pintu tandas tu,dan Zakiah pun terselamat.Cewah,macam dalam filem pula.Faiq jadi hero.Kalau tak ada Faiq,tak tahulah berapa lama Zakiah terkurung sorang-sorang di atas tu. 

29 Januari 2008

0800-Jalan-jalan di Pamukalle

2215-Ke Kappadocia,tidur dalam bas

Yang best:

1.Naik gunung batu kapur.Lawa sangat.Dari jauh nampak macam salji.Putih.Apabila kami naik ke atas terasa macam mendaki Everest pula.Hehe.Pemandangan sekeliling memukau mata.Aku suka tengok warna biru tasik berdekatan.Tenang saja. 

Lawa kan tasik belakang tu.

 

Mendaki dan terus mendaki.=)

 

Dah sampai ke puncak.
Macam lepas perang?Bukan,ni runtuhan bandar Pamukalle.
Saja berlagak santai.

 

Yang tak best:

1.Sarapan pagi di Traverten Hotel menghampakan.Telur-telur rebus habis dimakan pelancong-pelancong Korea.Manisan yang disediakan pula,indah khabar dari rupa.Ada pelayan hotel yang mengesyorkan kami untuk mencuba manisan itu,ala-ala bubur dan peanut butter rupanya.Setelah kami mencubanya,terdiam.Tak tahu nak cakap apa.Mungkin sedap bagi lidah orang-orang Turki saja.Macam kita makan buah durianlah agaknya.Bagi kita sedap,mat salleh nak bau pun tak boleh.Aku cuba fikir macam tu.Kata orang,bersyukur dengan apa yang ada.Rezeki tak baik kutuk. 

2.Kena buka kasut naik gunung tu,sebab licin.Masalahnya,sejuk.Kami ikut saja peraturan buka kasut,tapi separuh jalan saja sebab tak tahan.Daripada merana,entah-entah reseptor kaki rosak,baik kami pakai semula kasut.Kalau musim panas mungkin logik peraturan tu.Tapi ni musim sejuk,tak relevan langsung. 

Kami yang tak tahan pakai kasut semula.Memang tak logik jalan berkaki ayam sejuk-sejuk macam tu.Iryani ambil gambar.

 

Yang kelakar:

1.Sempat lagi kami beli doner kebab sebelum naik bas ke Kapadocia.Ialah,perjalanan dijangka selama 8 jam.Walaupun ada bekalan kek dan roti-roti yang dikumpulkan,mahu juga ada makanan berat. 

2.Jumpa lagi dengan budak-budak Moscow yang sama tersekat dengan kami di Imigresen Rusia.Mereka 6 perempuan,seorang lelaki,juga dalam perjalanan ke Kapadocia.Aku duduk sebelah lelaki tu,yang memperkenalkan dirinya sebagai Paan.Aku tak berborak panjang dengannya.Gerak saja bas,terus tidur.Kepenatan memanjat gunung batu kapur dan penjelajahan Pamukale menguasai diri. 

30 Januari 2008

1500-Tiba di Goreme(Kappadocia),ke Nomad hotel

2300-Tidur 

Yang best:

1.Dapat rasa tidur dalam gua.Haha.Nomad hotel tu hotel dalam gua.Seronok betul.Aku,Faiq,Arif dan Kesh kongsi satu bilik. 

2.Malam di Nomad Hotel dihabiskan dengan bermain ‘mafia’.Main sampai pukul 11 malam.Masing-masing tak boleh dipercayai.Nanti bila ada kesempatan aku tulis entri pasal permainan ‘mafia’ ni.InsyaAllah.

Yang tak best:

1.Kami yang sepatutnya sampai di Kapadocia pada 7 pagi,sampai pada 3 petang.Sebabnya,jalan ditutup akibat salji lebat.Ingatkan keluar dari Rusia tak jumpalah salji di Turki.Sangkaan aku meleset sama sekali.Bila tengok kiri kanan,putih je semua.Sebiji macam Rusia.Jadi masa di dalam bas dihabiskan dengan berborak kosong,tidur dan menghabiskan stok makanan yang ada.Mujur kami beli kebab (seperti yang aku tulis tadi).Bolehlah isi perut dalam bas tu. 

Yang kelakar:

1.Kami lepak di kafe hotel.Sebabnya,heater di sana cukup kuat untuk menghangatkan kami.Kami sengaja duduk lama-lama di situ,menghabiskan masa dengan minum kopi dan teh.Pekerja-pekerja hotel yang ringan mulut juga menyeronokkan suasana.Apabila fikir balik,mana tempat yang kami pergi,mesti kami kecoh,jadi macam Malaysia juga.Selamba saja.=p 

2.Aku beberapa kali pergi ke dapur hotel dan buat kopi,yang aku tidak tahu adakah dibenarkan ataupun tidak.Faiq dan Arif galak mengusik.Mereka kata tak boleh suka hati ambil minuman di dapur.Aku buat kopi,mesti tambah creamer sekali.Gula wajib ada.Jadi banyak jugalah aku ambil.Aku takut juga,makan minum ni soal penting.Halal haram kena jaga.Walaupun asalnya halal,jadi haram kalau mencuri.Aku fikir,aku dah bayar,jadi bolehlah aku ambil kopi di dapur tu.Memang aku terus ragu-ragu.Keesokan harinya,pekerja hotel sendiri kata boleh ambil apa-apa di dapur.Lega aku.Kira serbuk kopi dan creamer yang aku ambil tu halallah.Hehe.  

31 Januari 2008

0900-Kappadocia Tour (hijau)

1630-Tour habis, ke Anatolian Cave Pension 

Yang best:

1.Pergi tour tengok gunung berbentuk pelik,ada bentuk cendawan,bentuk unta pun ada.Gunung tu terbentuk dari gunung berapi yang dah lama meledakkan laharnya.Bila tengok unik sekali,indah sekali ciptaan Allah kan. 

 

Belakang tu gunung berbentuk cendawan.

 

Belakang tu pula gunung berbentuk unta.
Faiq dan aku.Kapadocia.

 

 

2.Dapat berkenalan dengan seorang pelancong yang turut menyertai tour kami dari Holland.Dia melancong seorang.Orangnya baik dan peramah.Sebut saja apa-apa,mesti ada modalnya.Itulah kata orang,jauh berjalan,luas pemandangan.Perkataan ‘pisang’ pun dia tahu.Dia tahu bahasa Sepanyol,Perancis dan German.Dia tak tahu bahasa Rusia,tapi masih mampu membuat ayat dalam bahasa Rusia.Pelik tu.Tour tu pun turut disertai pasangan dari Perancis dan 3 makcik Mexico. 

3.Pemandu yang bawa kami memang cekap.Jalan di Kapadocia tu ibarat Bukit Putus.Tahukan?Macam ular kena palu.Kawasan bukit pula tu.Bersalji lagi.Tapi pakcik ni bawa selamba saja.Laju,tapi dalam keadaan terkawal dan berhati-hati.Tabiklah pakcik ni!Ada beberapa kali kami rasa macam mati enjen.Tapi memang pakcik ni hebat.Pengalaman banyak mengajar kata orang. 

4.Anatolian Cave Pension ni pun hotel dalam gua juga.Lawa hotel ni.Lagi,sarapan pagi di hotel ni memang sedap nak banding dengan Traverten Hotel. 

Yang tak best:

1.Kapadocia ni sejuk sangatlah.Macam Rusia pun ada.Suhu negatif berapa entah.Tapi sejuk dia pelik.Aku tak tutup kepala pun,tapi telinga aku boleh tahan sejuk.Badan pun ok saja.Cuma kaki dan tangan memang sejuk.Macam tak larat sangat nak jalan.Huhu. 

2.Di Kapadocia ni silau.Cahaya matahari hari tu cerah sangat.Bila dipancar pada salji,lagilah sakit mata memandang. Pantulan cahaya punya pasal.Ambil gambar pun tak lawa.Semua nampak gelap saja.Mata pun jadi sepet.

Gambar gelap.Nasib baik tempat lawa,kalau tak…

 

3.Kami kena bawa beg kami dari Anatolian Hotel ke Anatolian Cave Pension lepas habis tour hari pertama.Sebenarnya pemandu tu tersilap bawa kami.Anatolian Hotel tu 5 bintang,sedangkan Anatolian Cave Pension tu 3 bintang saja.Jauh bezanya.Bila kami tanya,betul ke kami dibawa ke Anatolian Cave Pension,mereka kata ya.Tapi pelik sangat bila tengok hotel tu lawa semacam.Macam tak kena pula sebab kami tempah hotel biasa saja.Tak adalah sampai ada air terjun sebagai lanskap.Huhu.Akibatnya,kami kenalah cari sendiri Anatolian Cave Pension.Nasib baik tak terlalu jauh.Tapi tarik beg dalam keadaan salji tebal memang seksa sangat.Macam nak tercabut roda tu.Sabar saja. 

Yang kelakar:

1.Telatah makcik-makcik Mexico yang turut serta dalam rombongan kami memang kelakar.Mereka nampak terlalu bergembira membeli belah.Dalam van asyik ketawa saja.Makin tua,makin ceria.Senang hati kami melihatnya.Paling kelakar adalah melihat makcik-makcik ni tawar menawar barang.Hebat betul,mesti dapat.Tapi setiap kali berhenti saja,mesti ada saja barang yang diborong mereka.Kes cop duit ni.Kaya betul.  

1 Febuari 2008

0900-Kappadocia Tour (merah)

1630-Tour habis

2100-Ke Istanbul 

Yang best:

1.Tour hari tu boleh tahan seronok walaupun tanpa kehadiran makcik-makcik Mexico.Tapi kali ni kami bersama dengan seorang pelancong dari Kanada dan seorang dari Amerika.Kami pergi kota bawah tanah.Asalnya ada 8 tingkat,tetapi kami dibenarkan turun ke tingkat ke 4 saja,memandangkan 4 tingkat lagi berbumbung lembut dan dikhuatiri membahayakan pengunjung.Seronok bila turun lagi bawah,jauh juga kami berada di bawah tu.Suhu pun makin panas.Taklah sejuk sangat. 

 

Inilah kota bawah tanah.Aku tak ingat tingkat keberapa ni.
Pelancong Kanada tu sabotaj kami,dia baling snow ball.

 

2.Sarapan pagi di Anatolian Cave Pension memang sedap.Ada pelancong-pelancong dari Korea dan Argentina juga.2 orang pelancong dari Korea tu adik-beradik.Sempat juga ambil gambar dengan mereka.Comel katakan. 

3.Makan tengah hari kami pun sedap.Kami makan buffet di sebuah restoran.Memandangkan memang penat berjalan dan kami kesejukan,kami ambil banyak makanan.Nampak macam tak makan berapa hari.Tapi biasalah,nafsu saja,bila dah makan rasa tak habis pula.Aku makanlah nasi dan spaghetti berlaukkan ayam,daging dan ikan.Aku ambil juga salat dan manisan Turki. 

Yang tak best:

1.Pakcik lain bawa van yang tersangatlah lembab.Masa tour pada hari kedua di Kapadocia,isteri pakcik yang pandu kami pada tour hari pertama sakit dan berada di hospital.Jadi pakcik lain yang bawa.Memang berhemah habis.Ada yang cakap macam baru lepas lesen L.Aduhai,20 minit perjalanan jadi hampir 40 minit pula.Jauh beza dengan pakcik sebelumnya. 

Yang kelakar:

1.Masa di restoran tu,kami minum air mineral yang kami bawa sendiri.Sebabnya,kalau nak minum di restoran tu,alamatnya kena bayarlah.Kami curi-curi tuang air atas meja,takut-takut orang nampak.Malu jugalah sebenarnya.Hehe. 

2.Seorang pekerja restoran mengadu kepada pembawa kami,”budak-budak ni tak pernah nampak epal kecil ke?”.Sebabnya,Norleen tanya seorang pekerja restoran tu,”apa nama buah ni?” sambil tangan menunjukkan ke arah epal.Aku pun tak tahu kenapa dia tanya.Pekerja tu pun jawablah  ni epal kecil.Sebenarnya Norleen saja menggatal.Akibatnya sendiri yang malu.Hehe.Kami gelak sajalah.

2 Febuari 2008

0700-Tiba di Istanbul,ke Paris Hotel

1000-Jalan-jalan di Old Istanbul-Masjid Biru,Ayasofya,Topkapi Palace,Grand Bazar,etc

2100-Tidur 

Yang best:

1.Kami dapat qada jalan-jalan di Istanbul.Ialah hari pertama tak puas pusing lagi.Ambil gambar pun banyak.Masjid Biru memang cantik sangat.Ayasofya tak kurang hebatnya.Memang kagum tengok seni masyarakat Turki ni.Kreatif betul orang-orang dahulu.Megahnya sampai ke hari ini. 

Kami di Istanbul.Ayasofya di belakang tak nampak sangat.

 

 

Berlatarbelakangkan AyaSofya.

 

Masjid Biru.
Berhampiran Masjid Biru.

 

 

Hadapan Topkapi Palace.Tapi tak masuk pun,sebab nak masuk mahal.=(
Berhampiran Topkapi Palace.

 

 

2.Dapat makan Bigmac.Ya Allah nikmatnya.Bagi orang-orang yang boleh makan bigmac bila balik Malaysia saja macam kami,memang betul-betul puas.Dah lama sangat ‘mengidam’.Jadi sebelum makan di Malaysia hentam dulu di Turki.Di Rusia makan fillet o fish saja.Huhu. 

3.Aku,Arif dan Iryani minum di Starbucks.Percayalah aku dah tak terkawal.Dalam entri sebelum ni ada aku kata nak kurangkan minum kopi,nampaknya,macam tiada makna pula.Aku beli ice-blended Coffee.Sedapnya. 

4.Kami borong barang di kedai tertentu.Aku beli t-shirt untuk keluarga lelaki,Pashmina (selendang) untuk perempuan.Nanti masa balik musim panas tak payahlah aku borong Matroshka (Russian doll) lagi.

Yang tak best:

1.Aku,Faiq,Zakiah dan Iryani kena tarik beg jauh.Arif,Norleen dan Kesh pula letih pikul beg.Sebabnya,van yang jemput kami dari stesyen bas tak berhenti betul-betul depan hotel kami.Aku rasa tayar roda beg aku tu haus dah. 

2.Orang main ‘tarik-tarik’ di bazaar.Bukan tarik tali,tapi tarik pelanggan.Macam apa saja.Mana boleh paksa orang beli kan.Keji betul,ada sekali ni mula-mula dia tarik,dia cakap macam-macam.Lepas dengar kata kami tak nak beli,dia cakap,”ok,you go home”.Sakit hati betul.

3.Sesat pula bila nak balik dari Grand Bazaar tu.Jalan banyak sangat.Aku jalan-jalan dengan Arif,Faiq dan Zakiah.Iryani,Kesh dan Norleen hala lain pula.Tapi janji jumpa di pintu masuk utama pukul 4 petang.Pukul 3.50 lebih kurang,gelabah kami cari jalan.Dengan lautan manusia,kedai-kedai yang lebih kurang sama,kami hampir putus asa.Nasib baik akhirnya jumpa juga.Adalah 15-20 minit cari jalan keluar.Huhu.Penat terpusing-pusing.Difahamkan terdapat lebih kurang 4,000 kedai di dalam Grand Bazaar tu.Logik jugalah nak tersesat. 

Kesh di depan salah satu pintu masuk ke Grand Bazaar.Arif macam tersepit di tepi.Hehe.

 

Yang kelakar:

1.Pekerja di Starbucks tak percaya kami nak minum ice blended.Ialah,sekarang musim sejuk,mungkin agak ganjil.Hehe. 

2.Tiba-tiba saja peniaga-peniaga di bazaar reti cakap Melayu.”Apa khabar?””Selamat datang”,”mari mari murah-murah””lelong lelong”.Peniaga-peniaga di bazaar ni senang saja cam muka Malaysia.Lalu saja depan bazaar,”Aha,Malaysia!!” Mula-mula kagum juga.Tapi bila dah sampai habis pusing pun semua macam tu,nampak sangat hafal dialog.Tahu tu saja.Hehe.

3 Febuari 2008

0800-Jalan-jalan di New Istanbul (Taksim)

1630-Balik ke Paris Hotel

2300-Tidur 

Yang best:

1.Jalan-jalan di pasar raya di Taksim memang berbaloi.Difahamkan ni pasar raya terbesar di Eropah.Aku beli satu buku.The Bible Code 2.Nak beli buku berbahasa Inggeris tiada di Rusia.Lagipun tajuk buku tu nampak macam menarik.Jangan salah faham.Sebenarnya buku tu menimbulkan perasaan ingin tahu terhadap kewujudan Bible Code.Jadi aku beli sajalah.Tiada niat lain.Arif pun beli buku pasal Hitler.Iryani beli beg jenama Guess. 

2.Aku minum di Gloria Jean’s.Kopi lagi.Tak muak-muak aku ni.Aku minum coffee latte caramel.Makan cheese cake lagi.Naiklah badan jawabnya.

3.Dapat naik tram di Istanbul.Pemandangan sepanjang dalam tram sangat mengasyikkan.Berbaloi sangat.  

Yang tak best:

1.Hari tiba-tiba hujan.Jadi daripada tujuan asal nak tengok New Istanbul,kami memutuskan nak pergi pasar raya saja.Tak nak kena hujan punya pasal. 

2.Aku dan Arif kena bayar 34 Lira untuk satu bucket KFC dan sebotol Coca Cola,lebih kurang RM100.Satu bucket tu ada 30 ketul ayam hot and spicy.Faiq kongsi dengan Zakiah,Norleen pula kongsi dengan Kesh dan Iryani.Pelik sangat,sebab yang lain bayar 25 Lira saja.Aku ingat rezeki mereka dapat Coca Cola percuma.Tapi tak puas hatilah,sebab apa kami kena bayar Coca Cola?Aku yang tak puas hati,pergilah tanya pekerja KFC yang boleh berbahasa Inggeris.Iryani yang tolong tanyakan.Rupa-rupanya,pekerja tu katalah yang dalam bucket aku tu ada 40 ketul ayam.Dia cakap aku yang nak 40 ketul.Aik,bila masa pula?Terang-terang aku mintak 30 ketul,siap buat isyarat tangan lagi sebab masa aku order,kakak tu tak faham bahasa Inggeris.Tapi tak apalah,aku makan 20 ketul,Arif makan 20 ketul.Kira tak rugilah.Tak apalah salah faham,janji jangan kena bayar air sudahlah.Perut pun kenyang.Fikir positif walaupun duit dah melayang. 

Yang kelakar:

1.Muka seorang perempuan Turki ni terus jadi merah lepas Kesh tanya arah bandar Taksim.Hehe.Tak tahulah kenapa.Kawan-kawan perempuan tu pun malu-malu juga.Mungkin teruja tengok kami agaknya.Lagipun mesti ada rasa bangga kan kalau ada pelancong asing datang tempat kita dan bertanya arah.Hehe. 

2.Macam orang jakun saja kami asyik ambil gambar dalam tram dan metro.Sikit-sikit ambil.Hehe.Bukannya apa,pemandangan nampak lawa.Jadi ambillah gambar kenangan.Biarpun kami ditenung oleh orang sekeliling,posing tetap posing!=p 

Aku,Faiq,Iryani dan Norleen.Ambil gambar sebelum naik tram.Tram tak nampak sangat.

 

3.Entah berapa kali kami bertembung dalam pasar raya tu.Kata terbesar di Eropah,macam tak saja.Midvalley Megamall rasanya lagi besar.Kami berpecah.Tengok-tengok berapa kali pusing,jumpa lagi.Haha. 

4 Febuari 2008

1030-Ke Grand Bazar,Egypt Bazar

2130-Ke Lapangan Terbang 

Yang best:

1.Borong cenderamata untuk hari terakhir di Turki.Lepas ni tak tahu bila boleh pergi lagi.Kemungkinan besar tak akan kembali lagi.Jadi kami belilah apa-apa untuk diberi kepada keluarga sebagai kenangan. 

2.Aku jumpa dengan Azzam dan Amir,kawan-kawanku yang belajar di Russian State Medical University.Sebelum ke Turki aku pernah chat dengan Amir pasal melancong ke Turki.Tak sangka boleh jumpa juga.Haha. 

3.Jalan-jalan untuk hari terakhir di bandar Istanbul.Kali ni lalu tepi laut dan taman dalam Topkapi Palace.

Cover album apa entah ni.=p.Tepi laut hari terakhir di Istanbul.

 

Taman dekat dengan Topkapi Palace.
Masjid Biru.Hari terakhir di Istanbul.

 

 

4.Aku minum Starbucks untuk kali kedua di Turki.Haha.Orang lain habiskan duit beli cenderamata,aku habiskan duit minum kopi.Kali ni aku beli kopi apa ntah,jenis esklusif yang sukar disebut,Iryani pula minum ice blended caramel.Arif datang sekali sebagai peneman. 

Yang tak best:

1.Ada seorang pakcik berdengkur kuat di bilik bawah tanah Paris Hotel tempat kami menyimpan beg.Perkh,tak tahan betul.Nasib baik tak lama kami berada di bilik tu.Cuma beberapa ketika saja kami di situ untuk memasukkan barang-barang yang baru dibeli. 

2.Kami tak dibenarkan untuk group check in.Tak tahulah kenapa.Sebenarnya beg-beg kami tidaklah berat,cuma rasanya lebih senang kalau dapat check in secara berkumpulan.Lagipun boleh kurangkan risiko kena caj tambahan kalau beg lebih berat. 

Yang kelakar:

1.Masing-masing nak habiskan duit Lira.Ialah,kalau dah balik Rusia bukannya boleh guna pun duit tu.Faiq dengan Zakiah habiskan duit dengan beli cenderamata.Aku yang dah beli cenderamata awal-awal lagi,habiskan duit dengan minum Starbucks dan beli burger Mcd.Aku beli satu koftelim-daging dan satu tavuluk-ayam.Norleen dan Kesh pula habiskan duit makan Turkish rice puding.Masa di Paris hotel aku rasa juga.Boleh tahan sedap. 

2.Aku terambil tempat duduk seorang pakcik ni ketika di Lapangan Terbang Ataturk.Aku tak perasan langsung ada troli dengan beg kat sebelah bangku tu.Yang kelakarnya,pakcik tu tiba-tiba tanya kami asal dari mana.Aku jawablah Malaysia.Lepas tu pakcik tu cakaplah yang dia pernah pergi Thailand,dan dia pernah dengar Malaysia ni lawa.Aku iyakan sajalah.Sebenarnya dah rasa malu dengan pakcik tu.Tapi pakcik tu memang dah tak nak duduk pun.Dia tolak troli dan beredar,mungkin dah sampai masa berlepas.    

5 Febuari 2008

0140-Ke Rusia

0600-Tiba di Rusia

0730-Ke Nizhny

1430-Tiba di Nizhny 

Yang best:

1.Ada ke yang best?Rasanya tiada.Pegalaman melancong di Turki sajalah yang tinggal sebagai kenangan terindah.Rasa macam tak nak balik Rusia pun ada.Hehe. 

2.Lupa pula,dalam penerbangan balik ke Rusia,kapal terbang agak kosong.Mula-mula aku dapat seat tengah.Lepas dah tahu yang pesawat kosong,terus aku tukar tempat duduk tepi tingkap.Tak lama lepas tu ada makan malam pula.Pilihan:ayam dan ikan.Aku pilih ayam.Ialah,lepas ni bila lagi nak makan ayam halal selain di masjid dan masak sendiri.Hehe. 

Yang tak best:

1.Dah sampai masa ke Rusia.Sem dua dah nak bermula.Kena perah otak balik.Kejap saja 11 hari berlalu. 

2.Imigresen Rusia untuk kesekian kalinya,entah apa-apa.Asyik buat hal saja.Sekat-sekat orang.Aku geram gila,tengok orang-orang Rusia dari Istanbul senang saja lepas imigresen.Orang-orang asing ni,tersadai.Pelbagai soalan diaju.Melancong di mana?Di Istanbul,buat apa?Macam-macam lagilah.Mereka tanya bukan menunjukkan keramahan,sebaliknya kesangsian.Macamlah kami ni pengganas saja.Tak berapa lama tersadai,pegawai imigresen tu lepaskan kami.Mula-mula Norleen,lepas tu Arif,Iryani dan aku menyusul.Rupa-rupanya ada cerita daripada Faiq.Faiq cerita,masa pegawai imigresen dah lepaskan kami berempat,pegawai tu beritahu kawan dia untuk perhatikan gerak geri kami yang dah lepas.Nampak sangat memang mereka betul-betul anggap kami ni penjenayah.Apa kes?Aku malas sangat nak layan,dah tahu imigresen memang menyakitkan hati di Rusia ni.Asalkan kami dah lepas masuk,kira syukurlah.Simpan sajalah rasa menyampah dalam hati. 

Yang kelakar:

1.Apabila van sampai menjemput kami di lapangan terbang untuk ke Nihzny,pakcik tu awal-awal lagi suruh letak beg di kerusi belakang van dan suruh kami duduk di bahagian hadapan.Alasannya,tak nak bagi kami sejuk.Haha.Apa-apalah pakcik.Terima kasih kerana mengambil berat kami yang kesejukan ni. 

2.Kami menghabiskan stok makanan di dalam van.Ada makanan yang kami bawa dari Rusia,sampai kembali ke Rusia.Hehe.Bukannya nak habiskan di Turki. 

Jadi macam tulah perjalanan kami.Ada manis,ada pahit.Jumlah keseluruhan perjalanan termasuk tambang kapal terbang,adalah lebih kurang RM3,500.Tak semahal perjalanan ke Perancis tahun lepas.Tahun depan tak tahulah ke mana pula.Tapi kata orang,pengalaman tu tak boleh dibeli.Kena alami sendiri baru tahu.Jadi kepada yang berkesempatan,bolehlah melawat Turki.Seronok sangat.Selain masjid yang banyak,makanan halal,orang-orangnya pun peramah.Pasti tak rugi.Eh,jadi promoter pula.Baik,sekian untuk kali ini.=]       

 
13 Comments

Posted by on February 14, 2008 in Uncategorized

 

13 responses to “Jalan-jalan Turki

  1. judin

    February 15, 2008 at 3:42 am

    maka kamil, sebagai kesimpulannya, brape kilogramkah pertambahan berat badan kamu sepanjang percutian? 10kg? kekekekke.btw, selamat mengharungi cycle2 yg susah nanti. aku 4th year nanti baru start.

     
  2. fadz

    February 15, 2008 at 12:52 pm

    besnye kamil…hehe
    kagum tol la…
    cantikla turki..
    wei ble nk bwk aku jln2 cam2..hehe

     
  3. kamilsifu

    February 15, 2008 at 2:07 pm

    judin:aku pun tak tahu.tapi tengok pipi macam dah naik banyak.=p.tapi takdelah sampai 10kg.haha.thanks a lot,all the best to u too!=]

    fadz:terharu miss fadz komen.hehe.aah turki memang lawa.bersih lagi.tapi bilalah ada masa nak melancong sama2 ek?teringin juga aku.=p

     
  4. efenem

    February 16, 2008 at 1:02 pm

    menarik menarik…
    kirenye kalo aku nk pi turki aku ikut route ko aa ni?

     
  5. delirioustk

    February 17, 2008 at 8:10 am

    wa…best pulak bile dengar kamil citer!~ :) maybe next year sarah nak gi kot..

     
  6. .::shahrin:.

    February 17, 2008 at 3:17 pm

    salam
    cambest je percutian ko, kamil. klu nk g turki, tanya ko je la. hehe.

     
  7. kamilsifu

    February 17, 2008 at 9:10 pm

    efenem:hehe.terpulanglah nak ikut ke tak =].tour ni dlm bentuk circle.means memang pusing 1 turkilah.mula dr istanbul,balik pun di istanbul.

    delirioustk:terima kasih =].pergilah.ada masa,duit pun cukup,jalan!tak rugi.boleh tanya zakiah pengalaman dia.=]

    shahrin:hehe.memang best.boleh je nak tanya.apa cerita org pg uk ni?kongsilah sikit.=]

     
  8. iryani

    February 20, 2008 at 7:35 pm

    ko lupe lagi satu word..’malaysia boleh boleh’
    and i told u not to cite abt the roti..cis bedebah..hehe
    kamil haruk sakirak=p

     
  9. Abg Ohm

    February 22, 2008 at 10:30 am

    Tahniah atas pembikinan blog anda. Insya Allah ada lapang nanti aku uploadkan cite2 aku yg ah lama x terupload.

     
  10. amin

    April 19, 2010 at 10:27 pm

    salam, boleh tau guna tour agency mana?thanks

     
  11. kak ita

    May 8, 2010 at 1:50 pm

    Salam dik.. akak nk tanya jumlah keseluruhan kos nie betul ke leih kurang RM3500.. ish mcm x percaya je..adik g ngn tour agent mana?.. leh kasi contact number.. akak ingat nk pi tmpt2 menarik mcm Pamukkale etc tu tapi mak aii harga dekat sepuluh ribu.. huhu

     
  12. Radz

    October 19, 2010 at 4:19 pm

    Dik, boleh tanya skit, kos utk tour agent tu brape Lira? Adakah complete package, maksudnya start dari Hotel Paris and back to the same hotel? Tour agent charges tu termasuk bus, accomodation dan bawak ke tempat2 lawatan tu ke? Timakasih in advance for your reply.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: